Showing posts with label emosiku. Show all posts
Showing posts with label emosiku. Show all posts

Thursday, March 23, 2023

LELAKI PERLU TAHU.......

 DENGARKAN...UNTUK PARA SUAMI...

Lelaki Perlu Tahu

Wanita adalah makhluk yang pandai dalam menyembunyikan perasaan.

Pura-pura bahagia padahal terluka.

Pura-pura baik-baik saja padahal tersiksa jiwa raga.

Pura-pura tegar padahal rapuh.

Pura-pura membenci padahal mencintai.

Pura-pura tak peduli padahal yang paling mencari.

Sungguh ..

Wanita yang hebat bukanlah yang pandai menyembunyikan perasaannya tetapi yang pandai mengendalikan perasaannya.

Di sebalik kelembutan seorang wanita terselit kekuatan yang tak terlihat oleh semua orang, dalam senyumannya ada kesedihan.

Hanya insan yang benar-benar memahaminya mampu melihat kesedihannya.

Duhai lelaki ..

Andai tak mampu menggembirakan dia, jangan menyusahkan dia.

Andai tak mampu menyayangi, jangan menyakiti dia.

Andai tak mampu membahagiakan, jangan tambah penderitaannya.

Andai tidak mampu memahami wanita, cukuplah sekadar menghargai kehadirannya.


Kerana harus diingat, kita ada emak, adik perempuan, kakak.

Apa yang kita lakukan pada mereka akan berbalik kepada kita.

.."What you give, you get back"

Kifarah itu ada.


Para suami, isteri bukan tunggul. 

Bukan patung. 

Bukan orang gaji kat rumah. 

Masa kita kahwin kita setuju nak hidup mati sama-sama. Nak tempuh sama-sama. Nak buat semua benda sama-sama.

Jadi, semua keputusan perlu dibincang bersama. Jangan membelakangkan isteri. Sebab tempat isteri bukan di belakang tapi di sisi.

Perkahwinan menuntut mutual understanding, mutual responsibility. Peranan suami isteri adalah sama penting. Bukan macam majikan dan kuli. Bukan sorang di depan sorang di belakang. Bukan sorang diperintah dan sorang lagi yang menurut perintah.


Cuba maklumkan kepada isteri, rendahkan ego. Isteri akan lapang dada walaupun suami sibuk tahap Perdana Menteri.

Cuba bagitahu awal nak pergi mana. Nak pergi program apa. Nak jumpa siapa. Mungkin suami rasa tak penting untuk beritahu, tapi penting bagi isteri.

Isteri akan rasa dihargai, rasa dihormati.

Minta izin bukan sebab suami perlu keizinan isteri. 

Tak. 

Suami boleh pergi je tanpa minta izin. Isteri tak ada hak nak halang.

Tapi minta maklumkan sebagai isyarat suami hargai dan hormat isteri sebagai teman hidup. Sebagaimana suami nak dihargai dan dihormati.

TAPI...KEBANYAKAN LELAKI BILA ISTERI TAK BERITAHU NAK KE MANA-MANA, TAU PULA DIA NAK MARAH, mulalah timbul perkataan isteri durhaka, isteri nusyus dan sebagainya. Tahu pula minta hak sbg suami untuk dihormati?Sedangkan  dh cermin diri tu ke belum?.HATI SENDIRI NAK MINTA ORANG JAGA ELOK-ELOK TAPI HATI ORANG LAIN TAK DIPEDULI. MACAM ORANG LAIN TAK ADA PERASAAN? KAYU? TUNGGUL? 

Bukan susahpun nak buat benda simple ni, jadi susah sebab ego lelaki tinggi.kalau tak boleh rendahkan ego terhadap isteri, janganlah tinggikan harapan tu sangat ya. ingat yg ni je, isteri tu ibarat hati yg kedudukannya di sebelah jantung, letaknya di ddada untuk disayangi, Isteri adalah sebelah rusuk suami,untuk dilindungi bukan disakiti, isteri ibarat kepala suami bukan untuk dijunjung tetapi untuk disanjung.




Pentingkan isteri, isteri akan pentingkan anda. 

Utamakan isteri, isteri akan utamakan anda. 

Hormat isteri, isteri akan hormat anda. 

HARGAI isteri, isteri akan hargai anda..

Monday, November 7, 2022

Jauh di sudut hati...

Aku masih terus memujuk hati, muhasabah diri dan cuba utk menerima ketentuan dariNya dgn lapang dada. Perkara yg telahpun berlaku takkan dapat diulang semula, kalaulah peluang itu ada, pasti aku akan cuba betulkan semua kepincangan dulu..

Utk menelan hakikat bukanlah semudah dan seindah yang disangkakan..



Apapun, kuncinya hanyalah kita perlu kembali semula kepadaNya.. ya, Dialah yg mengaturkan perjalanan hidup setiap makhluknya, Dia yg maha bijaksana menentukan takdir hidup hambanya.. Dari Dia kita datang, kepadaNya kita kembali..

Moga ada hikmah yg Allah hantar bagi setiap cabaran dan ujian yg aku jalani ini, baik buruk susah dan senang dr awal dipinjamkan nyawaku ini, sehinggalah ke usia menjelang senja ini... 

Tuhan, kadangkala sebak dan pilu di dada ini dgn apa semua yg telah terjadi... aku hampir kehilangan keyakinanku padaMu.. aku hampir tersungkur tertewas dgn jentikan yg kuhadapi. tuhan, berikanlah aku kekuatan utk hadapi dan teruskan perjalanan kisah hidupku ini, sebagai seorang hambamu, sebagai seorang anak, sebagai seorg isteri dan ibu, serta sebagai seorg guru dan pentadbir. Berikanlah aku ketabahan dan semangat untuk teruskan langkahku selagi jasadku masih bernyawa.

Aku tahu aku yakin, rahmatMu akan sentiasa memayungi.. aku mohon, janganlah kau jauhkan aku dari taliMu, sesungguhnya Engkau maha pengasih lagi maha penyayang. 

Ampunkan aku dan dosa2ku.. hanya kepadamu aku berserah, aku mengadu dan aku berharap. Kerana betapa strungglenya aku utk menelan pahit getir yg tertulis, betapa sakitnya utk menerima kenyataan dan betapa lemahnya aku ... hanya Engkau yg tahu...


Monday, September 5, 2022

NYAWAKU...


 Merekalah kekuatanku, merekalah memotivasikan aku di saat aku tersungkur dan di saat hancurnya pengharapanku.

Mereka ini membuatkan aku mengatur langkah, biarpun tika itu aku menapak di atas bara.. Kerna mereka aku gagahkan hati dan diri, mengharung kepayahan sendirian, menyimpan kedukaan dan menyorokkan tangisan di dalam hati. Kupamerkan senyuman demi membahagiakan orang lain. 

Apa yg aku tahu, aku ingin mereka kuat. dan tk mahu mereka lemah dan kalah sekiranya melihat aku lemah. Aku mahu mempimpin dan memacu mereka walau ketika itu aku sendiri teraba dan merangkak mencari kekuatan.



Merekalah nyawaku, kekuatanku anuagerah dari-Nya. Amanah yang aku cuba tunaikan menjaga dan membesarkan mereka biar dengan sebelah tangan dan sebelah kaki yang sering terikat dan terpasung. Aku korban hati dan perasaan ini demi nyawaku... Tanpa mereka aku tidak sekuat kini. Tanpa mereka aku tidak berada di sini hari ini... 

Aku singkirkan satu persatu daki-daki perit yang menyelubungi hidupku, aku cari arah tujuku berpaksi kepada Ilahi. Aku mengumpulkan semua kepayahan dan sakitku, untuk aku bangun demi diri ini dan mereka nyawaku...



Doa dan restuku akan sentiasa bersama dan mengiringi langkah mereka. Hanya itu yg termampu aku beri kerana aku tidak punya harta untuk mengembirakan mereka. Aku hanya ada hati yg lara... aku yang tidak punya apa-apa,. 

Aku hanya ada mereka!.Itulah hartaku dunia dan akhirat kerana darah kami adalah satu malah kami pernah berkongsi  irama dengup jantumg yang sama.. Terima kasih Allah kerana kurniakan mereka kepadaku!.


Friday, March 18, 2022

KUATKAH AKU?

 Seringkali keinginan dan harapan tak selari dengan ketentuan takdir terhadap diri kita. Tak pasti adakah aku salah bila jauh di sudut hati aku impikan seorang imam yang dapat membimbing aku? yang dapat memberi saranan nasihat dan motivasi mengikut ajaran agama. Seorang ketua keluarga yang mampu menjadi kapten kapal dan nakhoda yang dapat membawa keluarganya selamat dlm pelayaran. Salahkah aku?

Jauh di sudut hati terasa bahagianya jika berimamkan ketua keluarga. Dia yang menegur dan membimbing ke arah kebaikan.Dia yang sama-sama mengimarahkan keharmonian


dlm keluarga sakinah mawardah dan warohmah.Cemburu bila melihat pasangan lain sama-sama bangun malam, berpuasa sunat   dan mengaji.

Aku bukanlah seorang yang alim malah aku sendiri banyak kelemahan dan kekurangan dlm agama. Rasa aku terlalu kerdil dan lemah untuk mengatur langkah di bumi ini....Namun pada masa yang sama, tiada tangan yg menhulur utk membimbing aku...Malah aku pula yang terpaksa untuk memulakan langkah membimbing orang lain. Adakah aku layak?

Terasa juga putus asa dan sedih tikamana teguran atau pelawaan kita dipandang dingin... harus bagaimanakah lagi?Kuatkah hati ini utk teruskan? sedangkan jauh lagi perjalanan ini untuk aku hadapi...

Tuhan, berikanlah aku kekuatanMu...Bantulahaku, berikan aku ketabahan untuk hadapi ujian Mu ini.

Monday, February 21, 2022

Rasa yang tidak terluah

Ada ketikanya hati ini teringin nak keluar jalan2 atau makan2 berdua degan suami. Dlm hati selalu berangan2 untuk pergi ke satu2 destinasi berdua shj... atau melakukan aktiviti rekreasi atau saja tengok-tengok tempat org dan cari makan yang jarang jumpa. Tk kisahlah, jauh ke atau dekat. 
Tapi selalunya, hajat dan hasrat itu akan berlalu begitu sahaja., (menyedari rezki sendiri tidak sama seperti orang lain.)Terlalu lama menguruskan hidup seorang diri, susah atau senang, sihat atau sakit, sendirian...memgajar aku jadi tepu dan biasa mengurus segalanya bersendirian. Bezanya, aku bukan janda atau aku bukan tiada suami tapi terlalu lama hidup berjauhan dengan suami. Keadaan ini membuatkan sebelah kaki aku masih terpasung dan langkah aku masih tersekat. Aku tidak boleh buat keputusan sendiri dan tidak sebebas yang disangkakan. Sebab itulah banyak perkara yang aku diamkan dan pendamkan kerana jarak ini. Sesekali pasangan pulang ke sarang, tidak cukup masa untuk memenuhi angan yang pernah aku impi. Sesekali suami ada di samping, masa sering mencemburui untuk kami lakukan sesuatu yang tertinggal.. belum lagi ada kalanya sesuatu  itu hanya diriku yang inginkan tetapi tidak kepada sidia, maka akan ku padamkan sahaja anganku itu. 
( Demi memjaga hati org lain atau memenuhi hasrat org terlebih dahulu.)

Jujur, bukanlah bermaksud suamiku mengongkong, tetapi ada satu dua perkara yang memg aku perlukan teman atau kawan untuk melaksanakan namun tidak tertunai lantaran sering keseorangan. ( dlm hati, aku sering harapkan suami agar sudi jadi teman)  
Situasi ini aku hadapi tanpa ada siapa yang tahu ..jauh di sudut hati kecilku, cemburu melihat org lain sentiasa di samping pasangan mereka.  Ada teman utk berbicara, ada kawan utk mendengar cerita malah menasihat atau seumpamanya. 

oleh itu kebanyakan aktiviti atau percutian aku hanya ditemani anak-anak mahupun adik beradik sahaja. Jarang sekali suami terlibat sama kerana alasan tiada cuti, tk cukup bajet untuk balik, dan penat.. Terutama aktiviti kekeluargaan seperti majlis tahlil atau hari keluarga aku, suami sering mengecualikan diri. Walau sebenarnya aku terasa tapi semua itu aku ketepikan dan berbaik sangka.
Percayakah, kalau ku katakan ada ketika, aku lupa bagaimana untuk melayan pasangan? Ada masa aku selesa lagi sendirian, ada waktu aku rimas walaupun sebenarnya, aku amat rindu seseorang di sisi... ada waktu, aku perlu seseorang menjadi bahu untuk kumeratap.. Sesekali aku inginkan diri ini di dakap ketika aku meluahkan sarat di hati.

Coretan ini bukan bermaksud aku meratapi nasib. Ini adalah hakikat perasaan manusia biasa yang sebahagian besar hidupnya selama ini sendirian tanpa suami dalam satu bumbung. ( aku juga tahu, suami  juga tentunya punya perasaan yang sama sepetti aku) Cuma mungkin pendekatan dia mengatasi kesunyian dengan cara berbeza. Usahlah di salah tafsir coretan rasa ini, ia sekadar pedoman kepada pasangan yang jarang berjauhan, hargailah masa berdua,kalian. Nikmatilah keserasian bersama susah dan senang, pahit dan manis... hargailah pasangan dan masa yang anda ada. Buat yang senasib seperti diriku, sentiasa PJJ dengan pasangan, tabahkanlah hati, kuatkanlah semangat untuk hadapi hari2 walau semuanya sendiri. Bukan mudah bahu menanggung, semudah keluarkan kata2 di bibir, namun, siapa akan jaga diri kita kalau bukan diri sendiri? Siapa yang akan mengembirakan hati kita jika bukan hati sendiri.. kerana, Kebahagiaan itu pilihan... 






Saturday, February 19, 2022

PENGORBANAN TERAKHIR... HANYA KERANA-Mu..



Hanya kerana Mu yaAllah, aku luruskan hati menerima dan memaafkan dia semula.
 

Memang jika ikutkan hati dan jiwa ini sudah mati untuknya. Aku tak mampu untuk bohongi hati, aku ingin keluar jauh dari hidupnya setelah beribukali kepercayaan aku disia-siakan dan dibancurkan bagai kaca terhempas. 

Nekad aku untuk meninggalkan dia agar aku dpt membuat pilihan mencari bahagia dan pilih hidupku cara sendiri.. aku tk mahu mikirkan lagi tentang dia kerana yakin aku mampu hidup tanpanya.  Sekian lama pun  hakikatnya aku sendirian biarpun di mata kasar aku miliknya. Bukan mudah untuk aku pakukan hati menerima dia semula. Aku telah berkorban dan terkorban jiwa dan ragaku umpama satu perjudian dengan membuat keputusan ini..Sungguh keputusan ini sedikit sebanyak merobek2 hatiku sendiri. 

Namun  ya Allah, aku luruskan hati untuk terima dan memaafkan dia kerana Mu jua. Kerana aku yakin perancanganMu hanya yg terbaik untuk hambanya. Aku terlalu kasihan dia kerana selama ini dia jauh tersesat dan alpa. Sebenarnya dia dan jiwanya sedang sakit.. hakikatnya dia keseorangan. Aku terpanggil untuk membantu dan menariknya ke jalan yang lebih terang. Aku harap dengan pengorbanan terakhir aku ini aku dapat lebih dekat dengan Mu ya Allah, berharap aku dpt berserah kpd Mu memberikan kami hidayah dan petunjuk selalu. 

Namun aku tidak akan teragak-agak untuk  meleraikan semula ikatan ini andai sekali lagi aku didustai dan dilukai lagi. Kerana mungkin dia sendiri yg tidak ikhlas untuk berubah mahupun dia masih mencari bahagia cara dia dengan mengenepikan perasaan aku dan anak2.  Cukuplah. 



Ya Allah, hanya keranaMu aku serahkan kerana hanya engkau yg maha tahu maha adil dan maha perancang yg terbaik untuk hambaMu. Aku yakin, Aku serahkan suami anak2 dan harta milikku kepadaMu kerana aku tahu semua itu hanya pinjamanMu. Aku serahkan kpd Mu dan malaikatMu menjaganya agar ikatan keluargaku ini menjadi tenang dlm redoMu. Biarlah niatku untuk membimbing dia menjadi satu usaha jariah yg dapat membantu aku di sana nanti. Mungkin didunia bahagia hanya sementara namun aku yakin Ya alllah, bahagia di sana yg kekal abadi perlukan pengorbanan hati yg besar untuk kecapi nikmatMu itu. Bantulah aku Ya Allah dan berikan aku kekuatan ketabahan hati untuk meneruskn niatku ini.  Hanya keranaMu ya Allah aku kembalikan semua sesuatu milikmu kerana semua itu jua adalah dtgnya dariMu dan izinMu jua. Hanya keranaMu Allah aku memaafkan dia aku menerima dia semula kerana sedar kami hanya insan biasa yg tidak lepas dari dosa....



Friday, November 13, 2020

NIKMAT SAKIT DAN NIKMAT SIHAT (2)

Sakit kakiku tanggung sudah makan bulan. Aku masih teruskan usaha mengurangi sakit kakiku dengan pelbagai cara. Tak lupa, aku berdoa agar Allah beri kesembuhan pada sakit kakiku ini. Moga dengan sakit yg diberi, akan dapat menghapuskan dosa-dosa aku selama ini. Aku berurut ke merata tempat. Sewaktu aku berurut dengan seorang tukang urut yang ku panggil kak Pah, dia mengesan ada sesuatu yang menumpang ditubuhku sehingga dia tidak mampu mengurut aku dengan sempurna. Dia menasihati aku untuk berubat dengan orang yang lebih arif. Sebelum itu, aku dinasihati untuk meminum air Musoffa. Sebaik aku meminum air musoffa itu, aku berasa loya dan seakan nk muntah. Namun hanya angin sahaja yang keluar dari kerongkongku. Selepas itu, aku mencuba untuk berurut dengan seseorang yang pandai dan kebolehannya diketahui ramai. Menurut orang ini, gangguan yang menumpang sudah tiada lagi ditubuhku dan hanya urat saraf di pinggang dan kaki sahaja yang sedikit bengkak. 

Seminggu berlalu, namun sakit kaki dan kebas masih lagi kutanggung. Aku menerima saranan dari kawan-kawan yang merasakan sakit aku ini agak pelik. Aku di syorkan berjumpa pula dengn seorang pengamal perubatan tradisional. Selama 2 kali aku ke rumahnya, kali pertama aku hanya diberi air penawar dan diminta datang semula untuk membawa beberapa barangan bagi membuang "sesuatu" yang masih ada di tubuhku?!!... memang aku keliru... tapi aku percaya, kita berusahalah  moga Allah jua yg menyembuhnya jika serasi. Malangnya, ikhtiar aku dengan pengamal perubatan itu juga belum menampakkan hasil. Sakit kaki n pinggang  aku masih belum hilang.

Aku mula menyangka kemungkinan sakit aku ini berkaitan dengan saraf dan juga slip disc... Akupun berangan ingin mencuba cara rawatan saraf dengan pakar saraf seperti Master Chriss Leong dan seumpamanya. Rupanya, kebetulan abang dan kakak iparku ada mengikuti kursus rawatan saraf ini dengan Master Zai. Aku pun cuba meminta abang dan kakak iparku menjadikan aku sebagai ujian praktikal.Namun, keduanya masih belum yakin,aku akhirnya dipanggilkan tukang urut seorang Makcik yang sudah berusia berasal dari Kelantan untuk mengurut aku. Sebelum mengurut, makcik ni minta disediakan plastik smapah untuk muntah. Katanya klu dia tk tahan mungkin dia yang akan muntah Sepanjang proses mengurut, aku berasa loya dan lesu. Sebaik habis berurut, aku tk mampu manahan lagi lantas aku muntah dlm plastik yang ditelak dlm bakul sampah yang disediakan tadi. Melambak muntah aku,ntah aku makan apa banyak begitu pun aku tak pasti. Setahu aku, aku tidak berapa selera makan dan memamg kurang makan sejak aku sakit. Sebelum pulang, aku muntah sekali lagi. Makcik tu kata, muntah buang nyakit. Mudah-mudahan selepas ini aku boleh sembuh. Dlm perjalanan pulang, perut aku pula meragam dan isinya tak sabar nk keuar, sebaik sampai rumah, aku terus ke tandas dan menyembur keluar najis yg busuk dan hitam warnanya spt longkang!...Namun 3-4 hari kemudian,  abang dan kakak bertanya khabar sakitku, jawapannya masih sama... tiada perubahan dan aku masih sakit kaki kebas dari pinggang ke seluruh kaki kiri. 

Hajat nk cuba rawatan pakar saraf pun aku dh merasa...yg selama ini aku teringin dan hanya tengok di face book shj... subhanalah!... lihatlah kuasa Allah menunaikan inpian hambanya dalam pelbagai cara. Abang dan kakak ipar membawa aku ke pusat rawatan saraf berjumpa Master Zai untuk membetulkan saraf. barulah puas hati aku, walaupun selepas itu, sakit aku masih tiada perubahan.

Aku teruskan lagi usaha, berrurut lagi sekali dengan Kak Pah,Namun kak Pah mengesyorkan aku berjumpa dahulu dengan seseorang yang tahu membuang sesuatu. Aku ikutkan sahaja kata Kak Pah, dengan Wak ini,aku berubat 2x juga, kali pertama diberi air penawar dan aku kena berpantang dari memakan 5 benda yg berbisa utk sakit aku ini, antaranya tk boleh makan pulut, belimbing buluh, ikan bersengat seperti keli dan beberapa lagi yg aku pun dah lupa.Masa berubat tu aku perlu datang membawa telur ayam kampung, jenuh juga adik iparku mencari telur ayam secara ad hok ni, dh la waktu malam mana ada org jual telur ayam. Syukur, dikejiranan kami ada yg membela ayam kampung, dapatlah kami sediakan telur itu. Namun, aku perlu datang untuk rawatan kali ke 2 dengan membawa beberapa lagi barangan sebagai syarat untuk mengusir "sesuatu" yang menumpang di tubuhku ini. Bukan aku nak  percaya sangat, tapi hakikatnya bukan manusia shj yg hidup sbg hamba allah di bumi ini. Ada juga makhluk yg kita tidak dapat lihat , sama-sama menumpang di bumi Allah. Aku yakin, kita berusaha dan jgn berputus asa dengan rahmat allah. Rezeki kesembuhan hanya allah yang beri. Kita merancang tuhan yg menentukan.Sementara itu, aku perlu menjalani terapi jalan tar selama 3 hari berturut-turut. Berjalan di atas tar antara jam 11-12 tengah hari dengan tidak memakai kasut. Aku juga melakukan rawaatan terapi rumput dan embun pd waktu pagi. 

Pengalaman berubat dengan Wak akan kusimpan sbg kenangan. Memang sesuatu yg tidak pernah aku terfikir untuk mengalami situasi itu. Mengapa aku yg terpilih, hanya Allah yg tahu. Susah payah adikku mencari upih pinang, pisang masak dan beberapa lagi benda yang perlu sbg syarat rawatanku. Syukur alhamdulillah semua benda dapat disediakan seperti semuanya dipermudahkan urusan kami. 

Seminggu, selepas rawatan dengan wak, aku teruskan lagi sesi mengurut, kali ini adikku pula berusaha membawa aku berurut dengan beberapa org tukang urut yang dikenalinya. Sakit pinggang n kakiku memang belum sembuh namun aku dapat rasa ia semakin berkurang. Bab mencucuk tu yg tak tahan dan masih ada. Berurut dengan seorang tukang urut yg baharu kukenali, dia lebih muda dari aku, merupakan pengalaman yang melucukan kerana saat mula2 berurut, ia sendawa sehingga terjerit-jerit dan ini menyebabkan berlaku situasi "latah- melatah". Urutan pertama hanya membuang lapisan angin manakala urat yg sakit belum timbul. Aku prlu datang lagi untuk urutan seterusnya. Urutan kali ke 2,barulah tukang urut dapat mencai urat yg mula timbul sedikit namun dikhuatiri urat  yg sakit itu sudah hampir seluruh badan. Urutan pertama dan ke2 itu aku hanya tumpu pada pinggang ke bawah supaya tukang urut dapat memberi tumpuan pada kakiku yg bermaasalah. Akhirnya urut kali ke 3, aku urut seluruh badan. Dapat aku rasa sedikit perubahan, sakit dan bisa-bisa di kaki dan pinggang semakin berkurangan. Tukang urut itu juga mencadangkan aku mencuba makan ubat di kedai tabib Cina (Singseh). Tokey kedai itu memberikan aku 3 jenis pil yang kecil berwarna biru, merah dan putih. makan jika sakit. Memang aku akui, ubat itu sedikit membantu meredakan sakit yg ku alami tapi aku hanya makan jika perlu sahaja. Kalau aku betul-betul tak tahan aku makanlah.

Alahamdulillah, ada perubahana pada sakit pinggang dan kakiku. Kebas sudah semakin nipis ku rasa. Semut-semut di kaki juga kurasa semakin kecil dan tidak menggigit. Aku meneruskan dengan urutan kali empat di minggu seterusnya. Sementara itu aku ada mencuba senaman untuk sakit saraf atau sakit pinggang/pinggul, namun akibatanya sakit itu terasa makin kuat. Berurut dengan tukang urut muda ini memang melegakan sakitku. Tanpa ku sedar, seminggu duaa  berlalu sakit pinggang dan kebas kakiku sudaah tidak  berapa terasa. Sakitnya hilang ntah ke mana. hanya sedikit sahaja lagi kebas yg geli-geli dan sengal di pinggang yang gitu-gitu... Syukur kerana doaku kepada Allah telah dimakbulkan. Dari Allah sakit aku itu datang dan kepada Allaha jualah sakit itu kembali. Sesungguhnya hanya allah maha penyembuh. Aku hanya berusaha kerana yakin dengan rahmat allah, dan moga sakit ujian ini dapat menghapuskan dosa2 aku. 

Kini wlaupun sakit itu masih aku rasa sikit-sikit namun itupun sudah memadai dan bersyukur ssangat daipada sakit yg kutanggung sebelum ini. Sekarang aku boleh duduk, berdiri, berjalan agak lama.Kalau dulu, setengah jam duduk berdiri malah kalau berjam-jam, memang aku boleh menangis menahan sengal bisa mencucuk.Kini syukur alhamdulilah, sudah banyak sangat bezanya.

Kesimpulannya, kata-kata itu umpama doa, perkara yg terlintas di hati, Allah itu maha mengetahui dan mendengar, kini aku diuji dengan sakit yg konon aku teringin sangat sebab jarang -jarang sakit. Nahh, ambik kau!... Sakit atau sihat, kita sebenarnya tetap dlm ujian Allah... bersukurlah selalu. Benarlah, nikmat sihat itu amat mahal... bila dah sakit, kita tidak berkira wang ringgit yang sanggup kita keluarkan. Belumlagi mendengar sana sini ada perawat atau org yg berkebolehan mengurut..kita akan sanggup pergi mencuba. Sungguh, dalam musim PKP dan momoratorium, org boleh menyimpan duit, namun bagi aku, duit itu habis kerana berubat. Aku percaya, dalam reki kita ada rzeki orang lain... aku redho.


Thursday, November 12, 2020

NIKMAT SAKIT DAN NIKMAT SIHAT (1)

"SAKIT ITU PENGHAPUS DOSA"... kalimah itu sering mengganggu perasaanku tatkala membaca atau mendengar khabar kawan-kawan yang sakit atau tidak sihat. Adakalanya mereka demam biasa, adakalanya mereka diserang penyakit yang kronik dan bermacam-lagi perkara yang mengganggu kesihatan mereka. Aku tertanya-tanya, adakah aku yg jarang ditimpa dengan masalah kesihatan ini tidak disayangi Allah atau aku ini terlalu banyak dosa sehingga tiada jentikan/ujian dariNya untuk menghapuskan dosa-dosaku. Subhanallah!... begitu dhaif dan buruk sangkanya aku...

Sehinggalah pd suatu hari, sedang aku bersolat terawikh, tiba-tiba, pinggang aku terasa sangat sakit bagai dicucuk-cucuk. Menahan sakit sehingga selesai solat terawikh begitu menyiksakan. Malam itu aku tidak dapat tidur kerana sakit pinggang sehingga mengakibatkan kakiku kebas. Keesokan paginya, sebelah kaki kiriku bengkak dan sakit di pinggang masih tak hilang. Bukan setakat kebas kaki malah, sakit mencucuk-cucuk di betis dan pinggang tidak dapat aku gambarkan. Duduk salah, berdiri lama pun salah, berjalan sakit.Akhirnya aku hanya mampu berbaring demi mengurangkan tekanan kepada kaki. 

Masuk hari ke-2, aku tk dapat tidur, aku tak tahan menanggung kebas, lenguh, sengal dan mencucuk dari pinggang hingga ke kaki, lalu aku memanggil tukang urut datang rumah untuk mengurut kakiku. boleh jadi ia akan dapat mengurangkan kesakitanku. Namun, tiada perubahan, esoknya kakiku masih sakit. Kali ini, aku menahan sakit semasa memandu ke tempat kerja. selama dalam kenderaan, aku tak senang duduk kerana kakiku kebas dan bersemut-semut. Terasa bagai kaki dihurung semut dan semut itu menggigit-gigit kaki sehingga aku rasa kakiku panas...atas nasihat kawan, aku pergi lagi berurut dengan tukang urut yang lain, namun makin diurut, makin sakit kakuku. Balik berurut, aku singgah di farmasi untuk membeli ubat 

Berbekalkan ubat itu selama beberapa hari, mengharapkan agar ada sedikit kurang pada sakit pinggang dan kakiku, namun masih belum jodoh...sakit terus ada, aku tetap juga teruskan berurut dengan tukang urut yg ke-2 ini sebanyak 4 kali urut. seminggu sekali aku dtg namun, sakit kaki n pinggangku masih belum pulih.  Aku masih lagi perlu kerap berbaring untuk mengurangkan tekanan pd pinggang dan kaki. Bila berbaring, aku akan rasa lega banyak pada kaki dan pinggang. Namun sebaik shj aku bangun dr baring, kaki aku akan terus kebas dan mencucuk...ya allah, hanya Dia shj yg tahu bagaimana sengsaranya aku menanggung sakit itu. 

Aku teruskan usaha merawat sakitku ini. dalam pada itu, aku sebenarnya berlawan dengan emosi kerana aku benar-benar "down" akibat sakit ini. sakit yg sukar untuk kugambarkan dan sakit yg bukan aku buat-buat. Aku tertekan bila suami sering melahirkan rasa tidak puas hatinya kerana aku banyak berbaring sahaja tanpa berbuat apa-apa.aku juga tidak mampu bertahan lama apabila keluar berjalan-jalan. Aku akan rimas dan sering mengurut-ngurut kaki dan pinggang . Tidak dapat duduk tetap malah kadang aku sendiri akan termenangis apabila tidak dapat menahan sakit kaki.Aku juga berperang dengan perasaan bila kurasakan aku tidak mampu untuk bergerak pantas atau bekerja dengan sepenuh rasa seperti org sihat. Aku bekerja sedaya yang boleh shj.Situasi ini menyebabkan aku tertekan dan malu dengan boss baru. Kebetulan pula aku diberi tanggungjawab yang juga baharu.

Syukurnya, sakit kakiku itu masih membolehkan aku berjalan, berlari atau melompat. Syukur aku masih punya kaki,. Aku teruskan usaha mengubati sakit kaki ku ini sendirian. Aku berurut pula dengan tukang urut yanag lain, walaupun jauh, aku sanggup mencuba. Setiap minggu aku pasti akan berurut. selain berurut biasa, aku juga mencuba urutan kiropraktik, Aku mencuba seramai 2 orang pengamal perubatan kiropratik ini namun masih belum ada rezeki kesembuhan buatku. Aku masih menanggung sakit dari hari ke hari dari minggu ke minggu dan dari bulan ke bulan.

Aku teruskan rawatan berbekam pada pinggang, mengharapkan ada keajaiban. Namun ianya tidak begitu membantu. Aku cuba pula rawatan akupunture, juga hasilnya masih tiada perubahan. Waktu berlari dan wang mengalir laju kerana membiayai perubatan aku ini. Tapi aku tidak peduli. Tiada lagi istilah jimat atau sayang duit. Apa yg dlm fikiran hanya utk sembuh. Dalam diam, sudah 5 bulan aku menderita sakit ini. Sakit yg aku tk tahu punca dan namanya. Ubat sapu dan minyak panas yg kugosok setiap hari dr paha ke betis rupanya telah menyebabkan saiz kakiku kecik sebelah!.. hehehe... yg ini mcm lawak, tapi serius, aku seriau!.

Wednesday, January 25, 2017

Saat dan ketika yang tiba ini.....


Bismillahirrahmanirrahim...
Tanggal 29 Disember 2016, Ketika sedang menjalani  mesyuarat  kali pertama untuk sesi pembukaan sekoah 2017,guru besar Selabak memaklumkan aku bahawa aku perlu hadir ke Pej Pend Daerah  pada petang itu juga. Serentak dengan itu, emosi aku seakan terhenti dan mindaku gagal menganalisa apakah emosi yang aku alami ketika itu.
          Tidak mahu membuat pelbagai andaian, namun semua itu seolah dapat dibaca oleh rakan guru yang lain dan juga hati kecilku ini. Namun semuanya enggan kulayan sehinggalah tiba detik saat seperti yang dibicarakan oleh sekeping gambar di atas.
         Memikul tanggungjawab baru dalam dunia baru di sekoah baru, bersama rakan guru yang baru dan guru besar baru.......aku yang diumpama  "penyapu baru" sebenarnya masih terpinga dan seperti bermimpi. Membawa kaki dan getaran hati menuju ke destinasi baharu ke Sk Kg Baharu Sg Sumun, adalah saat yang tidak mungkin aku lupakan.... 
        Apa yang aku doakan dan harapkan agar ketentuan Dia ini yang menggerakkan hatiku, yang menentukan rezekiku dan perjaanan hidupku ini akan dipelihara dan dipermudahkan olehNya. Aku yakin, setiap ketentuanNya pasti ada hikmah yang tersembunyi. Mungkin kehadiran aku untuk kebaikan semua di sana ataupun segalanya yang berada di sana adalah untuk kebaikan diri aku sendiri. Aku hanya berharap agar restu dan doa dari kawan-kawan yang ikhlas, dari restu ibu dan keluarga, malah dari suami dan anak-anak akan membawa aku ke suatu dinia baru yang lebih bermakna, bukan sahaja untuk diriku sendiri malah untuk segalanya dalam lingkungan Skkb tersebut.
AAAmiinnnn...

Wednesday, August 8, 2012

Allah pilih kamu lagii....

Adik,terkedu aku mendengar luahan hatimu...sungguh, meruntun hati ini mendengar ceritamu, jika boleh ingin ku membantu mu merungkaikan masalah itu.Adik,aku mengerti semua keperitan yang kau lalui..Berbagai onak dan duri telah kau tempuhi...namun seolahnya masih jauh untukmu menjengah keindahan pelangi. Adik, aku mohon kau tabahkan hati dengan kesabaran, malah aku tahu, memang selama ini kau adalah insan yang kuat. sesungguhnya, aku percaya yang Allah itu maha mengetahui dan maha mengasihani. Allah tahu bahawa, apa yang menimpamu adalah sesuatu yang mampu untuk kau tanggung dan lalui. Adik..sesungguhnya, Allah telah memilih mu untuk menerima ujian ini, malahan mengujimu dalam bulan yang barakah Ramadhan ini. Anggaplah segala kepayahan dan sengsaraan yang kau alami ini merupakan dugaan dan cubaan dariNya untuk memberikan kau sesuatu yang tidak kita lihat. Sesungguhnya, ujian tuhan itu petanda Dia menyayangi kita dan inginkan kita terus dekat padaNya...
Adik..Ujian yang kau terima ini akan memberimu rahmat dan pengampunanNya,...mudah2an..kerna ujian dalam bulan ini akan memberimu beribu kali ganda pahala andainya kita redha dan sabar mengharunginya. Sesungguhnya engkau yang terpilih oleh Nya untuk Dia terus mendengar rayuan dan permintaanmu tanpa jemu.
Adik,aku tahu airmata mu sudah hampir kering,dengan dugaan yang bersilih ganti. sesungguhnya, aku mengaku bahawa, andai aku di tempatmu,aku tentu tidak berdaya untuk menanggung atau mengharunginya..
Percayalah adikku..dengan ketabahan dan kesabaranmu...mudah2 mudahan Allah akan mendengar permintaanmu, malah suatu hari nati pasti semuanya akan ada penyelesaian dan segala yang benar akan terserlah.Amiinn...

Wednesday, July 4, 2012

SIKSANYA CINTA JARAK JAUH....

Aku sekali lagi terpaksa mengharungi perpisahan dengan suamiku yang tiba-tiba di tukarkan ke Putra Jaya. Sudahlah selama 10 tahun ini aku sudah dikategorikan duduk berjauhan dari suami kerana suami bekerja di daerah lain(Lumut )sementara aku di Teluk Intan.Suamiku hanya dapat pulang ke rumah pada hujung minggu dan sekali sekala pulang pada hari Rabu. Untung jarak ke Lumut anggaran 1 jam sahaja jauhnya. blehlah juga suamiku pergi balik hari sahaja.

Namun apabila kini beliau ditukarkan ke Putra Jaya, jaraknya semakin jauh dan kekerapan untuk dia pulang semakin kurang. Mungkin hanya pada setiap hujung minggu, itupun jika tiada aktiviti yang menghalang untuk kami berjumpa.Kemungkinan juga kami akan bergilir untuk saling mengunjungi antara satu sama lain.
Setakat masalah untuk berjumpa, mungkin masih boleh kami tangani, namun untuk mengharungi dan menghadapi cinta jarak jauh ini tidaklah semudah yang disangka. Walaupun Ogos ini mahligai kami genap berusia 20 tahun, namun cabaran dan pancarobanya juga tidak kurang gagah untuk menguji kesetiaan dan kejujuran hubungan ini. Adatlah manusia pabila sering berjauhan, tentu ada perasaan sunyi dan boring yang adalalanya diisi oleh perkara2 yang dianggap remeh dan main2..namun boleh sehingga menyebabkan perkara itu serius dan besar.

Perlunya kesabaran yang tinggi untuk seorang wanita,ibu dan isteri menangani semua masalah anak sendirian,,menguruskan kelancaran rumahtangga sendirian ... serta membayar bil-bil sendirian... Alang-alang  bagi seorang wanita, jika tidak cekal dan kuat, tentu segalanya tidakkan terurus.

Belum lagi menyentuh tentang susah senang dan sakit demam yang dihadapi sendirian...bolehkah bayangkan betapa jauh di sudut hati sentiasa tersiksa menahan rasa, merindui dalam masa sama meragui suami?..Bagaimana untuk kita mengejas dan mengendalikan hati dan jiwa yang terseksa rasanya oleh cinta jarak jauh ini. Mengusir kerinduan ini amatlah sukar sekali, seolah membakar diri sendiri...

Untuk seorang lelaki, atau suami rasanya mereka tidak pula memperlihatkan kerisauan dalam meninggalkan anak isteri berjauhan?..etakat bertanya khabar sekali sekala mungkin bagi mereka itu sudah memadai. Mereka lebih releks dan tenang mengharungi situasi ini...yang tercipta bagi mengikuti jadual pertemuan ini dengan teratur?Tidak risaukah anda jika berada di tempatku?..

Seandainya pasangan kita itu kuat iman, agama dan pegangannya, sudah tentu kita tidak akan risau dan susah hati kerana tahu bahawa mereka terbatas dalam hukum hakam agama dan adab sopan, namun jika pasangan kita bukan tergolong dalam mereka yang sebegitu sudah tentu hati kita juga sentiasa berkocak kerana bimbangkan langkah mereka jauh terjebak. Mampukah kita wanita hidup dalam keadaan stress dan memendam serta menahan perasan sebegitu?..

Mungkin penyelesaianya ialah kita mengikut suami berpindah ke sana... namun, semuanya dari a-z terpaksalah wanita juga yg memikir dan mengusahakannya sendirian.......kerana dalam situasi yang aku hadapi sekarang, suami masih belum mengizinkan untuk aku mengikutinya berpindah ke sana.Apa alasan yang dalam fiikrannya, tidaklah diketahui kerana soal hati biarlah tuhan yang tentukannya.

Jauh dalam sudut hati..aku hanya mampu mengharap dan berdoa agar hati-hati kami, cinta kami tetap utuh dan tidak berubah atau goyah dek pancaroba dan dugaan dunia. aku mohon agar tuhan peliharalah kami suami isteri agar damai mengharungi cabaran yang tersurat ini. Hanya mampu meminta segala kebaikan dan di jauhkan segala keburukan untuk kami terus menyusun langkah di hari-hari yang mendatang ini. Aminnnn.

Saturday, April 7, 2012

kalau "pc" dah jem

lama tak menitipkan tinta untuk dikongsi rasa. Mungkin juga apabila bebaru ni aku diserang sakit kepala (migrin) lagi seperti selalunya. Biasanya aku tahankan saja atau telan panadol namun kali ini aku cuba bawa bertemu doktor dan alhamdulillah diberi cuti untuk berehat 2 hari. Apa yg aku nk kongsikan ialah eosiku sewaktu pc aku terganggu..kalau komputer..bila pcnya rosak atau jem dh tentu program turut terganggu kan?. Begitulah yang aku rasa apabila nikmat sihat dan ringan kepala ini ditarik dengan sedikit migrin yang menyerang . Sakit yang ku kira tidak seserius mana berbanding penyakit lain yg kronik spt barah atau seumpamanya, namun ianya telah menjejaskan seribu satu rutin yang selalunya kita buat. Bayangkan, bila sakit tu datang, tidur tak boleh, makan pun tak lalu, tk boleh nk tumpu pada tugas, asik tangan di atas kepala jer....apa yang boleh dan mahu dibuat hanyalah baring,baring dan baring!..bila pc dh terganggu...duduk pun salah, bangunpun salah, nk makan tak mahu apa lagi nak masak!.Rasa sakit seluruh badan. Kalau dh berlanjutan sehingga 4-5 hari...bayangkan!Jika waktu itu jasa kita diperlukan oleh suami dan anak2...tentu sedikit sebanyak emosi mereka juga turut terganggu kerana kita tidak dapat memenuhi keperluan mereka.  Masa itulah baru terkenang nikamt sihat. Sedikit sahaja Allah cuit nikmat yg diberinya,..dengan mudah sangat kita tergoyah dan mengeluh kesah.Masa inilah baru teringat pada 5 perkara yg penting dalam hidup kita iaitu masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati...ermmmm..ada 1 lg yg tertinggal..apa ya?...
Beginilah insan yang tidak akan pernah puas dan sedar tentang nikmat Ilahi yang dinikmatinya selama ini.Segarusnya aku bersyukur kerana diberi sakit itu dan seharusnya aku redha dengan sakit yg sekejap itu kerana sesungguhnya sakit itu merupakan ujian Allah kepada manusia yang berfikir dan redha.aduhhh...mengapalah kita sering lupa pada Tuhan bila waktu senang, malah dalam waktu sakit pun!?..
Ya Allah!..ampunkan lah hambamu yg dhoif ini...aminnn..

Wednesday, February 1, 2012

Em mo c...dek gb baru.

 01February 2012

 Pagi tadi terharu sekejap dengar kata-kata aluan gb yg baru...menyentuh tentang kerdilnya orang bawahan apabila kehadiran kita seolah tidak diterima sebagai ahli di kalangan mereka!... kerana...kita kan manusia biasa?
Memang sukar nk pisahkan perasaan dari terasa...merasa...dan berasa.


Namun sedikit lega mendengarkan kalimah yg berbaur toleransi,perihatin dan sedardiri sebagai pemimpin. Siap membezakan antara kritiria seorang PENGARAH dan seorang PEMIMPIN. Selalunya seseorang yang berani menyatakan pendapat dan rasa hatinya kepada orang lain, merupakan seorang yang sedikit sebanyak mempunyai ciri atau misi seperti apa yang dikatakannya kerana jika tidak mahu kelihatan bodoh dengan janji diri sendiri.Bukan begitu?


Bagusnya jika kita membuka lembaran baru tanpa terpengaruh oleh emosi, kisah lalu, cerita ceriti sebelum merasa sendiri atau melihat sendiri kebenaran, kenyataan dan keadaan tiap sesuatu itu. Pentingnya punya kendiri yang kuat .... semuga niat tulus beliau membantunya menjadi gb yang disegani. Selamat bertugas cikgu!


"Jadilah kamu orang yang baik, orang yang baik bila ada disukai, bila tiada dirindui, bila mati ditangisi, janganlah kamu jadi orang yang jahat, bila ada dibenci, bila tiada disukai, bila mati disyukuri." - Sayyidina Ali bin Abi Thalib.

30 dis 2013..

 Masih di situasi mesyuarat guru untuk menghadapi tahun baru 2014.. Kata- kata aluan dari gb aku hayati lagi... Setelah  dua tahun melakar kenangan di SKSS terlihat corak pemikiran dan pandangannya hasil pergaulan serta penilaian gb terhadap kami. Aku hanya ingin menyentuh secara umum yang melibatkan perasaan aku sahaja... Sesungguhnya segalanya boleh kuterima dan harus juga ku terima. Pasrah pada ketdntuanNya.. Aku tidak nafikan.. Manusia punya pendapat dan penilaian berbeza, bergantung serta bersandar kepada bagaimana dia dan siapa orangnya.. 

Terus terang.. Aku menyedari pandangan manusia melihat sesuatu skop memang berbeza.. Umpama kita melihat sebuah kotak ubat gigi dari sudut yang berbeza.. Mungkin sudut pandangan saya melihat dari sisi kotak tetapi orang lain melihat dari sudut hadapan atau belakang trrhadap benda yang sama tetapi pendapat masing- masing adalah berbeza!.
Aku tidak salahkan mereka yang berlainan pendapat atau berbeza ini, namun agak terkilan sekiranya mereka berpegang pendapat mereka tanpa menyertakan sifat timbang rasa dan toleransi.. Mungkin terdapat unsur ego dan berpegang kepada ketegasan mereka sehingga keputusan atau pendapat tidak ingin dicelahi oleh unsur- unsur keperimanusiaan. Harus juga orang yang sebegini turut dipengaruhi oleh bisikan, atau pendapat dari orang lain yang lebih dipercayainya. Lantaran ingin dilihat dan dihormati serta digeruni.

Untuk itu..aku menyedari..dan belajar sesuatu...apa yang dapat ku nyatakan di sini hanyalah.. Langkah kaki di tahun baru 2014 ini tidak akan aku sulami dengan angan- angan indah walau setitik. Berakhir sudah zaman menaruh harapan dalam diam..kerana seseorang itu tidak akan dipandang jika setakat biasa - biasa sahaja. Di zaman yang serba mengejar kemajuan dan kejayaan serta nama ini, peranan seseorang itu sangat memoengaruhi lebih-lebih lagi jika seseorang itu pandai bersosial, bargaul dan menonjolkan diri. 

Selamat menjalani hari- hari terakhir bertugas di sekolah untukmu gb ku. Dua tahun yang menyimpul saat masam manis bersama- sama warga SKSS. Semuga ianya pengalaman yang terus mematangkan dan membawa teladan di masa-masa mendatang. Sebuah sajakku yang khas ku reka edit untuk ku bacakan sendiri buat gb di hari persaraan bdliau 30 Oktober ini masih ku simpan , namun aku sudah berkira- kira untuk mewakilkan sahaja sesiapa bagi mendeklamasikan sajak itu buatnya!....

Wallahu aklam.

Thursday, August 25, 2011

aku tak mudah lupa

Aku takkan mudah lupa..Walau buruk pun rupa seseorang itu, aku takkan lupa manis senyumnya. Walau dalam ego dan sombong seseorang itu, aku tetap ingat pada jasa dan budinya. Walau benci seseorang terhadap ku, aku tak kan mudah lupa pada saat-saatnya membantuku. Aku lagi tidak mudah lupa pada yang ikhlas menerima ku seadanya, aku takkan mudah lupa, pada yang menghormatiku . Aku tidak mudah lupa pada mereka yang cuba menenggelamkanku kerana sedikit sebanyak mereka juga adalah penyelamatku......

Sunday, July 3, 2011

ADUH APC??..

Baru2 ini  anugerah kecemerlangan (APC) diumumkan d tempat kerjaku.Memang sudah di jangka perkara ini mugkin berlaku, akan berlaku dan sesungguhnya sudahpun berlaku. Ya, orang yang sama dan yang telah pernah mendapatnya selang beberapa tahun lalu, kini dapat sekali lagi.Tahniah diucapkan dan mereka tidak bersalah apa2 kerana mereka tidak minta pun tetapi sudah menjadi rezeki mereka.

Dalam pada itu memang terdengar suara-suara yang kurang menyenangkan. mereka berbunyi bukan sebab untuk mempertikaikan rezeki orang yang dapat APC tersebut tetapi mereka mempertikaikan cara pentadbir menilai dan memberi rezeki itu dilihat kurang bijak dan menampakkan yang mereka langsung tidak ambil tahu keadaan dan senario d bawah seliaan mereka.Mereka tidak mengikuti perkembangan kaki tangan mereka,sudahlah begitu mereka juga tidak langsung mahu bertanya pendapat kepada orang2 lama d situ.
Secara automatik aku turut terasa dan memahami perasaan mereka yang mengharap agar di berikan anugerah ini demi maruah dan motivasi diri. Benar sekali, bayangkan, selama ini pentadbir hanya nampak mereka yang kononnya aktif dan pandai buat kerja sahaja yang diberi APC serta menidakkan pula orang yang biasa-biasa dan orang yang tidak suka bersuara untuk mendapat giliran APC.Sedangkan mereka-mereka yang tidak dapat dan belum dapat ini terdiri dari mereka yang senior dan telah berkhidmat lebih dari 15 tahun.Tak bolehkah pentadbir hargai servis mereka yang selama itu telah berkhidmat, berbanding dengan kebanyakan mereka yang dapat anugerah ini , baru 2-3 tahun berkhidmat. bukankah ini menyebabkan sedikit sebanyak maruah merka yang belum dapat ini rasa tercabar dan tercalar.Mereka bukan tak buat kerja, mereka bukan tidak jalankan tugas,peranan mereka sama seperti orang yang telah di beri APC,malangnya pentadbir gagal untuk berlaku adil atau mengambil hati orang bawahannya.Golongan yang senior ini sebenarnya memerlukan motivasi,bayangkan, kerani dan PAR nya telah pun dapat APC, haprak sangatkah mereka yang langsung tidak pernah menerima penghargaan ini?sehingga baru2 ini anugerah tersebut di ulang pusingannya kepada mereka yang pernah dapat sebelum ini. Sedihnya perasaan mereka yang mengharap hanya tuhan yang tahu kerana mereka berasa seolah tiada sinar dan peluang untuk mereka lagi. Memanglah diakui,anugerah APC itu adalah hak mutlak pentadbir untuk menilai dari kaca mata mereka, namun tidakkah  boleh mereka buka mata sedikit, melihat dan hargailah  selama perkhidmatan golongan terpencil ini.

mereka yang bersuara ini tidak sesekali mempertikaikan rezeki yang telah ditentukan ilahi, cuma mengharapkan agar ada yang faham perasaan mereka kerana berbanding dengan teman yang seangkatan kebanyakannya sudahpun merasa,bahkan mereka yang muda-muda dan baru berkhidmat juga turut telah merasa. Janganlah dibanding2kan keupayaan seseorang dengan yang lain kerana setiap orang itu mempunyai kelebihan dan kelemahan serta kekurangan masing2.Pentadbir cubalah memahami dan menerima kekurangan serta kelebihan seseorang berdasarkan individu itu tersendiri.Janganlah menidakkan hak mereka yang sepatutnya hanya kerana persepsi peribadi yang berbeza.Yang penting, semua kakitangan itu telah pun memberikan khidmat mereka seadanya dan tidak pula mereka pernah melakukan salah laku selama ini. Wahai mereka yang menjadi pentadbir, pandai-pandailah menilai dan menghargai jasa orang bawahan kerana mereka sebenarnya bekerja dan jalankan tugas demi nama anda juga.bila berjaya dan d kemuncak mudahnya kalian pentadbir menafikan sumbangan golongan terpencil ini???.

Tidaklah adil menuduh golongan yang belum dapat APC ini sebagai orang yang tidak ikhlas dlm bekerja dan meminta dipandang pd segala yang mereka lakukan.Menganggap mereka sebagai orang yang tidak tahu bersyukur adalah keterlaluan kerana sebagai manusia biasa, dan bilamana anugerah ini di adakan, lumrah bagi semua yang waras ingin menrasa dan mendapatkannya.Bohonglah jika seseorang itu langsung tidak pernah buat kerja atau selamanya buat kerja seperti batuk di tangga, sehingga langsung tidak melayakkan mereka untuk di nilai cemerlang.Sedangkan mereka yang telah dapat APC inipun sebenarnya 2x5 dan ada yang lebih teruk prestasinya berbanding dengan mereka yang belum merasa APC ini. Apa pun, tidak dapat di sangkal adakalanya pentadbir turut di pengaruhi emosi dan kepentingan diri dalam memberi penilaian terhadap orang bawahannya kerana adatlah kita manusia biasa.

Friday, June 10, 2011

alahaiii.... peniaga Melayu

Tergerak hati ini untuk meluahkan perasaan yang aku pendam sekian lama mengenai sikap dan budaya peniaga melayu. Harapan agar luahan dan pandangan ini akan dapat diambil iktibar serta ada pengajarannya untuk para peniaga yang berfikir.
Rasa tidak kepuasan hati yang aku alami ini bukan sahaja terhadap peniaga gerai makanan sahaja malah juga terhadap peniaga runcit. Bukan semua peniaga Melayu kita teruk dan tidak berkemahiran dalam urus niaga, tetapi kebanyakannya setelah aku alami sendiri menyebabkan diri terpanggil untuk menyatakan apa yang aku rasakan demi membantu mereka agar terus maju dan di sukai pengunjung.

Pertamanya adalah soal layanan kepada pelanggan yang tiba di kedai atau gerai kita, sepatutnya mereka bersyukur kerana kedai dan gerai mereka dikunjungi oleh pelanggan dan hendaklah rasa gembira dan rasa di hargai itu dipamerkan oleh mereka pada wajah mereka sama ada menyambut tetamu dengan senyuman mahupun sapaan serba sedikit. Ini  tidak, kebanyakan mereka mempamerkan raut muka yang seolah mengganggap pelanggan itu sebagai orang yang menyusahkan atau jika itu kedai makan, seolahnya pengunjung itu datang seperti nak makan percuma!. Tiada senyuman yang terpalit di wajah, hanya muka yang tiada perasaan atau kaku.
Itu belum lagi servisnya yang lembab dan kelam kabut. Pernah berlaku, yang di pesan lain yang sampai ke meja pelanggan pula lain. Apa salahnya jika hari itu terdapat ramai orang, kita terangkan dahulu situasi kepada pelanggan agar mereka faham dan sabar menanti. Kebersihan juga hendaklah di ambil kira bila mana kecekapan membersihkan serta mengelap meja yang telah ditinggalkan oleh pelanggan hendaklah cepat. Ini kerana ianya akan dapat mengelakkan pelanggan yang baru datang dari merasa tidak selesa dan rimas.Berlaku juga sehingga 2-3 kali pelanggan suruh lap dan bersihkan meja barulah mereka datang dengan membawa kain buruk yang memang bukan lagi buruk, malah terlalu kotor untuk di lapkan pada meja makan!. Alahai peniaga!...pelanggan akan tengok juga jenis dan keadaan kain yang digunakan untuk mengelap meja!.. Jadi tolonglah gunakan kain yang nampak bersih  untuk mengelap meja dan jangan gunakan kain yang sama untuk mengelap dapur dan juga mengelap meja makanan!
Kini diceritakan pula bab kualiti makanan, kebanyakan pelanggan tidak akan berkira bayaran jika makanan yang dihidangkan itu mempunyai rasa yang bahan yang mencukupi. Bukan minta banyak, cukup agar makana tersebut boleh melalui tekak dengan selesa. Ini sudahlah kualiti makanan itu teruk,dengan kuah yang cair, malah rasanya juga langsung hambar. Jika ianya sup,tetapi rasanya seperti air rebus apa cer?begitu juga, jika ianya mee goreng tetapi mencari sehelai taogeh pun tiada apatah lagi udang,hanya semata-mata kicap dan cili, rasanya semua boleh bayangkan bagaiamana rasa makanan tersebut. termasuklah kualiti air minuman, bukan mahu yang manis-manis tetapi cukuplah ada rasa buah jika ianya air buah, ada rasa milo atau kopi jika ianya air milo atau kopi. Tetapi pernah berlaku, minuman yang diberi tidak berasa teh, kopi pun bukan, milo pun bukan?.Oleh itu, peniaga makanan semua, cubalah renungkan semula adakah situasi seperti yang aku nyatakan itu pernah berlaku di gerai anda, jika tidak Alhamdulillah dan tahniah kerana anda adalah peniaga yang berkarisma. Jika situasi di atas pernah ada, harapannya agar cubalah perbaiki lagi agar kedai dan gerai anda akan lebih maju.

Lagi 'part' yang sering diambil remeh oleh peniaga runcit kita ialah cara mengkelas dan memasukkan barangan ke dalam beg plastik setelah pelanggan usai membeli barang. Ada peniaga yang berkira untuk memberikan bekas plastik atau apa saja pembungkus kepada pelanggan, ntahlah apa yang difikirkan di kepala mereka, mungkin pada mereka ianya dapat menjimatkan kos pembungkusan kot. Berlaku di depan mata sendiri bilamana kes ini telah dilakukan terhadap pelanggan kanak-kanak sehingga kanak-kanak itu terkial-kial membawa baranga mereka dengan menaiki basikal. Mana tangan hendak pegang barang, mana tangan hendak pegang 'handle' sehingga akhirnya kana-kanak ini menggunakan mulutnya dan poketnya untuk membawa barang tersebut. Ada juga peniaga yang tidak langsung tahu mengkelaskan jenis barangan dengan menyumbatkan semua barang pelanggan ke dalam sayu beg plastik. Di situlah dimasukkan sabun basuh, sayuran, roti , ubat nyamuk dan sebagainya tanpa mengira kesan terhadap keselamatan barangan tersebut. Walaupun semua barangan tersebut mempunyai kotak dan pembalutnya sendiri tetapi alangkah manisnya jika peniaga ini dapat mengasing dan membungkuskannya mengikut jenis seperti, mengasingkan barangan basah seperti ikan dan daging dengan barangan jenis kering, jenis makanan, jenis berbahan kimia dan sebagainya. Kemahiran ini sedikit sebanyak akan membuatkan pelanggan rasa dihargai kerana jika para peniaga mengharapkan wang dan keuntungan dari pelanggan, maka apa salahnya peniaga memberi pulangan sedikit keselesaan dan penghargaan kepada para pelanggan. Apa kata SESEKALI jika barangan yang dibeli  itu berjumlah RM 6.20 atau RM 6.10, maka apa salahnya lum sumkan sahaja menjadi RM 6.00. Bukan untuk memuji tetapi perkara ini biasa berlaku di kedai runcit berbangsa asing tetapi amat sukar berlaku kepada peniaga runcit Melayu. Mengapa?..jawapan yang pernah aku terima ialah, dengan 10 sen dan 20 sen itulah untung kami!.. Masyaallah..adakah bermakna peniaga kaum lain itu rugi pula?..tanyalah dada dan selera anda.

Wednesday, June 8, 2011

KAHWINLAGI? BERMADU?POLIGAMI?

Kahwin lagi, bermadu dan poligami adalah perkataan sinonim yg d gemari lelaki tetapi sukar di telan oleh wanita. tidak di nafikan terdapat wanita yang rela dan tidak kisah berkongsi suami atas beberapa faktor tertentu namun sebagai manusia biasa, mustahil sedikitpun hati tidak akan tersentap apabila diri mengetahui telah atau ingin di madukan.
susah untuk membicarakan soal ini memandangkan setiap manusia mempunyai perasaan dan pemikiran serta pendapat sendiri mengenai isu ini. saya terpanggil bagi meluahkan pendapat dan rasa hati tersendiri, apabila dewasa ini poligami bukan situasi yang "Kadang-Kadang atau jarang-jarang" berlaku, malah di akhir zaman ini jumlah wanita yang melebihi lelaki merupakan salah satu faktor yang menyebabkan pertambahan poligami berlaku.
berkahwin 2, 3 atau 4 tidak salah bagi kaum lelaki kerana mereka berpegang kepada Hak yang diperuntukkan kepada mereka oleh agama. Alasan mengikut sunnah sudah lumrah. Namun, benarkah mereka layak dan sungguh berlaku adil? ini kerana Layak, mampu dan adil itulah yang menjadi tunjang kepada keutuhan dan keharmonian masjid yang di bina bersama 4 tunjang. Membicarakan tentang perkara2 tersebut juga sungguh abstrak.
Melalui penyelidikan juga didapati kaum suami yang tidak berwibawa dan kurang bertanggungjawab merupakan punca utama berlakunya perceraian spt yang disiarkan dalam akhbar baru2 ini. Itu baru punya satu isteri, belum dua tau tiga? boleh juga dikatakan dewasa ini kahwin banyak seolah satu trend dan kemegahan bagi kaum lelaki pula, lantaran kebolehan mereka mengumpulkan madu2 telah dicanang dan di war-warkan menjadi hiasan muka depan surat khabar dan majalah.
Untuk lelaki yang berkemampuan, biarlah niat untuk berkahwin lagi satu, dua dan tiga itu benar2 jujur. jika tidak, konon mengikut sunnah hanya pada angka sahaja sedangkan jika kita lihat Rasulullah berkahwin atas sebab untuk membantu wanita yang teraniaya dan lemah, bukan kerana nafsu. Rasulullah mengahwini janda-janda yang kehilanagn suami akibat peperangan serta janda yang memerlukan bantuan, bukan seperti lelaki kini yang berkahwin lagi tetapi memilih pulak nak yang anak dara dan bergetah, sedangkan diri sendiri layak menjadi datuk tarafnya dengan wanita itu. Mengapa tidak pula memilih janda yang ramai memerlukan perhatian dan bantuan sebagai isteri, jika benar niat untruk poligami itu ikhlas dan jujur mengikut sunnah?. Ini mereka berpoligami, pandai pula memilih isteri dari wanita yang berkerjaya, alasannya semata-mata untuk tumpang senang!Lucukan?..Pada saya nampak sangat yang alasan itu sangat dangkal dan kasihan sungguh mereka yang menjadi isteri-isterinya..namun, soal jodoh adalah ketentuan Ilahi, untuk para isteri yang telah dimadukan mahupun yang masih belum bermadu, ingatlah, apa juga status kita, tanggungjawab dan taat kepada suami adalah dituntut serta lakukanlah yang terbaik serta ikhlas.Untuk para suami yg mempunyai niat berpoligami, sekali lagi renungkanlah kewajaran, kemampuan dan gunakanlah budibicara dengan sebaiknya. Jangan nanti hilang budi tinggal bicara sahaja.

Friday, April 1, 2011

Hukum Karma- peringatan diri sendiri.

Aku percaya kepada hukum karma. Pada ku kejujuran itu kan terlihat suatu masa nanti meski begitu sukar untuk menjelaskan niat sanubari berbanding pandangan orang lain. Adakalanya maksud tidak dapat terucapkan kerana mungkin kita tiada kelebihan berkata2 seumpama pemidato.Namun aku percaya kepada konsep bumi ini bukan 4 segi, ianya berpuatar mengikut jadual dan urutan, suatu masa, bila tiba saatnya giliran kita pasti bertemu, yang baik kan di balas baik dan yang jahat tentu dengan balasan yanag sesuai.Adakalanya dunia sekarang ini kita boleh mendapat balasan tunai tanpa menunggu hari sebenar, semuanya bergantung kepada niat dan kejujuran masing-masing. seseungguhnya sebesar zarah manapun semuanya akan kembali kepadaNya.Tentulah Dia maha adil dan saksama.Apa yg ku pohon agar berikanlah aku seluruh perlindungan Mu di dunia dan di akhirat .

Saturday, January 15, 2011

Emosi emmoc

Emosiku ...tersentuh, terkilan, geram pun ada melihat kerakusan manusia yang adakalanya terlalu pandai sehingga terlupa menggunakan otak pada setiap tingkah laku.Isu sasterawan negara yang senang-senag dicanang dan dicemuh sebagai penderhaka.Hakikatnya mereka yang melakuan dan mencetuskan isu atas nama keadilan dan perjuaangan bangsa kononnya sebenarnya mereka sendiri tidak pernah mengenal sejarah dan asal usul diri mereka. Peganglah kata2 Gapena: Manusia waras, cerdik dan bijaksana akan membaca buku bukan membakar buku. Org yg bijaksana bukan sekadar membaca buku tetapi turut memahami kandungan buku. Hanya org yg dungu sahaja yg akan membakar buku dan mencaci buku yg mereka tidak faham isinya.Emosi ku turut tersentuh pabila sesetengah pihak dgn mudah menjadi burung kakaktua, melatah dan menurut sahaja sesuatu perkara tanpa berfikir panjang. Adakalanya mereka ini tertlalu amat menjaga hati orang luar sehingga hati kaum dan keluarga sendiri selamba dipijak sedangkan merekalah golongan yg sering menyalak mengatakan mereka pembela negara bangsa. Kasihan aku melihat negara diperintah dan di takbir oleh golongan ini yang pandainya umpama terlebih ilmu, sedangkan lautan dalam mereka tidak mampu menduga. Mereka terlalu kaya sehingga yang papa didepan mata mereka terlupa, mereka golongan yg terlalu tinggi sehingga kabur pandangan tuk melihat rumput melata. Mereka juga takut pada warga lain sedangkan dengan bangsa sendiri menyalak umpama singa menunjuk taring.... sering pula terlupa isu bangsa sendiri yg masih perlu dibela,isu pendatang semakin berleluasa tetapi siapa yang buka mata?setiap hari ada pendatang yang memasuki negara secara haram tapi siapa peduli?..kerana tiada kena mengena dgn mereka dan mereka juga sebenarnyayg mendapat faedahnya.....

Namun emosiku hanya untuk aku...aku yg terluka maka aku  juga yg mencari penawarnya sendirian...

Thursday, November 25, 2010

Segalanya adalah pinjaman Mu

Sometimes, Allah breaks our spirit to save our soul. He breaks our heart to  make us whole, He sends us pain so we can be stronger. He sends us failure so we can be humble, He sends us illness so we can take care of our selves. Sometimes, God takes everything away from us so we can learn the value of everything. Allah is Great! Allah knows what is the best for us. May Allah bless ours.

Pertamakalinya ku paparkan luahan  dari dalam aku, semuga ianya membawa ketenangan dan memberi kekuatan utk ku meneruskan sisa2 perjalanan ini. Tanpa sebarang buruk prasangka dan niat yg tersimpang, ianya hanya sekadar renungan dan ingatan utk diri ini sementelahan pula aku tiada ruangan lain utk ku kongsikan rasa ini. Berpegang kepada falsafah DUNIA INI HANYA PINJAMAN,semua yg ujud d mukabumi ini jua pinjaman.Yang kekal hanya DIA. Dari sekecil2 zarah sehingga ke sebesar2 kejadian adalah PINJAmAn yang bermakna segalanya hanya sekadar sementara.Ianya juga bermaksud segala-galanya adalah pemberian yang akan bisa diambil pada bila2 masa dan ketikamana dimahukanNya.

Apa yg penting hanyalah kesedaran diri dan keredaan hati ini dalam menerima ketentuan ilahi andai sesuatu pemberian yg diberi pinjam itu kelak akan ditarik semula, akan diambil semula malah akan di hilangkan dalam sekelip mata.Aku mohon pada Mu ilahi agar diri ini terus diberi kekuatan menempuhi dugaan di sepanjang perjalanan usia ini.

Lihatlah, kenyataan dulu inilah rumah dan surga kedua ibubapaku yg dalam sekelip mata, usaha penat lelah mereka menjadi debu. Ku tahu betapa sengsaranya mereka memikirkan kehilangan ini walau tidak pernah mereka nyatakan perasaan iitu. Sebagai anak, tentulah kita ingin memberikan mereka kebahagiaan dan kesenangan.Namun dugaan itu sedikit sebanyak menggugat keadaan mereka, keluarga serta anak2 mereka. Hanya bahu yg memikul yg dapat merasainya berbanding mata yg melihat.
Inilah jua wajah kedua org tuaku yg semakin tua dan kudratnya semakin lemah dengan pelbagai penyakit. Bagaimanakah nanti anak2mu menghadapi saat kehilanganmu yg selama ini di beri pinjam utk kami merasa kasih sayangmu di dunia ini.Itulah yg ku tekankan, kerelaan dan keredhaan hati ini agar sentiasa sabar menerima sebarang ketentuan dari MU .
Sesungguhnya, semua kenikmatan di dunia ini adalah sementara malah ianya hanyalah sekadar penguji hati dan iman. Kau kurniakan aku rumahtangga dan suami,kau berikan aku merasa nikmat dunia dalam dakapan kasih sayang berkeluarga,kau berikan aku anak2 yg sempurna sifatnya, namun jika semuanya itu mempunyai tarikh luputnya, maka kau kuatkanlah iman dan jiwaku menghadapi saat itu. Aku sedar, seseungguhnya apa yg kau beri adalah hak mu dan  kau yg berkuasa memberi kepada sesiapa yg kaukehendakinya.


Andai semua itu menjadi kenangan janganlah hati ini merintih menyalahkan takdirmu. Tabahkanlah hati dan kuatkanlah imanku mengharungi cabaran itu.

Ya tuhanku, kau telah berikan aku rezekimu yang tidak putus, walau adakalanya aku merasa Kau memberikanku kesulitan namun semua itu utk menjadikan aku bertambah kuat.Aku jua memohon keteguhan hati agar dapat mengatasai  setiap masalah yang kau berikan.Aku jua mohon agar kau mantapakan imanku agar dapat menghadapi setiap ujian dariMu. Walau adakalanya, Kau tidak memberikan apa yg aku ingini namun Kau sentiasa memberikan apa yg aku perlukan selama ini.

Duhai hati,
Janganlah kau meminta pada yg tiada, jangan lah kau mengadu kepada yg tidak sudi, usahlah kau tangisi pada perkara yg tidak memberimu manfaat jk sekadar menambah sengsara diri. Kuat dan tabahlah hati mengharunginya sendirian kerana sesungguhnya kau masih punya teman yg selalu dekat denganmu. Kau masih punya ALLAH.

SUBHANALLAH, MAHA SUCI ALLAH.