Kahwin lagi, bermadu dan poligami adalah perkataan sinonim yg d gemari lelaki tetapi sukar di telan oleh wanita. tidak di nafikan terdapat wanita yang rela dan tidak kisah berkongsi suami atas beberapa faktor tertentu namun sebagai manusia biasa, mustahil sedikitpun hati tidak akan tersentap apabila diri mengetahui telah atau ingin di madukan.
susah untuk membicarakan soal ini memandangkan setiap manusia mempunyai perasaan dan pemikiran serta pendapat sendiri mengenai isu ini. saya terpanggil bagi meluahkan pendapat dan rasa hati tersendiri, apabila dewasa ini poligami bukan situasi yang "Kadang-Kadang atau jarang-jarang" berlaku, malah di akhir zaman ini jumlah wanita yang melebihi lelaki merupakan salah satu faktor yang menyebabkan pertambahan poligami berlaku.
berkahwin 2, 3 atau 4 tidak salah bagi kaum lelaki kerana mereka berpegang kepada Hak yang diperuntukkan kepada mereka oleh agama. Alasan mengikut sunnah sudah lumrah. Namun, benarkah mereka layak dan sungguh berlaku adil? ini kerana Layak, mampu dan adil itulah yang menjadi tunjang kepada keutuhan dan keharmonian masjid yang di bina bersama 4 tunjang. Membicarakan tentang perkara2 tersebut juga sungguh abstrak.
Melalui penyelidikan juga didapati kaum suami yang tidak berwibawa dan kurang bertanggungjawab merupakan punca utama berlakunya perceraian spt yang disiarkan dalam akhbar baru2 ini. Itu baru punya satu isteri, belum dua tau tiga? boleh juga dikatakan dewasa ini kahwin banyak seolah satu trend dan kemegahan bagi kaum lelaki pula, lantaran kebolehan mereka mengumpulkan madu2 telah dicanang dan di war-warkan menjadi hiasan muka depan surat khabar dan majalah.
Untuk lelaki yang berkemampuan, biarlah niat untuk berkahwin lagi satu, dua dan tiga itu benar2 jujur. jika tidak, konon mengikut sunnah hanya pada angka sahaja sedangkan jika kita lihat Rasulullah berkahwin atas sebab untuk membantu wanita yang teraniaya dan lemah, bukan kerana nafsu. Rasulullah mengahwini janda-janda yang kehilanagn suami akibat peperangan serta janda yang memerlukan bantuan, bukan seperti lelaki kini yang berkahwin lagi tetapi memilih pulak nak yang anak dara dan bergetah, sedangkan diri sendiri layak menjadi datuk tarafnya dengan wanita itu. Mengapa tidak pula memilih janda yang ramai memerlukan perhatian dan bantuan sebagai isteri, jika benar niat untruk poligami itu ikhlas dan jujur mengikut sunnah?. Ini mereka berpoligami, pandai pula memilih isteri dari wanita yang berkerjaya, alasannya semata-mata untuk tumpang senang!Lucukan?..Pada saya nampak sangat yang alasan itu sangat dangkal dan kasihan sungguh mereka yang menjadi isteri-isterinya..namun, soal jodoh adalah ketentuan Ilahi, untuk para isteri yang telah dimadukan mahupun yang masih belum bermadu, ingatlah, apa juga status kita, tanggungjawab dan taat kepada suami adalah dituntut serta lakukanlah yang terbaik serta ikhlas.Untuk para suami yg mempunyai niat berpoligami, sekali lagi renungkanlah kewajaran, kemampuan dan gunakanlah budibicara dengan sebaiknya. Jangan nanti hilang budi tinggal bicara sahaja.
No comments:
Post a Comment