Showing posts with label kata-kata mutiara. Show all posts
Showing posts with label kata-kata mutiara. Show all posts

Friday, October 31, 2014

Mutiara kata

" Permudahkanlah sesuatu urusan terutama bila melibatkan kesukaran orang lain, insya allah moga urusan kita akan dipermudahkanNya."

Aku bercakap hasil  dari pemerhatian dan pengalamanku. Mereka yang sering ringan  tulang membantu memudahkan urusan orang lain , kehidupan mereka juga lebih sempurna dan terarah. Rezeki sentiasa memihak pada mereka. 

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan pendekatan begini kerana menganggap ia sama seperti menganggap mudah sesuatu perkara. 

Padaku.. "Memudahkan urusan" dengan 
"Mengambil mudah sesuatu urusan " itu adalah suatu yang berbeza!.

Pokok pangkalnya, segala urusan dunia ini janganlah kita perberatkan dengan menafikan kehadiran ketoleransian serta budi bicara. Semua peraturan dan undang-undang dunia bukankah ciptaan manusia juga. Sekiranya urusan tersebut mempunyai pilihan pelaksanaan yang lebih memudahkan, apa salahnya kita jangan memberatkan kerana mereka yang bertungkus lumus untuk merialisasikan sesuatu perkara itu tentu lebih seronok bekerja dibandingkan jika mereka hanya terpaksa mengikut cara / arahan ketua yang mandatori. 



Sunday, September 7, 2014

Kata-kata mutiara

Kesempurnaan itu subjektif, malah mencari kesempurnan itu ibarat mencari semut hitam di atas batu hitam di waktu malam yang kelam. Sesungguhnya sesiapa yang merasakan diri mereka itu sempurna maka dia adalah seorang pendusta. Tiada manusia yang sempurna kecuali mereka itu sekadar bernasib baik semata- mata dengan beberapa kelebihan yang mereka miliki yang tiada pada orang lain.
Melengkapi dan memperbaiki kelemahan adalah lebih baik dari mencari kesempurnaan. 

Thursday, May 17, 2012

my words...


"Allah won't ask what your highest salary was, He'll ask if u compromised you character to obtain it..."

"Allah wont' ask what your job titled was, He'll ask if u perfomed your job to the best of you ability..."

"Allah won't ask how many friends you had, He'll ask how many people to whom your were a friend..."


"Jadilah kamu orang yang baik, orang yang baik bila ada disukai, bila tiada dirindui, bila mati ditangisi, janganlah kamu jadi orang yang jahat, bila ada dibenci, bila tiada disukai, bila mati disyukuri." - Sayyidina Ali bin Abi Thalib
aku nk ingatkan diri sendiri agar tidak terlalu suka sangat pada perkara yg nampak elok serta baik dan jangan terlalu benci dan tak suka sangat pada perkara yang nampak tak elok atau menyusahkan, aku nk diri aku berpada-pada terhadap semua itu kerana mana tahu yg manis tu mungkin racun dan yg pahit tu mungkin penawarnya. aku harap aku bersederhana ...


sesungguhnya jk di renungkan, manusia ini mempunyai pelbagai ragam dan sifat. jelas tuhan ciptakan perbedaan untuk manusia berfikir dan merenungi kelebihan serta kekurangan diri sendiri, orang lain dan bukan sekadar itu, malah menguji sejauh mana manusia itu sanggup berubah atau mengubah. juga fikirkan sekali tentang tahap kebolehan manusia untuk saling menerima kelebihan serta kekurangan org lain selain mampukah manusia itu berlaku zuhud dan merendah diri walau sedari dirinya di tahap yg lebih tinggi darjat dan kedudukanya dr org lain.Sesungguhnya alangkah bertuahnya jk diriku mampu mengharugi cabaran yg sedikit ini dari pencipta ku....


Sometimes Allah breaks our spirit to save our soul,He breaks our heart to make us whole,He sends us pain so we can be stronger,He sends us failure so we can be humble.He sends us illnesses so we can take care of ourselves.Sometimes god takes everything away from us so we can learn the value of everything.Allah is great and he knows what is the best for us.

Monday, May 14, 2012

FIKIR-FIKIR

kalau ingin tahu kebaikan seseorang, bertanyalah kepada sahabatnya,
jika ingin tahu kelemahan seseorang, tanyalah kepada musuhnya..




orang yang berilmu, sikit cakapnya tapi banyak pengertiannya...
orang yang dangkal,bergegar cakapnya namun kosong semata.




Semakin merunduk seseorang, semakin tinggi nilai harga dirinya,
Tidak malu mengakui kesilapan diri, semakin meningkatkan  harga diri seseorang itu dari sisi pandangan orang lain..

Sunday, November 13, 2011

kenderaan Sebagai Lorong ke Redha Ilahi.



Allah tidak memandang kepada banyak dan berprestej nya harta seseorang itu tetapi menilai dari sudut sikap dan pekerti seseorang manusia itu sendiri. Contohnya jika seseorang itu memiliki harta umpama sebuah kereta yang mahal dengan menganggap ianya akan menaikkan taraf atau nilai diri mereka sebenarnya adalah salah.Apa yang seharusnya kita sebagai manusia lakukan dari keperolehan harta yang dimilikinya adalah dengan bersyukur dan menjadikan harta mereka itu sebagai landasan untuk terus berada dekat di jalan Allah S.W.T. Bagaimana caranya?
Kita kongsi cara yang mudah dan dekat sekali dengan kebanyakan kita semua....
Pertamanya, apabila perolehi kenderaan baru di sunatkan untuk kita sebelum menaikinya atau menyentuhnya hendaklah kita memuji Allah dan seterusnya membaca bismillah dan doa untuk menaiki kenderaaan. Begitu juga jika kita hendak menjual kenderaan, kita juga sunat membaca doa memohon dijauhkan bahaya.
Keduanya, kenderaan kita merupakan tempat yang sering dijadikan tempat untuk berkumpul bersama-sama keluarga dan rakan seterusnya kita jadikan ianya tempat untuk memperoleh ilmu seperti mendengar ceramah agama, bacaan ayat-ayat Al-Quran sehingga mampu kita menghafaznya ataupun perdengarkan zikir2 untuk melmbutkan hati sepanjang perjalanan kita adalah lebih bermanfaat dan berkat untuk kita.
Begitu juga, dalam kenderaan juga merupakan tempat untuk kita belajar mengawal emosi seperti marah dan tertekan. Dalam keadaan tegang tentunya adakala kita melepaskan emosi marah terhadap orang lain dan keluarga yg berada dalam kenderaan itu mahupun kita memahari atau memaki orang lain. Adalah diingatkan agar kita jangan mencaci atau memaki orang lain apabila dalam keadaan tegang kerana perbuatan itu sebenarnya telah membesarkan syaitan menjadi saiz sebuah rumah,namun jika kita kawal kemarahan dan emosi itu dengan membaca Bismillah maka kita telah menukarkan saiz syaitan tadi menjadi sekecil seekor lalat!.
Pembaca sekalian, kenderaan kita juga merupakan anugerah yang seharusnya kita kongsikan bersama-sama dengan mereka yang tidak mempunyai kenderaan. kerana tidak semua orang mampu memiliki kenderaaan. Oleh itu, disunatkan kita menolong jiran atau sesiapa yang memerlukan kenderaan seperti menumpangkan mereka ke tempat-tempat tertentu bilamana perlu. Bukankah itu akan menambah keberkatan di atas harta kenderaan yang kita miliki?.Sebenarnya ada banyak lagi cara dan adab untuk manusia sewaktu berurusan dengan kenderaan seperti, hendaklah kita menghormati tuan punya kenderaan apabila menumpang, seeloknya biarlah sehingga tuan punya masuk dan pelawa kita duduk, barulah kita masuk dan duduk di tempat yang ditunjukkan. mmmm...andai punya pendapat yang lain..apa salahnya kita kongsi bersama2 kan!...

Tuesday, May 3, 2011

KATA-KATA MUTIARA

THAT IS BECAUSE....THAT MEAN..SAYING GOODBYE.





TIADA GUNA KATA-KATA TANPA DIIKUTI OLEH PERBUATAN WALAU SEKADAR MENGANGKAT TANGAN!





BUT IT DOES MATTER,  IF YOU DINT HAVE ANYTHINGS IN YOUR LIFE!



KATA KATA MUTIARA

KATA ORANG, DIMANA ADA KEMAHUAN DISITU ADA JALAN, BILAMANA TIADA  KEMAHUAN PASTI ADA ALASAN.






SEKILAS IKAN DI AIR SUDAH TAHU JANTAN ATAU BETINANYA.

KATA-KATA MUTIARA


Bukan berbuat sesuatu untuk meminta balasan, namun motivasi adalah diperlukan untuk lebih membakar semangat, amatlah sukar mengharap yang tidak mungkin kerana kekangan diskriminasi...umpama perasaan sang timun apabila bersama sang durian....


KATA KATA MUTIARA

Fikirkanlah petikan kata-kata ini....
Sesekali kita perlu fikirkan tentang perasaan sendiri juga kerana tiada siapa yang akan pedulikan perasaan kita jika bukan kita sendiri. Siapa yang akan menghadapi dan menanggung bebanan perasaan andainya bukan diri dan perasaan kita sendiri,sedangkan mereka dengan senang dan mudah, sengaja melukakan perasaan kita dan akan berlalu tanpa bicara seolah tiada apapun yang berlaku. Jadi,jangan lah selalu pandang ke belakang untuk menoleh perkara yang berlalu mengenang kepada mereka yang tiada pernah ambil tahu dan berkongsi perasaan bersama kita...teruskan maju ke hadapan dengan tabah, semoga sinar baru kan muncul menyeri hidup kita seterusnya.we heard itwe heard it .comweheartit.com