Tergerak hati ini untuk meluahkan perasaan yang aku pendam sekian lama mengenai sikap dan budaya peniaga melayu. Harapan agar luahan dan pandangan ini akan dapat diambil iktibar serta ada pengajarannya untuk para peniaga yang berfikir.
Rasa tidak kepuasan hati yang aku alami ini bukan sahaja terhadap peniaga gerai makanan sahaja malah juga terhadap peniaga runcit. Bukan semua peniaga Melayu kita teruk dan tidak berkemahiran dalam urus niaga, tetapi kebanyakannya setelah aku alami sendiri menyebabkan diri terpanggil untuk menyatakan apa yang aku rasakan demi membantu mereka agar terus maju dan di sukai pengunjung.
Pertamanya adalah soal layanan kepada pelanggan yang tiba di kedai atau gerai kita, sepatutnya mereka bersyukur kerana kedai dan gerai mereka dikunjungi oleh pelanggan dan hendaklah rasa gembira dan rasa di hargai itu dipamerkan oleh mereka pada wajah mereka sama ada menyambut tetamu dengan senyuman mahupun sapaan serba sedikit. Ini tidak, kebanyakan mereka mempamerkan raut muka yang seolah mengganggap pelanggan itu sebagai orang yang menyusahkan atau jika itu kedai makan, seolahnya pengunjung itu datang seperti nak makan percuma!. Tiada senyuman yang terpalit di wajah, hanya muka yang tiada perasaan atau kaku.
Itu belum lagi servisnya yang lembab dan kelam kabut. Pernah berlaku, yang di pesan lain yang sampai ke meja pelanggan pula lain. Apa salahnya jika hari itu terdapat ramai orang, kita terangkan dahulu situasi kepada pelanggan agar mereka faham dan sabar menanti. Kebersihan juga hendaklah di ambil kira bila mana kecekapan membersihkan serta mengelap meja yang telah ditinggalkan oleh pelanggan hendaklah cepat. Ini kerana ianya akan dapat mengelakkan pelanggan yang baru datang dari merasa tidak selesa dan rimas.Berlaku juga sehingga 2-3 kali pelanggan suruh lap dan bersihkan meja barulah mereka datang dengan membawa kain buruk yang memang bukan lagi buruk, malah terlalu kotor untuk di lapkan pada meja makan!. Alahai peniaga!...pelanggan akan tengok juga jenis dan keadaan kain yang digunakan untuk mengelap meja!.. Jadi tolonglah gunakan kain yang nampak bersih untuk mengelap meja dan jangan gunakan kain yang sama untuk mengelap dapur dan juga mengelap meja makanan!
Kini diceritakan pula bab kualiti makanan, kebanyakan pelanggan tidak akan berkira bayaran jika makanan yang dihidangkan itu mempunyai rasa yang bahan yang mencukupi. Bukan minta banyak, cukup agar makana tersebut boleh melalui tekak dengan selesa. Ini sudahlah kualiti makanan itu teruk,dengan kuah yang cair, malah rasanya juga langsung hambar. Jika ianya sup,tetapi rasanya seperti air rebus apa cer?begitu juga, jika ianya mee goreng tetapi mencari sehelai taogeh pun tiada apatah lagi udang,hanya semata-mata kicap dan cili, rasanya semua boleh bayangkan bagaiamana rasa makanan tersebut. termasuklah kualiti air minuman, bukan mahu yang manis-manis tetapi cukuplah ada rasa buah jika ianya air buah, ada rasa milo atau kopi jika ianya air milo atau kopi. Tetapi pernah berlaku, minuman yang diberi tidak berasa teh, kopi pun bukan, milo pun bukan?.Oleh itu, peniaga makanan semua, cubalah renungkan semula adakah situasi seperti yang aku nyatakan itu pernah berlaku di gerai anda, jika tidak Alhamdulillah dan tahniah kerana anda adalah peniaga yang berkarisma. Jika situasi di atas pernah ada, harapannya agar cubalah perbaiki lagi agar kedai dan gerai anda akan lebih maju.
Lagi 'part' yang sering diambil remeh oleh peniaga runcit kita ialah cara mengkelas dan memasukkan barangan ke dalam beg plastik setelah pelanggan usai membeli barang. Ada peniaga yang berkira untuk memberikan bekas plastik atau apa saja pembungkus kepada pelanggan, ntahlah apa yang difikirkan di kepala mereka, mungkin pada mereka ianya dapat menjimatkan kos pembungkusan kot. Berlaku di depan mata sendiri bilamana kes ini telah dilakukan terhadap pelanggan kanak-kanak sehingga kanak-kanak itu terkial-kial membawa baranga mereka dengan menaiki basikal. Mana tangan hendak pegang barang, mana tangan hendak pegang 'handle' sehingga akhirnya kana-kanak ini menggunakan mulutnya dan poketnya untuk membawa barang tersebut. Ada juga peniaga yang tidak langsung tahu mengkelaskan jenis barangan dengan menyumbatkan semua barang pelanggan ke dalam sayu beg plastik. Di situlah dimasukkan sabun basuh, sayuran, roti , ubat nyamuk dan sebagainya tanpa mengira kesan terhadap keselamatan barangan tersebut. Walaupun semua barangan tersebut mempunyai kotak dan pembalutnya sendiri tetapi alangkah manisnya jika peniaga ini dapat mengasing dan membungkuskannya mengikut jenis seperti, mengasingkan barangan basah seperti ikan dan daging dengan barangan jenis kering, jenis makanan, jenis berbahan kimia dan sebagainya. Kemahiran ini sedikit sebanyak akan membuatkan pelanggan rasa dihargai kerana jika para peniaga mengharapkan wang dan keuntungan dari pelanggan, maka apa salahnya peniaga memberi pulangan sedikit keselesaan dan penghargaan kepada para pelanggan. Apa kata SESEKALI jika barangan yang dibeli itu berjumlah RM 6.20 atau RM 6.10, maka apa salahnya lum sumkan sahaja menjadi RM 6.00. Bukan untuk memuji tetapi perkara ini biasa berlaku di kedai runcit berbangsa asing tetapi amat sukar berlaku kepada peniaga runcit Melayu. Mengapa?..jawapan yang pernah aku terima ialah, dengan 10 sen dan 20 sen itulah untung kami!.. Masyaallah..adakah bermakna peniaga kaum lain itu rugi pula?..tanyalah dada dan selera anda.
No comments:
Post a Comment