lama tak menitipkan tinta untuk dikongsi rasa. Mungkin juga apabila bebaru ni aku diserang sakit kepala (migrin) lagi seperti selalunya. Biasanya aku tahankan saja atau telan panadol namun kali ini aku cuba bawa bertemu doktor dan alhamdulillah diberi cuti untuk berehat 2 hari. Apa yg aku nk kongsikan ialah eosiku sewaktu pc aku terganggu..kalau komputer..bila pcnya rosak atau jem dh tentu program turut terganggu kan?. Begitulah yang aku rasa apabila nikmat sihat dan ringan kepala ini ditarik dengan sedikit migrin yang menyerang . Sakit yang ku kira tidak seserius mana berbanding penyakit lain yg kronik spt barah atau seumpamanya, namun ianya telah menjejaskan seribu satu rutin yang selalunya kita buat. Bayangkan, bila sakit tu datang, tidur tak boleh, makan pun tak lalu, tk boleh nk tumpu pada tugas, asik tangan di atas kepala jer....apa yang boleh dan mahu dibuat hanyalah baring,baring dan baring!..bila pc dh terganggu...duduk pun salah, bangunpun salah, nk makan tak mahu apa lagi nak masak!.Rasa sakit seluruh badan. Kalau dh berlanjutan sehingga 4-5 hari...bayangkan!Jika waktu itu jasa kita diperlukan oleh suami dan anak2...tentu sedikit sebanyak emosi mereka juga turut terganggu kerana kita tidak dapat memenuhi keperluan mereka. Masa itulah baru terkenang nikamt sihat. Sedikit sahaja Allah cuit nikmat yg diberinya,..dengan mudah sangat kita tergoyah dan mengeluh kesah.Masa inilah baru teringat pada 5 perkara yg penting dalam hidup kita iaitu masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati...ermmmm..ada 1 lg yg tertinggal..apa ya?...
Beginilah insan yang tidak akan pernah puas dan sedar tentang nikmat Ilahi yang dinikmatinya selama ini.Segarusnya aku bersyukur kerana diberi sakit itu dan seharusnya aku redha dengan sakit yg sekejap itu kerana sesungguhnya sakit itu merupakan ujian Allah kepada manusia yang berfikir dan redha.aduhhh...mengapalah kita sering lupa pada Tuhan bila waktu senang, malah dalam waktu sakit pun!?..
Ya Allah!..ampunkan lah hambamu yg dhoif ini...aminnn..
No comments:
Post a Comment