Baru2 ini anugerah kecemerlangan (APC) diumumkan d tempat kerjaku.Memang sudah di jangka perkara ini mugkin berlaku, akan berlaku dan sesungguhnya sudahpun berlaku. Ya, orang yang sama dan yang telah pernah mendapatnya selang beberapa tahun lalu, kini dapat sekali lagi.Tahniah diucapkan dan mereka tidak bersalah apa2 kerana mereka tidak minta pun tetapi sudah menjadi rezeki mereka.
Dalam pada itu memang terdengar suara-suara yang kurang menyenangkan. mereka berbunyi bukan sebab untuk mempertikaikan rezeki orang yang dapat APC tersebut tetapi mereka mempertikaikan cara pentadbir menilai dan memberi rezeki itu dilihat kurang bijak dan menampakkan yang mereka langsung tidak ambil tahu keadaan dan senario d bawah seliaan mereka.Mereka tidak mengikuti perkembangan kaki tangan mereka,sudahlah begitu mereka juga tidak langsung mahu bertanya pendapat kepada orang2 lama d situ.
Secara automatik aku turut terasa dan memahami perasaan mereka yang mengharap agar di berikan anugerah ini demi maruah dan motivasi diri. Benar sekali, bayangkan, selama ini pentadbir hanya nampak mereka yang kononnya aktif dan pandai buat kerja sahaja yang diberi APC serta menidakkan pula orang yang biasa-biasa dan orang yang tidak suka bersuara untuk mendapat giliran APC.Sedangkan mereka-mereka yang tidak dapat dan belum dapat ini terdiri dari mereka yang senior dan telah berkhidmat lebih dari 15 tahun.Tak bolehkah pentadbir hargai servis mereka yang selama itu telah berkhidmat, berbanding dengan kebanyakan mereka yang dapat anugerah ini , baru 2-3 tahun berkhidmat. bukankah ini menyebabkan sedikit sebanyak maruah merka yang belum dapat ini rasa tercabar dan tercalar.Mereka bukan tak buat kerja, mereka bukan tidak jalankan tugas,peranan mereka sama seperti orang yang telah di beri APC,malangnya pentadbir gagal untuk berlaku adil atau mengambil hati orang bawahannya.Golongan yang senior ini sebenarnya memerlukan motivasi,bayangkan, kerani dan PAR nya telah pun dapat APC, haprak sangatkah mereka yang langsung tidak pernah menerima penghargaan ini?sehingga baru2 ini anugerah tersebut di ulang pusingannya kepada mereka yang pernah dapat sebelum ini. Sedihnya perasaan mereka yang mengharap hanya tuhan yang tahu kerana mereka berasa seolah tiada sinar dan peluang untuk mereka lagi. Memanglah diakui,anugerah APC itu adalah hak mutlak pentadbir untuk menilai dari kaca mata mereka, namun tidakkah boleh mereka buka mata sedikit, melihat dan hargailah selama perkhidmatan golongan terpencil ini.
mereka yang bersuara ini tidak sesekali mempertikaikan rezeki yang telah ditentukan ilahi, cuma mengharapkan agar ada yang faham perasaan mereka kerana berbanding dengan teman yang seangkatan kebanyakannya sudahpun merasa,bahkan mereka yang muda-muda dan baru berkhidmat juga turut telah merasa. Janganlah dibanding2kan keupayaan seseorang dengan yang lain kerana setiap orang itu mempunyai kelebihan dan kelemahan serta kekurangan masing2.Pentadbir cubalah memahami dan menerima kekurangan serta kelebihan seseorang berdasarkan individu itu tersendiri.Janganlah menidakkan hak mereka yang sepatutnya hanya kerana persepsi peribadi yang berbeza.Yang penting, semua kakitangan itu telah pun memberikan khidmat mereka seadanya dan tidak pula mereka pernah melakukan salah laku selama ini. Wahai mereka yang menjadi pentadbir, pandai-pandailah menilai dan menghargai jasa orang bawahan kerana mereka sebenarnya bekerja dan jalankan tugas demi nama anda juga.bila berjaya dan d kemuncak mudahnya kalian pentadbir menafikan sumbangan golongan terpencil ini???.
Tidaklah adil menuduh golongan yang belum dapat APC ini sebagai orang yang tidak ikhlas dlm bekerja dan meminta dipandang pd segala yang mereka lakukan.Menganggap mereka sebagai orang yang tidak tahu bersyukur adalah keterlaluan kerana sebagai manusia biasa, dan bilamana anugerah ini di adakan, lumrah bagi semua yang waras ingin menrasa dan mendapatkannya.Bohonglah jika seseorang itu langsung tidak pernah buat kerja atau selamanya buat kerja seperti batuk di tangga, sehingga langsung tidak melayakkan mereka untuk di nilai cemerlang.Sedangkan mereka yang telah dapat APC inipun sebenarnya 2x5 dan ada yang lebih teruk prestasinya berbanding dengan mereka yang belum merasa APC ini. Apa pun, tidak dapat di sangkal adakalanya pentadbir turut di pengaruhi emosi dan kepentingan diri dalam memberi penilaian terhadap orang bawahannya kerana adatlah kita manusia biasa.
No comments:
Post a Comment