Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Monday, June 25, 2018

RESEPI TART TELUR

Resepi ni aku penah buat 2 atau 3 kai je dulu masa rajin. Lepas tu haremmmm....Biasalah, dh tahu buat jadi malas la . Masa tak tahu dulu beria-ia nk belajar.

BAHAN2 PASTRY

100 GRAM ICING SUGAR
1 EGG
250G BUTTER
500G FLOUR

CARA2
1. MIX SUGAR PLUS BUTTER ( NO NEED TO BEAT)
2. ADD EGG AND FLAUR

CUSTARD

6 EGGS
130G CASTOR SUGAR
200ML WATER
250 FRESH MILK
PANDAN LEAVES

1.BOIL WATER ( SUGAR PLUS PANDAN LEAVE)
2.ADD IN FRESH MILK PLUS EGGS
3. TAPIS. kEMUDIAN DIMASUKKAN DALAM PASTRY THEN BAKAR LA DLM OVEN 25 - 30 MINUTES ( 180 C)

( Sori resepi  tulis dlm bahasa inggeris sbb salin dari yg asal. Resepi ni kawan yg bukan melayyu yg bagi. Tu pasal la dalam bi.)


KEK BUAH

1 Tin susu pekat
1 kotak ( 375 gm ) buah campuran
2  1/2 cawan tepung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh sodabikabonat
1 tin air

CARA
Panaskan butter hingga cair, masukkan susu pekat dan air mendidih.
Masukkan buah2 campuran. Gaul 5-10 9minit.
TUANG DALAM ADUNAN TEPUNG - kacau cepat
masukkan dalam loyang- Bakar 1 1/2 jam. Api sederhana



Monday, November 6, 2017

berger dell jowo

Salam sejahtera, kepada peminat berger dell marilah cuba buat sendiri bergedel ni. Walaupun sebenarnya ringkas dan mudah sahaja untuk menyediakan menu ini tetapi saya sendiri pun makan tahun juga untuk membuatnya!... (hahahahah). 
 (kisah disebalik begerdel) 
Mbah saya dulu penjual soto yang wajib ada begedeldi dalamnya. So, dapatlah sikit2 korek resepi nk buat bergerdel ni. 
Bahan-bahan

kentang
bawang merah kecil
bawang putih (optional )
daging / ayam yang di cincang
lada putih / serbuk
daun sup/daun bawang
Minyak untuk menggoreng
sebiji telur ayam.

Cara-caranya.

Kentang dikupas, potong2 ikut suka dan digoreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.
Bawang kecil merah, bawang putih ( jika suka ) di hiris2 dan digoreng garing. Toskan. Jika menggunakan bawang merah besar,ia akan berminyak dan kurang garing, maka perah bawang tu keluarkan minyaknya.
Hiris-hiris daun bawang dan daun sup ikut suka nak besar mana.
Tumbuk hingga hancur ada putih biji. Jika guna lada serbuk yg beli dalam botol (ajishio) tak perlulah tumbuk.

Maaf ya, saya hanya anggar dan agak-agak sahaja banyak mana nk pakai kentang, banyak mana nk pakai daging kisar, banyak mana nk pakai semua bahan dalam menu ni. Saya campak-campak je nk buat resepi ni. heheheh...

Tumbuk atau lenyek kentang goreng tadi dalam lesung atau besen, setelah hancur, masukkan bawang, daunsup, lada putih dan daging hancur ke dalam kentang lecek. gaul sebati dan bentukkan kecil-kecil leper// bulat. Jika menggunakan lada serbuk, tidak perlu tambah garam dalam adunan. 
celupkan bergerdel yang telah dibentuk ke dalam telur ayam yang telah dipecahkan dan dikocok2. goreng dalam api yang kecil sahaj hingga kekuningan. Angkat dan hidang.





Saturday, September 24, 2016

Kek Gula Hangus dan kek coklat moist

Resepi

2 cawan gula kasar
2 cawan air
2 cawan tepung gandum
4 biji telur
22 sudu teh serbuk penaik
3 sudu besar air panas mendidih
1 tin susu cair
250g mentega

Cara-cara

1. Panaskan gula dalam loyang/ periuk, hingga hangus, masukkan 2 cawan air dan biarkan mendidih hingga menjadi 1/2 cawan. Sejukkan.
2. Masukkan susu cair, tepung, telur dan mentega serta adunan gula hangus dan adun dalam pengadun dan adun/kacau sebati.
3. Masukkan serbuk penaik yang dibancuh dengan 3 sudu air panas.
4. Masukkan dalam loyang dan kukus 35 minit.

KEK cOKLAT mOIST

1 1/2 Cawan tepung gandum ( boleh juga tepung naik sendiri)
1 Cawan susu cair
1 1/2 Cawan gula pasir ( boleh d blender halus)
1 Cawan serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh ssoda bikarbonat
1 sudu teh essen vanila
3 biji telur
250g mentega (boleh ganti 1 cawan minyak)

Cara2

Ayak tepung, koko,serbuk penaik dan soda.
cairkan mentega, setelah suam masukkan susu cair.
Pukul telur dan gula hingga kembang kemudian masukkan adunan mentega tadi secara berselang seli dengan tepung yang diayak. Kacau sebati.
Masukkan dalam acuan dan kukus 40 minit.

Wednesday, August 5, 2015

Daging masak hitam (rendang hitam)

Bahan2.
Sekilo daging

Bahan dikisar
Bawang besar 3-4 labu
Bawang putih 5-6 ulas
Seinci halia
2-3inci lengkuas
4-5 batang serai
2ringgit kismis hitam
Gula garam 
Rempah kurma
Kicap pekat jalen
Sesenduk Cili kering kisar
Bunga lawang 3-4 kuntum
2- btg kayu manis 
Sepeket kecil kerisik kelapa.

Cara-cara membuatnya.
Daging dipotong dan dibasuh. Toskan.
Kisar kismis, bwg merah, bwg putih, halia, serai, lengkuas.
Kemudian Daging  diperap dgn kicap pekat, rempah kurma, kismis, gula, bhn2 kisar iaitu bwg merah, bwg putih, halia, serai, lengkuas. ( gunakan sebahagian sahaja bahan kisar untuk perap)
Perap  2-3 jam ikut suka.

Tumis sebagaian lagi bahan kisar sehingga wangi bersama cili kering kisar. Masukkan bunga lawang n kayu manis
Masukkan Daging yang diperap bersama sedikit air sehingga lembut. 
Setelah daging lembut perisakan garam gulanya. Masukkan kerisik, boleh juga masukkan hirisan bawang besar jk suka.
Siaappp!.( klu masak dlm periuk tekanan ambil Masa 10 m-15 m ikut jenis daging).


Ini hasil menu yg sama tetapi guna kicap tamin. Warna kicap tidak segelap warna kicap jalen. Namun rasanya serupa.



Thursday, July 30, 2015

Kuah lontong ( lodeh )


Ini resepi  yang jarang orang buat bila masak kuah lontong. Resepi ini aku belajar dari kawan yang veteran... Sedikit perbezaan dlm resepi ini membawa rasa yang berbeza serta unik. 


Bahan kisar.
Bwg besar ,Bwg putih, Udang kering,Lengkuas,rempah biji ( ketumbar) dan kunyit hidup. Serai diketuk.

Bahan / sayuran
Kobis bunga, kobis bulat, lobak merah, fuuchuk, kacang panjang, soon, sengkuang, kentang dan apa2 jua sayuran n bahan yg dirasakan sesuai seperti terung, cendawan telinga, tauhu,atau kacang pis.

Boleh juga masukkan udang hidup jika banyak modal.Ngeeeeeee
Santan kelapa/ susu cair.

Cara- cara.
Tumis bhn kisar hingga garing, masukkan sayuran dan sedikit air.biarkan didih dan sayur lembut sebelum masukkan santan. Perisakan garam gulanya dan masak hingga sayur lembut dan soon kembang. Siaappp!..
Bolehlah lawankan dengan sambal tumis ikan bilis atau kuah kacang.😃

Ehh?!! tang mana yang dikatakan jarang org buat dan unik dalam resepi ini??...haaaa...carila sendiiri ya perbezaannya! piisssyoooo!!

Wednesday, March 11, 2015

Puding karamel vs puding roti karamel

Haaa... Nk tau apa beza puding roti karamel dengan puding karamel ??
Jom baca ni!.

Puding karamel ni rupa-rupanya banyak versi. Ada yang guna roti, biskut, tepung dan lain2 lagi. Rdesepi yang aku dah buat sendiri ialah puding roti karamel dan juga puding karamel sahaja. Apa bezanya!??..

Haaa.. Dh tentulah beza dari namanya pon kita dah tahu kan!.. Satu guna roti dan satu lagi tak guna roti. 
Yang mana lebih sedap??!!
Hmmmm... Soklan tu aku tanyakan pada anakku yang memang gemar makan menu ini.jawapannya... Dua-dua sedap!.. Hihihiii... Sama je rasanya lebih kurang. Jadi apa bezanya?

Ada sedikit perbezaan sebenarnya iaitu dari segi tekstur puding  itu. Puding roti agak lebih padat dan jika disimpan dalam peti ia akan jadi  lebih keras berbanding puding bukan roti teksturnya lebih lembut namun kurang padat dan tidak kemas. Terdapat lubang-lubang udara pada puding dan ia juga lebih rapuh.jika di simpan dalam peti ia masih lebih lembut berbanding puding roti.
Ini potongan puding bukan  roti. Mudah rapuh dan tekstur isi serta bentuknya juga tidak licin atau kemas.
Berbanding dengan puding roti yang lebih padat tekstur isi dan kemas bentuknya.

Kelihatan permukaan puding yang tidak licin dan jelas lubang- lubang udara pada puding bukan puding roti ini. 
Sementara puding roti kelihatan lebih livcin dan rata permukaannya.
Namun dari segi rasa, kedua-dua resepi ini sama sedap dan tiada beza. 

Cara membuat puding bukan roti ini juga lebih kurang serupa sahaja dengan puding roti. Cuma buangkan roti dari senarai bahan dan tambah jumlah telur pada resepi puding karamel.
Selain itu sesetengah puding yang tiada roti akan ada sedikit hanyir (bau telur) jika tidak teliti membacuhnya atau jika esen vanila yang diguna tidak sesuai dengan sukatan.
Bagaimanapun terdapat cara mengatasi beberapa kelemahan puding karamel ini iaitu dengan menambahkan penggunaan tepung jagung atau tepung kastad dalam bancuhan. Sesudu tepung sudah dapat menjadikan tekstur isi puding menjadi lebih pejal dan berbentuk lebih kemas!..
Ini puding yang telah ditambah sedudu tepung kastad. Ia tidak merubah rasa malah menjadikannya lebih enak.



Friday, March 6, 2015

PUDING ROTI KARAMEL

Tiba-tiba petang itu anak bongsuku menmbunyikan hasratnya kepingin untuk memakan puding karamel sebagaimana yang sering dimakannya ketika bulan puasa. Hmmmm...tergamam sekejap aku dibuatnya, makumlah, sekian lama dapurku berehat lantaran aku sering menggunakan dapur di kedai atau di kantin sahaja kebelakangan ini. Ngeeee.
Aku tak sampai hati pula mendengar permintaannya sambil berkira-kira mencongak dan mengingati sama ada bahan-bahan yang diperlukan dalam resepi itu lengkap atau tidak di dapurku.
Setelah aku yakin kesemua bahan memang sedia ada di dapur lalu akupun memulakan pencarian resepi di internet untuk mengingati semula resepi dalam kepalaku yang dah tenggelam timbul seketika ini.

Bahan-bahan

3 biji telur
3 keping roti
1 cawan air suam(panas)
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
3 sudu besar gula putih
2 sudu besar air
esen vanilla

cara-caranya

Panaskan 3 sudu gula dalam loyang hingga perang. Usah terlalu gelap kerana rasanya akan pahit. campurkan dengan 2 sudu air dan kacau hingga gula perang tadi cair. ketepikan loyang.

Blender roti yang dicarik-carik bersama susu pekat, susu cair dan air suam.
pecahkan telur dan kacau bersama esen sebelum dimasukkan ke dalam blender bersama-sama bancuhan roti tadi.
Masukkan adunan dalam blender itu ke dalam loyang yang ada gula perang tadi. Kukuslah sehingga masak. Sekejap sahaja sudah tersedia.
Jika ada yang sukakan kuah gula karamel yang lebih, maka bolehlah dibuatkan seperti cara membuat gula perang cuma ditambah dengan sesudu gula putih  supaya lebih enak.
Taraaaaa!... jadilah juadah untuk kami pada petang itu.

Tuesday, May 6, 2014

Sayur orang kampung!.

Ada sejenis tumbuhan nii yang dikategorikan sebagai sayur orang kampung. Maklumlah untuk mendapatkannya memang kita perlu pergi ke kawasan kampung yang berpersekitaran berair seperti sawah, paya, parit ataupun air yang banyak. Ini kerana tumbuhan ini memerlukan air untuk hidup. Ada sesetengah tempat menamakan tumbuhan ini sebagai kelayau!. Ada yang panggil sayur bebek malah genjer atau centongan. Ada yang menyebutnya sekadar sayur keladi air. Haaa!.. Inilah rupa sayur tu!.
Ada yang pelik dan langsung tak pernah merasa sayur ini kan?!. 
Tumbuhan ini bukan setakat manusia yang memakannya, malah ia juga tumbuhan kesukaan ayam dan itik!.. Hmmm... Tentu ada khasiat tersembunyi kan!.. Seperti daun dan batang pisang yang digemari oleh ayam dan itik tulaa!!.
Tumbuhan ini dijadikan sayur bukan setakat direbus sahaja sebagai ulam dan dimakan dengan sambal belacan atau budu, malah ia juga sedap ditumis. Rasanya unik iaitu punyai seakan rasa sedikit pahit namun sedap dan sukar untuk dijelaskan di sini!. Sayur ini akan dipotong menjadi pendek-pendek seperti kita potong sayur kangkung. Jika ada buahnya yang agak tua kita buanglah kerana rasanya pahit. Begitu juga dengan bahagian batangnya yang sudah tua dan keras perlu dibuang. 

Resepi tumis pedas sayur centongan, kelayau, bebek, genjer atau keladi air.

Bahan-bahan:

Satu lkat sayur centongan, genjer, kelayau, bebek atau keladi air!... Huhuhuuu... Nyebutpon susah!
Satu labu bawang besar
Dua ulas bawang putih
Segenggam bilis (pilihan)
Satu inci belacan( jika suka)(pilihan)
Cili api sepuluh ke lima belas biji
Sesudu kecil gula
Garam dan minyak untuk menumis.
Semua bahan di atas ditumbuk. 

Caranya

Panaskan sedikit minyak untuk menumis lalu tumis semua bahan yang telah ditumbuk hingga naik bau. Masukkan sayur dan tumislah hingga layu. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Boleh ditambah sedikit air jika suka kerana sayur ini akan mengeluarkan airnya sendiri.ada orang yang tk suka masukkan gula dalam sayuran namun dalam resepi ini saya ada masukkan sedikit kerana selain dari bertujuan mengimbangkan dengan rasa pedas tadi ianya juga akan menerbitkan rasa keenakan yang unik memandangkan sayur ini agak pahit- pahit sedikit. 😀😀. Selamat mencuba!.



Monday, March 10, 2014

WADAI KIPENG

Menu wadai kipeng ni merupakan menu tradisi dalam keluargaku yang diperturunkan oleh emakku pada anak-anaknya. Sebenarnya menu pencuci mulut atau boleh dipanggil buburni, bukanlah istimewa sangat kerana semua bangsa ada dan pernah membuat atau memasak menu ini namun dinamakan dengan panggilan yang berlainan sahaja. Jika wadai kipeng lebih merupakan menu orang banjar, namun bagi orang jawa menggelarkannya sebagai bubur candil. Di negeri sebelah pantai timur pula menyebutnya dengan panggilan biji nangka!.

Baiklah, sebelum aku tuliskan resepinya di sini, aku nak terangkan dulu apa istimewa dan kelainannya wadai kipeng ni berbanding dengan menu dari orang jawa atau yang sewaktu dengannya!, pertamanya, wadai kipeng ni (versi banjar)bentuknya hendaklah sedikit leper iaitu selepas digentel bulat-bulat, kita akan tekan dengan hujung jari pada tepung yang digentel tadi dan ianya akan membentuk seperti duit syiling yang berlekuk tengah!..hihihioi... bukan tak boleh untuk membiarkan sahaja bentuk tepung gentel menjadi bulat, tetapi ianya sudah tidak memperlihatkan ke kepingan menu ini. jika tidak salah,bentuk bulat lebih sinonim dengan biji nangka . Manakala bagi orang jawa dengan bubur candil ni adakalanya mereka menggunting sahaja tepung tersebut seperti nak buat kuih tepung gunting!.
Resepi wadai kipeng yang asli berwarna putih semata-mata, namun kita dibenarkan untuk mengkreatifkan dan memodenkan resepi ini mengikut citarasa memasing. Gambar resepi yang aku buatni aku campurkan dengan pewarna hijau betujuan untuk menjadikan bubur ini lebih berseri.


Kita juga boleh menambah bahan lain seperti sagu mata ikan dalam bubur ini. Bagaimanapun, resepi asalnya memang tiada termasuk sagu mata ikan ni tau!. Begitu juga kepada yang menggemari perisa durian, bolehlah dicampurkan isi durian ke dalam bubur ini dan pastinya akan menjadikan menu ini lebih enak dan lazat!... sungguhhh!.

Inilah cara-cara membuat wadai kipeng

tepung pulut ikut suka banyak mana...hihihii
disyorkan 250g tepung pulut,
gula putih (ikut suka tahap kemanisan)
daun pandan, secubit garam,
250 g santan pekat
isi durian (jika suka)
pewarna (pilihan)

cara-caranya

bancuh tepung pulut dengan air sehingga tidak melekat pada jari, setelah itu gentel bulat dan tekan tengahnya membentuk syiling berlekuk.buat sehingga adunan tepung tadi habis.
Masukkan santan pekat dalam periuk, masukkan daun pandan, garam dan tambahkan dengan air mengikut kepekatan yang sesuai. setelah mendidih, masukkan tepung yang telah digentel tadi ke dalam periuk. masukkan sekali bahan lain jika suka seperti sagu atau isi durian, tambahkan gula dan rasakan kemanisan yang dikehendaki. Setelah tepung timbul dan berkilat, ianya menandakan sudah masak dan bolehlah dihidangkan!. 


Tuesday, November 19, 2013

Kerabu ulam (jawa style)

Hai.. Assalam.. Salam siaran. Lama aku merehatkan pena di sini. Kali ini masih lagi 'resepi' yang inginku ketengahkan kerana ia ibarat kembar pada seorang wanita! Aku jodolkan resepi ini sebagai kerabu ulam. Aku suka ulam dan suka kerabu. Kerabu ni macam- macam versi ada. Yang ini aku katakan sebagai jawa style kerana terdapat penggunaan cekur dalam resepi ini yang sinonim dengan masakan orang jawa.
Mari lihat bahan- bahannya.

Ulaman mentah seperti kacang botol. Daun tenggek burung ,taugeh. Silom dan apa2 yang anda suka.
Sebiji kelapa parut
Segenggam cili spi (ikut suka pedasnya)
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang kecil
Satu dudu udang kering
1/2 iinci belacan
2 sudu gula
Sedikit assm jawa ( saya guna 1 sudu kecil asam jawa tanpa biji)
3-4 butir ubi cekur
Garam secukup rasa.

Caranya

Semua ulaman dipotong halus keciali taugeh😜.
Semua bahan tadi ditumbuk sebati (kecuali kelapa parut dan ulaman ya!) Gaulkan bahan tumbuk dengan kelapa parut di dalam kuali. Gorengkan tanpa minyak bahan tadi dengan api kecil sambil gaul rata bahan tumbuk  dengan kelapa parut sehingga agak kering. Imbangkan rasa masin manis dan masamnya. Setelah kelapa agak kering, boleh diangkat dan digaulkan dengan ulaman yang disukai.
Kerabu ulaman ini bolehlsh dimakan bersama-sama nasi panas dan sesuai untuk hidangan tengahari. Selain itu, kerisik kerabu ini juga boleh dilawankan atau dijadikan bahan urap atau kerabu sayur. Bezanya, semua sayuran hang ingin dijadikan kerabu tadi hendaklah dicelur terlebih dahulu seperti sayur kangkung, taugeh, pucuk paku, kacang panjang dan sebagainya!. Silalah cuba ya .

Wednesday, May 1, 2013

Jangan Bening@sayur air bayam

Hai..assalam...naper menu ini pulak yang aku nk post?..tentu ada yang tau makna 'jangan bening' tu...itu bukan ayat larangan ye!hehee..perkataan itu bermaksud sayur jernih lahh..dari bahasa jawa. Aku nak citer cket apa istimewanya sayur ini pada sesetengah orang. Teutamanya bapak aku sebab inilah salahsatu menu yang disukainya. Oppps..bapak aku ni jawa yer!...senyummm!. Sayur ini enak dimakan bersama nasi panas waktu tengahari kerana ianya memberikan rasa 'seger' untuk yang merasainya terutamanya apabila menghirup sup/kuahnya. Bapak aku slalu buat cam tu taw!
Alaa..apa yg istimewa sangat sayur masa ini!..haaaa...meh dengo citer aku ni...sayur ini istimewa dari rasa kuahnya yang unik dan asli dengan haruman bawang gorengnya!..itu jer..tp kesegaran dan kelainan rasanya itulah yang membuatkan sayur sesimple ini terasa istimewa!
Jom aku tunjukkan cara memasak sayur ni...

Bahan2
Seikat sayur bayam
5-6 ulas Bawang kecil merah dihiris halus
2-3 ulas bawang putih dihiris halus
Seinci halia dihiris halus
Ikan bilis barang segenggam, (ikut suka jika ingin menggantikan bahan perasa)
Garam secukup rasa.

Cara2

Sayur bayam di rendam sebentar, di potong ikut suka dan seterusnya dibasuh bersih dan ditoskan. Ikan bilis di tumbuk sedikit agar pecah.
Goreng semua bahan hiris sehingga garing dan kuning. Angkat, toskan dan asingkan sebentar.Masukkan air dalam periuk atau kuali, anggaran 3 cawan atau ikut kesesuaian sendiri. Panaskan air hingga didih lalu masukkan sayur dan bilis dalam periok tadi. Tambah garam dan perisakan ikut kesesuaian masing2. Setelah sayur agak lembut dan masak. Matikan api. Barulah masukkan bahan goreng tadi dalam sup. Ada yang suka taburkan daun sup juga. Bolehlah di hidang. Haaa...mudah je kan!


Saturday, April 13, 2013

Gulai ikan tongkol nasi berlauk. Made in Teluk Intan!

Hahah! Ni nak citer tentang pengalaman aku masak gulai ikan tongkol ala2 pantai timur atau gulai nasi berlauk. Dahlaa seumur hidup aku tak pernah masak menu ini..huhuhuu...sebenarnya, ikutkan rasa...aku cam tk berani je nk buat sbb tak konfiden. Tapi fikir balik....takkanlah susah sangat setakat masak gulai je. Aku pun carilah menu ni dalam intenet...macam2 versi ada...aku yang pening! Ada tu tak masukkan halia..Ada yg masuk cuka, ada yg masukkan gula melaka dan ada yg masukkan ketumbar ada yg tak...isshhhkk!!...
Ada gak aku tanya pada member2 klate resepi ini...tp cam klate murtad jer sbb dia org pon tk penah masak...tau makan jerr...mak dia org yg masak upanya..baik tak yah. Lebih kurang je la aku ngan depa tu...huhuu.
Akhirnya aku amik keputusan untuk ikut resepi dalam itenet dan aku gabungkan semua bahan yang aku nak..sukahati aku laaa kan!!ngeeee.

Bahan2 gulai Teluk Intan mariii...
Ikan tongkol..sukatilah nak yg jenis ikan putih atau hitam...janji ikan tongkol ek.
Asam keping dalam 6 keping. Garam anggaran sesuai. Rebus ikan tu masukkan garam dan asam keping hingga airnya sat. Aku takde masa nak tunggu semalaman..aku rebus dan masak waktu tu juga. Org kata, klu lagi lama masak ikan tu, makin sedap rasanya.

Bahan gulai...
3ulas bwg putih, 6 ulas bwg merah...tapi aku guna bwg besar je...ikot saiz...klu besar satu labu pon ok..klu bwg tu kecil. 2 labu laa.
Halia 1/2 inci..kunyit hidup 1 inci, lengkuas 1 inci, ketumbar 1sudu besar, sedikit gula melaka (nise) ,boleh guna gula putih.santan secukupnya.jangan lupa cili kering yang dah di kisar...ikut suka nk pedas ke tak.

Mula2 blender bahan mentah tu semuanya...pas tu masakkan dalam periuk atau kuali...ikut suka lah. Api perlahan ye...masukkan santan cair n masak lagi hingga mendidih...pas mendidih, masukkan ikan yg dah di rebus tadi. Aku masukkan sekali baki air rebusan ikan tadi. Biarkan mendidih. Masukkan santan pekat dan sentiasa kacau hingga mendidih. Pas tu bolehlah masukkan sayur timun ke...kacang panjang ke...tapi aku masukkan kacang bendi jerr...ikut suka hati aku lh kan!!...hehehee...
Perasakan garam dan gula serta rasa masamnya biar seimbang...dh ok semuanya maka bolehlah di angkat dan hidang ya. Mmmm

Tibalah masa nk rasa pulak...alamakk!! Sape yang nk jadi hakim ni...aku dh lh tk penah masak...pulak tu tk pasti rasanya kalau yg sedap tu camner...yg tak sedap tu yg camner??...huhuu...udahnya big boss la yg jadi hakim sbb dia selalu gak makan nasi berlauk ni. Lidah aku kata..ok dah...sedappp!.ngeeeee.dan boss pon kata sedap gak!!...hihihikk..senyum sampe telinga lah akuu..tapi...kalo korang nk tau sedap ke idak...korang cubalah masak guna resepi aku ni 100%... Ada brani??!

Hmmmm...inilah hasilnya gulai aku tuu...gambar kat bawah ni nampak pucat je kan warna gulainya...tp sebenarnya ok je warnanya sebab kamera tab aku masa tu weak...so no flash laaa...tp gambar yang kat atas tu....ada flash...haaaa...ok tak?...cuma aku tak makan gulai tu ngan sambalnya sbb nk cepat...anyway...aku puas hati akhirnya aku pande masak gulai ikan tongkol ni...huaaahaahaahaaaa....


                                          

Tuesday, March 12, 2013

char kuew teow. carakuuu

bahan-bahan
kuew teow sebungkus,namun cara menyediakannya tidak menggunakan sekali gus tetapi mengikut anggaran jumlah kepala.
resepi yg diturunkan ini adalah untuk anggaran sepinggan char kuew teow  atau untuk seorang makan.
2 ulas bwg putih, diketuk2 jerr
1@2sudu cili giling....ikut suka nak pedas hok mana.
2sudu besar sos tiram,
2@3sudu kicap cair
1sudu gula
1bj telur,
2sudu minyak masak.
udang atau kerang...ikut suka nk letak banyak mana
taugeh dan kucai ikut suka nak letak banyak mana.

cara2nk goreng...charr...charrr!

tumiskan bawang putih dalam minyak,dah agak garing, masukkan cili giling,tumis lagi, kemudian masukkan kicap cair, sos tiram dan gula.tumis dan gaul mesra.masukkan udang atau kerang, bila udang atau kerang dah masak, masukkan 1cawan air  dalam kuali. biarkan mendidih, masukkan meeteow,anggaran segenggam untuk seorang atau satu senduk.masukkan juga taugeh dan kucai.biarkan mendidih barulah pecahkan telur dan kacau sekejap. tutup api, dah boleh hidang! Enak dimakan dengan cili jerukk.

#klu nk masak untuk lbih dari 2 org, maka agak2lh sendiri ya.Disarankan memasak menggunakan api yang kuat, namun kena pandai jaga!

Tuesday, January 15, 2013

Apam nasi

Haaa...resepi ini aku nk kongsi sbb ianya mudah dibuat dan sedap kepada mereka yg suka kuih apam. teringat pulak masa kecik2 dulu, embah aku terror buat kuih apam ni..terutama masa ada majlis,maka akan harumlah rumah dengan bau apam

 yang di peram dan di kukus. Malangnya, emak aku plak tak tau nak buat kuih ni.Untuk pengetahuan, mula2  aku pandai dan terror buat apam ni, selepas aku dapat resepi dari jiranku semasa aku di Pahang.Tapi masa tu resepinya menggunakan eno  dan tepung beras,berbanding dengan resepi yang ini hanya menggunakan mauripan! .Bagaimanapun,...rasanya tetap mblesss walaupun sedikit berbeza teksturnya.Ikut cita rasa masing2 lah..sbb ada setengah orang tu,memang gemar makan apam tepung gandum ni.

Nak resepi
Niii haaaaa....

bahan2.
2 cawan nasi,
2setengah cawan air,
1cawan gula...semua bahan ni korang blender halus ekk...klu tk halus,nnti apamnya pon tk halus jugak!
2cawan tepung gandum dan 2 cawan tepung beras serta sepeket mauripan,
korang campur dan sebatikan gaulnya.
pas tu,
satukan kedua-dua bahan yang dikisar ke dalam campuran tepung tadi. Gaul sebati kemudian biarkan peram semalaman atau sekurangnya lebih dari 3 jam. Kukus dlm loyang atau acuan pilihan sendiri selama 40 minit dlm api sederhana.
cubalah, resepi ni pun aku dapat dari rakan fb.Oh ya, pada yang suka apamnya berwarna warni tu..bleh la letak pewarna ya!

Thursday, December 27, 2012

Mee segera ketam

Teringin punya pasal...asik dengar cerita tentang mee ketam yg popular di kelantan, aku akhirnya mencuba sendiri resepi ini dengan mengikut acuan citarasa aku sendiri daaa....sedap ke tak tu, terpulang kepada tekak dan lidah masing-masing!
Bahan dan cecara membuatnya....
(makan untuk seorang shj)
Sebungkus mee segera berperisa kari. (jenama ikut pilihan masing-masing)
Seekor ketam (jenis pun ikut suka korang)
2 ulas Bawang putih di ketuk
1 labu bawang besar di potong /hiris
Beberapa biji cili api (mana yg suka pedas ek!)
Boleh juga tambah dengan sea food yang lain spt udang dan sotong.
Sayur pilihan sendiri...boleh jadi sawi, kobis, lobak merah dan apa2 sayuran yang korang
rasa seswaiiii...
Tumiskan bawang dengan sesudu minyak masak, masukkan ketam yg telah di bersihkan dan di potong (ikut suka)
Masukkan sedikit air.masukkan bahan lain seperti sotong dan sayuran.
Setelah ketam masak, masukkan bahan perisa kari mee segera itu tadi.
Mee segera hanya perlu dicelur sebelum dimasukkan ke dalam mangkuk atau pinggan besar, kemudian tuangkan bahan tumis tadi di atas mee yang dalam mangkuk td. Sedia untuk di makannn!!.
Cube leeee sendiri ekkkkk!! Pas tu jk ada rezki, leh la mkn plak mee ketam d klate tuk buat banding beza citarasa!! Heheheee..

Monday, December 24, 2012

chicken cheese crispy

Resepi ini ciptaan sendiri setelah aku terlihat menu ini di sebuah restoran. Aku main agak-agak sahaja namun hasilnya tidak mengecewakan. Mudah dan simple serta akan menjadi kegemaran kepada peminat cheese!!.

Bahannya

Daging ayam bahagian isinya, dipotong kecil-kecil namun besar sikit dari sais daging sate.
Jumlahnya ikut suka jer
Tepung serbaguna, lebih elok jika yang rangup.
Daging ayam yang dibersihkan dicelup ke dalam tepung yang dibancuh pekat. Seterusnya goreng garing-garing ya!.
Sos thai, boleh beli di pasaran
Cheese dicairkan anggaran ikut suka sendiri. Namun apa yang aku buat ialah hanya menggunakan cheese dale kemudian aku c airkan dengan susu penuh krim.
setelah itu, ayam yang siap digoreng akan ditu angkan dengan sos thai dan juga sos cheese tadi. sedia dimakan!!
senang jer kan!! cubelahhh..heheheh..

Wednesday, July 18, 2012

kek sri pelangi

dh 2,3hari ank aku berbunyi untuk dibuatkn kek. teringin nk mkn kek pelangi katanys. akupon ringankan tulang memantau ank daraku mengadun kek. mmm...hasilnya ok lh..
ini resepinya klu nk cuba!

250g mentega
200g gula
200g tpung naik sendiri
5bj telur,
1sudu esen vanila,
perisa/pewarna oren,hijau dan coklat.ikut suka nk warna apa.
3sudu susu pekat

cara2

pukul mentega dgn gula hingga hancur/kembang, msukkan telur 1per 1,hingga kembang, masukkan smua bahan, tpung esen dan susu sediki2dan kacau guna srnduk sehingga sebati.
bahagikan adunan kpd 3warna kemudian satukan dlm loyang. sedia utk d bakar api sederhana 45 ke60 minit.

Monday, May 14, 2012

CUCUR JAGUNG

Untuk minum petang amat sesuai resepi ini. Aku memang suka jagung, jadi aku selalu pelbagaikan resepi jagung untuk hidangan keluargaku.

bahan2nya...
1/2 kg tepung gandum
2 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
2 labu bawang besar dipotong dadu,
2 tongkol jagung mentah
minyak untuk menggoreng
udang basah atau ikan bilis mengikut suka nak letak banyak mana.
Anda boleh saja guna kreativiti masing untuk melazatkan lagi resepi ini seperti menambah tauge,daun bawang atau kucai untuk lebih kelainan rasa.

cara2nya


gaul semua bahan dalam mangkuk secara lembut dan perlahan hingga tepung larut. tidak perlu kacau lama2 kerana boleh menyebabkan cucur menjadi liat.Goreng ikut cara masing2.
hidangan ini boleh dimakan bersama sos kegemaran.

Monday, March 26, 2012

bawal masam manis(sweet n sour)

egg tart!

Suatu hari teringin plak nk makan tat telur buatan sendiri. Selalunya beli jer kt kedai senang cerita. Hari tu nk asah skill yg lama tak digunakan lebih dari 3 tahun! mmm inilah rupa tat telurnya. Aku ingat-ingat lupa resepi asal yang aku dapat, udahnya aku guna jer resepi yang berlambak dari internet.Pilih jer yg mana rasa sesuai. Cuma bab kulitnya (doh) aku ubahsuai dan gantikan dengan tepung naik sendiri. Hasilnya doh lebih baik dari guna tepung biasa.