Showing posts with label cerpen?novel??. Show all posts
Showing posts with label cerpen?novel??. Show all posts

Sunday, January 14, 2024

CINTA TANPA SYARAT?

 

Aku masih terpaku memandang pusara yang rapi bersimen dan nisan putih berukirkan satu nama.. tarikh tertera di batu nisan itu menunjukkan setahun berlalu. Mana mungkin perkongsian hidup selama 35 tahun bolehku lupakan begitu sahaja.. masih jelas dlm ingatan, niat dan tekadku sewaktu menerima lamaranmu, aku ingin menjadi isteri yang soleha dan menjadi isteri yang diredoi suami. Aku seakan yakin dapat menyelusuri hidup dengan mu dalam susah senang bersama. Aku rasakan ketika itu kita akan saling sama-sama ingat mnegingatkan jika antara kita kelalaian dan terbabas dari landasan. Yang penting ketika niat itu kulafazkan, ianya kerana Allah jua. 

Syukur perkongsian hidup kita diserikan dengan putera dan puteri. Lengkaplah kurniaan allah kpd kita, walau tika itu kita sama2 susah dan  kewangan yang terhad. Cabaran memulakan hidup berkeluarga hanya kita yg rasa, susah senang dan suka duka. Aku tak kisahkan walau ada ketika aku perlu ikat perut demi keluarga, aku tk berkira walau aku perlu korbankan masa atau emas demi permudahkan urusan bersama. Apa yang aku harapkan hanya kestiaan dan kejujuranmu. Tika itu kita masih berdarah muda, cemburu tanda sayang itu memguasai diri, kita sering di duga dengan godaan nafsu syaitan. Tambahan pula kita duduk berasinagn terpisah jauh oleh bidang tugas. Kau di pelayaran lautan manakala aku di daratan. Pernah kau terkantoi kecurangan dan permainan mu dapat ku hidu, namun kau berjanji untuk berubah serta tetap setia denganku.. aku menutup mata dan beri laluan kpdmu untuk kita teruskan bina keluarga yang sedang membesar. 

Kuntuman  cempaka yg terjatuh betul- betul di hadapanku telah memberhentikan sorotan kenangan ku dengan mu seketika. Aku menarik nafas panjang. Haruman cempaka menusuk hidung, lantas, ku kutip kelopak yg layu itu. Ku genggam dan perlahan ku lepaskan ke tanah. Masih berat untuk aku tinggalkan pusara ini.. entah bila lagi aku akan datang melawatmu di sini.. 

Nostalgia lama berputar di minda, masih aku ingat, ketika itu hari raya. Pertamakali aku beraya tanpamu di sisi. Hanya dengan anak-anak dan ibubapa serta adik beradikku. Tahukah kau, jauh d sudut hatiku, pilu, sebak dan rindu ini menebal ketika takbir raya berkemundang? ..tahukahkau betapa aku sedaya upaya sembunyikan kedukaan dan keresahan hatiku dari mereka semua. Aku mahu aku nampak kuat dan tk bersedih di depan anak2 dan keluarga. Apa yang kau tak pernah tahu dan lihat ialah, air mataku akan mengalir deras setiap kali selepas langkahmu hilang dari pandangan, ketika aku lambaikan tangan saat kau tinggalkan aku dan anak2 demi tugasmu. Tahukah kau, pilu bagai disayat hati ini kerana tika itu, anak2 hanya ada aku sebagai ayah dan ibunya, sakit pening mereka,aku akan tampung dan tanggung sendirian. Hinggalah akhirnya mereka membesar dan remaja tanpa kau sedari. Yang kau tahu, tiba2 anak sudah besar dan dewasa. Aku tak kisah pun memgambil alih tugasmu sebagai ayah kerana aku redo kita berjauhan. Kerana aku mampu berdiri sendiri.. kerana bagiku, anak-anak adalah kekuatanku dan nyawaku. Aku tak pasti adakah kau tahu, kerana kau tak pernah tunjukkan kesungguhan mu mengambil berat tentang diri ini mahupun anak-anak. Sekadar bertanya khabar, sudah pasti hanya yang indah2 sahaja aku khabarkan. Ini mungkin kerana aku lebih selesa tidak bercerita sepenuhnya kerana aku tak mahu sikapmu yang ala-ala tentera terhadap anak-anak dan sikapmu yang seperti tuan besar terhadapku hanya akan menjadikan suasana tenang menjadi tegang. Sebab itu semua aku sanggup telan sendirian, dengan harapan agar kau hargai segala pengorbanan ini. Harapnku agar kau nampak jelas apa yg telah aku lakukan demi keluarga  kita ini.. keluarga mu juga.. 

namun aku tak sangka, sikap  kebujanganmu masih tidak mampu kau tinggalkan.. kau sudah sebati hidup bagai orang bujang, bebas ke mana tanpa ada batas dan gangguan, kau bebas juga bermain perasaan degan wanita lain di belakangku.. bukan sekali dua kali tiga kali dapat ku kesan sikapmu, namun hanya doa moga kau berubah dan sedar bahawa kau seorang suami dan ayah, punya tanggung jawab yang di amanahkan Allah.Setiap hela nafasku berdoa agar kau sentiasa ingat pada isteri dan anak-anak.

Deruan enjin mesen rumput pula menganggu khusyuk khayalaku bersama dengamu. Maafkan aku yang terus mengenang pahit manis yang telah kurasai tika bersama denganmu. Deruan mesen rumput bagai muzik menemani kesunyian di pusara ini. Kian lama kian jauh dan sayup suara mesen itu. Aku usap kepala nesan perlahan dan berhenti pada tulisan namamu.. nama yang tertulis dalam takdir hidupku, nama yang aku sendiri tak tahu mengapa aku masih setia bersama mu sehingga saat kau pergi untuk selamanya..

Tahukah kau, kelecewaan aku dengan sikap acuh tak acuhmu terhadap diri dan anak-anak membuatkan aku kehilangan arah. Aku tercari- cari teman berbicara, aku tertunggu-tunggu bahu yang boleh untuk ku bersandar. Pernah aku tersalah langkah,menerima sapaan kawan lama sepengajian, untuk bertukar cerita dan kisah2 lama. Mulanya sekadar teman bicara dalam waktu-waktu terluang, hingga satu saat, aku sadari, hubungan itu semakin mesra dan aku senang bila dia ada masa  untukku berbanding dirimu. Syukur tuhan masih menyayangi kami, dan kami sedar serta akui kesilapan hubungan ini.. akhirnya kami perlahan-lahan kendurkan kemesraan itu dan perlahan juga belajar melupakan. Namun semua fasa yang berlaku ini membuatkan kau sedar pentingnysa untuk baiki hubungan kita yang hambar. Kau seakan tersedar perhatianku sudah berkurang terhadapmu, maafkan aku.  Tika saat kakiku ingin melangkah pergi meninggalkanmu, kau masih cuba menarik tangan ini agar tidak teruskan langkahku. Hubunganku dengan rakan seperjuangan itu rupanya menjadi tamparan hebat buatmu. Aku tak sangka engkau masih punya rasa cemburu dan masih lagi menginginkan aku kembali kepada mu. Sungguh!, nekadku kali ini aku akan kuteruskan langkahku meninggalkan dirimu dan lepaskan hubungan kita, saat itu aku tak ingin lagi menoleh ke belakang kerana aku tahu, diriku tidak dihargai di samping mu.aku benar2 terluka dan patah hati, aku tidak lagi ingin meletakkan harapan hidup denganmu lagi, malah, aku sudah kunpul kekuatan untk hidup sendiri setelah pelbagai episod duka antara kita itu tak mampu kau rawati dan baiki. Setelah aku rasakan, selingkuhmu adalah serius dan aku sedar, jika itu yang boleh membahagiakanmu, aku rela berundur diri kerana aku tak mahu kita sama- sama hidup berpura. Aku pasrah .. namun, aku masih tak percaya mengapa kau menolak keputusan aku untuk meninggalkanmu? Aku tidak yakin mengapa kau masih mahukan kita teruskan hubungan ini, kau minta agar kita sama-sama bina hidup baharu, lupakan cerita lama dan buka cerita baru. Sungguh aku tidak percaya dan berat bagiku untuk menaruh kepercayaan kesekian kali terhadapmu. Namun, saat aku ambil keputusan menyambut tanganmu kembali, menggenggam semula jemarimu, hanyalah kerana Allah, kerana aku sedar, tiada manusia yang tidak berdosa dan sedangkan nabi memaafkan ummatnya...kenapa kita tidak boleh saling memaafkan. Sungguh!.. bukan senang dan semudah kata-kata melafaskan maaf, jika hati tidak benar-benar ikhlas . Akhirnya jalinan hubungan ini telah kita teruskan juga dengan masing-masing mencuba yang terbaik sebagai pasangan hidup. Aku usahakan semua untuk menggemburkan perasaan kasih dan sayang antara kita.

Kita mencuba untuk semaikan semula benih kemesraan dan cinta, walau aku sendiri tidak pasti, adakah benih- benih itu mahu tumbuh subur semula. aku ikhlaskan hati mencari hikmah yang tersembunyi di sebalik kedukaan lalu... Tanpa syarat, kita cuba lalui hidup ini bersama. Waktu itu, kita masing-masih sudah berusia senja. Kita menghampiri tempoh pencen yang nyata. Sementara kau pula mula dihinggapi pelbagai masalah kesihatan, dari yg sekecil-kecil penyakit, hingga satu saat, penyakit itu kian sukar di kawal. Sudah berminggu kau mengadu tidak selesa dan sakit-seluruh urat sendi badan. Hinggalah tiba2kau terjatuh ketika ingin pergi ke bilik air...seminggu selepas itu kau meninggalkan aku dan keluargamu menghadap penciptamu..Pergilah dengan tenang wahai sebahagian dari jiwaku.. aku redo melepaskanmu kerana aku tahu, tiada manusia yang kekal hidup selamanya, dan aku bakal menyusuri..

Bunyi siulan burung bermain dari atas pokok kemboja, menusuk ke telingaku.susana di pusara masih lengang dan tenang. Di hujung perkuburan hanya terdapat dua tiga pelawat yang masih tekun membaca doa untuk dihadiahkan kepada insan yang didalam kubur. 

Orang yang memesen rumput sudah berhenti bekerja. Kelihatan orang yang mesen rumput  itu sedang mengemaskan peralatannya.  Aku bangun dari sisi pusara, melangkah selangkah ke belakang.aku melontar pandangan ke seluruh kawasan pusara yang luas itu.hanya nesan yang saling berbicara sesama sendiri. Aku tegak di situ tidak bergerak. Fikiran masih mengingati saat bersama denganmu.. Mungkin inilah hikmah yang tuhan selitkan di sebalik konflik rumah tanggaku bersama mu. walau pernah tiba di kemuncak genting, namun jodoh itu masih panjang dan engkau tetap nekad untuk tidak akan melepaskan aku walau apa yang terjadi. Sebagai balasan, engkau minta kita sama2 menutup buku lama dan buka lembaran baharu. Di sini aku berpositif diri, kemungkinankah inilah masanya Allah mahu tunjukkan aku jalan kembali kepada niatku sewaktu mula2 menerimamu sebagai suamiku.. ya... niat untuk menjadi isteri yang diredoi suami. niatku untuk sama2 saling menginagti dan membimbing menuju jalan yang diredhai. Aku sentiasa berdoa agar Allah memberimu hidayah dan petunjuk, beri kekuatan untukmu istiqamah berubah ke arah kebaikan. Memberikan sinar ketakwaan dan kekuatan hati dalam memghakis ujian yang melekakan engkau kpd dunia. Aku inginkan nakhoda yang boleh membawa keluarga kita ke syurga bersama. Aku harap ruang dan peluang yang ku beri untuk kita berubah ini dapat mengembalikan semula ketenangan dan kemesraan serta membaiki kepincangan lalu. Cukup-cukuplah di saat muda kita terbuang sia-sia dengan perkara yang tidak berfaedah.. dengan banyak hati yang terluka.Usaha merawat hati- hati itu, bukanlah mudah. Aku berpuas hati kerana sempat dan mampu untuk berbakti kepadamu di saat dikau gering dan kesakitan, sehingga kau menutup mata. Aku mahu kau lihat dan rasai, penat lelahku merawatmu dan melayan apa jua permintaanmu.

Terik mentari kian mencucuk kulitku. Aku menoleh ke arah pagar kuburan, seseorang berdiri di situ. Oh, dia sudah sedia menunggu aku, pandangan matanya jelas bermaksud memgajak aku pulang.. aku mohon undur diri dahulu abang, mohon permisi dan aku tidak pasti bila aku datang lagi.. semoga engkau tenang di alam sana dan sentiasa dalam rahmat allah jua.

Friday, August 26, 2016

MONOLOG SEBUAH DIARI


Episod 1..

Saat perkhabaran dari dia telah tidak ku terima,dan saat kata pemutus darinya sudah muktamad, sukar untuk gambarkan perasaan ini. Bersyukur pada-Nya kerana memelihara dia . Namun pada masa sama, aku rasa satu kehilangan. Namun belajar untuk tidak menyesali serta usaha untuk redha. 
Bukan mudah.. Jujurnya, 20 hari berturut2 tiada seharipun air mata ini tidak menitis. 
Hidup kurasa bagai mati.. Namun untuk ku menyesali, tidak sekali-kali biarpun pelbagai emosi yang aku rasai. 
Sampai satu saat, aku rasa perlu cari kekuatan luar dan dalam supaya aku dapat terus melangkah. 
Sehingga terpaksa mwminta air penawar untuk memanggil semngat yang hilang . Alhamdulillah,selama dua hari air mata ini tidak lagi menitis.
Pada masa itu memang jelas fizikalku berubah sehingga menjadi pertanyaan kawan-kawan dan keluarga. 

Episod 2

Satu perasaan pelik tiba-tiba melanda diri.. Tak pasti adakah ia kekuatan atau kelemahan..
Semua keputusan yg aku buat bagai ada sesuatu yang mengarahkan.. Pada masa yang sama semangat iaku untuk sambung belajar terus meruap namun aku pujuk diri dengan beri masa setahun lagi pada diri sendiri. 
Tiba-tiba juga aku rasa kecewa dan jemu dengan rutin kerja sekarang, satu keputusan drastik aku ambil walau dahulu ini bukan aku. Tapi mukin ini satu cara untuk aku lari dari semua ini walaupon aku tahu ia bukan sesuatu yang mudah. Aku majukan borang tawaran PK DG 44 yang di buka. 😥
Hidup tetap diteruskan walaupun aku dalam dunia sendiri yang sepi. Masih mencuba untuk tinggalkan sejarah lama dengan pelbagai cara. Aku masih gagal mengawal air mata setiap kali rindu menyesak di dada. Hanya doa dan zikir menjadi sandaran agar perasaan ini kembali ke azali..

Episod 3.

Hari kian berlalu dan aku masih cuba meneruskn hari yang mendatang tanpa dia.Semua keputusan dan tindakan yang aku lakukan itu sebenarnya adalah salah satu usaha untuk menyebukkan kan diri dari mengingati kisah lalu. Kata-kata motivasi darinya sering aku tatap baca berulang kali sebagai sumber kekuatan diri untuk terus redho dan istiqamah. Menyedari kami dalam 2 dunia berbeza, hanya mengharapkan hikmah atas semua izinNya ini. Aku teruskan usaha untuk tidak menjadi seperti aku yang dulu. Aku cuba ubah diriku agar aku menjadi seorang aku yang baharu. Aku potong rambut sependeknya. Biarlah buruk dan pelik. Aku hirup nafas sedalamnya dan cuba telan segala musibah dengan tabah, aku teruskan penulisan buku, malah beri ruang untuk diri sendiri agar aura positif tetap dalam diri . Aku cuba hilangkan aura dan pergantunganku pada dia... Biarpun SAKIT tetap diteruskan. Benarlah, semua ini amat besar hikmahnya.
Aku percaya, masa dan waktu akan membantu meleraikan satu persatu mimpi-minpi yang pernah terbina. Doa aku agar kami dalam redo Ilahi dan kebahagiaan dia adalah bahgiaku jua.

Episod 4

Tidak disangka, bicara mulut dan hati tidak selari...sekali lagi untaian yang tererai kembali bersambung. Mustahil untuk memutuskan ikatan hati yang telah sebati kecuali dengan izinNya. Mendung bagai berlalu dan pelangi kembali mewarnai perjalanan hidup kami... Saat bahagia sekali lagi terbina dalam rakanam sejarah asmara luka..Sesingkat hadirnya pelangi....

Episod 5

Langit tidak selalu cerah, malah hujan di tengah hari sering kembali lagi,,, Berula semula episod monolog hati.... situasi dalam episod 1 berulang kembali.....

Wednesday, February 3, 2016

Seindah memori.

Za tersenyum dalam hati melihat gambar- gambarnya berdua dengan Ma yang masih rapi tersimpan dalam memori telefon bimbitnya. Semua potret dan gambar itu dirasakan seolah masih segar dan baharu sahaja ditangkap oleh kaca mata kamera telefonnya.  Matanya menatap satu persatu gambar mereka berdua dipelbagai situasi dan tempat. Mata Za bersinar tanda hatinya ceria pabila teringat peristiwa di sebalik gambar mereka. Za terus terpaku pada gambarnya yang sedang erat mendakap dan memeluk pinggang Ma dari belakang, sementara Ma mengagadap cermin besar dalam bilik sambil memegang tablet dan berdedia untuk merakamkan gambar mereka dalam keadaan beraksi romantik begitu. Pipi Za rapat berlaga dengan pipi ma sambil terus  za mendakap Ma erat dari belakang. Seolah tidak ingin melepaskan pelukan itu Za lihat Ma tersenyum manis melihat cermin sambil mengejas fokus  kamera pada tabletnya. Ma menekan punat kamera dua tiga kali dengan keadaan aksi mereka yang tetap juga sama. Za tak mahu melepaskn kehangatan memeluk tubuh Ma pagi itu walaupun sebenarnya mereka  sedang bersiap sedia untuk turun bersarapan pagi pada waktu itu. Dalam kebanyakan foto yang mereka ambil, foto itulah antara foto yang  Za paling suka. Masih terasa seolah kemesraan mereka waktu itu dan sekaligus ianya membuatkan Za merasa rindu. Rindu terhadap Ma yang sentiasa tidak putus hadir dalam hatinya.

Tiba- tiba perasaan "sarat"itu menguasai diri Za. Saat ini kehadiran Ma amat diperlukan. Za ingin merasai lagi kelembutan dan belaian dari Ma. Begitu juga Za masih belum puas mencurahkan kasih kepada Ma. Sungguhlah Tuhan itu maha mendengar.. Ma hadir sekadar untuk mencapaikan hasrat Za yang ingin merasa hidup berdua dengan Ma dan mendapatkan sekurang- kurangnya seorang zuriat mereka. Biarpun kehadiran Ma cukup sebentar dan belum puas Za nikmati kebahagiaan berdua namun Za amat bersyukur kerana tetap diberi kesempatan itu. Bukan dengan begitu senang dan mudah untuk mereka mengecapi impian itu.pelbagai halangan mereka berdua tempuh sebelum impian ijanb mereka termakbul.

Hari ini sepi menguasai za. Apa yang berada di hadapannya semuanya hambar dan tidak bermaya. Sepi hatinya tanpa ma bersamanya lagi. Za menarik nafas panjang dan dalam untuk memendamkan kerinduan di hatinya dari terluah. Hidangan di hadapannya langsung tidak menarik seleranya sedangkan perutnya sudah berbunyi dari tadi. Za menguis- nguis nasi berlauk yang boleh dikatakan menu sarapan kegemarannya setiap pagi. Dia menyuap  nasi itu sesuap dua sambil mengunyah perlahan. Za tergamam tiba- tiba pabila suara Ma kedengaran menyapanya. " abang diet ke, mkn tak banyak kali ini?" Lantas sepantas kilat Za menoleh mencari arah suara tadi. Harapannya terbantut pabila suara itu datangnya dari imah isterinya sendiri. Za tersenyum nipis sambil meneguk air kosong suam. " abang tak boleh makan banyak sebab nanti ada kawan nk belanja makan " jawab Za beralasan. Za terus menuju masuk ke biliknya. Keriuhan suara anak- anaknya yang bermain di ruang tamu sedikit sebanyak membuatkan hatinya tidak tenteram. Seperti biasa, Za akan mengunci pintu dari dalam biliknya. Imah dan anak- anaknya sudah faham dan mengetahui bahawa ayah mereka tidak mahu di ganggu.
Za merebahkan dirinya di atas tilam sambil fikirannya menerawang mengingati ma. Mata za menatap syiling dan kipas yang berpusing ligat. Za teringat selalunya saat begini dia mengambil kesempatan untuk menelefon Ma dan berbual- bual tentang apa sahaja. Senda dan gurauan Ma membuatkan hati Za rasa gembira. Za suka bertanya tentang perkembangan diri Ma selain  Za turut menceritakan aktiviti dan prpgram yang perlu Za hadiri dan uruskan.
Ketukan pintu yang kuat tiba- tiba menyentap kenangan Za bersama  Ma. 
Ketukan itu makin kuat setelah Za lengah untuk membukanya. "Bang, ada orang datang nk jumpa abang kt luar tu!" Jelas suara Imah dari luar pintu bilik. Imah faham sangat dengan perangai Za tang seakan wajib mengunci pintu pabila Za  masuk ke biliknya. Ada kalanya timbul juga perasaan pelik dalam hatinya kerana Za seolah menyendiri dan tidak mahu diganggu kebelakangan ini. Lama kelamaan Imah sudah tidak endah dengan semua itu. Biarkan Za dengan dunianya sendiri.

Za segera menuju ke halaman rumah untuk melihat siapakah tetamunya hari itu. Oh, rupanya Man yang telah mengajaknya keluar minum sudahpun tiba. Mah, abang keluar dengan Man ya. Ringkas Za bersuara kepada isterinya sambil mengambil dompet dan telefon bimbitnya. Imah sudah terbiasa dengan habit Za dan baginya ia sudah lali. "Jgn lupa belikan susu dan pampers untuk Ziman ya bang" secepat kilat Imah berpesan sebelum Za berlalu pergi. Za hanya menganggukkan tanda faham.

"Za, macamana engkau sekarang?, Man memulai perbualan mereka sementara menunggu minuman mereka sampai.
"Maksud aku, dengan anak yang Ma tinggalkan pada kau. Dah berapa usianya"?
"Oh, anak itu tidak banyak ragam. Syukurlah dia sihat dan Imah sudi untuk peihara seperti anaknya sendiri" Terlihat senyuman di bibir Za pabila bercerita tentang anak itu. Itulah satu-satunya zuriat Za bersama Ma.
"Kau beruntung Za, Imah dapat terima anak itu dgn rela.Walaupun aku rasa pada mulanya tentu dia sukar menerima hakikat yang kau bernikah dengan Ma kan?Man menyambung ayatnya.
"Aku harap kau jagalah anak itu baik-baik dan doakan semoga arwah Ma bersama dalam kalangan orang yang soleh". 
"Terima kasih Man"..hanya itu ungkapan yang Za dapat sebutkan kerana di sudut hatinya masih terasa sayu dengan kepergian isteri keduanya itu.

Saturday, November 22, 2014

petai

Aji sedari tadi tak sudah- sudah mengibas- ngibaskan tangannya menghalau nyamuk yg mengetit belakang dan tubuhnya. Sesekali Aji mengerutkan mukanya menahan senak di perutnya. Dah beberapa kali angin beraroma menyusup keluar dari punggungnya, dah beberapa kali jugalah Aji menutup serombongnya tatkala angin semerbak itu meyesakkan hidungnya. 'Perghhh!!.. Paitttnya!".. Akui Aji pada dirinya sendiri. Teringat Aji yang dalam dua hari ni dia sungguh berselera menjamah nasi dengan ulam petai. Hah!.. Natijahnya inilah!.. Hampir 30 minit aji terkurung dalam bilik kecil ni. Peluhnya hampir membasahi tubuhnya namun senak di perutnya masih belum hilang!. Fikirannya menerawang pada peristiwa yang berlaku sebentar tadi. Aji dengan nada gembira membawa rantang keluli tiga tingkatnya ke rumah mertuanya. Siti anak bapa mertuanya telah memasak menu berasaskan petai hari ini dan ingin dikongsikannya bersama bapanya yang tinggal di kampung sebelah . Rantang tiga tingkat itu berisi petai jeruk, sambal tempoyak pucuk kayu becampur petai, dan ikan baung lemak cili api. Semua menu hari ini adalah menu kegemaran mertuanya. Selain itu dalam raga motornya juga penuh diisi dengan papan petai mentah untuk mertuanya. Setibanya Aji di laman mertuanya segera salam dilaungkannya. Tiga kali salam diberi tidak bersahut, Aji menuju ke bawah rumah yang tersedia pangkin untuknya melepaskan lelah. Tiba-tiba perutnya terasa senak dan seolah-olah terdapat angin yang bergumpal-gumpal di dalamnya. Sambil duduk mengadap jalan masuk ke rumah mertuanya, Aji mengusap- ngusap perutnya yang sedia boroi itu. Tangannya menekan- nekan perut dari pinggang hinggalah ke belakang pinggangnya. Tiba-tiba "puutt"..bunyi angin dari dalam perut Aji keluar namun masih tertahan- tahan. Sambil matanya mengawasi ke arah jalan, Aji melepaskan lagi angin dalam perutnya itu, kali ini bunyinya lebih kuat dan diikuti dengan bau yang menusuk hidung. Namun masih lagi senak di perutnya belum reda. Kali ke tiga ini dengan bersungguh- sungguh sambil mengerut muka dan Aji mengangkat punggungnya, dia mula meneran dan terlepaslah angin dari petutnya beserta irama yang panjang " prruuuttttttt...tuuutt.. Prooot"! Hah!.. Aji mengeluh lega!. "Amboooiii!.. Panjangnya kentut kamu Aji?!.. Sakit perut ke?!". Tiba-tiba Aji terkejut dan tergamam seketika pabila terdengar suara bapa mertuanya yang tiba-tiba muncul dari belakang sambil menutup hidungnya. "Eh, bapak!.dari mana ni, tadi saya bagi salam macam tak ada orang!.". Sambil terkejut dan tersipu-sipu , Aji menjawab. Merah padam mukanya menahan malu. "Lama dah ke bapak sampai?" Aji cuba berlagak biasa. " "lama dah, dari kamu kentut yang pertama kali tadi sampailah yang ke tiga ni!".Ujar mertuanya sambil mengibas tangannya di hidung. "Bapak ada di belakang tadi menyimpan parang dan cangkul dalam stor tu!." tambah mertuanya lagi. "Aduhhh!.malunyaa!".. Aji hanya mampu berkata dalam hati. Segera dia mengalih topik pada tujuannya datang dan setelah beberapa minit, dan bersembang beberapa perkara, Aji pun segera meminta diri. Lagi pun perutnya dirasakan semakin memulas.
Plup!..plup!.. Bunyi sesuatu benda terjatuh dalam air segera melenyapkan sengihan di bibir Aji. Satu perasaan lega dan puas menjelma di benak dan jiwanya!. Ahh!.. Biarpun aroma yang kurang menyenangkan terus menusuk lubang hidungnya namun jauh di dasar hatinya Aji mengakui bahawa
nikmat dapat melepaskan hajat itu amatlah besar sekali. Dapat Aji bayangkan jika segala kumbahan yang bergelumang dalam ususnya itu tidak dapat dikeluarkan tentulah musibah yang lebih besar akan dideritai olehnya!. Masih lagi mencangkung menunggu perutnya benar-benar kosong dan lega, fikiran Aji menyorot semula pada makanan yang telah masuk ke perutnya sejak dua hari lepas. Aji akui bahawa air tangan Siti isterinya memang menyelerakannya. Cakaplah apa sahaja menu masakan kampung, pasti Siti akan dapat memasaknya dengan baik. Tambahan pula bilamana terdapatnya ulaman petai yang menjadi kesukaan Aji. Terkenang semula waktu Aji ingin memetik petai di kebunnya kelmarin dulu. Aji menyedari yang kebunnya ini amatlah jarang dikunjunginya. Sekali pandang tanah kebunnya nampak seperti hutan dan seolah tiada bertuan. Lagipun tanahnya itu hanya ditanami dengan beberapa jenis pokok buah-buahan dan terdapat dua batang pokok petai sahaja yang sempat hidup. Tiba-tiba Aji terlihat kelibat seseorang sedang memanjat dan memetik buah petai di pokoknya. Ah?!.. Siapa pula yang mengambil petainya tanpa keizinan terlebih dahulu?. Jemari Aji mula menggenggam kemas parang panjang di tangannya itu. Terlihat ada selonggok petai yang sudah dipetik terdampar kemas di bawah pokok.
Hooii!!.. Ada orang ke?.. Siapa tuu?! Laung Aji dengan nada bertenang. Dilihat sahutannya tidak berjawab. Aji segera menunggu di bawah pokok sambil mendongak memandang lelaki yg mula turun dengan beberapa tangkai petai di pinggangnya.
"Bang, banyak dapat petai?" Sapa Aji sebaik sahaja lelaki itu jejakkan kakinya ke tanah. Dengan senyum selamba lelaki itu menjawab ringkas. "Boleh laa jugak. Rezeki".
Tanah sape ni bang?.. Aji bertanya lagi. "Entah la..saya pun tak tau siapa tuannya". Jawab lelaki itu seraya meletakkan petai ke tanah. "Kalau kau nak tau siapa tuannya, ini dia tuannya!.. Kata Aji seraya membulatkan matanya sambil menjerkah lelaki itu serentak dengan tangannya mengahayun- hayunkan parang di tangannya!. Terperanjat dengan jerkahan yang tiba2 dari Aji, lelaki itupun segera cabut lari lintang pukang seolah tidak cukup tanah dibuatnya!.. Meninggalkan selipar dan longgokan petai yang menjadi rezeki Aji hari itu tanpa perlu dia bersusah payah memanjat!.
Sejak hari itulah Aji berselera makan disajikan dengan menu petai yang dipelbagai setiap hari, Ada sambal udang petai, petai bakar, ulam petai dengan sambal tempoyak, sambal tempoyak pucuk kayu berpetai, petai jeruk dan lain-lain menu lagi. Hah!.. Puas Aji makan ulaman petai kali ini sehinggakan nafas dan sedawanya turut berbau petai!. Aji ada juga mengamalkan petua lama untuk menghilangkan bau petai di mulut iaitu mengunyah beras selepas makan petai. Sedikit sebanyak ada juga kurangnya. Namun Aji turut percaya sakit dan senak di perutnya ini juga turut disebabkan oleh menu petai yang di makannya. Bagaimanapun Aji tetap tersenyum puas pabila selesai melepaskan hajat sejurus keluar dari bilik kecilnya hari itu.

Okidputeh
29 Disember 2013.
5.20pm

Tuesday, July 15, 2014

Oh bola!

Sudah lebih seminggu Cik Zeema perhatikan Falah tidak bertegur sapa serta berbual mesra dengan Wahid. Adakalanya Cik Zeema perasan yang mereka berdua bagai mengelak untuk berhadapan atau berada dalam satu kumpulan.Tertanya-tanya juga di hati Cik Zeema tentang situasi tersebut memandangkan sebelum ini Falah dan Wahid memang dikenali sebahgai dua sahabat baik. Keakraban mereka juga sudah dilabelkan seperti isi dengan kuku yang bagai tidak boleh dipisahkan. Dimana ada Falah di situ juga ada Wahid. Persepsi aneh yang menyelinap di sanubarinya terus sahaja muncul tiba- tiba bila disedari keadaan terkini dua remaja tersebut yang tidak lagi mesra seperti dulu..Namun kesangsian yang bermain di benak Cik Zeema itu dibuang jauh-jauh memandangkan ketika ini terlalu banyak kerja-kerja yang lebih penting serta memerlukan perhatiannya dengan segera.
Hari itu Cik Zeema melalui lagi lorong Za'aba menuju ke kantin, tiba-tiba matanya terlihat Falah yang sedang makan berseorangan di meja bulat berhampiran Taman .
 "Eh, Falah, makan seorang saja hari ini, mana Wahid, kan kamu selalu makan berdua?" Sekonyong-konyong Cik Zeema melontarkan soalan bila mana dia terlihat Falah duduk makan dengan wajah yang resah berseorangan.
"Oh cikgu, hari ini saya lambat turun kantin, semua orangpun dah selesai makan. Maaf ya cikgu saya pun nak bertugas ni ". Jawab Falah tergesa-gesa sambil mengemaskan sisa bekas makanannya lalu beredar dari situ.Cik zeema terpinga-pinga sambil melihat sahaja Falah berlalu meninggalkannya, seolah-olah terkejar urusan penting.
Di dalam kelas, Cik Zeema masih dapat menangkap raut wajah muram Falah dan Wahid. Mereka juga sudah berpindah tempat duduk dimana Wahid duduk lebih jauh di belakang kelas.Kumpulan perbincangan mereka juga sudah tidak sama. Kali ini Wahid yang dulunya banyak membentang kerja kumpulan, seakan tidak berminat untuk terlibat sama. Jauh di dalam hati Cik Zeema turut terasa anehnya perubahan sikap anak muridnya ini. Keriuhan dan keceriaan dalam kelas dengan gelak tawa dan gurauan mereka tidak terasa meriahnya. Cik Zeema berasa sedikit pelik dengan keadaan ini.Falah juga juga begitu, dilihatnya Falah lebih suka mendiamkan diri dan tidak menoleh-noleh ke belakang untuk bersembang.

Suatu hari di dalam pusat sumber, Cik Zeema terdengar perbualan Asraf dan Khair serta beberapa lagi murid tahun 6 Wira yang duduk semeja.
 "Sape tak marah, kalau aku jadi Wahid pun aku akan marah bila raja aku dihina!". lantang suara Asraf memecah kesunyian pusat sumber pagi itu.
 "Alaa....kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang, lagipon kan ada pepatah yang mengatakan raja alim raja disembah,raja zalim raja disanggah?".Balas Khair. Suara mereka berbahas mula memenuhi rongga telinga Cik Zeema. Bagaimanapun, suara mereka tiba-tiba hilang bila Wafikah yang bertugas sebagai pengawas pusat sumber membunyikan huruf s seperti mengajuk bunyi ular sambil jari telunjuk diletakkan pada bibirnya. Entah mengapa Cik Zeema berasa seolah isu yang didengar itu berjaya menarik perhatiannya.Cik Zeema segera memanggil Asraf ke mejanya.  Dia melontarkan beberapa soalan kepada Asraf, adakalanya Cik Zeema mengerutkan dahinya. Terlihat Cik Zeema melepaskan sebuah keluhan sewaktu dia menghembus nafasnya dengan panjang.

Petang itu, aktiviti kokurikulum berlangsung seperti biasa. Cik Zeema mengambil peluang itu untuk menemui Wahid secara berseorangan. Mereka berbual dan berbincang dengan rekreasi wajah yang serius.
"Cikgu, bukan saya yang mulakan, tapi Falahlah punca semua ini. Siapa yang tak sakit hati bila membaca komen dia yang terang-terang menghina sultan saya cikgu!. Adakah patut dia labelkan saya dan raja saya dari keturunan lanun?". Wahid meluahkan rasa tidak puashatinya kepada Cik Zeema.
"Kalau dah kalah tu mengaku kalah sajalah, tak perlulah nak cari macam-macam alasan untuk mengkondemkan orang"!Tambah Wahid lagi. Kali ini puaslah hatinya dapat melepaskan segala yang terbuku di hatinya selama ini kepada Cik Zeema. Wahid berasa lega dan selesa bila berbual dan meluahkan perasaan atau masalahnya kepada Cik Zeema. Terpancar jelas pada diri Cik Zeema sifat keibuan serta sifat seorang pendidik yang amat mengambil berat serta memahami masalah anak muridnya.
Cik Zeema tersenyum pahit mendengar luahan dari Wahid. Sudah dia agak bahawa kedua orang muridnya ini memang mempunyai masalah dalam hubungan mereka.
"Tak apalah Wahid, kamu sabar dan usah ikutkan hati yang marah sangat tu. Cubalah bertenang dan ingat kembali saat- saat kamu berdua gembira dan saat kamu berduka

Dalam kepala Cik Zeema ligat mencari formula bagaimana untuk menyelesaikan masalah anak muridnya itu. Padanya masalah itu tidaklah sebesar mana, namun dia faham bahawa adakalanya masalah yang kecil pada seseorang itu mungkin akan kelihatan besar pada seseorang yang lain. Lebih- lebih lagi pabila mereka yang menghadapinya dalam usia yang sangat mentah dan mudah terikut-ikut perasaan.
Cik Zeema mencari peluang pula untuk bertemu dan mendengar sendiri cerita dari mulut Falah. Bolehlah nanti dia membuat keputusan dan mencari penyelesaian serta membantu muridnya itu untuk berdamai dan berbaik- baik semula seperti asal . Seterusnya nanti kelasnya itu akan kembali ceria dan pengajaran dapat berlangsung dengan lebih berkesan.

"Assalamualaikum cikgu, ini buku latihan yang saya kumpulkan untuk diserahkan pada cikgu. Bagaimanapun ada seorang murid. yang tidak hantar cikgu!." Pagi itu Falah selaku ketua kelas datang ke meja Cik Zeema untuk menghantar buku kerja mereka. Kesempatan itu digunakan oleh Cik Zeema untuk mengorek pula cerita di sebelah pihak Falah.
Cik Zeema menyuruh Falah dufuk sebentar di meja sebelahnya yang kospng. Perlahan Cik Zeema melontarkan soalan kepada Falah dengan berhemah.
"Maaflah Falah, cikgu nak tahu benarkah Falah dan Wahid sekarang sudah tidak berkawan?."bukan apa, kalau boleh cikgu tolong, cikgu akan cuba carikan penyelesaian supaya perkara ini tidak berlarutan.". Falah tunduk merenung lantai pabila sedar masalah mereka sudah diketahui oleh Cik Zeema. Malu pon ada dan dalam masa yang sama geram juga dia pada Wahid kerana mengadukan hal ini kepada guru.
"Kamu jangan salah anggap pada Wahid, dia tak mengadu pada cikgu tapi cikgu sendiri yang terperasan akan perubahan tingkah laku kamu berdua!". Jelas Cik Zeema seolah- olah mengerti persoalan yang bermain dalam kepala Falah. Segera Falah  tersenyum pahit pada Cik Zeema. 
"Sebenarnya cikgu, saya hanya bergurau sahaja tentang "keturunan lanun" tu. Tak sangka pula Wahid terasa hati dengan gurauan saya itu". Sedih sahaja bunyi suara Falah sewaktu menjelaskan hal sebenarnya kepada Cik Zeema. "Saya sudah minta maaf dan jelaskan kepada Wahid tapi dia tak mahu terima penjelasan saya, malah dia menyakitkan hati saya dengan mengatakan saya dan keluarga saya jenis tak mengenang jasa dan tak tahu diuntung!." Merah padam wajah Falah sebaik menghabiskan ayatnya itu. Wajah yang tadi cuba bertenang, kini nampaknya semakin mencuka!. Geram sungguh gayanya Falah terhadap Wahid. Jelas, hubungan mereka memang sedang ditahap kronik. Cik Zeema terdiam seketika. Memang dia tahu bahawa keluarga Falah bukan berasal dari Johor. Mereka berpindah ke Johor disebabkan tugas ayah Falah yang memerlukannya untuk berhijrah ke luar negeri.Pabila ada cuti panjang keluarga mereka akan mengambil peluang untuk pulang bercuti ke kampung halaman mereka.Mungkin disebabkan itulah semangat kenegerian terhadap pasukan masing-masing terserlah dalam diri mereka.
Cik Zeema menarik nafas panjang.
"Baiklah, cikgu nak tanya, benarkah isu ini bermula disebabkan oleh perlawanan bola sepak antara pasukan Johor dengan Selangor tempoh hari?." Cik Zeema nekad untuk mengembalikan persefahaman yang telah hilang antara mereka berdua.
"Benar cikgu."jawab Falah ringkas.Kini barulah Cik Zeema faham akan situasi sebenar konflik antara dua orang anak muridnya itu.

Esoknya juga tanpa berlengah Cik Zeema memanggil kedua-dua orang muridnya itu Falah dan Wahid untuk berbincang bersamanya dalam pusat sumber sekolah.Kebetulan hari Jumaat itu Cik Zeema mempumyai waktu lapang yang agak banyak. Mereka bertiga duduk dengan selesa di atas sofa dalam bilik yang tertutup. Bilik itu adalah bilik untuk guru PSS membuat kerja-kerja rasmi berkaitan dengan PSS . Dengan sedikit kekok, Cik Zeema memulakan perbualan setelah dilihatnya Falah dan Wahid tidak bercakap walau sepatah dari tadi.Kedua-dua mereka hanya memandang lantai dan sesekali memandang papan kenyataan dalam bilik tersebut.
"Wahid , Falah, apa khabar kamu hari ini?" Memulakan perbualan dengan bertanya khabar.
"Saya baik-baik sahaja cikgu" jawab Falah. Manakala Wahid hanya menganggukkan kepalanya sahaja.
"Baiklah, dengar sini, cikgu jelaskan beberapa perkara yang mukin kamu perlu tahu.Tiada seseorangpun di dunia ini yang tak melakukan kesalahan atau kesilapan.Kita semua bukannya sempurna,sertiap seseorang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing".
Falah dan Wahid kelihatannya mendengar dengan minat apa yang ingin disampaikan oleh Cik Zeema. "Dari kekurangan dan ketidaksempurnaan inilah sebenarnya manusia memerlukan antara satu sama lain bagi melengkap dan menampung kekurangan yang ada.". Cik Zeema berhenti seketika sambil memandang kedua-dua orang murid dihadapannya dengan senyuman.
 "Bagaimanapun, semua perkara tersebut tidak dapat terlaksana sekiranya tiada tolak ansur dan perasaan saling menghormati."
"Sebenarnya masalah ini kecil sahaja dan ianya boleh diselesaikan dengan mudah sekiranya kita berlapang dada".Tambah Cik Zeema.
"Pada pendapat cikgu, kamu berdua sama-sama melakukan kesalahan dan sama-sama dipengaruhi oleh emosi amarah kamu.Tiada yang untungnya sekiranya perkara ini berlarutan tanpa ada pembetulan.Cikgu harap kamu berdua sama-sama memikirkan dan mencari kesilapan masing-masing serta cuba perbaikinya di masa akan datang!. Untuk itu, cikgu harap kamu dapat saling bermaafan dan mulakan semula persahabatan kamu seperti dulu, boleh?"Falah bersalah mungkin kerana bergurau tak kena masa dan bergurau dengan isu yang agak sensitif iaitu bila mengungkit tentang keturunan raja dan rakyatnya sehingga membuatkan Wahid tersinggung, tetapi Wahid juga bersalah kerana terlalu ikutkan emosi serta tidak mahu menerima maaf dari Falah sehingga membuatkan keadaan semakin parah!Setuju tak?"Cik Zeema memandang tepat pada bola mata Falah dan Wahid bergili-gilir. Falah dan Wahid saling berpandangan lalu mengangguk kepala perlahan.
"Hmmm...Kalau begitu apa lagi?..salamlah dan selesaikan masalah ini!" Suara Cik Zeema riang serta tersenyum lebar.
Falah dan Wahid saling bersalaman lalu mereka berdakapan. Mulut masing-masing mengucapkan kata maaf antara satu sama lain sambil wajah mereka kembali ceria. Cik Zeema memerhatikan dengan rasa puas hati, lantas mereka bertiga keluar dari bilik tersebut lalu berinringan berjalan menuju ke kelas.










Thursday, September 5, 2013

Takdir dan Waktu 2

Semenjak dua tiga hari ini, Izzah perasan perubahan pada sikap suaminya. Abang Zizi tidak banyak cakap, selera makannya juga berkurangan. Izzah perasan Abg Zizi sering menyendiri dan menguncikan dirinya dalam bilik. Adakalanya Abg Zizi  seakan mengelamun dan berkhayal. Sekali dua dia melihat suaminya melepaskan keluhan yang dalam. Izzah tak tahu apa lagi yang difikirkan dan permaslahan yang dihadapi oleh suaminya. Bila ditanya, ringkas sahaja jawapannya, 'abang letih, banyak kerja di ofis'.
Izzah kuatkan dirinya untuk bertanya sekali lagi memandangkan kini telah hampir seminggu berlalu, namun tiada sebarang perubahan ketara pada sikap suaminya. Malah adalakanya Izzah mendapati suaminya tidak lena tidur pabila dia terjaga di tengah malam. "ah, tentu ada sesuatu yang mengganggu perasaan Abang  Zizi". pertanyaan dan persoalan yang makin menimbulkan tanda tanya di hati Izzah.
Izzah merapati suaminya yang terkaku duduk di birai katil. seakan ada sesuatu dalam genggamannya. Perlahan, Izzah menyentuh bahu suaminya. Abg Zizi berpaling merenungnya sambil tersenyum pahit. "Abang, kalau abang tidak keberatan, kongsikanlah masalah abang dengan Izzah...Izzah risau melihat sikap abang kebelakangan ini tidak seperti dahulu. Izzah bersedia mendengar apa jua permasalahan abang. kita kan suami isteri". Izzah bersuara lembut sambil tangannya menggosok-gosok bahu dan belakang suaminya.
Abang Zizi mengambil tangan Izzah lalu menggenggamnya dengan erat seketika. Dia melepaskan satu keluhan yang dalam sambil tersenyum hambar. "Terima kasih Izzah, abang hargai keperihatinan Izzah pada abang. Apapun, jaganlah Izzah risau, abag ok dan akan cuba sedaya upaya untuk teruskan hidup kita seperti biasa".
Izzah mengerutkan dahinya seakan tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh suaminya. sebelum Abang Zizi bangun dan berlalu keluar dari bilik itu, sempat dia menghulurkan sesuatu yang dalam genggamannya.
Izzah tergamam dan kehairanan melihat renyukan surat yang bertaip komputer di tangannya. Kelibat Abang Zizi sudah hilang, tinggallah Izzah berseorangan di kamar itu. Dengan segera Izzah membuka renyukan surat itu lalu diusap rata sebelum membacanya.

Assalamualaikum abang dan kak Izzah yang dikasihi.
maafkan Zira, kerana di saat abang menerima surat ini, zira sudah berada jauh dari abang dan kakak. Zira tinggalka tanahair untuk meneruskan cita-cita dan kehidupan Zira jauh dari kalian. Zira doakan agar kalian berbahagia selamanya berdua. 
Abang, maafkan Zira kerana membuat keputusan yang menyiksakan ini. Zira tahu, ianya bukan keputusan yang bijak dan bukan mudah untuk kita berdua melaluinya, tetapi  Zira terpaksa jua melakukannya. Semuanya adalah demi kasih sayang Zira pada abang dan kakak. 
Abang, terima kasih kerana sudi menyayangi dan mencintai diri ini seadanya. Zira sungguh berasa bahagia selama ini menumpang kasih abang. Sesungguhnya kasih dan sayang abang memang sungguh suci dan tiada galang gantinya. Segalanya akan tetap menjadi kenangan dalam hidup Zira. Jangan ditanya mengapa di saat kasih sayang kita kian bersemi, namun keputusan ini yang Zira ambil. Zira punya alasan yang tersendiri. Sesungguhnya Zira tidak sanggup menjadi punca kegoyahan rumah tangga abang dan kak Izzah. Begitu jua kehadiran Zira mungkin sesuatu yang asing pada anak-anak abang nanti. Semuanya telah lama Zira fikirkan namun sebelum itu, terlalu berat untuk kaki ini melangkah pergi lantaran terlalu menyayangi abang.
 Untuk kak Izzah, Zira mohon ampun dan maaf atas segala yang berlaku. Terima kasih kak Izzah kerana sudi untuk berkongsi kasih dengan Zira, namun segala kebaikan dan kerelaan kakak telah menyebabkan perasaanZira  semakin dihimpit rasa bersalah.Zira faham perasaan dan naluri seorang wanita kerana Zira juga seorang wanita. Tak sanggup lagi untuk diri ini berterusan berada dalam situasi bersalah dan disalahkan. Terima kasih kak Izah kerana meminjamkan kasih sayang abang sebelum ini. Sesungguhnya kakak bertuah dapat memiliki abang sebagai suami. Abang seorang yang bertanggungjawab dan sangat penyayang.Kak Izzah memang seorang isteri yang penyabar. 

Dari kejauhan, Zira akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian berdua. Doakan juga diri Zira di kejauhan ini agar kita selamanya bahagia. Maafkan Zira dan selamat tinggal.

yang benar,
zira.

Termanggu seketika Izzah di birai katil. Seribu satu perasaan berbaur dalam dadanya. Sejurus air matanya tumpah ke pipi...izzah masih belum pasti apakah perasaanya kini......Abang Zizi..?...

Friday, May 24, 2013

TAKDIR DAN WAKTU

Izzah menyeka airmatanya yang laju mengalir di pipinya. Puas sudah ditahan,tetapi sukarnya untuk Izzah mengempang air matanya dari terus membanjiri wajahnya yang suram.Di dadanya mendung semendung cuaca tika ini. Mata Izzah jelas bengkak dan merah. Dia tak tahu bagaimana lagi untuk dia menyembunyikan kekusutan dan kemuraman di wajahnya dari orang ramai tika ini.Puas semalam dia menjawab dan menepis pertanyaan rakan sejawatnya mengenai bengkak di matanya. 
Hari ini degupan jantungnya terasa laju setelah terpandang pada sepucuk surat yang bertulis tangan terletak kemas di birai katilnya.Tertera tulisan ringkas yang berbunyi...kepada; isteriku sayang. Degupan jantung Izzah kali ini semakin bertambah kuat dan tidak seperti kuatnya tika telinganya menangkap luahan rasa suaminya pada malam semalam. Ya, malam itu, dalam dakapan lesu, suaminya menyatakan permintaan yang sukar ditunaikan mahupun untuk telinga hawanya mendengar. Belum sempat penjelasan lanjut disuarakan, Izzah lantas menutup mulut suaminya dengan jari.
Debar dan tandatanya terus bertahta di jiwanya di saat lembaran surat itu dikeluarkan dari sampul. Bebola mata Izzah terus terpaku pada bait kata-kata yang berbaris rapi dalam surat itu. Perlahan Izzah mula membacanya.

Sayang,
kalau kau masih ingat, pertemuan pertama kita dahulu, entah mengapa saat terlihatmu terdetik perasaan dalam hati ini, ingin mendekati dan mengenalimu. Keayuan, kesederhanaan, manis senyummu dan nakalmu mencuit hati abang. sekaligus mengundang seribu satu perasaan bahagia yang mengalir mengisi kekosongan ruang di hati abang. Saat yang terindah dalam hidup abang, tika itu adalah merinduimu, dan segalanya tentang dirimu. Abang rasa bahagia, tambah-tambah lagi bilamana sayang tidak menolak diri ini, malah menerima abang seadanya. Sayang,
keikhlasanmu menyayangi dan mencintai abang membuatkan sayang dan kasih abang padamu bertambah utuh.Abang nekad untuk membina maahligai indah bersamamu sayang. Dan adalah yang paling membahagiakan tika mana saat abang menerima ijab kabul pernikahan kita. Sayang sungguh berseri tika itu dan abang bagai berada di alam mimpi indah di kayangan, melayari bahtera hidup dengan mu sayang. Ingatkah lagi di saat kita berdua membajai hubungan suci kita dengan kasih sayang dan pengertian. Abang benar-benar bahagia hidup bersamamu. Masih terasa hangatnya jemarimu ku genggam dan betapa kuatnya degupan jantungmu tatkala abang menatap wajahmu di malam bahagia kita.
sayang,
Terasa rindu yang sarat dalam dada bagai terubat dengan hadirnya senyumanmu, bagai hilang dahaga kerinduan ini dengan lembutnya belaian kasih dari mu, Sungguh abang amat menyayangimu dan akan terus menyayangimu hingga akhir nafasku.
Sayang, bagi diri ini, engkaulah insan yang menyembuhkan luka di hati abang, engkaulah insan yang menyuburkan semula ketandusan dalam dendam cinta abang yang seakan tiada kesudahannya, benarlah sayang,suka duka hidup kita berdua dan berbahagia dalam susah dan senang, bersama lima cahaya mata kita,pengikat kasih sayang kita hingga ke syurga. Ketahuilah sayang, pengorbananmu sebagai isteriku, sungguh ku hargai. Tepatlah jodoh yang tuhan tentukan untuk kita.
Namun sayang....
Baru-baru ini hati abang dalam persimpangan delema...abang serba salah,dan buntu, bagaimana harus abang kongsikan perasaan dan perkara ini dengan mu .Namun abang juga seakan tidak mamapu untuk terus menyembunyi dan menyorokkan permasalahan abang yang abang alami ini. Percayalah sayang,selama ini abang berterima kasih kerana kau tetap setia berdiri teguh di sisi abang dalam suka mahupun duka.Namun kali ini abang kurang pasti sama ada sayang masih sekuat dulu untuk terus berdiri di samping abang.Tiada terniat di hati ini untuk tidak mempercayaimu sayang, namun bagi abang, perkara ini memang agak sukar untuk dijelaskan.
sayang,
diam tak diam, hampir 20 tahun kita layari hidup bersama.Terima kasih sayang kerana dirimu tidak jemu menjadi isteri dan ibu pada anak-anak abang dengan sabar.Sayang, abang tak pasti mengapa tiba-tiba setelah abang tersua semula dengan insan yang pernah bertahta di hati abang suatu ketika dahulu, ianya mengundang semula sejarah dan perasaan lama yang terkambus. Abang tak tahu mengapa tersingkapnya khazanah lama ini membuatkan abang tewas pada perasaan sendiri.
sayang, ketahuilah tika dan saat ini hati dan perasaan abang tidak bisa untuk melupakan si dia.Rindu abang yang hadir padanya serupa seperti rindu abang pada sayang suatu waktu dahulu. Bahagia abang bila bersamanya seperti rasa bahagia abang bila bersamamu, Sungguh abang dalam delema...di luah mati bapak, di telan mati emak. Abang gagal untuk melupakannya, mahupun cuba untuk meninggalkannya. Maafkanlah abang sayang!.
sayang, percayalah, saat kau tiada di sisiku, abang terasa sunyi dan keseorangan. abang sepi..tetapi mengapa perasaan yang sama dan serupa abang alami tika abang berjauhan darinya. malah tika si dia cuba pergi meninggalkan abang, abang sungguh rasa tidak bermaya.abang sepi, abang sunyi dan abang rindu...Sayang,
mengapa abang terlalu menyayangi dan mencintai kalian berdua?Abang bahagia bila bersama- sama denganmu dan dengannya. Abang sendiri buntu, abang keliru dan abang dalam persimpangan dilema kerana abang tidak berdaya untuk memilih yang mana antara satu.Abang tidak akan membuang sayang hanya kerana hadirnya dia, malah abang sejujurnya tidak pula sanggup kehilangannya untuk kali kedua.
sayang isteriku,
Andai kau mendengar luahan suara hati abang ini, berikanlah jawapanmu, tunjukkanlah kepastian mu,namun janganlah kau pinta untuk abang meninggalkanmu. abang sayang keluarga kita. Namun jika kau meminta untuk abang melupakannya, abang sendiri tidak mampu untuk memberikan jawapan dan kepastiannya.Lantaran hati dan perasaan abang sudah sebati dengannya. abang sayang dan cintakan kalian berdua!.
Mungkin, jikapun abang terpaksa meninggalkan dirinya, jauh di sudut hati ini, abang akan terus tetap mencintai dia dan terus merinduinya. Kalaulah takdir telah menentukan nasib abang sebegitu rupa. Selamanyalah abang akan menjeruk hati dan memendam rasa.Sekarang ini, terpulanglah kepada sayang untuk menentukan hala tuju abang selepas ini.
Sayang, maafkanlah abang kerana berterus terang dan sungguh tidak terlintas di hati abang selama ini untuk abang bersua semula dengan cinta abang yang lama. Cinta yang selama ini menjadi dendam seusia dunia.Semuanya ini adalah ketentuanNya dan dengan keizinanNya jua ia berlaku. Mungkin segalanya tersurat oleh takdir, maafkanlah abang....

Izzah terkedu, terkesima dan seakan dunia sekelilingnya sunyi sepi serta kosong..sekosong semangat jiwanya yang dirasakan telah pergi...air matanya terus laju menitis membasahi ronyokan surat dalam genggamannya.Izzah terasa berpinar seketika..longlai jiwa dan raganya namun Izzah masih tiada jawapan untuk semua ini...

Saturday, September 29, 2012

Soal Hati

Bad masih berbaring di pangkin yg terletak di bawah rimbunan pohon mangga. Matanya tidak lepas memandang dedaun yang berbuai di tiup bayu yang sepoi-sepoi. Kesegaran udara petang itu mendinginkan serta meredakan kelelahan yang dialaminya setelah sepagian Bad membanting tulang empat  keratnya di kebun sawit. Fikirannya terus melayang kepada perbualannya bersama dengan temannya sewaktu mereka berada di warung Pak Ya sebentar tadi. Terngiang-ngiang lagi soalan yang tidak disangkanya keluar dari mulut rakannya itu. Entah mengapa, soalan tersebut tiba-tiba menyentap perasaannya.
"Eh, Bad, aku nak tanyalah, mengapa sampai sekarang kau tak kawin-kawin lagi?.Kau masih inagt cinta lamake? alaa..lupakan jelah..ramai anak dara yang lain"
Bad terpempan dengan soalan dari rakannya yang sengaja menyerkap jarang. Bagaimanapun, persoalan tersebut dijawab oleh bad dengan berhemah.'Ish..tak ada lah, dah jodoh aku belum sampai,. aku mana ada bercinta-cinta ni.."
Namun impak dari perbualan tersebut, bad terkenang semula pada seorang gadis yang pernah mencuri hatinya. Raut gadis itu yang manis,sentiasa tersipu, hitam manis dan pemalu orangnya benar2 menambat jiwanya tika itu. Namun, perhubungannya dengan gadis itu hanyalah di alam persekolahan rendahnya sahaja. walaupun begitu, detik tersebut masih menyentuh hati lelakinya seterusnya menyimpan kenangan yang terindah bersama gadis tersebut.

Ingat lagi suatu hari, gadis itu yang bernama Ima,telah mengutuskan sebuah nota di atas secebis kertas yang tertera, "Bad,benarkah kau sukan aku?. Dan seingat bad, esoknya dia mencoretkan balasan untuk gadis itu. "Ima, aku memang suka engkau dan tiada orang lain yang benar2 aku suka, selain engkau.". Bad berharap penjelasan itu memuaskan hati Ima dan membuktikan keiklasan hatinya ingin berkawan dengan gadis itu. Sejak itu, Bad dan Ima sering berutusan surat berkhabar berita. saat itu sungguh indah dirasanya.Paling menggamit memori pabila pada setiap petang mereka akan ke surau untuk mengaji,seterusnya peluang itu mereka gunakan untuk bermain bersama-sama.Tika itulah Bad berpeluang untuk mengusik dan menyakat Ima sambil hatinya berbunga pabila melihat gadis itu tersipu-sipu dengan usikannya.

Entah bagaimana, suatu masa, Bad terpaksa berpindah ke daerah lain,dan dengan berat hati, Bad terpaksa berjauhan serta meninggallakn ima yang sering dirinduinya . Pada mulanya, Bad masih menerima surat dan berita dari Ima, namun atas beberapa maslah teknikal, mereka tidak lagi dapat berhubungan dan semenjak itu,Bad tidak pernah bertemu mahupun menerima berita dari Ima. Mereka benar2 terputus hubungan tanpa mengetahui perkembangan masing2.
"Ah,Ima, bagaimana keadaan mu saat ini agaknya?.kini setelah lebih 20 tahun berlalu apa yang dapat aku dengar ialah, kau telah berbahagia dengan pilihanmu, sedangkan aku masih di sini,,masih sendiri. aku tidak menyalahkanmu kerana aku tahu, semua yang berlaku bukan kehendak kita." Tiba2 Bad berbisik sendirian...
Baginya, cinta monyetnya adalah yg terindah setelah mengenali Ima.

Tiba-tiba telinganya menangkap suara tua ibunya yang memanggilnya berulangkali. "Apa yang kau menungkan tu Bad, sampai mak panggil pun kau tak dengar?itulahh..berangan lah tu,..Bila mak dan suruh kau kawin tapi kau tak nak.!".
Ah, itulah modal emaknya dari dulu. "Emak dah jemuke dengan saya?, biarlah saya nak jaga emak. Bukan saya tak mahu kawin, saya takut tak mampu untuk beri makan anak orang, Mak janganlah risau,kalau ada jodoh nanti, kawinlah saya."Jawab Bad sambil tersipu.

Bad segera bangun dari pembaringannya lalu menuju ke dalam rumah. Segala kenangan yang terbayang di mindanya tadi, gugur satu persatu bersama ayunan langkahnya....

Wednesday, May 16, 2012

BERARAK AWAN KELABU

Sudah dua hari air mata Ani masih mengalir. Sesekali tika datang semula "perkara" itu ianya seumpana ribut yang menyerbu ke dalam fikirannya, nescaya hatinya tiba2 menjadi sebak dan pilu. Walaupun Ani telah cuba untuk meminggirkan perkara tersebut namun jauh di sudut hatinya terasa umpama dirinya sudah tidak langsung bererti jauh lagi untuk dihargai. Ani mencuba untuk menyibukkan diri dengan membuat kerja2 yang dapat mengalihkan fikirannya dari mengingati peristiwa itu, namun umpama litar elektrik yang bermasalah pendawaian, tiba2 sahaja mentol yang menyala akan boleh padam sendiri. Air matanya tetap akan menitis tidak kira di mana dan apa yang sedang dilakukannya.

Kepulangan suaminya ke rumah petang itu sedikit sebanyak telah menenangkan hatinya. Sedang Ani menyediakan juadah untuk suaminya menikmati makan malam tiba2 mood tersebut telah dirosakkan apabila Ani terdengar suaminya merungut mengenai tempat pakir kereta. "Mengapa paking kereta macam tu, susah la kereta abang nk masuk".Ani terpempan melihat riak wajah suaminya yang di tunggu2 kepulangannya petang itu sedikit kelat. Hilanglah harapannya untuk mendengar pujukan suaminya dan menenangkan dirinya yang serabut itu.
"Ya tuhan...mengapa semua orang marah2 ni?.Semua orang tahu marah mereka sahaja, tetapi marah aku mereka tak tahu!" Ani tiba2 menjadi geram dan angin kesedihannya datang semula. Lantas, sambil mengesat air matanya Ani segera menyiapkan masakannya. Terus Ani masuk ke biliknya dan berpura-pura tidur untuk menyorokkan air matanya yang kian deras. Ani kemudiannya mandi dan mengambil uduk serta bersedia untuk menghadap ilahi untuk mengadu nasibnya.Bagi dirnya, walau perkara itu kelihatan remeh dan kecil, namun begitu besar impak dan kesannya terhadap dirinya.Ahh..lelaki...apalah yang mereka tahu tentang hati perempuan?. Sehinggalah jam menunnjukkan pukul 3 pagi, tetapi Ani masih belum dapat melelapkan matanya. Dengkuran suaminya menjadi peneman.Dengan syahdunya Ani menyerahkan untung nasib dirinya kepada yang Esa kerana telah menguji dirinya dengan peristiwa itu.

Tiba2 Ani terlintas untuk meluahkan apa yang terbuku di dadanya selama ini. Ani nekad untuk berterus terang tentang perasaannya dan memohon kekuatan untuk meluahkannya melalui tinta.Biarlah apa yang bakal berlaku atau apa yang akan difikirkan oleh orang yang menerima bingkisan luahan hatinya ini, Ani sudah tidak peduli. Baginya, alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Lebih baik mati dengan berputih tulang dari berdiam berputih mata.Ani amat terkesan dan sukar menerima hakikat bahawa dirinya telah menerima surat berbentuk amaran atau tunjuk sebab dari ketua jabatannya.

Lantas, dalam kecelaruan itu Ani menggagahkan dirinya untuk mecoretkan isi hati dan perasaan di atas sekeping kertas..maka lahirlah bingkisan yang seumpanya....

Bingkisan kata hati untuk Tuan,

Assalamualaikum, terlebih dahulu saya mohon maaf kerana terpaksa mencoretkan rasa saya melalui tinta. Ini kerana saya berasa saya tidak kuat untk berhadapan dengan tuan, seterusnya menjamin kelancaran apa yg hendak saya luahkan. Saya mohon tuan baca dan cubalah selami kata hati kecil saya ini walaupun saya bukanlah sebagai sastrawan negara yg bijak melontarkan kata-kata. Saya sedar saya sekadar melukut d tepi gantang dan tidak lebih dari sekadar mentimun di sisi tuan. Namun jika masih ada sisa keperihatinan dari tuan, silalah kenali diri saya seadanya kerana jika tidak begini, sampai bila kita tidak akan mengenali diri masing-masing.Sesungguhnya tuan, mungkin saya silap menilai tuan kerana percaya kepada kata-kata aluan tuan sewaktu pertama kali tuan memberi kata ucapan dalam sesi perkenalan suatu ketika dahulu. Waktu itu, bodohnya saya yg begitu mudah terpana pada kata2 tuan sehingg saya yakin tika itu tuan begitu ikhlas dan komited untuk menjadi peminpin atau pentadbir yang boleh saya harapkan.(rujuk daridalamaku.blogspot.com = emosiku;emmo c dek gb baru) .Namun apabila semua perkara ini berlaku, semua harapan saya pada tuan hancur umpama kaca terhempas ke batu. Saya tahu, dan memang sudah menduga perkara ini akan menimpa saya kerana saya tahu selagi ada duri dalam daging, selagi itu semuanya tidak akan berjalan lancar.
Tuan ,
Biarlah saya jelaskan bagaimana situasi sebenarnya sehingga terjadinya perkara itu. Maaf saya katakan, bermula dari kelemahan pentadbir yang mengelola itu sendiri,yang takut pada bayang2 sendiri. Oleh itu,maka tercetuslah masalah ini.

Saya akui saya  juga ada salahnya dan saya juga manusia biasa.Namun saya percaya,semuanya hanyalah salah faham sahaja.   Kami ada datang dan jalankan arahan seboleh yang kami mampu sama seperti kawan2 yg lain. Namun laporan yang diterima adalah sebaliknya. Kalau hati busuk sudah tentu saya katakan buat apa datang bertugas,lebih baik tk datang langsung jika ini yg kami dapat!.logik tak jika kami berasa sedemikian.

Tuan, selepas saya menerima surat itu, saya hilang arah, saya hilang pedoman, saya tidak menyangka perkara itu menjadi sebesar ini... Hebat sungguh penangan NORAINI!
Tuan, saya tiada tempat mengadu, suami jauh sekadar dlm hp kami bicara, tiada siapa yg menenangkan saya.Bengkak mata ini tidak serupa dengan bengkak hati saya tika itu.Saya tiba2 rasa longlai, sakit seluruh urat muka, berat sungguh rasa kepala...saya loya, mual dan berpeluh2 dlm masa yg sama. Saya tak tahu saya takut atau saya kecewa, namun yg saya mahu tika itu ialah ketenangan dan lupakan yg berlaku. Saya tk dpt menahan air hidung yg mengalir bilamana mata sudah tidak mampu untuk mengeluarkan airnya lagi. Saya rasa saya sekadar di tapak kaki sahaja duduknya.

Tuan, saya mohon tuan baca dengan hati, bukan dengan mata. Ramai orang boleh baca dengan mata nmun hanya sedikit yg dapat membaca dengan hati. Jika pentadbir begitu profesional, mengapa saya tidak diajak bicara?. Jatuhkah maruah pentadbir apabila berbincang dari hati ke hati bersama orang bawahannya?Nmun apabila tanpa sepatah kata saya diperlakukan, dianggap, di cop dan didakwa yang sedemikian, saya berasakan yang saya tidak diberi keadilan. Jadi saya jawab sendiri soalan tadi, jawabnya, jatuh maruah kalau pentadbir bincang dgn org bawahan!.Sedangkan saya juga manusia biasa yang punya kelemahan dan perasaan.

Tuan, luka di jari boleh dilihat, namun luka di hati??..Saya terpana dengan semua yang berlaku kerana saya berasa seolah periuk nasi saya cuba di tabur pasir!. Wajarkah seorang pentadbir membuka pekung sendiri dengan menulis yg berbunyi seakan begini..”Ini membuktikan benarlah bahawa saya adalah antara guru yang bermasalah seperti yang diceritakan oleh gurlu lain”??..Bukankah dari ayat itu kita tahu bahawa pentadbir itu sudahkah dewasa, atau sekadar menelan sahaja kata2 dari orang lain?. Saya faham tuan memang perlu mendengar laporan dari pembantu kanan dan kiri tuan, tetapi seharusnya tuan beri ruang untuk mendengar penjelasan saya atau tuan siasat sendiri sebelum membuat keputusan.Cuba tuan senaraikan kesalahan saya secara pfosesional,apa yg saya dh buat sehingga saya di cop begitu. Selama ini tiada seorang yg datang memberitahu saya dengan seikhlasnya yg saya ni begitu begini. Sedangkan untuk menghukum murid pun kita kena siasat dahulu ceritanya inikan pulak hal yg besar sebegini.Lantaran dari itukah kami yang dianggap bermasalah ini harus dijauhi?Bila berselisih berpaling muka?bila terpaksa baru nk bersapa?Cuba tuan peratikan sikap pentadbir kita, ada perkara, baru senyum menyapa lebar ke telinga, namun selepas itu,habis begitu saja.Bila depan bermuka-muka,di belakang caci mencela.Perlukan contoh?..saya jawab..tak perluuu..Jika sudah rasa pangkat diri besar dan tinggi,orang begini hanya makan puji.

Tuan yg bijaksana, saya tidak dapat terus menyimpan lagi rasa hati yg terbelenggu selama ini kerana trauma saya ini telah terlalu lama. Tuan bayangkan, setelah sekolah ini mendapat pentadbir wanita, barulah ada krisis sebegini, salah menyalah dan tuduh menuduh, sedangkan, selama perkhidmatan sya dengan gurubesar lelaki sebelum ini, saya tidak pernah mengalaminya. Benarkah saya begitu jahat dan teruk sekali?, benarkah saya sukar untuk beri kerjasama? Ya, saya tahu jawapannya iya, jika tuan bertanya pada pentadbir kanan dan kiri tuan kerana saya juga kenal hati mereka.Namun berapa lama tuan kenal saya?3 bulan?..cukup untuk menilai saya ?.Salah saya atau masalah sikap pentadbir sebenarnya?.Siapa pentadbir? siapa pemimpin?siapa pemerintah?
Tuan yg dihormati, maaf andai ada kata yg menusuk hati, namun dalam saya mengawal emosi ini, saya tidak dapat mengelak dari meluahkan rasa yg mungkin menyebabkan tuan kurang selesa.

Tuan,
Cuba ingat semula dalam sesi perkenalan di bilik gerakan dahulu, saya ada menyebutkan bahawa saya telah 10 tahun di skss, dan hanya tinggal tunggu giliran sahaja. Tuan bertanya, giliran apa?, saya jawab, biasalah, dh 10 tahun kan?..jadi inilah maksud saya tuan, bahawa saya menunggu masa untuk ditukarkan ke tempat lain kerana waktu itu pertukaran staf 10 tahun sedang berlngsung. Jadi hari ini saya harap tuan faham apa yg saya maksudkan, inilah kehendak pentadbir yg sebenarnya kerana sudah terbukti ada staf yg ditukarkan hanya kerana tidak diperlukan lagi di sini.. Saya tahu saya juga memang tidak diperlukan selama ini dan sekadar balaci untuk menampung kerja orang lain. Apa sekalipun yang saya buat, walau elokpun, ianya tetap buruk,apatah lagi jika yg buruk.Untuk makluman tuan, saya dengan rendah hati, rela lah diperlakuakan apa saja jika tuan berasa saya sudah tidak diperlukan lagi di tempat ini. Relalah juga saya, tuan tukarkan ke mana2 tempat sekitar ini.Kerana saya sedar, kalau sudah belacan jangan berangan nak jadi keju. Saya tidak hairan bilamana prestasi saya sentiasa tidak memuaskan kerana cop mohor di dahi saya ini tidak akan mudah untuk dihilangkan selagi pentadbir lama ada di sini. Kalau orang yg baru setahun jagung sudah diberi pengiktirafan oleh pentadbir kerana kononnya mereka yg perform, tetapi janganlah saya nk bermimpi itu semua, kerana saya dinilai untuk yg buruk2 sahaja. Takkan ada langsung sikit kebaikan, 10 tahun saya di sini. Sedangkan kita bekerja bersama2, malah banyak pentadbir yg datang sebenarnya sekadar menempel hasil kerja staf yg ada sahaja namun oleh kerana mereka di atas, mereka boleh gelek mentimun mana yg mereka suka.Jika 10 thn itu masih tidak cukup untuk mengukur prestasi saya, cubalah hormat tahun perkhidmatan saya selama 18 tahun ini,yg jika d umpamakan sebagai budak perempuan, ianya sudah boleh menjadi mak orang.
Sebenarnya saya malas hendak mengungkit cerita lama,kerana parut yg ada masih belum sembuh,namun jika semuanya berpunca dari kisah lama-lama,saya tk kisah jika kita buka semula buku cerita itu..saya ada banyak bahan untuk d tunjukkan rentetan trauma yg saya alami ini.
Tuan,
Saya tidak bermaksud untuk menunjuk ajar tuan atau sesiapa. Apa yg saya utarakan ini memang sudah menjadi toksid dlm jiwa saya selama ini.alang2 saya sudah kentut busuk, biarlah kita lemas menghidunya bersama-sama. Betapa selama ini sya melangkah masuk ke tempat dengan hati yg gundah, bimbang yg tk bertempat, selain malu dengan kawan yg lain kerana saya tidak setara dengan mereka. 
Namun siapa yang seharusnya membersihkan nama saya yg tercemar itu? Siapa yang sudi memujuk rajuk saya yg terpahat sekian lama?..saya jawab sendiri...pikul lah sendiri bodoh! .
Jika ikut kewajaran kalaupun bukan kewarasan, manusia punya cara meminta tolong kerjasama dari orang lain kan, ini kerana orang berbudi kita berbahasa...namun saya lupa d masa kini tidak lg ramai orang yang pandai berbudi bahasa.

Tuan,umpamanya saya...

Dari gunung, tergolek ke bukit,
Dari bukit, tercampak ke kali,
Diri menanggung rasa yang sakit,
Namun pekerjaan ini tetap di hati.

Saya sekali lagi mohon maaf kerana bertindak sebegini. Saya tidak dapat melihat atau nampak cara lain lagi untuk mempamerkan rasa sebenar saya selama ini. Saya beranggap Allah melorongkan jalan ini dan memberikan saya ujian ini kerana ada rahmat tersembunyi. Saya anggap, kata2 yang terpamer dilembaran ini adalah ihsan ilahi yang menguatkan semangat dan fikiran saya untuk menitipkannya.Mungkin ini salah satu lorongan dari Nya sebagai jalan untuk tuan mengenali saya    ( jika sudi). Untuk itu,semuga saya lega menganggap tuan memahami saya. Wassalam.


Ahh...Sejurus itu,Ani dapat merasakan bahawa beban di sebelah bahunya telah berkurang. Puas hatinya dapat menyatakan apa yang dirasainya selama ini.Ani tidak mahu memikirkan apa persepsi guru besarnya apabila membaca luahan rasa itu nanti. Baginya apa yang akan terjadi selepas ini relalah ia menerimanya.

Hari itu, Ani kuatkan semangat dalam dirinya untuk melangkah ke sekolah seperti biasa. Kalau diikutkan rasa, 3 hari bercuti masih belum dapat meredakan ribut dalam jiwanya. Perasaannya berbaur tika menyiapkan dirinya untuk bertugas seperti selalu. Sepanjang perjalanan ke sekolah, mulut Ani tidak berhenti berkumat kumit membaca zikir2 yang dapat memberinya ketenangan dan kekuatan untuknya pada hari itu.

"Ya Allah, kau permudahkanlah urusan aku hari ini. Aku percaya andai kita berniat untuk menjernihkan keadaan,insyaallah kau akan lorongkan ke arah itu."

Sebaik keretanya meluncur ke pintu pagar sekolah, tiba2 Ani rasakan dirinya hampir hilang kawalan..Darahnya berderau...dadanya berdenyut kencang,hatinya sebak lantas sukar untukknya menahan air mata yang bertakung dari tumpah sebaik Ani terpandang kelibat guru Besarnya di pagar sekolah. Ya tuhan..sesungguhnya aku belum bersedia lgi kah?!..Ani terus bergelut dalam perasaanya.Puas dia menarik  dan menghela nafas serta mengucapkan zikir yang terlintas dalam fikirannya untuk mendapatkan kekuatan semula.

Tiba2 Ani terdengar suara yang memanggil namanya...Puan Ani  !, puan Ani..!..
Oh tuhan...kuatkanlah semangatku untuk berhadapan dengan lelaki ini!Ani berdoa sebaik menyedari guru besarnya  yang memangilnya. Ahh..apalah yang bakal aku hadapi pulak kali ini..mungkinkah Guru besar ku terasa dengan luahan yang ku tuju kepadanya?..dengan longlai Ani memaksa kakinya membawa dirinya menghampiri majikannya itu.

"Puan Ani,..saya dengan rendah hati..memohon maaf kepa Puan ani. Saya sedar apa yang telah saya lakukan kepada puan memang agak melampau..."

Ya Allah!...tiba2 Ani rasakan umpama air terjun yang sejuk dan dingin mengalir ke dalam dadanya. Oh tuhan..betapa mulianya majikanku ini...sanggup merendah diri kepada orang bawahannya.... Sungguh... di sudut pandngannya...dialah majikan yang tinggi darjatnya di mata dan di hatinya tika itu. Gugur seluruh beban yang tertangung di bahunya. Ringan segala kepala dan minda Ani saat itu. Syukur Alhamdulillah ya Allah!..Ani segera percaya, jika niat dua hati itu ikhlas untuk mencari kejernihan,maka tuhan akan temukan titik pertemuan itu bersatu di hujung jalan.

Tiba2..dengan perlahan Ani  seakan terdengar dirinya membisikkan ucapan.."Selamat hari guru cikgu". Ya pada tarikh keramat untuk seorang guru sepertinya ini,..mengenang peristiwa itu dapat memberinya pengajaran agar kian bersemangat dan berhati-hati di masa yang akan datang...seterusnya Ani berdoa agar dirinya mampu menjadi guru yang berkesan di sekolahnya di bawah naugan majikannya yang berhati mulia!.


Tuesday, August 2, 2011

Teluk Intan,

Bunyi SMS yang masuk ke telefon bimbitku membuatkan aku menghentikan sebentar bacaan di majalah Reader Digest lalu segera membuka peti masuk SMS untuk melihat kandungan yang dihantar tadi. Berkerut seketika keningku sebaik habis membaca mesej yang ku terima."Ini tentu ada sesuatu, tiba-tiba je bagi sms? selalalunya tidak pernah pun?"aku berteka teki sambil merungut kecil. SMS itu aku biarkan tanpa jawapan. Aku sedang memikirkan kewajaran aku untuk membalas mesej tersebut dengan mengenang semula rentetan sejarah yang selama ini sering ternyata kebenarannya.Bagaimanapun hatiku memujuk untuk tidak terus berperasangka buruk dan seharusnyalah aku bersyukur kerana orang yang menghantar SMS itu beranisiatif untuk merisik khabar.
Seperti kebiasaannya, sms itu akan ku balas setelah hati aku sejuk, mungkin sehari atau beberapa jam selepas sms ku terima kerana tidak mahu menimbulkan suasana yang lebih buruk.Adakalanya aku langsung tidak membalas sms itu jika aku berasakan ianya sekadar melepaskan batuk di tangga.

Sg Besar Selangor,

"Hari itu Kak Long ada menghantar SMS pada kita"tiba-tiba aku mencelah di tengah keriuhan adik beradikku yang berkumpul di rumah bapaku di suatu hujung minggu.
Hah, apa plak yang dia hendakkan lagi?Kak Cik bertanya dengan sedikit nada terkejut.
"Alaahh...bertanya khabar biasa saja" jawabku, "Tapi ada sesuatu yang pelik dan janggal sikit dalam smsnya kali ini'. Tambahku.
Apa halnya? Kak Cik soal lagi.
"ayat yang diguna dlm sms tu agak pelik sikit, tak pernah-pernah Kak Long hantar sms cam tu..ntah buang tebiat ke agaknya"jawabku lagi namun masih belum menyatakan bagaimana ayat Kak Long tersebut.
Ayat macammana pulak? tanya Kak Cik lagi.
"ntah, dia ada sebut pasal rindu ngan kita adik -adik dan siap salam muah-muah lagi pada kita" jawabku beserta ketawa gelihati.

Masing2 yang ada di situ turut ketawa seolah-olah sms yang Kak Long hantar itu sangat kelakar.Ya lah, masakan tidak, sekian lama hanya kami sahaja yang bertanya khabar terhadap Kak Long namun Kak Long sedikit pun tidak memberi respon yang munasabah. Kami sering mengajak Kal long datang ke rumah bapa dan bawa bersama anak-anaknya, iaitu anak buah kami juga untuk bercuti dan bersua muka sekali sekala, namun Kak Long tidak pernah mahu terima. jika ada pun sekadar menghantar anak-anaknya sahaja pulang ke kampung,itupun setelah anak-anaknya merajuk .Kak long memberi pelbagai alasan untuk tidak turut sama. Kami sudah lali dengan sikap Kak Long. Lagi-lagi pada awal pemergian arwah abang Long,Kak long sering mengungkit tentang keperihatinan kami adik beradik serta bapa terhadap cucu arwah, sedangkan Kak Long sendiri yang berhajat untuk terus menjaga sendiri anak-anaknya.Takkan kami nak pisahkan anak-anak dari ibunya? Lagi pula kini Kak Long sudah berkahwin lain dan mempunyai anak dengan suami barunya, maka kami tidak lagi boleh sesuka hati untuk mengganggunya.

Teringat sewaktu sebelum kak long berkahwin dengan suaminya sekarang,Kak Long akan menghubiungi kami jika dia mempunyai masalah dengan keluarganya atau dengan anak-anaknya.Setelah kami memberi nasihat dan pendapat mana yang boleh, kak long akan terus senyap tanpa khabar berita sehinggalah tiba masalah terbaru pula. Pernah juga kak long menangis-nangis datang mengadu dengan kami mengenai rumah tangganya yang bermasalah kerana dia sendiri tidak dapat mengadu dengan adik beradiknya lantaran mereka kahwin lari di Siam. Bagaimanapun setelah berpisah dengan suami ke duanya, kak Long berkahwin pula dengan suami yang ke tiga sekarang ini. Dengan suaminya sekarang ini pun Kak Long hanya datang menjenguk di kampung dengan membawa berita yang kak long telah duduk berasingan dengan suaminya kerana pelbagai masalah rumahtangga mereka.Apa yang kami dapat lakukan hanyalah menyabarkan dan menasihati kak long agar berfikir panjang demi masa depan anak-anak. Akhirnya kak long berbaik-baik semula dengan suaminya.
namun apa yang kami kesalkan ialah, sikap kak long yang hanya mencari kami ketika dalam susah tetapi menyepikan diri sewaktu senang dan membuat keputusan tanpa berbincang serta sering membelakangkan keluarga. Kami memang tidak kisah namun, sebagai bekas menentu, Kak Long sepatutnya masih mempunyai rasa hormat dan segan kepada emak dan bapa kami.Kami sekeluarga banyak berdiam diri dan membiarkan Kak long dengan sikapnya yang langsung tidak mengenang budi itu. Pernah sewaktu hari raya, tergamak Kak long tidak mahu menjenguk emak dan bapak di kampung walhal mereka mempunyai kenderaan yang selesa. tambahan pula emak dan bapa sangat2 merindui cucunya. Akhirnya yang paling melukakan hati kami ialah bilamana emak dan bapa yang sudah tua dan uzur itu yang sanggup untuk pergi menjenguk cucunya di Lekir setelah seminggu raya menunggu kemungkinan cucunya akan pulang. Mereka pergi berdua dengan menaiki motosikal sahaja. Selepas itu emak mula merungut sakit pinggang dan sebagainya. Nak di jadikan cerita, cuti raya tahun itu kebetulannya sangat pendek bilamana pada raya yang ke lima semua orang sudah mula bekerja jadi, anak-anak bapa yang lain tidak sempat untuk membawa emak dan bapa beraya di Lekir.

belum lagi menyentuh tentang harta peninggalan arwah. Kami terutama bapa telah menandatangani borang untuk tidak menuntut harta-harta arwah termasuk duit insyuran, KWSP dan lain-lain yang berkaitan lantaran mengenangkan demi kebaikan cucu-cucunya.Tambahan pula, bapa bukanlah orang yang berharta untuk menanggung cucu-cucunya setiap bulan.Kata pepatah, orang berbudi kita berbahasa, bukanlah hendakkan harta arwah, tapi sebagai menantu yang berkahwin dengan anak yang dilahirkan oleh emak dan bapa yang masih lagi hidup , apalah salahnya jika menantu itu bermanis dan berkenang budi. Ini tidak, bila senang, makan sorang tapi bila bermasalah, kami dijadikan wadah.

Teluk intan,

telefon bimbitku memberikan isyarat adanya mesej baru masuk dan apabila ku lihat, mesej tersebut datangnya dari Kak Long.Kak Long meminta aku memberitahu keluarga untuk bersiap sedia menanti kedatangannya di atas urusan menukar nama rumah milik arwah ke atas namanya.Pada mulanya aku tak ambil kisah sangat mesej tersebut kerana beranggapan bahawa, itu rumah dia,maka terpulanglah padanya untuk buat apa saja terhadap rumah itu.namun apabila berita itu kusampaikan kepada keluarga, adik beradikku yang lain membantah cadangan kak long itu kerana berpendapat bahawa rumah itu bukanlah sepatutnya milik Kak Long seorang tetapi anak-anak arwah turut mempunyai hak terhadap rumah tersebut memandangkan ianya telah menjadi harta pusaka dan tambahan pula hanya itu sahaja harta arwah yang tinggal.Menukarkan nama rumah tersebut kepada Kak Long seorang secara logiknya ianya turut menjejaskan hak milik rumah tersebut terhadap anak-anak arwah. Boleh jadi, harta itu akan berpindah tangan kepada orang lain adalah tidak mustahil kerana Kak Long kini mempunyai anak bersama suaminya kini. Barulah aku tersedar akan kebenaran kenyataan tersebut.

Namun akibat dari keengganan kami untuk menunaikan permintaan Kak Long itu ianya telah menyebabkan kami dianggap musuh dan sms di telefon bimbitku dihujani dengan cacian dan ejekan yang menunjukkan selama ini Kak Long bukanlah seorang kakak ipar yang ikhlas. Apa yang menyedihkan dan amat kukesali ialah Kak long benar2 telah menunjukkan siapa dirinya yang sebenar apabila dia menggunakan kata2 yang pedih dan menunjukkan seolah-olah bagaikan orang yang tidak berpendidikan apabila menuturkan kata2 nista terhadap keluarga sendiri.Alhamdulillah, kami masih lagi dapat menahan dari mengeluarkan kata2nista dan kesat terhadap dirinya kerana kami berasakan tidak perlu untuk menjadi serupa sepertinya.

Thursday, April 28, 2011

DIARI HATI... SUATU WAKTU DAHULU....

An memujuk aku lagi untuk mengikutinya pulang ke kampungnya sempena cuti sekolah seminggu ini. Aku memang teruja sekali untuk melihat kehidupan sebenar teman baikku ini,semestinyalah ajakannya sangat aku hargai. Aku berkenalan mesra dengan keluarga An, ibu dan ayahnya sungguh baik dan melayan aku seperti anaknya sendiri. Kehidupannya sederhana dalam sebuah rumah teres awam bersama lima adik beradiknya yang lain.Aku amat gembira apatah lagi kehidupan di rumah teres amat asing bagi aku yang biasa hidup di kampung dan punyai jiran yang tinggal jauh jaraknya. Aku dibawa bersiar-siar mengelilingi Taman perumahan dan persekitaran di sana. Ada kalanya, ayah An membawa kami ke kebunnya atau ke rumah jiran-jirannya. Suatu hari, aku di perkenalkan oleh An dengan seorang jejaka yang berkulit cerah dan agak kacak.Menurut An, lelaki itu adalah jirannya selang dua buah rumah. Hmm.... entah mengapa naluri ku berasa "sesuatu " mengenai lelaki itu. Semenjak itu, adakalanya aku pula yang mengajak An bercuti ke rumahku.Seterusnya, kedua ibu bapa kami saling berkenalan dan kunjung mengunjungi. Kami sudah seperti adik beradik dan saling mesra antara satu sama lain.

Setiap di awal musim buka sekolah, aku seperti tidak sabar untuk bertemu dengan An, setelah kami bercuti penggal. Cuti kali ini kami pulang ke kampung masing2. Tentu banyak cerita yang ingin kami bualkan. Tentunya juga kami akan kelihatan seperti belangkas sambil bercerita macam2 perkara satu demi satu bagai tiada hujungnya. Selesai sesi persekolahan, pasti kami akan mencari antara satu sama lain untuk bertukar-tukar cerita. Bagaimanapun kami sering juga berbincang tentang subjek yang di rasakan  agak susah. Kami boleh berbual tentang apa juga perkara dan segalanya amat menyenangkan. Kami saling bertolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain. hari itu,

Hari itu An membawa khabar gembira bilamana, An mengatakan jejaka yang aku terserempak dahulu ingin berkenalan denganku.Bagaimanapun, aku mengambil pendekatan untuk berkawan secara sopan dengannya dengan sekadar bersetuju untuk menganggap jejaka itu sebagai abang angkat sahaja. Abang Zul menerima permintaan aku dengan tanpa syarat dan sikapnya membuatkan aku begitu menyenanginya sekali.Bermulalah episod persahabatan aku dengan Abang Zul, dan semestinya lah, An yang menjadi posmen antara aku dengan Abang Zul. Setiap masa pulang ke kampung, ada sahaja "utusan"yang kami kirimkan melalui An. Bagaimanapun,ada sesuatu yang aku sembunyikan dari An iaitu bilamana hubungan antara abang dan adik antara kami, sekian hari menjadi lebih hangat dan kami mula serius untuk mengenali hati masing2. Berat rasa perasaan ini menanggung rindu dan sekaligus aku cuba sembunyikan keadaan sebenar dari An kerana aku tak mahu dia terlalu mengetahui hubungan ini. Sering aku katakan pada An yang aku dan Abang Zul sekadar abg dan adik angkat sahaja. hakikatnya aku menyembunyikan perasaan ini lebih dari itu.

Perhubungan ini berlanjutan sehingga beberapa tahun,dan setelah tamat musim peperiksaan SPM, aku dan An masing-masing menuju haluan sendiri. Kami sering berhubungan melalui surat walaupun tidak lagi kerap. kami masih berhubungan bertanya khabar. Begitu juga dengan Abang Zul. Namun,sesuatu yang berat terpaksa aku hadapi bilamana aku harus membuat keputusan besar yang menentukan masa depan ku. Abang zul mula bertanyakan keikhlasan dan keseriusan hubungan aku dengannya kerana mungkin dia ingin membuat komitmen terhadap hubungan kami. An juga ada bertanyakan perkara yang sama denganku samada aku serius atau tidak dengan Abag Zul kerana ia merupakan persoalan yang sering mereka bincangkan apabila mereka bertemu. Aku masih lagi dengan berselindung, mengatakan tidak mahu terikat dengan sesiapa lagi kerana mahu menyambung pelajaran dan mencapai cita2 aku. Setelah itu, aku dengar khabar An menjadi guru KAFA di sekolah ayahnya. Sementara aku meneruskan peljaran di peringkat 6  bawah dan seterusnya  6 atas dalam memburu impianku.Setelah keputusan itu aku nyatakan pada An, aku sedar, Abang Zul mula dingin dan kami tidak lagi berutus surat seperti selalu. Tuhan sahaja yg mengetahui betapa perasaan ini masih  begitu mengharapkan kehadiran dan dorongannya. Namun egoku yang kuat sengaja ku tahan perasaan ini sambil berharap Abang Zul juga berperasaan yang sama seperti aku dan suatu hari pasti kami akan menemui jalan untuk mengakhiri kekeliruan ini.

Namun, segalanya menjadi gelita suatu hari apabila aku berkesempatan mengunjungi rumah An setelah cuti sekolah  bermula. Kehadiran ku ke sana sebenarnya kerana ingin merisik khabar Abang Zul setelah sekian lama sepi tanpa berita.Setibanya di sana,aku dapat merasakan, An seperti  ada menyembunyikan sesuatu dariku,begitu juga dengan keluarganya.Naluriku begitu kuat mengatakan, ada sesuatu yang aku tidak tahu tentang "sesuatu"??.Aku dapat rasakan kunjungan ku kali ini sambutannya tidak seceria seperti dahulu.
sebaik masuk ke rumahnya, aku meletakkan barang di dalam bilik dan mataku terus terpaku pada beberapa gubahan hantaran yang masih elok terletak di atas sudut meja bilik itu. Lantas aku bertanya pada An, namun jawapan dari An tidak memuaskan hati aku. Dalam diam aku merisik melalui adiknya, dan seperti letupan bom, aku merasakan diri ini amat bodoh sekali dan sukarnya untuk ku terima kenyataan bahawa gubahan hantaran itu merupakan gubahan pertunangan An bersama Abang Zul yang baru sahaja seminggu berlangsung. Aku tidak dapat menahan sebak dan air mata ini dari gugur laju kerana, harapan yang masih ku simpan dalam diam itu telah lenyap selama-lamanya. An memujuk dan memohon maaf dariku kerana tidak berterus terang selama ini denganku. Aku pula sudah hilang  kata-kata dan kepercayaan pada seorang sahabat yang selama ini menjadi sebahagian dari hidup aku.
Malam itu, Abang Zul datang bersemuka dan bertanya khabar diriku. Bagaimana aku mahu menghadapinya lagi? Orang yang selama ini ku rindu telah menjadi milik sahabatku!...aku terus berpura-pura kuat dan menerimanya dengan terbuka. Kata - kata terakhir dari Abang Zul yang masih ku ingat adalah "..kita sudah tidak lagi seriringan,kita ikutlah haluan masing-masing...". Oh Tuhan...Sedarlah aku selama ini aku menjadi subjek sebagai pegerat hubungan antara An dan Abang Zul.Kesamaran hubungan antara aku dan Abang Zul di akhirnya, dan dengan keenggananku untuk berterus terang telah memungkinkan mereka untuk menjalin hubungan lebih mesra dari biasa.Malam itu aku tidak boleh melelapkan mata di dalam bilik sahabatku yang menjadi milik kekasihku. Pagi-pagi lagi, aku berkemas untuk pulang walaupun dihalang oleh ibu dan bapa An. Namun aku beralasan masih ada sesuatu yang ingin ku bereskan di kampung yang memaksa aku pulang juga. Sepanjang perjalanan pulang, kami tidak berkata-kata , dan aku masih gagal menahan air mata ini dari mengalirke pipi. Ku lihat An juga begitu, namun apalah dayaku An, pedihnya masih membekas lagi.

Terbayang lagi genggaman erat terakhir dari mu An, sewaktu melepaskan aku menaiki bas, kau katakan, "Maafkan aku zim"berulang kali. Namun hanya air mataku sahaja yang mampu menjelaskan segalanya di saat itu An!...
Sewaktu hampir tahun peperiksaan STPM menjelang, khabar gembira buat An dan Abang Zul kuterima, namun khabar duka yang telah ku duga itu bukanlah sesuatu khabar yang ingin ku dengari lagi. Aku belajar melupakan semua yang berlaku dengan tidak lagi memperdulikan kenangan -kenangan lama itu lagi. Semuanya telah aku buang jauh-jauh.

Ah!... aku menarik nafas panjang...Ya, Semua itu telah berlalu...ianya hanya  sekadar mewarnai zaman remajaku. Yang mengajar erti kedewasaan dan ketabahan. Kini setelah ku tutup semula buku diari hati, ...aku masih mampu  menguntumkan senyuman yang paling manis sekali kerana kini aku juga mampu merasai kebahagiaan dan kedamain rasa bersama seorang jejaka di hadapanku... dialah seorang suamiku...