Saturday, November 22, 2014

petai

Aji sedari tadi tak sudah- sudah mengibas- ngibaskan tangannya menghalau nyamuk yg mengetit belakang dan tubuhnya. Sesekali Aji mengerutkan mukanya menahan senak di perutnya. Dah beberapa kali angin beraroma menyusup keluar dari punggungnya, dah beberapa kali jugalah Aji menutup serombongnya tatkala angin semerbak itu meyesakkan hidungnya. 'Perghhh!!.. Paitttnya!".. Akui Aji pada dirinya sendiri. Teringat Aji yang dalam dua hari ni dia sungguh berselera menjamah nasi dengan ulam petai. Hah!.. Natijahnya inilah!.. Hampir 30 minit aji terkurung dalam bilik kecil ni. Peluhnya hampir membasahi tubuhnya namun senak di perutnya masih belum hilang!. Fikirannya menerawang pada peristiwa yang berlaku sebentar tadi. Aji dengan nada gembira membawa rantang keluli tiga tingkatnya ke rumah mertuanya. Siti anak bapa mertuanya telah memasak menu berasaskan petai hari ini dan ingin dikongsikannya bersama bapanya yang tinggal di kampung sebelah . Rantang tiga tingkat itu berisi petai jeruk, sambal tempoyak pucuk kayu becampur petai, dan ikan baung lemak cili api. Semua menu hari ini adalah menu kegemaran mertuanya. Selain itu dalam raga motornya juga penuh diisi dengan papan petai mentah untuk mertuanya. Setibanya Aji di laman mertuanya segera salam dilaungkannya. Tiga kali salam diberi tidak bersahut, Aji menuju ke bawah rumah yang tersedia pangkin untuknya melepaskan lelah. Tiba-tiba perutnya terasa senak dan seolah-olah terdapat angin yang bergumpal-gumpal di dalamnya. Sambil duduk mengadap jalan masuk ke rumah mertuanya, Aji mengusap- ngusap perutnya yang sedia boroi itu. Tangannya menekan- nekan perut dari pinggang hinggalah ke belakang pinggangnya. Tiba-tiba "puutt"..bunyi angin dari dalam perut Aji keluar namun masih tertahan- tahan. Sambil matanya mengawasi ke arah jalan, Aji melepaskan lagi angin dalam perutnya itu, kali ini bunyinya lebih kuat dan diikuti dengan bau yang menusuk hidung. Namun masih lagi senak di perutnya belum reda. Kali ke tiga ini dengan bersungguh- sungguh sambil mengerut muka dan Aji mengangkat punggungnya, dia mula meneran dan terlepaslah angin dari petutnya beserta irama yang panjang " prruuuttttttt...tuuutt.. Prooot"! Hah!.. Aji mengeluh lega!. "Amboooiii!.. Panjangnya kentut kamu Aji?!.. Sakit perut ke?!". Tiba-tiba Aji terkejut dan tergamam seketika pabila terdengar suara bapa mertuanya yang tiba-tiba muncul dari belakang sambil menutup hidungnya. "Eh, bapak!.dari mana ni, tadi saya bagi salam macam tak ada orang!.". Sambil terkejut dan tersipu-sipu , Aji menjawab. Merah padam mukanya menahan malu. "Lama dah ke bapak sampai?" Aji cuba berlagak biasa. " "lama dah, dari kamu kentut yang pertama kali tadi sampailah yang ke tiga ni!".Ujar mertuanya sambil mengibas tangannya di hidung. "Bapak ada di belakang tadi menyimpan parang dan cangkul dalam stor tu!." tambah mertuanya lagi. "Aduhhh!.malunyaa!".. Aji hanya mampu berkata dalam hati. Segera dia mengalih topik pada tujuannya datang dan setelah beberapa minit, dan bersembang beberapa perkara, Aji pun segera meminta diri. Lagi pun perutnya dirasakan semakin memulas.
Plup!..plup!.. Bunyi sesuatu benda terjatuh dalam air segera melenyapkan sengihan di bibir Aji. Satu perasaan lega dan puas menjelma di benak dan jiwanya!. Ahh!.. Biarpun aroma yang kurang menyenangkan terus menusuk lubang hidungnya namun jauh di dasar hatinya Aji mengakui bahawa
nikmat dapat melepaskan hajat itu amatlah besar sekali. Dapat Aji bayangkan jika segala kumbahan yang bergelumang dalam ususnya itu tidak dapat dikeluarkan tentulah musibah yang lebih besar akan dideritai olehnya!. Masih lagi mencangkung menunggu perutnya benar-benar kosong dan lega, fikiran Aji menyorot semula pada makanan yang telah masuk ke perutnya sejak dua hari lepas. Aji akui bahawa air tangan Siti isterinya memang menyelerakannya. Cakaplah apa sahaja menu masakan kampung, pasti Siti akan dapat memasaknya dengan baik. Tambahan pula bilamana terdapatnya ulaman petai yang menjadi kesukaan Aji. Terkenang semula waktu Aji ingin memetik petai di kebunnya kelmarin dulu. Aji menyedari yang kebunnya ini amatlah jarang dikunjunginya. Sekali pandang tanah kebunnya nampak seperti hutan dan seolah tiada bertuan. Lagipun tanahnya itu hanya ditanami dengan beberapa jenis pokok buah-buahan dan terdapat dua batang pokok petai sahaja yang sempat hidup. Tiba-tiba Aji terlihat kelibat seseorang sedang memanjat dan memetik buah petai di pokoknya. Ah?!.. Siapa pula yang mengambil petainya tanpa keizinan terlebih dahulu?. Jemari Aji mula menggenggam kemas parang panjang di tangannya itu. Terlihat ada selonggok petai yang sudah dipetik terdampar kemas di bawah pokok.
Hooii!!.. Ada orang ke?.. Siapa tuu?! Laung Aji dengan nada bertenang. Dilihat sahutannya tidak berjawab. Aji segera menunggu di bawah pokok sambil mendongak memandang lelaki yg mula turun dengan beberapa tangkai petai di pinggangnya.
"Bang, banyak dapat petai?" Sapa Aji sebaik sahaja lelaki itu jejakkan kakinya ke tanah. Dengan senyum selamba lelaki itu menjawab ringkas. "Boleh laa jugak. Rezeki".
Tanah sape ni bang?.. Aji bertanya lagi. "Entah la..saya pun tak tau siapa tuannya". Jawab lelaki itu seraya meletakkan petai ke tanah. "Kalau kau nak tau siapa tuannya, ini dia tuannya!.. Kata Aji seraya membulatkan matanya sambil menjerkah lelaki itu serentak dengan tangannya mengahayun- hayunkan parang di tangannya!. Terperanjat dengan jerkahan yang tiba2 dari Aji, lelaki itupun segera cabut lari lintang pukang seolah tidak cukup tanah dibuatnya!.. Meninggalkan selipar dan longgokan petai yang menjadi rezeki Aji hari itu tanpa perlu dia bersusah payah memanjat!.
Sejak hari itulah Aji berselera makan disajikan dengan menu petai yang dipelbagai setiap hari, Ada sambal udang petai, petai bakar, ulam petai dengan sambal tempoyak, sambal tempoyak pucuk kayu berpetai, petai jeruk dan lain-lain menu lagi. Hah!.. Puas Aji makan ulaman petai kali ini sehinggakan nafas dan sedawanya turut berbau petai!. Aji ada juga mengamalkan petua lama untuk menghilangkan bau petai di mulut iaitu mengunyah beras selepas makan petai. Sedikit sebanyak ada juga kurangnya. Namun Aji turut percaya sakit dan senak di perutnya ini juga turut disebabkan oleh menu petai yang di makannya. Bagaimanapun Aji tetap tersenyum puas pabila selesai melepaskan hajat sejurus keluar dari bilik kecilnya hari itu.

Okidputeh
29 Disember 2013.
5.20pm

No comments:

Post a Comment