Sunday, January 14, 2024

CINTA TANPA SYARAT?

 

Aku masih terpaku memandang pusara yang rapi bersimen dan nisan putih berukirkan satu nama.. tarikh tertera di batu nisan itu menunjukkan setahun berlalu. Mana mungkin perkongsian hidup selama 35 tahun bolehku lupakan begitu sahaja.. masih jelas dlm ingatan, niat dan tekadku sewaktu menerima lamaranmu, aku ingin menjadi isteri yang soleha dan menjadi isteri yang diredoi suami. Aku seakan yakin dapat menyelusuri hidup dengan mu dalam susah senang bersama. Aku rasakan ketika itu kita akan saling sama-sama ingat mnegingatkan jika antara kita kelalaian dan terbabas dari landasan. Yang penting ketika niat itu kulafazkan, ianya kerana Allah jua. 

Syukur perkongsian hidup kita diserikan dengan putera dan puteri. Lengkaplah kurniaan allah kpd kita, walau tika itu kita sama2 susah dan  kewangan yang terhad. Cabaran memulakan hidup berkeluarga hanya kita yg rasa, susah senang dan suka duka. Aku tak kisahkan walau ada ketika aku perlu ikat perut demi keluarga, aku tk berkira walau aku perlu korbankan masa atau emas demi permudahkan urusan bersama. Apa yang aku harapkan hanya kestiaan dan kejujuranmu. Tika itu kita masih berdarah muda, cemburu tanda sayang itu memguasai diri, kita sering di duga dengan godaan nafsu syaitan. Tambahan pula kita duduk berasinagn terpisah jauh oleh bidang tugas. Kau di pelayaran lautan manakala aku di daratan. Pernah kau terkantoi kecurangan dan permainan mu dapat ku hidu, namun kau berjanji untuk berubah serta tetap setia denganku.. aku menutup mata dan beri laluan kpdmu untuk kita teruskan bina keluarga yang sedang membesar. 

Kuntuman  cempaka yg terjatuh betul- betul di hadapanku telah memberhentikan sorotan kenangan ku dengan mu seketika. Aku menarik nafas panjang. Haruman cempaka menusuk hidung, lantas, ku kutip kelopak yg layu itu. Ku genggam dan perlahan ku lepaskan ke tanah. Masih berat untuk aku tinggalkan pusara ini.. entah bila lagi aku akan datang melawatmu di sini.. 

Nostalgia lama berputar di minda, masih aku ingat, ketika itu hari raya. Pertamakali aku beraya tanpamu di sisi. Hanya dengan anak-anak dan ibubapa serta adik beradikku. Tahukah kau, jauh d sudut hatiku, pilu, sebak dan rindu ini menebal ketika takbir raya berkemundang? ..tahukahkau betapa aku sedaya upaya sembunyikan kedukaan dan keresahan hatiku dari mereka semua. Aku mahu aku nampak kuat dan tk bersedih di depan anak2 dan keluarga. Apa yang kau tak pernah tahu dan lihat ialah, air mataku akan mengalir deras setiap kali selepas langkahmu hilang dari pandangan, ketika aku lambaikan tangan saat kau tinggalkan aku dan anak2 demi tugasmu. Tahukah kau, pilu bagai disayat hati ini kerana tika itu, anak2 hanya ada aku sebagai ayah dan ibunya, sakit pening mereka,aku akan tampung dan tanggung sendirian. Hinggalah akhirnya mereka membesar dan remaja tanpa kau sedari. Yang kau tahu, tiba2 anak sudah besar dan dewasa. Aku tak kisah pun memgambil alih tugasmu sebagai ayah kerana aku redo kita berjauhan. Kerana aku mampu berdiri sendiri.. kerana bagiku, anak-anak adalah kekuatanku dan nyawaku. Aku tak pasti adakah kau tahu, kerana kau tak pernah tunjukkan kesungguhan mu mengambil berat tentang diri ini mahupun anak-anak. Sekadar bertanya khabar, sudah pasti hanya yang indah2 sahaja aku khabarkan. Ini mungkin kerana aku lebih selesa tidak bercerita sepenuhnya kerana aku tak mahu sikapmu yang ala-ala tentera terhadap anak-anak dan sikapmu yang seperti tuan besar terhadapku hanya akan menjadikan suasana tenang menjadi tegang. Sebab itu semua aku sanggup telan sendirian, dengan harapan agar kau hargai segala pengorbanan ini. Harapnku agar kau nampak jelas apa yg telah aku lakukan demi keluarga  kita ini.. keluarga mu juga.. 

namun aku tak sangka, sikap  kebujanganmu masih tidak mampu kau tinggalkan.. kau sudah sebati hidup bagai orang bujang, bebas ke mana tanpa ada batas dan gangguan, kau bebas juga bermain perasaan degan wanita lain di belakangku.. bukan sekali dua kali tiga kali dapat ku kesan sikapmu, namun hanya doa moga kau berubah dan sedar bahawa kau seorang suami dan ayah, punya tanggung jawab yang di amanahkan Allah.Setiap hela nafasku berdoa agar kau sentiasa ingat pada isteri dan anak-anak.

Deruan enjin mesen rumput pula menganggu khusyuk khayalaku bersama dengamu. Maafkan aku yang terus mengenang pahit manis yang telah kurasai tika bersama denganmu. Deruan mesen rumput bagai muzik menemani kesunyian di pusara ini. Kian lama kian jauh dan sayup suara mesen itu. Aku usap kepala nesan perlahan dan berhenti pada tulisan namamu.. nama yang tertulis dalam takdir hidupku, nama yang aku sendiri tak tahu mengapa aku masih setia bersama mu sehingga saat kau pergi untuk selamanya..

Tahukah kau, kelecewaan aku dengan sikap acuh tak acuhmu terhadap diri dan anak-anak membuatkan aku kehilangan arah. Aku tercari- cari teman berbicara, aku tertunggu-tunggu bahu yang boleh untuk ku bersandar. Pernah aku tersalah langkah,menerima sapaan kawan lama sepengajian, untuk bertukar cerita dan kisah2 lama. Mulanya sekadar teman bicara dalam waktu-waktu terluang, hingga satu saat, aku sadari, hubungan itu semakin mesra dan aku senang bila dia ada masa  untukku berbanding dirimu. Syukur tuhan masih menyayangi kami, dan kami sedar serta akui kesilapan hubungan ini.. akhirnya kami perlahan-lahan kendurkan kemesraan itu dan perlahan juga belajar melupakan. Namun semua fasa yang berlaku ini membuatkan kau sedar pentingnysa untuk baiki hubungan kita yang hambar. Kau seakan tersedar perhatianku sudah berkurang terhadapmu, maafkan aku.  Tika saat kakiku ingin melangkah pergi meninggalkanmu, kau masih cuba menarik tangan ini agar tidak teruskan langkahku. Hubunganku dengan rakan seperjuangan itu rupanya menjadi tamparan hebat buatmu. Aku tak sangka engkau masih punya rasa cemburu dan masih lagi menginginkan aku kembali kepada mu. Sungguh!, nekadku kali ini aku akan kuteruskan langkahku meninggalkan dirimu dan lepaskan hubungan kita, saat itu aku tak ingin lagi menoleh ke belakang kerana aku tahu, diriku tidak dihargai di samping mu.aku benar2 terluka dan patah hati, aku tidak lagi ingin meletakkan harapan hidup denganmu lagi, malah, aku sudah kunpul kekuatan untk hidup sendiri setelah pelbagai episod duka antara kita itu tak mampu kau rawati dan baiki. Setelah aku rasakan, selingkuhmu adalah serius dan aku sedar, jika itu yang boleh membahagiakanmu, aku rela berundur diri kerana aku tak mahu kita sama- sama hidup berpura. Aku pasrah .. namun, aku masih tak percaya mengapa kau menolak keputusan aku untuk meninggalkanmu? Aku tidak yakin mengapa kau masih mahukan kita teruskan hubungan ini, kau minta agar kita sama-sama bina hidup baharu, lupakan cerita lama dan buka cerita baru. Sungguh aku tidak percaya dan berat bagiku untuk menaruh kepercayaan kesekian kali terhadapmu. Namun, saat aku ambil keputusan menyambut tanganmu kembali, menggenggam semula jemarimu, hanyalah kerana Allah, kerana aku sedar, tiada manusia yang tidak berdosa dan sedangkan nabi memaafkan ummatnya...kenapa kita tidak boleh saling memaafkan. Sungguh!.. bukan senang dan semudah kata-kata melafaskan maaf, jika hati tidak benar-benar ikhlas . Akhirnya jalinan hubungan ini telah kita teruskan juga dengan masing-masing mencuba yang terbaik sebagai pasangan hidup. Aku usahakan semua untuk menggemburkan perasaan kasih dan sayang antara kita.

Kita mencuba untuk semaikan semula benih kemesraan dan cinta, walau aku sendiri tidak pasti, adakah benih- benih itu mahu tumbuh subur semula. aku ikhlaskan hati mencari hikmah yang tersembunyi di sebalik kedukaan lalu... Tanpa syarat, kita cuba lalui hidup ini bersama. Waktu itu, kita masing-masih sudah berusia senja. Kita menghampiri tempoh pencen yang nyata. Sementara kau pula mula dihinggapi pelbagai masalah kesihatan, dari yg sekecil-kecil penyakit, hingga satu saat, penyakit itu kian sukar di kawal. Sudah berminggu kau mengadu tidak selesa dan sakit-seluruh urat sendi badan. Hinggalah tiba2kau terjatuh ketika ingin pergi ke bilik air...seminggu selepas itu kau meninggalkan aku dan keluargamu menghadap penciptamu..Pergilah dengan tenang wahai sebahagian dari jiwaku.. aku redo melepaskanmu kerana aku tahu, tiada manusia yang kekal hidup selamanya, dan aku bakal menyusuri..

Bunyi siulan burung bermain dari atas pokok kemboja, menusuk ke telingaku.susana di pusara masih lengang dan tenang. Di hujung perkuburan hanya terdapat dua tiga pelawat yang masih tekun membaca doa untuk dihadiahkan kepada insan yang didalam kubur. 

Orang yang memesen rumput sudah berhenti bekerja. Kelihatan orang yang mesen rumput  itu sedang mengemaskan peralatannya.  Aku bangun dari sisi pusara, melangkah selangkah ke belakang.aku melontar pandangan ke seluruh kawasan pusara yang luas itu.hanya nesan yang saling berbicara sesama sendiri. Aku tegak di situ tidak bergerak. Fikiran masih mengingati saat bersama denganmu.. Mungkin inilah hikmah yang tuhan selitkan di sebalik konflik rumah tanggaku bersama mu. walau pernah tiba di kemuncak genting, namun jodoh itu masih panjang dan engkau tetap nekad untuk tidak akan melepaskan aku walau apa yang terjadi. Sebagai balasan, engkau minta kita sama2 menutup buku lama dan buka lembaran baharu. Di sini aku berpositif diri, kemungkinankah inilah masanya Allah mahu tunjukkan aku jalan kembali kepada niatku sewaktu mula2 menerimamu sebagai suamiku.. ya... niat untuk menjadi isteri yang diredoi suami. niatku untuk sama2 saling menginagti dan membimbing menuju jalan yang diredhai. Aku sentiasa berdoa agar Allah memberimu hidayah dan petunjuk, beri kekuatan untukmu istiqamah berubah ke arah kebaikan. Memberikan sinar ketakwaan dan kekuatan hati dalam memghakis ujian yang melekakan engkau kpd dunia. Aku inginkan nakhoda yang boleh membawa keluarga kita ke syurga bersama. Aku harap ruang dan peluang yang ku beri untuk kita berubah ini dapat mengembalikan semula ketenangan dan kemesraan serta membaiki kepincangan lalu. Cukup-cukuplah di saat muda kita terbuang sia-sia dengan perkara yang tidak berfaedah.. dengan banyak hati yang terluka.Usaha merawat hati- hati itu, bukanlah mudah. Aku berpuas hati kerana sempat dan mampu untuk berbakti kepadamu di saat dikau gering dan kesakitan, sehingga kau menutup mata. Aku mahu kau lihat dan rasai, penat lelahku merawatmu dan melayan apa jua permintaanmu.

Terik mentari kian mencucuk kulitku. Aku menoleh ke arah pagar kuburan, seseorang berdiri di situ. Oh, dia sudah sedia menunggu aku, pandangan matanya jelas bermaksud memgajak aku pulang.. aku mohon undur diri dahulu abang, mohon permisi dan aku tidak pasti bila aku datang lagi.. semoga engkau tenang di alam sana dan sentiasa dalam rahmat allah jua.

No comments:

Post a Comment