Thursday, September 5, 2013

Takdir dan Waktu 2

Semenjak dua tiga hari ini, Izzah perasan perubahan pada sikap suaminya. Abang Zizi tidak banyak cakap, selera makannya juga berkurangan. Izzah perasan Abg Zizi sering menyendiri dan menguncikan dirinya dalam bilik. Adakalanya Abg Zizi  seakan mengelamun dan berkhayal. Sekali dua dia melihat suaminya melepaskan keluhan yang dalam. Izzah tak tahu apa lagi yang difikirkan dan permaslahan yang dihadapi oleh suaminya. Bila ditanya, ringkas sahaja jawapannya, 'abang letih, banyak kerja di ofis'.
Izzah kuatkan dirinya untuk bertanya sekali lagi memandangkan kini telah hampir seminggu berlalu, namun tiada sebarang perubahan ketara pada sikap suaminya. Malah adalakanya Izzah mendapati suaminya tidak lena tidur pabila dia terjaga di tengah malam. "ah, tentu ada sesuatu yang mengganggu perasaan Abang  Zizi". pertanyaan dan persoalan yang makin menimbulkan tanda tanya di hati Izzah.
Izzah merapati suaminya yang terkaku duduk di birai katil. seakan ada sesuatu dalam genggamannya. Perlahan, Izzah menyentuh bahu suaminya. Abg Zizi berpaling merenungnya sambil tersenyum pahit. "Abang, kalau abang tidak keberatan, kongsikanlah masalah abang dengan Izzah...Izzah risau melihat sikap abang kebelakangan ini tidak seperti dahulu. Izzah bersedia mendengar apa jua permasalahan abang. kita kan suami isteri". Izzah bersuara lembut sambil tangannya menggosok-gosok bahu dan belakang suaminya.
Abang Zizi mengambil tangan Izzah lalu menggenggamnya dengan erat seketika. Dia melepaskan satu keluhan yang dalam sambil tersenyum hambar. "Terima kasih Izzah, abang hargai keperihatinan Izzah pada abang. Apapun, jaganlah Izzah risau, abag ok dan akan cuba sedaya upaya untuk teruskan hidup kita seperti biasa".
Izzah mengerutkan dahinya seakan tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh suaminya. sebelum Abang Zizi bangun dan berlalu keluar dari bilik itu, sempat dia menghulurkan sesuatu yang dalam genggamannya.
Izzah tergamam dan kehairanan melihat renyukan surat yang bertaip komputer di tangannya. Kelibat Abang Zizi sudah hilang, tinggallah Izzah berseorangan di kamar itu. Dengan segera Izzah membuka renyukan surat itu lalu diusap rata sebelum membacanya.

Assalamualaikum abang dan kak Izzah yang dikasihi.
maafkan Zira, kerana di saat abang menerima surat ini, zira sudah berada jauh dari abang dan kakak. Zira tinggalka tanahair untuk meneruskan cita-cita dan kehidupan Zira jauh dari kalian. Zira doakan agar kalian berbahagia selamanya berdua. 
Abang, maafkan Zira kerana membuat keputusan yang menyiksakan ini. Zira tahu, ianya bukan keputusan yang bijak dan bukan mudah untuk kita berdua melaluinya, tetapi  Zira terpaksa jua melakukannya. Semuanya adalah demi kasih sayang Zira pada abang dan kakak. 
Abang, terima kasih kerana sudi menyayangi dan mencintai diri ini seadanya. Zira sungguh berasa bahagia selama ini menumpang kasih abang. Sesungguhnya kasih dan sayang abang memang sungguh suci dan tiada galang gantinya. Segalanya akan tetap menjadi kenangan dalam hidup Zira. Jangan ditanya mengapa di saat kasih sayang kita kian bersemi, namun keputusan ini yang Zira ambil. Zira punya alasan yang tersendiri. Sesungguhnya Zira tidak sanggup menjadi punca kegoyahan rumah tangga abang dan kak Izzah. Begitu jua kehadiran Zira mungkin sesuatu yang asing pada anak-anak abang nanti. Semuanya telah lama Zira fikirkan namun sebelum itu, terlalu berat untuk kaki ini melangkah pergi lantaran terlalu menyayangi abang.
 Untuk kak Izzah, Zira mohon ampun dan maaf atas segala yang berlaku. Terima kasih kak Izzah kerana sudi untuk berkongsi kasih dengan Zira, namun segala kebaikan dan kerelaan kakak telah menyebabkan perasaanZira  semakin dihimpit rasa bersalah.Zira faham perasaan dan naluri seorang wanita kerana Zira juga seorang wanita. Tak sanggup lagi untuk diri ini berterusan berada dalam situasi bersalah dan disalahkan. Terima kasih kak Izah kerana meminjamkan kasih sayang abang sebelum ini. Sesungguhnya kakak bertuah dapat memiliki abang sebagai suami. Abang seorang yang bertanggungjawab dan sangat penyayang.Kak Izzah memang seorang isteri yang penyabar. 

Dari kejauhan, Zira akan sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian berdua. Doakan juga diri Zira di kejauhan ini agar kita selamanya bahagia. Maafkan Zira dan selamat tinggal.

yang benar,
zira.

Termanggu seketika Izzah di birai katil. Seribu satu perasaan berbaur dalam dadanya. Sejurus air matanya tumpah ke pipi...izzah masih belum pasti apakah perasaanya kini......Abang Zizi..?...

No comments:

Post a Comment