Wednesday, February 3, 2016

Seindah memori.

Za tersenyum dalam hati melihat gambar- gambarnya berdua dengan Ma yang masih rapi tersimpan dalam memori telefon bimbitnya. Semua potret dan gambar itu dirasakan seolah masih segar dan baharu sahaja ditangkap oleh kaca mata kamera telefonnya.  Matanya menatap satu persatu gambar mereka berdua dipelbagai situasi dan tempat. Mata Za bersinar tanda hatinya ceria pabila teringat peristiwa di sebalik gambar mereka. Za terus terpaku pada gambarnya yang sedang erat mendakap dan memeluk pinggang Ma dari belakang, sementara Ma mengagadap cermin besar dalam bilik sambil memegang tablet dan berdedia untuk merakamkan gambar mereka dalam keadaan beraksi romantik begitu. Pipi Za rapat berlaga dengan pipi ma sambil terus  za mendakap Ma erat dari belakang. Seolah tidak ingin melepaskan pelukan itu Za lihat Ma tersenyum manis melihat cermin sambil mengejas fokus  kamera pada tabletnya. Ma menekan punat kamera dua tiga kali dengan keadaan aksi mereka yang tetap juga sama. Za tak mahu melepaskn kehangatan memeluk tubuh Ma pagi itu walaupun sebenarnya mereka  sedang bersiap sedia untuk turun bersarapan pagi pada waktu itu. Dalam kebanyakan foto yang mereka ambil, foto itulah antara foto yang  Za paling suka. Masih terasa seolah kemesraan mereka waktu itu dan sekaligus ianya membuatkan Za merasa rindu. Rindu terhadap Ma yang sentiasa tidak putus hadir dalam hatinya.

Tiba- tiba perasaan "sarat"itu menguasai diri Za. Saat ini kehadiran Ma amat diperlukan. Za ingin merasai lagi kelembutan dan belaian dari Ma. Begitu juga Za masih belum puas mencurahkan kasih kepada Ma. Sungguhlah Tuhan itu maha mendengar.. Ma hadir sekadar untuk mencapaikan hasrat Za yang ingin merasa hidup berdua dengan Ma dan mendapatkan sekurang- kurangnya seorang zuriat mereka. Biarpun kehadiran Ma cukup sebentar dan belum puas Za nikmati kebahagiaan berdua namun Za amat bersyukur kerana tetap diberi kesempatan itu. Bukan dengan begitu senang dan mudah untuk mereka mengecapi impian itu.pelbagai halangan mereka berdua tempuh sebelum impian ijanb mereka termakbul.

Hari ini sepi menguasai za. Apa yang berada di hadapannya semuanya hambar dan tidak bermaya. Sepi hatinya tanpa ma bersamanya lagi. Za menarik nafas panjang dan dalam untuk memendamkan kerinduan di hatinya dari terluah. Hidangan di hadapannya langsung tidak menarik seleranya sedangkan perutnya sudah berbunyi dari tadi. Za menguis- nguis nasi berlauk yang boleh dikatakan menu sarapan kegemarannya setiap pagi. Dia menyuap  nasi itu sesuap dua sambil mengunyah perlahan. Za tergamam tiba- tiba pabila suara Ma kedengaran menyapanya. " abang diet ke, mkn tak banyak kali ini?" Lantas sepantas kilat Za menoleh mencari arah suara tadi. Harapannya terbantut pabila suara itu datangnya dari imah isterinya sendiri. Za tersenyum nipis sambil meneguk air kosong suam. " abang tak boleh makan banyak sebab nanti ada kawan nk belanja makan " jawab Za beralasan. Za terus menuju masuk ke biliknya. Keriuhan suara anak- anaknya yang bermain di ruang tamu sedikit sebanyak membuatkan hatinya tidak tenteram. Seperti biasa, Za akan mengunci pintu dari dalam biliknya. Imah dan anak- anaknya sudah faham dan mengetahui bahawa ayah mereka tidak mahu di ganggu.
Za merebahkan dirinya di atas tilam sambil fikirannya menerawang mengingati ma. Mata za menatap syiling dan kipas yang berpusing ligat. Za teringat selalunya saat begini dia mengambil kesempatan untuk menelefon Ma dan berbual- bual tentang apa sahaja. Senda dan gurauan Ma membuatkan hati Za rasa gembira. Za suka bertanya tentang perkembangan diri Ma selain  Za turut menceritakan aktiviti dan prpgram yang perlu Za hadiri dan uruskan.
Ketukan pintu yang kuat tiba- tiba menyentap kenangan Za bersama  Ma. 
Ketukan itu makin kuat setelah Za lengah untuk membukanya. "Bang, ada orang datang nk jumpa abang kt luar tu!" Jelas suara Imah dari luar pintu bilik. Imah faham sangat dengan perangai Za tang seakan wajib mengunci pintu pabila Za  masuk ke biliknya. Ada kalanya timbul juga perasaan pelik dalam hatinya kerana Za seolah menyendiri dan tidak mahu diganggu kebelakangan ini. Lama kelamaan Imah sudah tidak endah dengan semua itu. Biarkan Za dengan dunianya sendiri.

Za segera menuju ke halaman rumah untuk melihat siapakah tetamunya hari itu. Oh, rupanya Man yang telah mengajaknya keluar minum sudahpun tiba. Mah, abang keluar dengan Man ya. Ringkas Za bersuara kepada isterinya sambil mengambil dompet dan telefon bimbitnya. Imah sudah terbiasa dengan habit Za dan baginya ia sudah lali. "Jgn lupa belikan susu dan pampers untuk Ziman ya bang" secepat kilat Imah berpesan sebelum Za berlalu pergi. Za hanya menganggukkan tanda faham.

"Za, macamana engkau sekarang?, Man memulai perbualan mereka sementara menunggu minuman mereka sampai.
"Maksud aku, dengan anak yang Ma tinggalkan pada kau. Dah berapa usianya"?
"Oh, anak itu tidak banyak ragam. Syukurlah dia sihat dan Imah sudi untuk peihara seperti anaknya sendiri" Terlihat senyuman di bibir Za pabila bercerita tentang anak itu. Itulah satu-satunya zuriat Za bersama Ma.
"Kau beruntung Za, Imah dapat terima anak itu dgn rela.Walaupun aku rasa pada mulanya tentu dia sukar menerima hakikat yang kau bernikah dengan Ma kan?Man menyambung ayatnya.
"Aku harap kau jagalah anak itu baik-baik dan doakan semoga arwah Ma bersama dalam kalangan orang yang soleh". 
"Terima kasih Man"..hanya itu ungkapan yang Za dapat sebutkan kerana di sudut hatinya masih terasa sayu dengan kepergian isteri keduanya itu.

No comments:

Post a Comment