SEBUAH GAMBARAN YANG TAK TERLUPAKAN...
Ada bamyak kenangan dan memori serta pengalaman yang kita alami sewaktu menunaikan umrah. Aku percaya ramai yang dapat pengalaman terbaik masing-masing sepanjang engembaraan penyucian jiwa ini. Aku tidak terkecuali, walau pengalaman aku ini sekadar sedikit pengalaman umpakamakan di hujung kuku sahaja.Maklumlah ini adalah kali pertama aku menunaikan umrah.
Antara pengalaman yang tak terlupakan dan peristiwa ini sering menjadi tandatanya terhadap diriku sendiri. Sedikit ralat terasa di hati.Aku tk tahu bagaimana nk memulakan cerita ini. Yang ku ingat waktu tu aku dan kawan sebilik bercadang untuk ke masjid awal untuk iktikaf dan solat di masjidilharam. Setelah bersiap kamipun jalan bersama-sama menuju ke masjid, Separuh perjalanan tu, tiba-tiba aku tersentak apabila laluanku di hadapan terhalang oleh sosok seorang lelaki yang sakit yang kurus, dan kondisinya sungguh kasihan dan jelas tidak sihat berada di hadapanku. Keadaan lelaki itu berdiri tegak dengan memegang sebatang tongkat/kayu dan tidak bergerak. Namun matanya terbuka dan memandang ke arah hadapan iaitu ke arah aku datang.Yang mengejutkan aku ialah kondisi lelaki itu yang kukira dia sangat sakit dan memerlukan bantuan, hingus hijau pekatnya yang meleleh dan tergantung di hidung begitu tebal sekali. Bukan seperti hingus kita yang biasa ni, tetapi hingusnya sungguh pekat likat tebal dan hijau cendol!..tergantung hingga ke dagu. Yang aku ingat waktu aku terlihat gambaran itu ialah aku hanya beristigfar, Istigfar sebab terkejut dan sekaligus sangat simpati dan rasa bersalah kerana tidak dapat menolongnya. ALlahu AKbar!..
Dalam keadaan tergesa-gesa itu, kawanku telah menyelinap kelaluan kiri bahu jalan, sedangkan aku perlu melintasi lsosok lelaki itu ke sebelah kirinya.Aku menundukkan pandangan meneruskan berjalan untuk mengejar kawanku tadi. Dalam hati aku hanya mampu berdoa agar Allah permudahkan urusan lelaki itu serta d beri kesembuhan selain berharap akan adalah orang yang dapat membantu lelaki itu nanti.
Aku masih tertanya-tanya sehingga kini, mengapa kenapa dan apakah hikmah kami terlihat gambaran sosok lelali itu... Sungguh, aku ralat dalam hati kerana tidak dapat menolongnya waktu itu. Ya Allah, ampunilah aku!...


No comments:
Post a Comment