Showing posts with label BACALAH... Show all posts
Showing posts with label BACALAH... Show all posts

Sunday, May 28, 2023

CONTOH FORMAT KERTAS KERJA SEKOLAH

 

KERTAS CADANGAN

NAMA PROGRAM :

Guru Besar

SK ..................................

 

TAJUK KERTAS CADANGAN

 

2.         PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM :

3.         OBJEKTIF PROGRAM         :

4.         KUMPULAN SASAR             :

5.         BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM      :

6.         JAWATANKUASA KERJA    :

7.         IMPLIKASI KEWANGAN

            7.1       Sumberkewangan      : Lajur yang akandigunakanbagipelaksanaanpogram

            7.2       Anggaranperbelanjaankeseluruhansecaraterperinci

            7.3       Lampirkankelulusanpindahperuntukan – sekiranyaada

8.         ULASAN JPN / PPD              :

9.         PENUTUP                              :

 

 

Disediakanoleh :

 

 

Disemakoleh :

 

 

 

 

 

…………………………..

 

 

 

 

…………………………..

 

 

(Guru)

Jawatan

Nama Sekolah

Tarikh

 

 

(Guru Panitia / Bidang)

Jawatan

Nama Sekolah

Tarikh

 


 





 

 

KERTAS CADANGAN NAMA PROGRAM :


KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

 


                            Meluluskan Kertas Cadnagan (Nama Program / Aktiviti)

 

                            Atau

                           

                            TidakmeluluskanKertasCadangan(Nama Program / Aktiviti)

 

 

Ulasan :

 

……………………………………………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………………………………………….

 

 

…………………………………

(ABDUL AZIZ BIN A.HAMID)

Guru Besar

SK LebanChondong

 

Monday, March 27, 2023

AKU....AKU! MU... MU!

 Aku aku!... Mu mu!.. 

Bercerita tentang gabungan 2 keluarga setelah disatukan dengan ikatan perkahwinan memang banyak pahit manis dan asam garamnya. Tak terkecuali  terhadap diri  Puan Odah.. pada awal perkahwinan Pn Odah niatkan dlm hati, keluarga suami adalah keluarganya jua, dia akan berusaha untuk terapkan perasaan itu sebaik mungkin.  Namun siapa sangka jika harapan itu berlalu begitu sahaja bagaikan ombak laut yang menyapu pasir di pantai. 

Pn Odah  sering berfikir dan muhasabah mengapa terjadi sedemikian sedangkan dia sendiri sebolehnya  mahu kemesraan 2 keluarga akan  selamanya terjalin.  Namun apa yang dia  dapati  setelah diperhalusi satu persatu dia sedar,  semua itu umpama rezeki ketentuan Allah jua. Dia  telah berusaha untuk cuba menyemai kemesraan namun semua itu tidak akan berjaya jika tiada usaha dari 2 pihak. Jika sebelah pihak sahaja yg beria, sedangkan sebelah pihak lagi tidak bersungguh, inilah hasilnya. Hanya sekadar hubungan biasa disebabkan oleh perkahwinan bukan seperti hubungan keluarga sedarah sedaging. 

Suami Pn Odah sendiri jelas menunjukkan sikapnya yang tidak acuh kepada keluarga sebelah Odah. Banyak acara , isu keluarga, program atau majlis keluarga yang suami Odah reject tidak mahu terlibat degan alasan kerja dan sebagainya. Pada mulanya Pn Odah dapat terima alasan itu namun lama-kelamaan dia merasakan ia bukan kerana sebab yang dinyatakan itu tetapi memang suami Odah tidak berminat untuk amik tahu. Sejak itu secara sendiri Pn Odah sedikit demi sedikit mulai tawar hati  untuk beria ambil tahu terhadap keluarga mertuanya pula. Adakala Pn Odah gunakan alasan yangma seperti alasan yang diberikan oleh suaminya ntuk tidak ikuti program atau  peduli apa-apa isu keluarga mertua. Bagi Odah ia adalah adil kerana Odah bukan jenis orang yang hidung tak mancung  pipi tersorong-sorong. 

Lagipun ipar duai Odah bukan jenis ramah mesra atau gemar mahu bertanya khabar berkongsi cerita. Mereka anggap Odah ni lebih seperti tetamu dan org luar sahaja. Itulah yang dapat Odah katakan. Pernah Odah berharap agar keluarga suaminya boleh melakukan seumpama keluarga Odah yang tidak pernah berkira dengan ipar duai, malah keluarga Odah sentiasa anggap mereka sebagai keluarga sendiri. Hubungan keluarga Odah dengan ipar duai pun mesra dan utuh walaupun bukan tiada cabarannya namun mereka masih tetap percaya bahawa adik beradiklah yang akan bantu semasa dalam susah atau senang. Sebaliknya apa yang Odah rasa di pibak keluarga mertuanya, mereka hanya sayangkan suaminya  sahaja kerana ada hubungan darah sedangkan terhadap Odah dan anak-anak,  mereka anggap sekadar seadanya dan mukin anggap  sebagai orang luar, malah layanan mereka juga tidak seadil. Bukan sejak anak-anak dah besar, malah dari anak-anak Odah kecil lagi dia dapat lihat dan rasa tetapi Odah pendamkan sahaja dan buat tidak peduli. Kesannya, hingga kini anak-anak Odah sendiri pun tidak betah atau selesa  apabila berlama-lama di rumah atuk nenek sebelah bapa mereka.

Sungguh!.. semua yang terjadi bukan  aturan atau jangkauan Odah, malah jauh sekali sebagai ajaran  tetapi anak-anak itu sendiri rasa lihat serta alami.. Perasaan tidak selesa dan tidak mesra itu tidak pernah pun keluarga sana peduli atau cuba baiki.. katalah ( contoh je) andai mereka cuba untuk baiki hubungan degan bertanya khabar atau berhubung  dalam sebuah grup wasap keluarga ke, itu sudah cukup!. Tapi itupun mereka tidak terfikir!. Mereka ada grup keluarga tetapi mereka tidak masukkan Odah dan anak-anak Odah untuk join mereka. Dlm hati Odah sebenarnya rasa bersyukur juga sebab tidaklah nnti Odah rasa terikat. Seperti yang Odah katakan,, pinggan tak retak nasi tak dingin.. hidung tak mancung pipi jangan tersorong-sorong. Banyaklah faktor dan perkara lain lagi yang berlaku yang membuatkan hati kecil Odah agak"terasa" dan membuatkan dia ambil pendekatan  " buat tak tahu" bila keluarga mentuanya hanya umpamakan suaminya  sahaja  dalam semua perkara dan tidak pernah mahu melibatkan Odah dan anak-anak. Hari keluarga atau sesekali ipar duai dan mentua Odah bersiar-siar atau berjalan-jalan tidak pernah mempelawa Odah sekeluarga. Selama ini suami Odah lah yang jadi tukang repoter menceritakan perkembangan  keluarga mreka kepada keluarga mentua Nama untuk mereka sendiri buka mulut bertanya kepada Odah tidak pernah sama sekali. Odah puila jenis pendiam, orang tidak akan bertanya dia juga takkan bercerita yang tidak perlu, kerana pada Odah, tidak ada keperluan pun bercerita jika orang tidak berminat nak dengar atau tahu.  Odah bukan seperti keluarga suaminya  yang rajin bercakap. banyak mulut dan bising seakan astro. Semua ada. Tapi Odah lihat dan Odah dengar serta hadam dengan semua perkara yang berlaku. Odah ada hati dan perasaan, Odah ada mata hati sendiri. Apapun sebenarnya Odah tidak kisahpun jika mereka tidak anggap dirinya ini sebagai siapa-siapa kerana Odah sendiri sudah malas dan penat nak melayan titik begik begini. Kalau keluarga suaminya  hendakkan anaknya  sahaja, Odah tidak kisah pun. Ambillah! pergilah dia kepada keluarganya  kalau itu yang dapat  membahagiakan mereka.

Itulah sebenarnya apa yang Odah rasa. Biarpun sebelum ini Odah pernah cuba untuk sentiasa bertanya khabar keluarga mertua dengan menelefon  secara berkala, namun semuanya berubah setelah ada sedikit miss komunikasi apabila Odah bertukar nombor telefon.. sejak iinsiden itu, baik keluarga mentua atau Odah sendiri tidak lagi pernah berhubung melalui telefon.  Mereka hanya bersembang jika Odah  balik kampug mengunjungi mentuanya. Setelah pulang, masing-masing  tak peduli tentang masing-masing  kecuali dengan suami Odah sahaja mereka bertanya khabar dan berhubung. Bukqn tak pernah Odah luahkan kepada suaminya tentang "ketidakselesaan" yang berlaku tapi suami Odah  hanya membatukan diri dan menyerahkan kepada Odah sendiri untuk menyelesaikan dan hadap sendiri situasi itu. 

Kesudahannya, Pn Odah  akui apa yang berlaku ini amat adil..Dia dah mula selesa. Adil kerana bagaimana suami melayan keluarganya, dan bagaimana keluarganya melayan Odah dan anak-anak, begitulah hasilnya yang berlaku kepada  Odah dan anak-anaknya sekarang.  Apa yang kau beri itulah yang kau dapat!. Odah pun sedar, Dia sendiri tidak pernah usaha kuat untuk beri yang terbaik dan Odah tak harap pun yang terbaik akan dia dapat dari mereka. Dia tidak  mengharap untuk mendapat lebih dari yang dia rasai sekarang. Odah dah lali dan mangli hadap situasi tidak selesa begitu. Harapan Odah moga apa yang berlaku terhadap Odah ini boleh dijadikan pengajaran kepada orang lain. Ambillah sisi yang baik dari kisah Odah ini dan buanglah sisi yang gelap.



Wednesday, November 9, 2022

SEBENARNYA.......aku tahu... (#buatorang#ke3@PENYONDOL#)

 Aku tahu, sekarang kau rasa dirimu teraniaya, kau sedih kau kecewa dan kau sakit hati atas apa yg terjadi,,,Aku tahu... kau masih tak puas hati dan masih mencuba untuk menyampaikan apa yang kau rasa tetapi kau tak berpeluang dan kau terpaksa telan mengakui kesilapan itu memang darimu...kau seolah tak boleh nak buat apa, tak boleh  nak kata apa kerana memang ternyata apa yang kau lakukan itu salah. Masalahnya lagi berat bila semua kesilapan dan kesalahan itu ada bukti yang nyata yang engkau sendiri akhirnya terpaksa mengakuinya...kau TERPAKSA kerana tak boleh lari lagi....kau cuba meluahkan apa dan kenapa dan menyatakan kekesalan atas apa yg berlaku namun tiada dilayan dan tiada siapa peduli. Lagi kau sakit hati bila orang yg kau percaya dan harapkan selama ini seolah tidak pon mengendahkan dirimu malah kau rasa dia hanya menyalahkan kau seorang atas apa yang terjadi...tak berani pun nak mengakui memerlukanmu dlm hidupnya. Kau telah hilang arah dan hilang tempat mengadu sekali lagi. Kau keseorangan, kau kesepian,,,kau rasa dipermainkan!

Aku tahu, kau sakit, sebenarnya kerana kau kecewa! kau sakit hati sebab kecewa dipatahkan hati dan perasaanmu oleh orang yang kau cinta. Kau kecewa kerana angan dan citamu ingin mengecap kasih sayang bersamanya tidak kesampaian.. kau kecewa bila tiba-tiba orang yang kau harapkan itu mengecewakan semua apa yang kau mimpi selama ini. kau rasa tiba2 hidupmu bagai ditimpa jerebu dan hujan batu... tiba2 sahaja cuaca yang kau sangka cerah rupanya mendung buruk di penghujung cerita....

Aku tahu betapa sakitnya tuh di sini!.. sakitnya hatimu dikhianati... sakitnya hatimu ditipu!.. sakitnya hatimu mempercayai dan menyayangi orang yang salah!....kau menangis tak berlagu, kau meratap sendiri, hatimu pedih luka rabak!... aku tahu....sedangkan orang yg kausayang itu tak inginpun bertanggungjawab malah tega membiarkan kau begitu sahaja..bak habis madu sepah dibuang.

Maaflah, aku  yang tahu semua ini terpaksa juga membisu demi sebuah kebaikan... kerana jika tidak, kau terus berdegil untuk tidak mahu mengakui salah dgn semua yg berlaku.. kau tidak anggap sikapmu selama ini sebagai satu kesilapan malah kau bangga kerana berasa dirimu begitu berharga dan dihargai di mata dia dan dunia...kau bangga kau seronok berjaya menawan hatinya malah kau yakin  si dia juga menyanyangimu ...kau rasa tidakan mu betul dan tidak salah kerana kau rasa tidak bersalah apaa-apa seolah kau  dan dia ada hak  untuk teruskan mimpi itu, sedangkan yang kau tidak tahu, sebenarnya  kau memang DITIPU, TERTIPU DAN MENIPU!...

Kini kau terimalah keadaan sakit itu kerana sikapmu sendiri..kau telanlah kepahitan itu bak menelan khuldi, Kau rasailah pedih menerima hentaman, kekerasan malah pulangan paku buah keras itu, jika tidak dengan kekerasan, mungkin kau tidak terbuka mata, jika tidak dengan hinaam, mukin kau akan sesat selamanya, jika tidak dengan kekecewaan ini, pasti kau kekal dalam angan2, malah jika tidak dengan KETERPAKSAAN INI kau akan kekal dalam  jerat SYAITAN!

Sebenarnya aku tahu, kau sakit itu kerana kau KECEWA  DIKECEWAKAN bukan kerana perpisahan atau kehilangan,kau kecewa kerana kebodohan sendiri. Aku tahu kau kau bukan menyesalpun, aku tahu kau masih simpan hati dan hasrat itu, menyondol ni memanglah sedap kan!tak apalah kerana aku tahu Tuhan juga maha tahu!..MASIH NAK TERUSKAN? ..Silakanlah!

SYUKUR ALHAMDULILLAH!







Tuesday, November 13, 2012

SALAM AWAL MUHARRAM


Cara Membaca Doa Akhir Tahun Hijrah dan Doa Awal Tahun Hijrah

Ini adalah cara membaca doa akhir tahun hijrah. Diibaca 3 kali selepas waktu asar sebelum masuk waktu maghrib akhir bulan zulhijjah. Barang sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya selama setahun”

Doa Akhir Tahun Hijrah

doa akhir thn0 Cara Membaca Doa Akhir Tahun Hijrah dan Doa Awal Tahun Hijrah
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak reda dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.
Doa Awal Tahun Hijrah
Ini adalah cara membaca doa awal tahun hijrah. Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Barang sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata: “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
doa awal thn0 Cara Membaca Doa Akhir Tahun Hijrah dan Doa Awal Tahun Hijrah
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, Yang Qadim. Yang Awal dan ke atas kelebihanMu Yang Besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka
* kalau kita tak ke masjid atau surau, kita kumpulkan keluarga kita doa bersama-sama… InsyaAllah kita akan diberkati Allah dan RasulNya.
Salam Maal Hijrah 1434 dariku

Wednesday, October 17, 2012

Emak..kau satu dalam seribu

         Sudah lama ingin aku coretkan perasaan yang terbuku terhadap emak selama ini. Mungin kini setelah puluhan tahun barulah dapat aku curahkannya di sini emak.Apa yang ku titipkan ini adalah satu penghargaan dan tanda terima kasihku pada mu emak sebagai orang yang melahirkan dan membesarkan aku dengan caramu sendiri.

Emak, terkenang zaman kecilku,kau ku lihat begitu tabah menjalankan tanggungjawabmu dengan penuh kasih sayang terhadap anak-anak emak yang seramai 9 orang ini. tika itu, kehidupan kita sekadar cukup makan dan tidak pernah bermewah. Emak sangat menjaga kebajikan dan keperluan anak-anak dan suami emak. Sentiasa siang dan malam tidak berhenti ada sahaja kerja yang emak buat untuk kelauarga emak.

Yang istimewanya,, emak selain seorang yang rajin, emak juga cukup bersopan dan menghormati orang lain. Dari perlakuan yang emak tunjukkan, secara diam-diam anakmu ini telah menjadikan mu sebagai idola dalam berinteraksi dengan masyarakat. Emak sangat merendah diri dan pemurah. Tidak ku lupa bilamana tika waktu kecilku, terdapat peminta sedekah yang tua sering datang meminta beras, dan emak langsung tidak pernah menghampakan peminta sedekah itu walaupun sekali.hinggakan aku menitiskan air mata pabila melihat peminta sedekah itu berdoa keharuan di atas pemberian emak. Peristiwa itu sungguh berbekas di hatiku mak.

Waktu kecil dulu, seringkali sebelum tidur, emak akan bercerita tentang kisah zaman kecil emak. Saat itu masih segar sehingga kini. Aku amat terharu dan sungguh bersimpati dan adakalanya sehingga menangis pabila mendengar cerita tentang kepayahan yang emak tanggung sewaktu kecil pabila emak hanya bergantung harap dan kasih sayang terhadap kakak emak selain saudara mara emak yang rata-ratanya bukan orang senang. Seawal 6 -7 tahun, emak hanya mengharapkan ibu tiri untuk menjaga emak, sedangkan pada watu yang sama, emak turut terpaksa menjaga adik-adik tiri emak. Kehidupan emak bersama emak tiri, cukup menginsafkan aku yang tika itu sangat bersyukur kerana masih punya emak kandung sepanjang membesar ini.


Emak, perkara yang paling aku sanjungi dan aku hargai apabila selama emak membesarkan anak-anak emak yang 9 orang ini, sekali pun emak tidak pernah meletakkan tangan emak pada tubuh badan kami. Emak tak pernah pukul mahupun jentik anak-anakmu ini walaupun kadangkala anak-anakmu ini membuat nakal. Sesungguhnya emak..Itulah antara perkara yang tidak mampu untuk aku tiru!. Emak hanya menasihati dan beritahu apa yang emak rasa dan harap kepada anak-anak emak dengan cara yang berhemah. Emak tidak pernah menengking mahupun meninggi suara!. Oh, Hebat sungguh emak.

Sehinggalah kini, kesopananmu terus kekal sehinggakan pada yang tidak mengenali emak akan menyangka emak seorang yang pendiam, hakikatnya emak sangat merendah hati.

Emak sangat berseni orangnya, emak pandai mengayam tikar mengkuang, emak pandai membuat bakul dari pokok bemban, malah emak pandai membuat apam balik setiap pagi untuk sarapan anak-anak emak. Emak juga sebenarnya mempunyai suara yang merdu dan mendayu pabila berlagu. Emak selalu membuatkan anak emak bola dan bakul dari daun kelapa tika mana emak meraut penyapu lidi dari daun kelapa itu.Sungguh, emak sangat kreatif orangnya. malangnya tiada satupun kemahiran emak yang terwaris kepada anaknya.
Emak juga bagiku sangat terang hatinya. Bayangkan, emak tidak pernah bersekolah, malah tidak pernah tahu memegang pen atau pensel. Namun pabila emak mengikuti kelas dewasa, emak cepat sekali memahami dan mengerti cara mengeja serta membaca. Sehingga kini, emak tahu membaca jawi mahupun rumi walaupun emak langsung tak tahu menulis!.

Emak, terlalu banyak dan terlalu panjang jika inginku tuliskan segala-galanya tentang emak. Namun cukuplah sekadar yang dapat ku coretkan di sini, bahawa kasih sayang dan jasa emak langsung tidak pernah terbalas olehku. Niat di hati ini ingin membuatkan kau bahagia, namun aku percaya...emak cukup tenang dan gembira bilamana semua anak-anak emak telah berjaya meneruskan kehidupan masing-masing dengan cara masing-masing dan emak tidak perlu memikirkanya lagi.

Aku percaya, semuanya ini adalah berkat doa emak terhadap anak-anak emak. Emak, sesungguhnya, tiada kata yang dapat menjelaskan harapan dan terima kasih anakmu ini terhadap emak, tiada lukisan yang boleh menggambarkan keberhutangan budi anak-anak emak terhadap emak, tiada tulisan yang boleh menterjemahkan tinggi luhur budimu emak terhadap keluarga emak dengan seribu satu semangat dan kesabaran, ketabahan, ketulusan dan kasih yang sejati yang emak curahkan terhadap ku.

Emak, ampun dan maafkanlah anakmu ini yang dhoif dan selalu membuatkan kau terluka.. Tiada yang dapat menandingi budi dan jasamu emak kerana melahirkan aku ke dunia ini. Aku berdoa agar kau diberi rahmat dan pengampunanNya. semuga hidupmu penuh dalam keberkatan Ilahi. Panjangkan umur mu,berilah kesihatan yang baik untukmu.

Saturday, October 6, 2012

Tazkirah dan panduan

Semalam pagi aku menghadiri satu majlis ilmu yang diabjurkan oleh sekolah anakku khas untuk pelajar mereka yang akan menduduki PMR tidak lama lagi. majlis tersebut ialah Solat Hajat dan bacaan yaasiin yang bermula jam 8.30 pagi. Apa yang menarik mengenainya yang ingin aku kongsikan kepada umum ialah pengisian yang aku dapati dalam majlis tersebut. pada aku, walaupun pengisiannya hanya menyentuh mengenai perkara umum dan biasa -biasa sahaja, namun bagiku ianya amatlah penting sekali. Bukankah sebenarnya perkara dari perkara yang keci-kecil inilah nanti akan menentukan perkara yang lebih besar?

Imam yang mengetuai majlis itu merupakan bekas ustaz yang telah berkecimpung dalam dunia pendidikan selama 35 tahun. Apa yang diutarakan oleh imam ini adalah nasihat dari pandangan matanya sebagai orang lama dan juga sebagai bekas pendidik. Antara perkara yang disentuhnya ialah mengenai tujuan doa dan majlis yang diadakan sebegini selalunya bertujuan memohon kepada tuhan agar anak-anak mendapat keputuan yang baik dalam peperikaan, mendapat hati yang terang dan seterusnya berjaya dalam kehidupan. Namun jarang sekali ibu-bapa memohon supaya anak mereka menjadi anak yang berjaya di akhirat. Ianya menjurus kepada kesilapan guru,ibu-bapa dan masyarakat umumnya yang tidak mementingkan perkara yang tersirat itu. Menurut Iman tadi, inilah antara sebabnya mengapa ramai dewasa ini, anak-anak berjaya dalam akademik tapi tidak dari segi rohani dan sahsiah!. Adalah lebih baik jika kita selaku ibu-bapa itu sendiri yang melakukan solat hajat sentiasa di rumah dan memohon agar anak-anak mereka menjadi anak yang taat pada ibu-bapa,agama,bangsa dan negara berbanding hanya meminta doa sekadar melalui dan mengharap kepada majlis-majlis yang di anjurkan oleh pihak tertentu sahaja.

Ya, pada aku, nasihat itu memang terdapat kewajarannya kerana ramai antara kita yang sering terlupa.
Seterusnya Imam juga ada menyentuh tentang tanggungjawab ibu-bapa yang semakin memandang remeh mengenai didikan anak-anak mereka di rumah. kebanyakan mereka hanya mengharapkan guru-guru di sekolah yang membentuk anak-anak mereka ini, sedangkan hakikatnya mereka terlupa bahawa tugas guru hanya sekadar menyemai, namun yang menjaga dan membajanya sepatutnya ialah kedua  ibu dan bapa itu sendiri. Terutama menyentuh tentang bab solat, dimana jarang sekali ibu-bapa menyuruh anak mereka bersolat sejak umur kanak-kanak itu 7 tahun apatah lagi menyebat atau merotan mereka apabila anak itu berumur 10 tahun. Ini yang menyebabkan kebanyakan pelajar masa kini tidak bersolat, liat bersolat dan malah tidak tahu bersolat gara-gara tiada contoh dan penekanan dari ibu-bapa di rumah.

Tambahan pula dalam keadaan dunia sekarang yang dibayangi teknologi canggih, terdapat ibu-bapa yang memanjakan anak dengan memberikan anak mereka telefon sorang satu tanpa mereka pantau kegunaanya dan kandungan dalam telefon itu sendiri. Konon sayangkan anak namun sebenarnya mereka sendiri yang menjahanamkan anak mereka kerana sebahagian besar remaja kini sudah terlebih "advance" melebihi ibu-bapa dan guru itu sendiri tanpa disadari oleh semua pihak tadi. Maklum dewasa ini semuanya berada di hujung jari. Pepatah mengatakan "sayang anak tangan-tangankan. sayang isteri tinggal-tinggalkan rupanya sudah tidak relevan lagi dimasa kini.

Bagaimanapun, Imam tersebut turut memberikan tips dan nasihat yang berguna kepada hadirin, sebagai panduan menghadapi peperiksaan. Antaranya ialah calon yang mengambil peperiksaan di sarankan membaca selawat 3 kali sebelum membuka/membaca buku, selawat 3 kali selepas membaca buku, selawat 3 kali sebelum melangkah dari rumah, selawat 3 kali sebelum memasuki dewan, selawat 3 kali apabila duduk di kerusi dalam dewan, selawat 3 kali sebelum membuka kertas soalan, selawat 3 kali andai terlupa jawapan (isnyaalah dalam tempoh 20 minit akan ingat semula), selawat 3 kali apabila selesai menjawab dan menghantar kerta jawapan peperiksaan. insyaalah berkat selawat tadi moga-moga akan beroleh kemudahan sepanjang peperiksaan diadakan.

Jam 10.05 pagi keretaku meluncur di jalan raya menuju ke rumah dengan satu perasaan yang sukar digambarkan, mungkin sedikit bimbang dengan apa yang bakal berlaku terhadap generasi yang akan datang nanti......

Thursday, July 19, 2012

pantang larang orang tua2 dengan mitos dan kerevelannya.

saya nk bercerita mengenai pantang larang orang dhulu kala dengan kesannya dlm khidupan seseorang. apabila membicarakan tentang petua dan pantag larang ora lama2 dlm kehidupan berumah tangga, ada perkara yng sehingga kini masih diamalkan atau masih dipegang oleh segelintir masyarakat kita.
antara pantang larang yang saya maksudkan itu ianya bertujuan untuk memberi amaran atau prlu berhati2 dlm melakukan perkara2 tersebut demi menjaga keharmonian rumah tangga.contohnya ialah seseorang yg telah berkahwin terutama perempuan adalah dilarang untuk menukar kedudukan semasa makan. sebaliknya mereka d galakkan duduk setempat sahaja.jika org itu bangun untuk mengambil sesuatu, namun, mereka digalakkan untuk krmbali ke tempat duduk mereka yg mula2 tadi. alasannya, tidak baik untuk mereka kerana prbuatan tersebut seolah2 memanggil2 tabiat suami mereka untuk mencari isteri yg lain sehingga 2atau 3!.. tak percaya? namun itulah kepercayaan yg melingkari sebahagian dari masyarakat kita.
jika ikut logik akal, prbuatan makan dengan duduk yg tidak tetap serta makan merata tempat mungkin tidak manis dipandang oleh sesetengah orang...namun dari segi realitinya, belumlah lagi dapat dibuktikan bahawa dengan perbuatan tersebut telah membuatkan sisuami berkahwin lebih dari 1.
peraturan dan larangan yg seteusnya ini mungkin ada kebenaran untuk mereka yang mengamalkan dam mengalaminya. kita sebagai isteri sangat2dilarang untuk memakai kain batik diluar sedangkan baju kita tersorok ke dalam. ikatan kain batik kita nampak diluar dan bju di dalam. pernah buat?..maka hati-hati kerana prbuatan itu adalah pantang paling besar untuk wanita jika tidak mahu suami mereka cari perempuan atau bini lain.!!.
mungkin bunyinya tidak masuk akal namun, jika dilihat dari segi logiknya, memang penampilan kita akan kelihatan selekeh dan tidak menyelerakan mata memandang, apatah lg jika rambut turut tidak terurus atau kusut masai. namun,dari segi kerevalannya, dalam kehidupan masyarakat kita, sudah terbukti, beberapa orang yang mengamalkan sikap begitu telah pun dimadukan. mungkin ini sekadar kebetulan, namunsebagai wanita apa salahnya kita ambil yg elok dn jauhkan yg buruk untuk menjauhkan perkara2buruk juga!.

Tuesday, June 12, 2012

Indah dan manisnya menjadi seorang wanita!

Ya..jika direnungkan semula betapa indah dan manisnya dilahirkan dan menjalani hidup sebagai seorang wanita. Namun,betapa lama dan sukar juga pada mulanya untuk memahami dan mengerti senua ini sebelum hati kita boleh redha dan mensyukuri anugrah ini.Terus terang, bukan mudah juga bagi seorang wanita untuk menerima hakikat kenikmatan dilahirkan sebagai perempuan atau wanita ini, kerana pelbagai perkara yang menduga dan menguji kekuatan luaran dan dalaman seorang wanita itu untuk mengharungi cabaran sebagai seorang wanita, Mentelahan pula jika wanita itu sebagai isteri, ibu, anak, pekerja dan sebagainya yang berkait dengan kitaran hidup masyarakat.Semuanya ujian dan dugaan itu adakalanya menggoyah kekuatan wanita itu sendiri tambahan pula sudah resam wanita itu di lihat lemah berbanding lelaki.

Namun,percayalah kepada janji Ilahi...dalam hadis nabi ada mengatakan yang maksudnya sebegini...khas untuk wanita2...jika seorang wanita tersebut taat kepada suami dan agamanya, maka masuklah ia ke dalam syurga dari mana2 pintu yang mereka suka!. Mudah bukan?.Namun sebenarnya ianya tidaklah semudah yang dijangka kerana jalan menuju ke syurga ilahi tidak akan sunyi dari onak dan duri yang akan menduga hati wanita ditambah pula dugaan dan godaan dari syaitan yang tidak pernah padam.Sedangkan di dunia ini jika kita mahu masuk ke tandas pun kita perlu bayar dan tanpa bayaran itu kita tidak dibenarkan memasuki tandas. Walhal tandas itu adalah rumah syaitan!Untuk masuk ke rumah syaitan pun kita perlu bayaran apatah lagi untuk memasuki syurga Ilahi?Wajarkah bayarannya  sekadar dengan duit syiling?..sudah tentu harga bagi memasuki syurga itu lebih mahal dan tinggi nilainya!.

Hakikatnya kemanisan dan kenikmatan sebagai seorang wanita dapat dirasai hanya oleh wanita yang dikategorikan sebagai wanita yang solehah! Mengapa ? kerana wanita2 solehah ini boleh membezakan antara kelemahan dan kekuatan, antara yang benar dengan  yang batil.Wanita tersebut dikurniakan rasa malu yang hanya malunya kerana Allah, wanita2 ini mempunyai rasa takut, namun takut mereka hanya untuk Allah! mereka akan malu jika sikap mereka tidak seperti yang Allah mahukan, mereka malu untuk melakukan sesuatu yang menyalahi hukum Allah, mereka malu dengan kekurangan diri dan kelemahan diri mereka terhadap Allah.Wanita yang takukan Allah akan takut jika mereka tidak melakukan perintah Allah. mereka takut kepada hukum2 Allah.

Dan maaflah jika saya mengatakan, wanita yang belum solehah ini gagal untuk mengarahkan rasa malu dan takut mereka di tempat2 yang sebenar. Mereka takut melakukan sesuatu demi dunia ini, demi harta dan demi kepuasan diri.Mereka takut kepada kehilangan serta kekurangan yang menimpa. Takut kerana menjaga nama baik dan maruah sendiri sahaja. Senang kata, masih meletakkan perkara2 duniawi ini menjadi yang pertama.

Jangan salah faham apabila membaca tulisan ini dengan menganggap penulis sebagai seorang yang alim atau pandai sangat dlm hukum hakam, namun penulis mengganggp tulisan ini sekadar peringatan untuk diri sendiri yg boleh di kongsikan bersama.B iar kita sama2 menjadi lebih baik dari hari ini dan semalam.

Wanita yang solehah ini menyedari bahawa mereka bertugas di samping Allah sebagai pengeluar produk manusia dan yang mencorakkannya.Sanggup menghadapi risiko dan berkorban untuk melahirkan zuriat yg mana tugas ini tiada kepada kaum lelaki.Wanita sebenarnya kuat dalaman dan luaran sehingga boleh menggoncang dunia. Namun kita sebagai wanita itu sendiri perlu tahu untuk mencari, menggali dan mengenalpasti yang mana satu jalan dan cara untuk mendapatkan atau mencapai tahap sebegitu.

bersambung......insyaallah.


Saturday, June 2, 2012

untuk mereka yg berfikir....

Dalam hadis dan ayat-ayat Al-quran ada banyak menyatakan bahawa setiap sesuatu yang tercipta di alam semesta ini mempunyai manfaat dan pengajaran kepada manusia jika mereka mahu dan mampu bertfikir. Allah tidak akan menciptakan atau mentakdirkan sesuatu itu dengan sia-sia.Aku tidaklah dapat menulis di sini ayat dan hadis mana yang memaksudkan itu semua kerana tahap penulisan dan idea aku belum mencapai tahap nak buat tesis siap dengan bukti dan rujukan, kerana...penulisan aku ni lebih kepada santai serta secara umum berdasarkan kepada pengetahauan sedia ada aku yang cetek jer.

Namun,aku akan beri beberapa contoh dan cerita yg menjurus kepada maksud yang aku ingin sampaikan...
berbalik kepada mukadimah aku tadi, aku ada beberapa cerita yang boleh kita renungkan dan fikirkan sama-sama, adakah perkara yang aku ingin ketengahkan ini mampu mengajak kita untuk berfikir ataupun adakah segalanya masih tidak mampu tercapai dek akal? aku bukan apa...dalam kita menghadapi pelbagai ragam hidup manusia, adalah lebih baik jika setiap sesuatu yg kita lihat itu mampu membuatkan kita berfikir untuk lebih matang atau sebagai pertimbangan sendiri....namun...semua itu hanya mampu dilakukan atau disadari hanya oleh mereka yg berakal atau pemikir!..jangan mareee....bukan aku nk kata yg kebanyakan manusia masakini malas berfikir dan sering buat bodoh dengan apa yg berlaku depan mata mereka..tapi itulah realitinya!.

ok..cerita hari ini ialah mengenai manusia yang boleh atau sekadar tahu tentang sesustu tetapi sebenarnya mereka jauh dari berilmu.Manusia yg sebaik-baik ialah mereka yang melakukan sesuatu dengan berilmu selain hanya tahu. seperti yg kita maklum, peringkat manusia ini ada banyak iaitu antaranya ialah orang yg tahu bahawa dirinya tidak tahu tetapi mahu ambil tahu,ada yang tahu dirinya tak tahu tapi buat-buat tahu, ada yg tahu tapi tak mahu ambil tahu, malah ada yang tidak mahu ambil tahu walaupun memang dia tak tahu!..

Pagi ini aku terserempak dengan pemandu yg sekadar hanya tahu memandu tetapi tidak berilmu. Semua pemandu yang berlesen sepatutnya maklum bahawa untuk memasuki susur keluar dari jalan yg bersimpang,mereka hendaklah memberi laluan terlebih dahulu kepada kenderaan dari arah kanan mereka yg bergerak masuk selepas lampu isyarat hijau...tetapi hari ini aku terjumpa pemandu yg tidak peka pada perkara itu,seterusnya aku turut dapati pemandu ini tadi berhenti secara tiba2 tanpa beri isyarat hingga mambuatkan kenderaan di belakangnya terpaksa berhenti mengejut dan mengelak dari melanggar belakang kereta pemandu tadi.Aku yg menyaksikan kerenah pemandu tadi lantas membuat kesimpulan bahawa....inilah manusia yg hanya tahu bawa kereta tetapi tidak berilmu!..

Seterusnya,sewaktu berada di sebuah gerai makan, aku terlihat seorang lelaki membawa kiub ais untuk diedar kepada peniaga di situ dengan menaiki motosikal skuter. ais tersebut diletakkannya pada bahagian bawah tempat meletak kaki.lantas aku terfikir..mengapa dia memilih skuter? sedangkan,sedikit orang kita yg rela membeli motosikal jenis sebegitu kerana kebanyakan mereka membeli adalah bukan sekadar untuk keperluan tetapi turut dipengaruhi oleh keinginan untuk bergaya dan melaram. tetapi tidak untuk lelaki pengedar ais tadi kerana bagi aku, lelaki ini seorang yg berilmu!.Mengapa? kerana dia tahu jika dia beli jenis motosikal lain, sudah tentu sukar untuknya meletakkan bungkusan ais tadi di atas belakang motornya, malah bajunya akan turut basah dek ais tersebut. kerelevanan lelaki ini memilih skuter adalah kerana ianya lebih menyenangkan tugasnya bergerak dalam bandar kecil tadi,selain dapat meletakkan 3-4 bungkusan ais pada bahagian bawah kaki pemandu. orang ini tidak mementingkan gaya tetapi lebih kepada menggunakan semaksima mungkin pkenderaan yg dibelinya.org kata,biar harta kerja untuk kita, jangan kita kerja untuk harta!

Satu lagi cerita yg boleh ku kongsi bersama ialah bilamana suatu hari di tempat kerja suasana agak kecoh dengan kehadiran pegawai yg ingin memantau tugas pentadbiran. Gayanya, pegawai ini sedikit beremosi dan kurang berpuas hati pada hasil kerja salah seorang pentadbir.Entah bagaimana tiba-tiba pentadbir ini muncul lalu terus luahkan rasa kekesalannya kepada seorang kakitangan bawahan yg berada berhampiran,mengenai sikap pegawai tadi yg dikatakannya terlalu marah sehingga tidak boleh menerima apa jua penerangan dan alasan yang diberikan oleh pentadbiran. apa kaitannya kes ini dengan golongan yang berfikir?Sebenarnya situasi yg sama telah berlaku terhadap orang bawahan tadi dengan pentadbir itu suatu waktu dahulu....kini,bila kejadian yg hampir sama telah dilalui oleh pentadbir ini,dan tuhan terbalikkan situasi sehingga pentadbir tadi terpaksa mengadu kepada orang bawahan yang dahulunya pentadbir ini tidak mahu menerima apa jua penjelasan dari org bawahan tadi....
kesimpulannya...setiap yg berlaku adalah pengajaran dan pedoman kepada yg mampu berfikir...dan untuk mereka yg mampu tercapai akalnya bagi mengerti sesuatu yg tersurat untuk yg tersirat......

Saturday, May 12, 2012

blog orang sakit jiwa

Kalau korang baca betul2 blog daridalamaku nie...korang teliti intonasinya, korang selami yang tersirat..korang pasti tahu bahawa penulisnya menulis keseluruhannya adalah dari dalam dirinya...
Boleh lah korang katakan..penulisnya hamper membogelkan diri dan perasaanya dalam penulisannya itu kan?..Boleh jugak korang nak kata, bahawa penulisnya tu merupakan penulis yang sakit jiwanya...Jadi..ini blog orang sakit jiwa lah ya?hahahahaha...
Aku tak pedulilah blog apa pun..namun yang penting aku rasa, penulisnya ni ikhlas semasa menulis dan semuanya adalah dari dalam dirinya yg sebenar sama ada isi ceritanya yang sedih, gembira,geram, sakit hati, atau apa saja.Ialah..dah namanya manusia banyak makan garam, dah tentu ada pengalaman yang boleh di kongsikan.Niat penulis tu, biarlah yang baik dapat dijadikan teladan dan jika ada yang buruk tu..jadikanlah sempadan.
Aku nak berterus teranglah...sememangnya penulis ni memang ada sakit jiwa..hahahaha...mana tidaknya..suatu hari tu bila penulis tu rasa stress dan trauma yang amat sangat, penulis tu pun pergilah rujuk emosinya ke hospital psikatari..jumpalah dia dengan doktor sakit jiwa tu untuk mencari hala tuju tindakan yang sewajarnya dilakukan . Dalam sakit2 jiwa tu, bagus jugak penulis tu tergerak untuk mencari tempat yang sesuai untuk dia rujuk...kalaulah penulis tu pergi ke tampat yang tidak sepatutnya untuk rujuk masalah dia ni..tentu aku rasa lagi teruk, sebab..boleh jadi dia tuju ke tempat yang merosakkan lagi jiwa dan dirinya..katalah dia pergi jumpa dukun ke..bomohker...dah tentu boleh jadi lain kan?..hiiish..Nauzubillah!..
Oleh itu..sesiapa yang baca blog orang sakit jiwa ni..korang pandai2lah ambil yang jernih ya...


Tuesday, May 8, 2012

RELEVANKAH PEPATAH LAMA KITA......?

Relevankah lagi pepatah lama kita untuk digunapakai pada masa kini. cuba renungkan sejenak..kalau dulu caa hidup dan berfikir masyarakat kita sedikit sebanyak masih berpegang dan berpandu kepada pepatah, ungkapan dan kata-kata mutiara yang lama ini.yang juga turut dihasilkan oleh mereka yang berpengalaman dan banyak makan garam.Mari soroti pepatah itu dan bandingkan dengan kebanyakan senario masyarakat kini...Jika ada pepatah mengatakan,"kepimpinan melalui teladan" namun kini semua sedia maklum bahawa kwpimpinan hari ini terlalu sukar untuk menemui teladannya. Lihatlah sikap pemimpin hari ini,kebanyakan mereka yang memegang jawatan adalah mereka yang tahu cakap tetapi tidak tahu buat. Semuanya cakap tidak serupa bikin, terutama kepada pemimpin atau pentadbir yang baru memegang jawatan serta kurangnya pengalaman.Hendakkan contoh?..tak perlu pergi jauh...lihat sahaja kepimpinan di sekitar dan keliling kita..berapa banyak peminpin yang boleh kita respek atau hormati sikap dan sahsiahnya seiring serta mempunyai aura yang boleh dijadikan teladan? bukan begitu?

Jika dahulu, pepatah kata"sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan"...Namun masih relevankah pepatahn itu di zaman ini?..Lihat sahaja pelajar sekarang,jika dicuit sikitpun, mak bapak datang gegar sekolah...gegar guru...silap haribulan...saman menyaman..bukan sahaja mak bapak tak mahu tangankan anak, malah guru2 juga dilarang meletakkan tangan pada anak mereka. Jika suami pula tinggalkan isterinya...adakah itu tanda mereka sayang?..piiiiii...rahhhh... kebanyakannya tinggalkan tanpa nafkah sesen zahir dan batin...biar isteri dan anak melata mencari rezeki sendiri..itukah yang dinamakan sayang?!
 Begitu juga dengan nasib beberapa istilah dan perumpamaan lama yang dewasa ini sukar diterima kerevalannya lagi kerana masyarakat kita hari ini mentalitinya total berubah dari masyarakat yang banyak berfikir dan mengkaji kepada masyarakat yang serba cepat dan pantas mengikut teknologi yang seterusnya meminggirkan aspek impati. Ungkapan, budi bicara kini sudah tinggal budi hilang bicaranya...kalau dulu berakit ke hulu berenang ke tepian, namun sekarang, jangankan nak berakit, melihat rakit pun mereka tak kenal.. lebih selesa bersenag2 dahulu dan kemudian...budaya biar lambat asal selamat turut terpana kerana hari ini masyarakat meletakkan syarat biar cepat asal selamat berbanding ungkapan lama.

Kebanyakan pepatah, istilah dan perumpamaan yang lama telah diadaptasi serta berubah mengikut kepentingan masakini dan sukar diakui kerevalannya kini...apa kata kau?..

Thursday, March 8, 2012

REDHA IS....POSITIF THINKING,Y SO HARD TO BE REDHA N HUMBLE?part 2

Sambungan....
Redha itu juga bermaksud luruskan hati!...Sukarnya kita itu untuk redha bermakna juga sukarnya kita untuk meluruskan hati menerima segalanya kepahitan dan kelemahan sesuatu dengan tanpa bersungut serta pasrah. Kita sebagai manusia biasa segagah dan sekuat manapun tekad serta iman kita, ianya tidak menjamin untuk diri kita jadi sempurna kerana sesungguhnya syaitan sudah berjanji akan terus menggoda dan menyesatkan anak-anak Adam sehingga hari kiamat hatta sehingga kita di sakaratul maut pun...
Oleh itu...apa yang seharusnya kita buat?!..

Itulah yang aku katakan...betapa sukarnya kita untuk memujuk hati...meluruskan hati...waima, memuhasabah diri untuk menerima ketentuan dan kelemahan orang lain mahupun diri kita sendiri. Betapa sukarnya kita untuk menerima kritikan dan kesilapan diri apabila diri dituding jari?...Tentu kita berusaha untuk menepis malah menyanyi lagu bangau oh bangau kan!...

Adakalanya kita juga sukar untuk menerima kenyataan sebarang kesilapan atau ketidakpuasan terhadap sesuatu perkara tersebut adalah totally angkara  orang lain bukan?.. Adakalanya memang nyata kelemahan tersebut bukan dari pihak kita...so...bagaimana harus kita hadapinya?..Tegakah kita untuk bertenang sambil menarik nafas serta menerimanya sebagai takdir dan redha tanpa sebarang sungutan?? Wajarkah kita begitu atau selurus manakah hati kita sehingga kita mampu menghadapinya dengan menganggap segalanya itu adalah ujian dan dugaan untuk melihat sejauh mana hati kita boleh lurus atau redha?
Tentu banyak pertanyaan dan persoalannya kan?...

Tepuk dada tanya iman...kerana semua tindakan kita bertitik tolak dari niat yg tersemat dalam HATI kita...
Sesungguhnya ..daging yg dipanggil hati itu perlu kita lihat dan servis kerana adakalanya hati kita mungkin mengalami kekurangan zat atau air.Ada waktunya juga kemungkinan Hati kita telah mati tanpa kita sedari..
Perlu juga kita intai adakah hati kita sakit atau sihat..bersih atau kotor malah putihkah atau hitam?

Friday, February 24, 2012

REDHA IS....POSITIF THINKING,Y SO HARD TO BE REDHA N HUMBLE?

Mengapa sukarnya untuk kita redha?dlm menyusuri laluan hidup ini, betapa sukarnya kita untuk redha jika bukan terpaksa?...susah jugak untuk memujuk hati melepaskan atau menerima sesuatu yang bukan pilihan sendiri..jika tidak kuat iman dan pasrah kepada Allah.
Ini semua pokok pangkalnya hati kita sendiri...adakalanya kita seakan mudah sangat redha namun ada ketika jua kita sukar sekali untuk mengakuinya sehingga menjadi paksa rela..Mengapa ya?Why?
semuanya kerana sukarnya hati kita untuk zuhud dan berlapang dada, susahnya untuk berfikiran positif dengan melihat sesuatu perkara itu dari sudut luar kotak fikiran manusia.
Sentiasa memikirkan setiap kejadian ada rahmatnya, setiap sesuatu yg diwujudkan mempunyai kelebihan untuk sesuatu yg lain...sentiasa menerima ketentuan ilahi dengan tidak mengharap balasan dan kebaikan dunia sebaliknya semata-mata mengharap pertolongan dan rahmat Allah!...bersambung....

Monday, February 20, 2012

DONT JUDGE THE TREE!

Seorang bapa yang mempunyai  4 orang anak merasa susah hati apabila keemua anak-anaknya tidak mempunyai persefahaman malahan sering berselisih pendapat.Keharmonian dan kemesraan yang diharapkan dalam keluarganya kian terasa jauh.Lalu sebelum bapanya bertambah uzur dengan peningkatan usianya, beliau telah meminta setiap orang anaknya untuk pergi melihat dan memerhatikan sepohon pear yang tumbuh di kaki lembah secara berasingan mengikut musim dan seterusnya mereka perlu melaporkan apa yang mereka lihat terhadap pokok terenut kepada bapa mereka.

Anak yang sulung disuruh pergi melihat pokok itu dalam musim bunga, anak yang kedua pula pergi melihat pokok terebut dalam musim luruh, eterusnya anak yang ketiga disuruh melihat dalam musim dingin serta akhir sekali anak yang bongsu pergi melihat pokok yang sama pada musim panas.

Setelah keempat-empat anaknya selesai melihat pokok tersebut, maka si bapa mula mengumpulkan kesemua anaknya lalu meminta mereka melaporkan apa yang dilihat seorang demi seorang.Anak yang pertama melaporkan , dia melihat keadaan pokok pear tersebut sedang berbunga dan berdaun yang lebat serta kelihatan subur.Manakala anak yang kedua melaporkan bahawa dia melihat pokok pear itu sedang mula mula menggugurkan daunnya serta tidak kelihatan secantik seperti laporan abangnya.Apa yang dilihatnya ialah pokok tersebut kelihatan buruk dengan daun dan buahnya yang berguguran ke bumi. Anak yang ke tiga pula melaporkan bahawa dia melihat pokok pear tersebut dalam keadaan kurus ,tidak berdaun,serta diliputi salji tebal. akhir sekali, anak yang bongsu melaporkan bahawa pokok pear yang dilihat olehnya pula ialah sebatang pokok yang hebat, berbuah lebat, subur dan cantik!

Apabila mendengar laporan yang berlainan dan tidak serupa antara setiap orang anak-anaknya, maka si bapa itupun menasihati serta menjelaskan kepada anaknya bahawa, usahlah mengadili atau menilai sesuatu atau seeorang dengan sekaliu pandang sahaja. kerana adakalanya pada sebatang pokok/orang yang sama tetapi hidup dalam musim/ emosi yang berlainan dan tidak serupa,mereka mempunyai hari suka dan duka,saat bahagia, sakit dan sedih serta berjaya  mereka, bagaimanapun, mereka tetap mempunyai kelebihan dan keistimewaan masing-masing malahan kelemahan serta kekurangan juga.

Kesimpulannya, janganlah mudah menilai sesuatu tanpa mengkajinya terlebih dahulu. Hargailah juga saat-saat duka bilamana saat-saat gembira menjelma kerana yang nampak buruk itu tidak selalu busuk,dan yang elok pula tidak semestinya berkualiti.
Suatu hari kita akan merindui saat-saat yang berbeza dalam hidup kita sama ada saat suka mahupun duka. Oleh itu, sebarang perselisihan pendapat dan pegangan seharusnya tidak dijadikan batu penghalang untuk hidup saling bekerjasama, malah jadikan ianya satu peluang untuk penambahbaikan diri masing-masing.

Tuesday, February 14, 2012

Semua petunjuk untuk mereka yg berfikir...

Aku ingin berkongsi rasa,mengajak semua untuk saling bermuhasabah diri..terutama diriku sendiri. berharap agar semua kesedaran dan hidayah yg datang tidak akan ditarik pergi begitu shaja, mohon agar petunjuk yg diberi jangan dijauhi dari hati ini.
Renungan bersama-sama sebuah kisah dimana seorang anak yg panas baran dan sering memarahi orang lain walau dengan sedikit kesilapan sehingga jiwanya tertanggu dan tertekan. Saranan bapanya agar setiap kali jika berasa marah atau ketika hendak marah,ketuklah sebatang paku ke dinding.Jika pula telah reda marah itu, cabutkanlah pula paku tersebut dari dinding. Si anakpun menuruti nasihat ayahnya lalu setiap kali marah,beliau akan memaku pada dinding sehinggalah didapatinya beliau memaku sehingga 30-50 batang paku dalam sehari.Namun, apabila reda marahnya,beliau pun mencabut paku2 tersebut namun masih belum menemui penawar panas barannya itu. Beliau masih sering marah jika terdapat sesuatu perkara yang tidak berkenan dihatinya. 
Bertanya lagi kepada ayahnya,maka jawab ayahnya, nak..lihatlah ke dinding yang telah kau cabut pakunya itu, apakah yang kau nampak?Jawapannya tentulah lubang-lubang bukan?..Begitulah ibaratnya kesan kemarahanmu yang tidak dapat kau bendung terhadap hati orang yang kau marah. Mereka boleh sahaja memaafkan dirimu, namun mereka tidak mungkin akan melupakan mengapa mereka dimarahi...
Pengajarannya...bukan sahaja untuk golongan yang suka, mudah dan pemarah, tetapi ambillah juga kepada mereka yang sengaja suka untuk membuat orang lain marah kerana..kedua-dua pihak sebenarnya akan turut merasa impaknya, Paling jelas impaknya adalah terhadap mereka yang dimarahi...mungkin diatas kesilapan dan kelemahan yang tidak disengajakan atau perkara-perkara remeh yang boleh diatasi dengan cara yang lebih berhemah. Oleh itu...sungguhlah bahawa orang yang sebenarnya kuat dan berani ialah mereka yang boleh memadamkan api kemarahan dalam diri sendiri..bermakna...mereka yang menyemburkan kemarahan terhadap orang lain sebenarnya adalah seorang pengecut!.