Showing posts with label cuti-cuti travel. Show all posts
Showing posts with label cuti-cuti travel. Show all posts

Thursday, March 14, 2024

MISI MENJEJAK WARIS DI PONOROGO

 Idea menjejak asal usul keturunan kami di Ponorogo ini dizahirkan oleh adik yang ingin merealisasikan impian arwah bapa yang ingin menjejak kaki dan melihat sendiri tanah tumpah waris keturunan nenek moyangnya. Lantaran kami masih lagi mempunyai saudara yang boleh dihubungi di Ponorogo, maka misi yang boleh dikatakan secara tiba-tiba ini terus sahaja kami cuba untuk realisasikannya.Setelah semua urusan dalaman di Malaysia selesai, kami menghubungi waris di Indonesia bagi menyatakan hasrat kami ingin bertandang ke sana. syukur alhamdulillah, hasrat kami itu disambut baik dan mereka bersedia untuk menyambut kedatangan kami.

 Mercu tanda yang ada di bulatan sekitar bandar Ponorogo. 

                                       

Hari yang ditunggu pun tiba, sebelum menaiki pesawat, aku sempat memaklumkan dan menghantar gambar kepada waris yang akan menjemput kami di lapangan terbang. Maklumlah, kami tak dapat membayangkan wajah masing-masing dan belum saling mengenal.

Kami tiba di Bandara  Surabaya pada pukul 12.00 tengah hari dan syukur, berdasarkan tudung yang kami pakai, waris yang menunggu kami dapat mengecam kami dan bermulalah sesi perkenalan bertanya khabar kedua-dua belah pihak. Kami dijemput menaiki kenderaan yang akan membawa kami pulang ke Panorogo yang mengambil masa sekitar 4 hingga 5 jam. Maka bermulalah pengembaraan dan menikmati pengalaman berada di negara dan tempat orang. Kami melalui jalan tol yang agak selesa walaupun kelebaran jalannya tidak selebar jalan tol di negara kita. sepanjang jalan tol terdapat juga kemacetan dan sesak terutama di kawasan bandar.Apa yang agak menghairankan kami ialah R & R di jalan tol mereka sangat simple dan hanya ada beberapa lot kedai sahaja.  Kedai makannya seolah hidup segan mati tak mahu disebabkan jarang orang singgah makan. Jika ada oder baru mereka masak.Namun surau lebih selsa dan besar dari gerai makan tadi. Di suraulah kami jumpa kipas manakala di tempat lain mintak maaf la kalau ada kipas.... payah nak jumpa kipas wehh!! huwaaaa... kami yg tak biasa ni memang kepanasan laa... air batunya pun tak sejuk sangat. huhuhuhuuu....

Gambar di atas adalah orang yang mengecat badan mereka dengan pelbagai warna bertujuan untuk mencari duit.Ada yang mengecat warna silver dan warna emas. Bukan itu sahaja, kelihatan ramai pengamin dan penjaga pakir di merata tempat. Cara mudah untuk mencari wang tanpa perlu memerah keringat. 

Setiba di Desa Bogem Ponorogo, persekitarannya biasa sahaja dan tidaklah seperti yang pernah digambarkan oleh saudara yang pernah ke sana sebelum ini. Mungkin seiring dengan peredaran masa, perubahan dan kemodenan turut merubah desa tersebut menjadi semakin bertambah baik dari semua segi. Apa yang aku dapati, orng-orang desa tersebut sudah mempunyai bilik air dan paip di dalam rumah. maka tidak perlu lagi mereka mandi di perigi atau di luar rumah. Begitu juga jalannya sudah diturap dan selesa untuk kenderaan melaluinya. Namun masih ada sedikit tradisi yang masih mereka kekalkan seperti memasak, dekorasi rumah dan cara bertani.Apa yang membuatkan kami semua hairan ialah semua rumah di sana kebanyakan tiada kipas... ada pun kipas duduk atau kipas berdiri yang di pasang ketika perlu.Bayangkan lah kami yg kepanasan ni....rasa menggelupur dibuatnya.


Kami disambut oleh sanak saudara di sana dengan meriah dan silih berganti bertandang melihat kehadiran kami. Alhamdulillah kami rasa sangat diterima dan tidak kekok berada di sana. Setelah bersuai kenal dengan orang yang paling tua dalam keluarga yang kami sebut sebagai embah Wiji, rupanya panggilan atau pangkat sebenarnya yang kami perlu panggil ialah Bokde atau makcik dan bukan embah. Bokde memperkenalkan satu demi satu anak-anak dan saudara maranya yang hadir ketika itu.kami juga memperkenalkan diri sebagai anak dan menantu dari bapa kami Sentat bin Jumiran (dlm ic tulisnya Jumiran tapi di Ponorogo mereka sebut Jemiran) yang lawaknya, bapak bin jumiran, adiknya ada yang tulis binnya sebagai jasmiran,dan jamiran.


aku dan bokde Wiji

 Selepas itu kami dihidangkan dengan menu pertama di tanah Ponorogo iaitu nasi dan kerabu  sayur (urap),tahu goreng,dan kacang rebus. Apa yang aku perasan, kebanyakan di Indonesia mereka jarang membuat minuman bancuh dlm jug untuk tetamu tetapi mereka menggunakan serbuk yang dalam sachet untuk dibancuh ke dalam cawan sahaja. maknanya mereka akan membeli banyak serbuk minuman dalam sachet (paket) dan membancuh satu-satu ke dalam cawan ikut bilangan tetamu yg ada. jadi untuk menambah lagi minuman memang tk mungkinlah kut,hehehehe.

antara menu yang dihidangkan kepada kami ialah beras tanam sendiri. urap (kerabu sayur), gorengan seperti tahu,tempe dan sayur sambal terung. Kebanyakan sayuran juga mereka tanam sendiri .Dalam gambar itu hidangan  hari ke 2, menu nasi tiwel ( nasi dan ubi kayu yang dijadikan tepung kemudian dimasak)

g
Kebanyakan sanak saudara yang ada tinggal berdekatan dalam satu kawasan kampung.Jika ada sesuatu acara atau peristiwa mereka  mudah berkumpul dan meramaikan.Boleh dikatakan satu kampung tu sedra mara sepapat sepupu mereka sahaja. Meeka saling mengenali antara satu sama lain.


bersambung......

Sunday, March 3, 2024

SURABAYA AKU DATANG LAGI........

 Kunjunganku ke Surabaya kali ini bagi memenuhi jadual perjalannan yang telah kami terbeli selama satu minggu. Baki perjalanan kami ada lagi berbbaki 4 hari 3 malam dan kami ambil keputusan untuk mengulangi kunjungan ke Tuban. 

Untungnya kunjungan kali ini kami dibawa ke tempat yang berlainan dan belum kami kunjungi. Aku akan menceritakan pengalaman kami dibawa ke Perut Bumi  iaitu sebuah gua bawah tanah yang  dikatakan asalnya merupakan tempat pembuangan sampah. Namun kerana seseorang yang mendapat mimpi mengatakan dibawahnya ada gua, maka orang itu berusaha menggali dan benarlah memamg terdapat gua di dalamnya. Pada mulanya mulut gua itu kecil sahaja, namun makin diperbesarkan setelah mendapati ia kian mendapat perhatian dari masyarakat luar. Ada juga info yang mengatakan  di dalam gua itulah tempat pertapaan atau bersuluknya orang dahulu sehingga dikatakan seseorang boleh berjalan melalui terowong hingga sampai ke mekah. Perkiraan saya, mukin kerana sejarah kepercayaan sudah begitu, itulah sebabnya telah didirikaa repika kaabah di dalam gua tersebut.                                    

           

Mungkin apabila terdirinya replika kaabah di situ, maka orang ramai menganggap tempat itu boleh diumpamakan seperti masjid yang boleh orang ramai beribadah di situ. ( Aku cuba untuk melihat arah kiblat dari dalam perut gua itu namun gagal kerana internet dr HP aku tidak dapat berfungsi) Sewaktu kami tiba dalam perut bumi itu, ada sekumpulan pelawat tempatan yang berwirid dan bertahlil mengadap replika kaabah tersebut. Terdapat juga sehelai sejadah diletakkan untuk sesiapa menunaikan solat. Kawasan pert bumi itu tidak luas mana. di keliling dinding gua terdapat tempat seperti bilik-bilik kecil yang dikatakan pernah menjadi tempat pertapaan,  


Namun ada binaan seperti batu dan perigi dibina hampir di tengah-tengah gua, yang mempunyai arahan dalam bentuk tulisan yang  pada fahaman aku bunyinya seperti khurafat. Jiaka sesiapa melempaekan sejumlah duit ke dalam perigi dengan membaca ayat tertentu, orang itu akan mendapat keuntungan 10 kali ganda"...Hmmm berhati-hatilah ya kaau kita terikut dan percaya kpd arahan dlm tulisan tersebut, kita dikhuatiri jatuh SYIRIK. di satu sudut pula, terdapat orang yang berpakaian spt ugamawan yang membuka meja menjual beras kunyit, dipercayai boleh ditaburkan di sekeliling tempat perniagaan/pertanian dan rumah bagi mendapat ggandaan atau pelaris mungkin. boleh dikatakan majoriti kumpulan pelawat tadi membeli beras kunyit tersebut dan turut memasang niat dan membaling duit ke dalam telaga. HUHUHUHUUU....

                                        

Kami telusuri lagi keseluruhan dalam gua tersebut, di mana kami dapati ada kawasan yang dijadikan seagai tapak perniagaan kecil yang menjua pelbagai cenderamata dan pakaian kepada pengunjung.

Oh yaa, lupa aku nak ceritakan, dari luar dan sekali imbas kita akan dapati deko dan rupa hiasan gua ini ada mirip-mirip seperti tokong cina atau unsur-unsur orang cina.


Wednesday, November 29, 2023

A DAY TRIP TO PULAU KAPAS

Cuti 3 hari empena Depaavali kali ini anak-anak reqest utk bercuti bersama-sama. Anak yang ke-2 mencadangkan agar bercuti ke Pulau Kapas. Akupun mencari info dan agen yang boleh merealisasikan cadangan tersebut. Alhamdulillah, aku dapat menempah semua tiket dan rumah untuk penginapan kami anak- beranak.

Hari pertama bergerak ke Marang. Kami mengambil kesempatan menikmati pemandangan sepanjang perjalanan itu.Kami sempat singgah di gerai menjual keropok leko untuk kudapan di dalam kereta.

Pemandangan di sekitar pantai area Rantau abang agak menarik. Pantainya dipenuhi pasir halus serta air laut yang membiru. 


Kami sempat melihat-lihat kawasan jeti ke Pulau Kapas sebelum esoknya kami akan menaiki bot dari situ. Rupanya jeti itu tidaklah jauh dari homestay yang kami nginap.

Bot berlepas sekitar jam 8.30 pagi dengan dipenihi oleh beberapa grup lain. Perjalanan ke Pulau yang tampak dekat dari daratan mengambil masa lebih kurang 15-20 minit sahaja.

Mula2 kami dibawa ke tempat snorkling dan dibiarkan di sana sehingga tengah hari ( 3 jam ). Puas hati kami berenang dan menyelam melihat hidupan dalam air di sekitar situ. Kami sekeluarga berenang ke pantai dan bermain pasir di situ.

Air yang jernih dan alunan ombak yang tidak begitu kuat menjadikan pengalaman menyelam di situ sangat laancar. Syukur tiada ahli keluarga kami yang mabuk laut. Puas hati kami melihat ikan-ikan yang jinak menyambar roti yang kami beri. Menyelam kali inilah bagi aku sangat memuaskan sebab aku dh dapat aplikasikan latihan dan teknik pernafasan renang yang aku belajar dari kawan-kawan sebelum ini.


Setelah tengah hari, kami dibawa ke daratan Pulau Kapas dan menunggu untuk makan tengah hari. Kos makan di pulau itu RM 15.00 satu kepala.Memang agak mahal namun kita faham, suasana di pulau tersebut memang begitu. Apa yang agak kurasakan kekurangan ialah ketika kami bercuti di situ hanya sebuah sahaja kedai makan yang dibuka. Gerai yang lain dengarnya telah tutup disebabkan minggu depan diramalkan gelombang akan kuat dan trip ke pulau akan dihentikan.

Pasir di pantai pulau kapas sangat halus dan putih. meskipun banyak gerai telah ditutup namun kehadiran pelancong masih ramai.

Percutian ke pulau ini lebih kurang seperti pengalaman d pulau Redang, cuma di sini tidak banyak tempat untuk menyelam.Ada aktiviti hiking namun aku tidak mengambil pakej itu disebabkan ada ahli keluargaku yang sakit lutut.

Tuesday, November 28, 2023

A DAY TRIP TO PULAU REDANG

 


Percutian ke Pulau pulau popular di Malaysia adalah salah satu percutian yang memang aku impikan. Apabila membaca dan melihat gambar dan cerita dari pengunjung yang pernah bercuti ke pulau-pulau, membuatkan aku berasa sangat tertarik.Majoriti mereka akan merasai suasana dan pemandangan serta aktiviti yang mengenbirakan. Oleh itu, aku begitu teringin sekali merasakannya sendiri. 

                                                           

                

Kebetulan apabila telah sampainya rezeki tuhan yang mengabulkan doa, pada bulan lapan dan kebetulan cuti agak panjang, maka perancangan percutian mula dirancang. Pada mulanya kami tidak terlintas untuk bercuti ke pulau, namun apabila ada cadangan dan permintaan maka segera aku risik-risik pada ejen dan mula mencari homestay yang bersesuaian. Percutian ke Pulau Redang ini bukan percutian aku anak beranak tetapi lebih kepada percutian keluarga. 2 orang adik beradikku beserta keluarga mereka ingin turut serta. Syukur aku berjaya mendapat bot dan homestay pada tarikh yang dirancang. 


kami bertolak awal sehari dan mengambil peluang untuk melihat-lihat kawasan di sekitar jeti Merang. Kami tiba di Homestay dalam pukul 3 petang, sempat membeli barang keperluan untuk menu makan malam.  Kami juga sempat riki-riki jeti yang akan kami pergi esok pagi. Keadaan homestay sesuai dengan bilangan ahli keluargaku yang mengikuti ekspedisi ini iaitu seramai 15 orang .adik sempat memborong durian tepi jalan dan kami tak habi pun makan beramai-ramai pada petang itu.


Keesokan paginya setelah usai sarapan, kami bertolak ke jeti yang menempatkan bot untuk membawa kami ke Pulau Redang. Oleh kerana ahli keluargaku ramai maka, satu bot itu penuh dengan keluarga kami sahaja. terasa sangat selesan dan privasi seolah bot itu kami yang punya. Perjalanan awal ke Pulau sangat lancar dan semua gembira menikmati suasana dan pemandangan laut  serta pantai dan pulau yang cantik.
                    

              Namun tidak bagi 2-3 org ahli keluargaku yg lain. rupanya-rupanya, gelombang  menyebabkan ada yang mabuk laut terutama adikku.Melepek terus setelah muntah.

Pemandangan sekitar pulau sangat cantik dan airnya jernih. Namun aku dapati ikan-ikan di situ tidak seberapa banyak seperti di Pulau Kapas.Namun kami dapat melihat penyu semasa snorkling serta ikan bawal putih yang beada di persisiran pantai.Pemandangan dari atas perkampungan pilau itu juga sangat cantik.

                           

Trip diteruskan sehingga selesai. Antara aktiviti yg kami lakukan ialah snorkling di beberapa cekpoint dan bergambar di tebing pasir yang timbul di permukaan apabila air surut. Aku sempat meronda pulau itu dengan menyewa motosikal untuk melihat-lihat suasana perkampungan di pulau tersebut.Trip sehari ini berakhir sekitar jam 3 lebih dan pulang ke tanah besar hanpir pukul 5 ptg. Setelah siap mandi dan menukar pakaian du jeti, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu pula.                           

                            



Friday, September 8, 2023

SANTAI DI RUMAH RAKIT


Suasana bersantai di rumah rakit sangat aku impikan. Satu situasi yang belum pernah aku alami. Pasti menyeronokkan,itulah perasaan yg ku gambarkan tika melihat gambar dan vedio mereka yang telah merasainya. Akhirnya tiba jua kenyataan untuk aku merasai penggalaman itu. Kesempatan kuamabil nntuk merealisasikan anganku tikamana sepupuku akan mengadakan majlis kenduri pernikahan anaknya. Tempat tinggal sepupu ini pula berdekatan dengan rumah rakit.Jadi saat aku tahu tarikh kenduri, terus aku ajak adik beraadikku untuk meluangkan masa selebihnya bagi bersantai di rummah rakit. Kebetulan pula ketika itu cuti sekolah, maka adalah masa untuk kami adik beradik bersama-sama bersantai dan berehat di rumah rakit. lagipun kebanyakan adik beradikku semuanya datang dari jauh dan sesuailah untuk berehat seketika.

Kerana teruja dan bimbang tiada kekosongan di rumah rakit sewaktu tarikh yang kami pilih, maka aku telah berusaha mencari dan menempah seawal hampir 2 bulan lebih awal. Alhamdulillah, aku berjaya mendapatkan 2 rumah rakit untuk 4-5 keluarga yang telah sepakat untuk join. Namun begitu, aku masih ragu kerana ada lagi 1-2 keluarga yang belum memberi kata putus. Namun aku ambil keputusan untuk menyewa satu lagi rumah rakit. Kesemua rumah rakit sebanyak 3 buah kami sewa untuk 6 keluarga bersantai. 

Syukur seadanya kami nikmati percutian ini dengan meriah dan ceria. Makan minum yang simple dan dibeli dlm keadaan ad-hock telah lebih dari mencukupi. Kami isi sepenuhnya  pengalaman di atas rumah rakit dengan memancing ikan dari atas rumah rakit. Walaupn keadaan air sungai deras dan  naik akibat hujan, namun kami lontarkan juga  mata pancing. Memang tidak banyak hasil yang diperoleh namun sekali dapat menaikkan anak ikan pun mampu menjadikan semua teruja dan gembira apa lagi tatkala suami adik dapat menaikkan ikan baung kenerak yang agak besar. Riuh satu rumah rakit kegirangan. 

 




dapat juga jenggo sungai

Kami hanya menyewa selama 1 malam sahaja, esok paginya semua pakat bersiap-siap untuk cekout dan meneruskan program masing- masinng. Rasanya cukuplah pengalaman seketika itu. Biarpun situasinya sederhana  dari semua segi, namun, masa berkumpul dan bercuti bersama emak dan adik beradik amatlah mahal dan berharga.

 Aku sekadar berkongsi pengalaman .Dari segi layanan tuan punya rumah rakit memang tidak dinafikan mereka sangat ramah dan baik hati. Namun untuk mendapat penginapn selesa sepeti di homestay atau hotel, memang jauhlah bezanya. Ini kerana, mukin sedia maklum, rumah rakit ini biasa disewa oleh kaki pancing yang gemar memancing turun ke sungai dengan menyewa bot. Mereka hanya jadikan rumah itu sebagai tempat bermalam sahaja. Kalau masak dan makan pun hanya menu yang simple dan mudah. Jadi janganlah kita bayangkan kemudahan dan prasarana di dalam rumah rakit itu sama seperti yg ada di homestay. Tandasnya memang mengejutkan kerana terus membuang ke dalam sungai!. dapur dan alatan memasak juga sekadar disediakan yang asas sahaja. begitu juga dengan bantal tilam selimut tidak akan mencukupi untuk ramai jika kita tidak bawa sendiri. Kondisi kesemua peralatan dan perabut yang disediakan di rumah rakit itu juga sekadar untuk memenuhi keperluan seadanya sahaja. Nasihat saya, Jika tidak selesa menggunakan peralatan yang ada dalam rumah itu, seeloknya kita bawa sendiri peralatan kita. Jangan lupa bawa sekali ubat nyamuk atau aeresol racun serangga jika ingin tidur selesa. Andai ada kipas sendiri pun boleh bawa kerana kipas yg ada tidak mencukupi untuk jumlah keuarga yg ramai.Aku tak nafikan, ada sesetengah rumah rakit yang mempunyai kondisi dan fasiliti yang disediakan sangat-sangat cantik dan memuaskan namun kebanyakannya rumah rakit tersebut dalam area Rompin. Di sana banyak pilihan rumah rakit yang lebih selesa dan moden. 

Sesuatu yang paling penting ialah, kita jangan sesekai membuang sampah ke dalam sungai. Walaupun ada terlihat orang yang duduk di rumah rakit tu membuang sampah ke dalam sungai, namun aku nasihatkan, elakkanlah. buang sahaja dlm tong sampah yang disediakan. 

Monday, May 29, 2023

KUNJUNGAN KE SURABAYA

 Aku tidak anggap ketibaanku di Surabaya sebagai  satu lawatan tetapi lebih kepada kunjungan ke rumah rakan sahaja kerana  kebetulan adikku ada kawan di sana dan kawannya kebetulan telah pulang ke Surabaya sempena  dapat bercuti panjang dari majikannya di Malaysia. 

Syukur kunjungan kami mendapat sambutan yang baik dari kawan adikku. dari airport kami terus disambut dan dibawa nemaiki MPV yg selesa menuju ke Tuban. Walaupun dari luar kenderaan itu nampak gah dan cantik tetapi rupanya di dalamnya masih enggunakan transmisi manual. Nasi baik dapat kenderaan yang berekon.Rupanya kawan tu kampungnya di Tuban. Perjalanan mengambil masa 3 jam juga dah la kami sampai di air port sekitar pukul 4 petang, dan akhirnya tiba di rumah kawan hampir pukul 9 malam. Perjalanan dari petang bawa ke malam tidak dapat menyajikan pemandangan sekitar dengan jelas. Yang jelas cuma kesssibukan dan kebingitan di sepanjang perjalanan di jalan raya! hahahahah...

Tibanya di rumah, dengan letih dan perut lapar kami dihidangkan ketupat nasi bersama kuah lemak atau gulai bercampur ikan pari salai beserta beberapa juadah sampingan yang ringan. Alhamdulillah sedap sungguh makan ketupat besar yang dihidang!.. sungguh! itulah pertama kali aku melihat ketupat sebesar itu!... 

     

     

Keesokan harinya selepas subuh kami mengambil peluang berjalan kaki mengelilingi kampung atau perumahan tempat kami tinggal itu. Beramah mesra dengan penduduk di situ sambil melihat-lihat fenomena sekitar di tempat orang. Kami terkejut melihat cara menuai di kebun jagung yang memotong bahagian atas pokok dan hanya meninggalkan buah jagung yang hampir tua. Buaah jagung akan dibiarkan sehingga kering di pokok barulah dituai.

                                    
Pagi itu kami ingin mencuba menu sarapan pagi yang ada dijual di hadapan rumah dan di tepi jalan perumahan di situ. Antaranya kami rasa beberapa jenis kuih, nasi pecel dan pulut                           

                                           nasi pecel. ada kuah gulai berserta sayuran dan peyek.

                                    

                                gerai tepi jalan depan rumah 

                                            

                                        pulut makan bersama kelapa parut

                                            

       Selepas sarapan, kami di bawa pusing-pusing kampung itu dan melihat kebun jagung serta kandang kambing dan lembun.Kami diberi pinjam motosikal. dikesempatan tu dapatlah kami pusing keliling melihat kampung di Tuban dan terdapat bebrapa kebun pokok jati yang ditanam di situ.Kawasan perumahan atau kampung di situ memang padat dan rapat-rapat rumahnya antara satu sama lain, manakala laluan celah-celah rumah memang kecil dan membolehkan hanya motosikal sahaja melaluinya. Jalan besar pun hanya memuatkan sebuah kereta untuk lalu dan jika berselilih salah satu kereta perlu ke tepi dan mengalah.

                                     
                                    
             
           
Selepas pusing-pusing desa kamipun bersiap untuk pergi ke pekan Tuban dan melihat-lihat suasana di sana.Rupanya di Tuban ada terdapat makam Wali Songo yang menjadi tempat pelancongan. Kami teruja untuk pergi kerana alang-alang dah sampai Tuban mengapa tidak melihat sendiri sejarah yg ada di situ. Suasana di pemakaman sangat meriah dengan pelancong tempatan yang datang dari Jambi dan daerah terdekat. Bersebelah makam ada masjid biru yang cantik dan besar.Laluan untuk ke makam penuh dengan kios jualan makanan dan gerai / bazar yang menjual cenderamata serta pakaian-pakaian. Masuk ke dalam makam kena bayaar harga tiket. lupa pula berapa . Suasana di dalam kompleks pemakaman pula riuh dengan suara zikir dan tahlil yang dibaca oleh pelawat yang kunjung ke situ. Adik amik kesempatan untuk membaca yasin  dan berzikir. Kami sempat juga menemubual penjaga makam mengenai kisah Wali Songo. 
                                                   
                             antara gerai jualan disepanjang laluan ke makam wali songo
                                                         
Sebelum pulang sempat kami mencicipi makanan di gerai  antaranya mencuba makan Soto dan Bakso Namun rasanya tidak memenuhi piawaian tekak dan berbeza dengan Soto di Malaysia.


                                              
                                           kami singgah di gerai makanan jual mi soto dan bakso
                             

                                           Ini hidangan soto, rupanya di dalamnya ada nasi tapi  bukan bubur nasi 

 
                                  

                                                          Bakso dan soto  


Kami sempat melencong ke kawasan pantai berdekatan untuk melihat suasana di situ. Pantainya tidak berapa menarik dan kotor, tiada pasir dan hanya lumpur.. kami tidak ambil masa yang lama dan teruskan perjalannan pulang. Menaiki motorsikal dalam kawasan jalanan yang sesak dengan motor dan berebut dengan kereta, membuatkan kita agak cuak kerana rata-rata pengguna jalan raya keihatan kurang berdisiplin. Namun mungkin sudah kebiasaan, cara membawa kenderaan di jalanan secara  tidak teratur sepertinya tidak pelik bagi mereka tapi amat merimas dan merisaukan bagi yang tidak biasa. 

 

Bersambung untuk catatan di hari esoknyya....