Showing posts with label cakap apa aku suka.. Show all posts
Showing posts with label cakap apa aku suka.. Show all posts

Wednesday, November 9, 2022

SEBENARNYA.......aku tahu... (#buatorang#ke3@PENYONDOL#)

 Aku tahu, sekarang kau rasa dirimu teraniaya, kau sedih kau kecewa dan kau sakit hati atas apa yg terjadi,,,Aku tahu... kau masih tak puas hati dan masih mencuba untuk menyampaikan apa yang kau rasa tetapi kau tak berpeluang dan kau terpaksa telan mengakui kesilapan itu memang darimu...kau seolah tak boleh nak buat apa, tak boleh  nak kata apa kerana memang ternyata apa yang kau lakukan itu salah. Masalahnya lagi berat bila semua kesilapan dan kesalahan itu ada bukti yang nyata yang engkau sendiri akhirnya terpaksa mengakuinya...kau TERPAKSA kerana tak boleh lari lagi....kau cuba meluahkan apa dan kenapa dan menyatakan kekesalan atas apa yg berlaku namun tiada dilayan dan tiada siapa peduli. Lagi kau sakit hati bila orang yg kau percaya dan harapkan selama ini seolah tidak pon mengendahkan dirimu malah kau rasa dia hanya menyalahkan kau seorang atas apa yang terjadi...tak berani pun nak mengakui memerlukanmu dlm hidupnya. Kau telah hilang arah dan hilang tempat mengadu sekali lagi. Kau keseorangan, kau kesepian,,,kau rasa dipermainkan!

Aku tahu, kau sakit, sebenarnya kerana kau kecewa! kau sakit hati sebab kecewa dipatahkan hati dan perasaanmu oleh orang yang kau cinta. Kau kecewa kerana angan dan citamu ingin mengecap kasih sayang bersamanya tidak kesampaian.. kau kecewa bila tiba-tiba orang yang kau harapkan itu mengecewakan semua apa yang kau mimpi selama ini. kau rasa tiba2 hidupmu bagai ditimpa jerebu dan hujan batu... tiba2 sahaja cuaca yang kau sangka cerah rupanya mendung buruk di penghujung cerita....

Aku tahu betapa sakitnya tuh di sini!.. sakitnya hatimu dikhianati... sakitnya hatimu ditipu!.. sakitnya hatimu mempercayai dan menyayangi orang yang salah!....kau menangis tak berlagu, kau meratap sendiri, hatimu pedih luka rabak!... aku tahu....sedangkan orang yg kausayang itu tak inginpun bertanggungjawab malah tega membiarkan kau begitu sahaja..bak habis madu sepah dibuang.

Maaflah, aku  yang tahu semua ini terpaksa juga membisu demi sebuah kebaikan... kerana jika tidak, kau terus berdegil untuk tidak mahu mengakui salah dgn semua yg berlaku.. kau tidak anggap sikapmu selama ini sebagai satu kesilapan malah kau bangga kerana berasa dirimu begitu berharga dan dihargai di mata dia dan dunia...kau bangga kau seronok berjaya menawan hatinya malah kau yakin  si dia juga menyanyangimu ...kau rasa tidakan mu betul dan tidak salah kerana kau rasa tidak bersalah apaa-apa seolah kau  dan dia ada hak  untuk teruskan mimpi itu, sedangkan yang kau tidak tahu, sebenarnya  kau memang DITIPU, TERTIPU DAN MENIPU!...

Kini kau terimalah keadaan sakit itu kerana sikapmu sendiri..kau telanlah kepahitan itu bak menelan khuldi, Kau rasailah pedih menerima hentaman, kekerasan malah pulangan paku buah keras itu, jika tidak dengan kekerasan, mungkin kau tidak terbuka mata, jika tidak dengan hinaam, mukin kau akan sesat selamanya, jika tidak dengan kekecewaan ini, pasti kau kekal dalam angan2, malah jika tidak dengan KETERPAKSAAN INI kau akan kekal dalam  jerat SYAITAN!

Sebenarnya aku tahu, kau sakit itu kerana kau KECEWA  DIKECEWAKAN bukan kerana perpisahan atau kehilangan,kau kecewa kerana kebodohan sendiri. Aku tahu kau kau bukan menyesalpun, aku tahu kau masih simpan hati dan hasrat itu, menyondol ni memanglah sedap kan!tak apalah kerana aku tahu Tuhan juga maha tahu!..MASIH NAK TERUSKAN? ..Silakanlah!

SYUKUR ALHAMDULILLAH!







Tuesday, August 2, 2022

UNTUK KESEKIAN KALINYA...bicara HATIku...

Aku masih tak dapat bohongi hati...

aku rasa sangata-sangat rapuh perasaaan ini...harapan ini bagai tiada lagi...aku tak kuat, luaran aku nampak gagah namun dalaman aku rapuh tiada yang tahu...

setelah apa yang berlaku dan setelah apa yg aku lalui....jujur....setiap masa adalah satu siksaan. setiap ketika adalah satu deraan jiwa...

sehingga satu saat hati ini berkata.... aku harus pergi....!

aku tak perlu bohong hati lagi...aku harus pergi....aku perlu lupakan dan tinggalkan semuanya...aku ingin buang segala yg membelenggu jiwa... segala resah dan gelisah di hati...aku mahu lari setelah tak mampu laggi memujuk hati...sungguh, hati aku dah mati??aku tak ingin lagi ada kaitan dengannya... aku ingin pergi! lepaskan aku pergi!...

kerana hidup bersama bayangan yang mendera sangat menyakitkan!...kerana aku tahu...hati ada satu, perasaan ada banyak...hancur satu hati ini, akan hilang semua perasaan....bukan mudah untuk dikembalikan semula semua perasaan yg telah pergi untuk kembali dalam satu hati...

kerana hati itu milik kita tapi..

perasaan itu milik DIA...

DIAlah yg berrkuasa menentukan dan membolakbalikkan hati dan perasaan manusia... entah sampai bila aku harus memendam rasa...memujuk hati..lupakan semua...


belayar dilautan yang tiada bertepian umpama hilang arah tujuan....Hanya kepada Allah aku berserah, kepadanya aku mengadu dan memohon ketabahan atas ujian ini....

Wednesday, May 23, 2012

FENOMENA BAHASA KINI

Nak luahkan mengenai fenomena bahasa melayu masa kini yang melanda bangsa dan warga kita tanpa kita sedari. biarpun agak nampak kecil namun jangan anggap yang kecil itu hampas.. Daripada yang kecil tu lah akan lahirnya yang BESAR.
Fenomenanya simple jer..cer renungkan sejenak kisah ini...
suatu hari tu, aku rasa sungguh bengang dan pada masa yang sama geram dengan keadaan masyarakat sekeliling.Aku singgah di sebuah gerai dalam pasaraya yang menjual wafer kerana anakku hendak membeli wafer. Aku seperti biasa memesan wafer kegemaran anakku iaitu wafer yang berintikan kaya dan mentega. Aku telah sebutkan perisa yang aku ingini kepada penjual itu. penjual di gerai itu merupakan seorang perempuan muda yang mungkin baru menamatkan persekolahannya kerana sifat kebudak-budakannya masih terlihat. namun aku tak peduli semua itu. apa yang menghairankan aku,budak penjual itu sekali lagi bertanyakan padaku apa pilihan perisa yang aku mahu untuk di sapu pada wafer tersebut. mulanya aku beranggapan yang mungkin budak itu terlupa apa perisa yang aku sebutkan tadi. lantas dengan jelas dan terang aku sebutkan lagi sekali. Aku kata"perisa mentega dan kaya ya". Aku ingatkan dh jelas dan nyata aku sebut perkara yang dikehendaki namun, rupanya aku silap..sekali lagi budak penjual wafer tu meminta aku sebutkan semula perisa pilihanku.."mentega dan kaya"..!aku sebut sekali lagi sambil merenung muka perempuan itu dengan kehairanan. dalam hati,aku bertanya2..apa yang susah nak faham apa aku sebut..?aku sebut dalam bahasa melayu lagi. Budak tu pun memang budak melayu...entahlah kalau PATI. tapi aku yakin dia memang orang melayu.
beberapa lama kemudian budak itu berkata" oooo...BUTTER.dengan kaya ker??...
Looorrr..????..salah aku ke menyebut mentega tadi?..nape..budak ni tak tau ke mentega tu apa?..mulalah aku nk naik temperature ni..dah la masa dalam pasaraya tadi, ada seorang nyonya yang dalam usia emas telah ber hello..hello..hello..dengan aku. Mulanya aku ingatkan nyonya tu bercakap dlm telefon dan mungkin liputan dalam pasaraya tu tak berapa jelas sehingga nyonya tu terhello..hello sampai 5-6 kali. Rupa2nya nyonya tu hello ngan aku kerana dia nk ambil minyak masak yang betul2 dihadapanku. Leeerrr....udahla nyonya tu duduk betul2 kt belakang aku..manalah aku tau yang dia tu nk ambil barang depan aku kerana banyak lagi minyak masak di tempat lain.aduuussss...plak tu terhello-hello...cubalah sebut excuse me, ke.atau ..maaf ya..ke..ataupun sebutlah perkataan yang boleh buat orang di depan faham apa yg org belakang mahukan.

kesimpulannya, bukan setakat perkataan melayu yang diinggeriskan, namun kebanyakan pelajar masa kini amat kurang perbendaharaan kata dalam bahasa melayu itu sendiri..Bayangkan..sudah disebut dan diingatkan berulangkali kepada pelajar agar hitung betul-betul sebelum jawab soalan matematik..namun mereka pula yang bertanya guru..Cikgu..hitung tu apa?..ooo..agaknya dah biasa sebut dalam bahasa inggeris kut selama ini. Kebanyakan mereka pelajar masa kini juga lemah penguasaan sinonim dan antonim bahasa kita. Bukan guru tidak mengajar tetapi kebanyakan mereka ni tidak berminat dan tak mahu ambil peduli ketika guru mengajar. terutama murid tahap 1..mereka selalu dan biasa menyebut perkataan sedih namun bukan dukacita.rela lagi mereka memilih jawapan kecewa untuk sinonim bagi sedih, begitu juga mereka tidak faham pada perkataan gigih.


Kekadang, pelik melihat senario pelajar yang pelik mendengar perkataan dalam bahasa melayu itu sendiri.Nampaknya, tugas guru bahasa kian mencabar!

Friday, April 20, 2012

feeling

Huh..hari ini macam-macam  rasa ada dalam dada ini.bak kata Astro..macam-macam ada!. Ya,aku rasa sedih, hina macam orang terbuang, rasa marah, geram, benci umpama bermusuh, aku rasa bengang, menyampah, meluat dan rasa nak mejerit, nak menangis, nak memaki pon ada.
Mengapa aku berperasaan seumpama tak terkawal ni?.. jika lihat pada teori keperluan ..sudah tentu ada antara 1 kehendak diri kita yang tidak kesampaian atau tidak diperoleh! kesian bukan? Tapi sebagai hamba yang menyedari takdir tuhan, apalah yang dapat kita lakukan selain pasrah sahaja.. Biarlah redha degan ketentuan dan sedikit dugaan yang di beri ini, agar suatu hari nanti aku beroleh keredhaanNya. Kalaulah ikutkaan nfsu amarah, sudah tentu aku bertindak di luar batasan, umpamakan wanita yang memegang talak,dan bila sedang marah, pasti akan terus jatuhkan talak-talak yang ada,waima jika 10 talak puan, dh tentu akan di gugurkannya sehingga 10 kali kan!mmm.tu pasal wanita tidak di beri hak sedemikian.
Begitulah umpamanya feeling aku saat ini. Namun aku percaya,sehabis sahaja aku nokhtakan coretan ini, maka akan sejuklah perasaan ini kelak.

Friday, August 12, 2011

tak baik tau menganggap negetif pada org lain!

apa aku nk kata tentang orang-orang ini ya? mereka semua menunjukkan penampilan yang bagus dan baik serta bersopan, namun masih dapat dibaca hati mereka dari pendirian dan tindak tanduk mereka sendiri. mendabik dada mengatakan mereka bekerja untuk negara,untuk masyarakat untuk tuhan, tetapi peliknya malahan mrk tega mempertikaikan keikhlasan orang lain dalam menjalankan tugas. mereka yakin berdiri di landasan yg betul tanpa mahu melihat kiri dan kanan persekitaran semasa lantas menganggap orang lain sesat.tidak pula mereka pernah cuba untuk mendekati, mendalami dan cuba berkongsi pendapat atau bercerita dengan sesuatu golongan yang mereka tidak gemar ini. cubalah mereka selidiki dahulu pokok perkara sebelum membabi buta membuat perkiraan.mereka umpama gunting dalam lipatan.merekalh musang berbulu ayam. jadi bagaimana perasaan mereka pulak bila orang lain membuat andaian dn persepsi negetif terhadap mereka?mereka sangat pandai menjatuhkan hukuman halal dn haram gaji orang lain dlm mencari rezeki tuhan seolah mereka tahu sangat niat hati manusia itu? siapalah kita untuk menjatuhkan hukuman sebegitu?biarlah tuhan sahaja yg mengetahui apa yg tersirat dan tersurat dalam dada seseorang itu. apa yg pasti ialah tidak kira sesiapa pun, suatu hari setiap perkara yg kita lakukan, yg baik mahupun yg buruk tetap akan d beri balasan. mungkin masanya sahaja yg mungkin cepat dan juga mungkin lambat. ada yg menerima di dunia dan ada yg d akhirat. sesungguhnya itu semua adalah urusan tuhan. apa yg seharusnya kita lakukan ialah muhasabah diri sendiri serta cuba perbaiki yg kurang dan lemah dan kekalkan yg baik dan bagus.

sememangnya kita maklum, melihat diri sendiri tidaklah sama dengan perspektif orang lain melihat diri kita. namun kita perlu percaya bahawa sedikit sebanyak segalanya akan terpancar di riak muka kita sendiri dan segala yg tersembunyi boleh di kenalpasti. kerana sesungguhnya hanya permata yg mengenal manikam.sebagai manusia biasa, perlu diakui yg sememangnya kita punya kelemahan masing-masing,dan juga punya kelebihan tersendiri. namun sikap memandang lebih kepada kelebihan sendiri dan kelemahan orang lain adalah tidak patut dan tidak adil.kita perlu berbaik sangka sesama kita. tidak perlulah memanjangkan perkara yg remeh.berhentilah mengandai dan menganggap orang itu sebegini, orang itu sebegitu....

Thursday, August 4, 2011

kerasnya hatimu seego diri.

huh, sombongnya insan itu!mungkin semangat dan wawasannya terlalu tinggi sehingga tidak mahu kelihatan walau sedikit kelemahan dan kekurangan diri. Mengaku bertanggungjawab terhadap semua perkara dalam institusi sehingga mendabik dada dengan kekebalan yang ada. Walhal bertelur cuma sebiji tapi riuhnya sekampung. mulut berbunyi namun semuanya hanya tin kosong!.Adakalanya aku malu dengan sikap pemimpin sedemikian yg mentadbir jajahan, konon memangku wawasan walhal memandu ke arah yg terpesong.Langsung tidak pernah menunjukkan teladan, langsung tidak pernah mengakui kesilapan langsung tidak tahu apa tugas hakiki yg sebenar. Jika setakat mengarahkan orang bawahan menyiapkan kerja nya, sesiapapun boleh berada di atas waima "orang-orang" pun!.Memanglah malang untuk golongan bawahan bila mendapat pemimpin sebegini namun sesetengahnya menjadi tempat untuk orang menangguk di air keruh. Sesiapa yang pandai mengampu dan mengipas, memuji dan menjilat kaki, maka mereka inilah yang akan mendapat manfaatnya dari orang2 seperti ini.

orang yang hanya tahu mencari kesalahan orang lain dengan cepat membuat persepsi sendiri sebenarnya masih jauh lagi panggang dari api untuk menjadi pemimpin yang di segani dan di hormati. malah merekalah pemimpin yang di keji dan di maki juga hanya di takuti. mereka ini gagal mendapatkan penghormatan dari orang bawahan kerana sebenarnya mereka sendiri tidak pernah menghormati orang  lain.

Orang yang bongkak seperti ini tidak akan mahu menerima pendapat dan kritikan atau pandangan dari orang lain. yang mereka mahu hanyalah ingin menunjukkan kuasa yang ada beseerta ego dengan power di tangan. kata-kata mereka itu arahan dan arahan mereka itu umpama hukuman mandatori.

seharusnya golongan pentadbir yang naik pangkat secara time base atau senioriti ini diberikan kursus tatacara dan tingkahlaku sebagai seorang yang profesional,atau sekurang-kurangnya mereka perlu membaca buku-buku yang berkaitan dengan PR kerana kebanyakan mereka yang berada di atas sudah lupa asal usul dan taraf mereka sebelum ini. mereka di silaukan dengan jawatan yang tk setinggi mana itu...mereka tertipu dengan pangkat dan kuasa di dunia kerana kebodohan sendiri.

Melihat cermin pada diri sendiri memang tidak akan nampak cacat celanya tetapi jika mereka bercerminkan orang lain, maka mereka juga akan tahu bagaimana pendapat orang terhadap diri mereka kerana jika mereka sentiasa menilai ornag lain, tidak mustahil orang pun turut menilai mereka juga, bezanya mereka yg di atas menilai untuk memberi anugerah tetapi org di bawah menilai untuk mencari kebenaran dan keadilan.

Sampai bila golongan begini hendak menongkat langit?..bolehkah pangkat di bawa mati?..mereka rela hilang kawan dari hilang keegoan diri. konon menjaga maruah diri dengan menganggap bila mati tanam sendiri.....