Showing posts with label PENGALAMAN. Show all posts
Showing posts with label PENGALAMAN. Show all posts

Tuesday, January 13, 2026

 SEBUAH GAMBARAN YANG TAK TERLUPAKAN...

            Ada bamyak kenangan dan memori serta pengalaman yang kita alami sewaktu menunaikan umrah. Aku percaya ramai yang dapat pengalaman terbaik masing-masing sepanjang engembaraan penyucian jiwa ini. Aku tidak terkecuali, walau pengalaman aku ini sekadar sedikit pengalaman umpakamakan di hujung kuku sahaja.Maklumlah ini adalah kali pertama aku menunaikan umrah.

            Antara pengalaman yang tak terlupakan dan peristiwa ini sering menjadi tandatanya terhadap diriku sendiri. Sedikit ralat terasa di hati.Aku tk tahu bagaimana nk memulakan cerita ini. Yang ku ingat waktu tu aku dan kawan sebilik bercadang untuk ke masjid awal untuk iktikaf dan solat di masjidilharam. Setelah bersiap kamipun jalan bersama-sama menuju ke masjid, Separuh perjalanan tu, tiba-tiba aku tersentak apabila laluanku di hadapan terhalang oleh sosok seorang lelaki yang sakit yang kurus, dan kondisinya sungguh kasihan dan jelas tidak sihat berada di hadapanku. Keadaan lelaki itu berdiri tegak dengan memegang sebatang tongkat/kayu dan tidak bergerak. Namun matanya terbuka dan memandang ke arah hadapan iaitu ke arah aku datang.Yang mengejutkan aku ialah kondisi lelaki itu yang kukira  dia sangat sakit dan memerlukan bantuan, hingus hijau pekatnya yang meleleh dan tergantung di hidung begitu tebal sekali. Bukan seperti hingus kita yang biasa ni, tetapi hingusnya sungguh pekat likat tebal dan hijau cendol!..tergantung hingga ke dagu. Yang aku ingat waktu aku terlihat gambaran itu ialah aku hanya beristigfar, Istigfar sebab terkejut dan sekaligus sangat simpati dan rasa bersalah kerana tidak dapat menolongnya. ALlahu AKbar!..

        Dalam keadaan tergesa-gesa itu, kawanku telah menyelinap kelaluan kiri bahu jalan, sedangkan aku perlu melintasi lsosok lelaki itu ke sebelah kirinya.Aku menundukkan pandangan meneruskan berjalan untuk mengejar kawanku tadi. Dalam hati aku hanya mampu berdoa agar Allah permudahkan urusan lelaki itu serta d beri kesembuhan selain berharap akan adalah orang yang dapat membantu lelaki itu nanti.

        Setelah berjaya jalan bersaing dengan kawanku tadi, aku pun bertanya padanya"Dayah, Kau nampak tak lelaki d jalan tadi?" Dayah menjawab, Saya nampak kak, tu sebab saya mengelak menjauh ikut bahu jalan. Dalam hati aku sedikit lega kerana mataku tidak salah melihat. Namun tiba-tiba lidahku ringan sahaja menjawab semula " Kan Dayah kata nak jumpa wali Allah di mekah ni, Rasa-rasa ada ke wali akan muncul dalam bentuk yang cantk-cantik sahaja?.Apabila mendengar ayat dariku, cepat-cepat dayah tersedar dan beristighfar. Kak, terima kasih ingatkan saya, Sebenarnya aku teringat semalam Dayah ada mengatakan padaku, di mekah ini wali Allah turut berada di sini kerana mereka beribadat.Dayah menyatakan kemungkinan wali tu menyerupai orang-orang yang kita tidak kenali. Dia juga nyatakan hasrat utk menegur dan beramah mesra dgn sesiapa sahaja yang berada di sebelahnya nanti kerana berkemungkinan orang tersebut adalah wali  Allah. ya, siapa tahu kan?.  Sebenarnya pabila mendengar kata-kata dari Dayah mengenai adanya Wali yang menyerupai manusia di Mekah, aku tidak menafikan ia memang ujud, namun terdetik jauh di sudut hatiku mengatakan bukan mudah untuk menjumpainya. 

            Aku  masih tertanya-tanya sehingga kini, mengapa kenapa dan apakah hikmah kami terlihat gambaran  sosok lelali itu... Sungguh, aku ralat dalam hati kerana tidak dapat menolongnya waktu itu. Ya Allah, ampunilah aku!...

Thursday, March 14, 2024

MISI MENJEJAK WARIS DI PONOROGO

 Idea menjejak asal usul keturunan kami di Ponorogo ini dizahirkan oleh adik yang ingin merealisasikan impian arwah bapa yang ingin menjejak kaki dan melihat sendiri tanah tumpah waris keturunan nenek moyangnya. Lantaran kami masih lagi mempunyai saudara yang boleh dihubungi di Ponorogo, maka misi yang boleh dikatakan secara tiba-tiba ini terus sahaja kami cuba untuk realisasikannya.Setelah semua urusan dalaman di Malaysia selesai, kami menghubungi waris di Indonesia bagi menyatakan hasrat kami ingin bertandang ke sana. syukur alhamdulillah, hasrat kami itu disambut baik dan mereka bersedia untuk menyambut kedatangan kami.

 Mercu tanda yang ada di bulatan sekitar bandar Ponorogo. 

                                       

Hari yang ditunggu pun tiba, sebelum menaiki pesawat, aku sempat memaklumkan dan menghantar gambar kepada waris yang akan menjemput kami di lapangan terbang. Maklumlah, kami tak dapat membayangkan wajah masing-masing dan belum saling mengenal.

Kami tiba di Bandara  Surabaya pada pukul 12.00 tengah hari dan syukur, berdasarkan tudung yang kami pakai, waris yang menunggu kami dapat mengecam kami dan bermulalah sesi perkenalan bertanya khabar kedua-dua belah pihak. Kami dijemput menaiki kenderaan yang akan membawa kami pulang ke Panorogo yang mengambil masa sekitar 4 hingga 5 jam. Maka bermulalah pengembaraan dan menikmati pengalaman berada di negara dan tempat orang. Kami melalui jalan tol yang agak selesa walaupun kelebaran jalannya tidak selebar jalan tol di negara kita. sepanjang jalan tol terdapat juga kemacetan dan sesak terutama di kawasan bandar.Apa yang agak menghairankan kami ialah R & R di jalan tol mereka sangat simple dan hanya ada beberapa lot kedai sahaja.  Kedai makannya seolah hidup segan mati tak mahu disebabkan jarang orang singgah makan. Jika ada oder baru mereka masak.Namun surau lebih selsa dan besar dari gerai makan tadi. Di suraulah kami jumpa kipas manakala di tempat lain mintak maaf la kalau ada kipas.... payah nak jumpa kipas wehh!! huwaaaa... kami yg tak biasa ni memang kepanasan laa... air batunya pun tak sejuk sangat. huhuhuhuuu....

Gambar di atas adalah orang yang mengecat badan mereka dengan pelbagai warna bertujuan untuk mencari duit.Ada yang mengecat warna silver dan warna emas. Bukan itu sahaja, kelihatan ramai pengamin dan penjaga pakir di merata tempat. Cara mudah untuk mencari wang tanpa perlu memerah keringat. 

Setiba di Desa Bogem Ponorogo, persekitarannya biasa sahaja dan tidaklah seperti yang pernah digambarkan oleh saudara yang pernah ke sana sebelum ini. Mungkin seiring dengan peredaran masa, perubahan dan kemodenan turut merubah desa tersebut menjadi semakin bertambah baik dari semua segi. Apa yang aku dapati, orng-orang desa tersebut sudah mempunyai bilik air dan paip di dalam rumah. maka tidak perlu lagi mereka mandi di perigi atau di luar rumah. Begitu juga jalannya sudah diturap dan selesa untuk kenderaan melaluinya. Namun masih ada sedikit tradisi yang masih mereka kekalkan seperti memasak, dekorasi rumah dan cara bertani.Apa yang membuatkan kami semua hairan ialah semua rumah di sana kebanyakan tiada kipas... ada pun kipas duduk atau kipas berdiri yang di pasang ketika perlu.Bayangkan lah kami yg kepanasan ni....rasa menggelupur dibuatnya.


Kami disambut oleh sanak saudara di sana dengan meriah dan silih berganti bertandang melihat kehadiran kami. Alhamdulillah kami rasa sangat diterima dan tidak kekok berada di sana. Setelah bersuai kenal dengan orang yang paling tua dalam keluarga yang kami sebut sebagai embah Wiji, rupanya panggilan atau pangkat sebenarnya yang kami perlu panggil ialah Bokde atau makcik dan bukan embah. Bokde memperkenalkan satu demi satu anak-anak dan saudara maranya yang hadir ketika itu.kami juga memperkenalkan diri sebagai anak dan menantu dari bapa kami Sentat bin Jumiran (dlm ic tulisnya Jumiran tapi di Ponorogo mereka sebut Jemiran) yang lawaknya, bapak bin jumiran, adiknya ada yang tulis binnya sebagai jasmiran,dan jamiran.


aku dan bokde Wiji

 Selepas itu kami dihidangkan dengan menu pertama di tanah Ponorogo iaitu nasi dan kerabu  sayur (urap),tahu goreng,dan kacang rebus. Apa yang aku perasan, kebanyakan di Indonesia mereka jarang membuat minuman bancuh dlm jug untuk tetamu tetapi mereka menggunakan serbuk yang dalam sachet untuk dibancuh ke dalam cawan sahaja. maknanya mereka akan membeli banyak serbuk minuman dalam sachet (paket) dan membancuh satu-satu ke dalam cawan ikut bilangan tetamu yg ada. jadi untuk menambah lagi minuman memang tk mungkinlah kut,hehehehe.

antara menu yang dihidangkan kepada kami ialah beras tanam sendiri. urap (kerabu sayur), gorengan seperti tahu,tempe dan sayur sambal terung. Kebanyakan sayuran juga mereka tanam sendiri .Dalam gambar itu hidangan  hari ke 2, menu nasi tiwel ( nasi dan ubi kayu yang dijadikan tepung kemudian dimasak)

g
Kebanyakan sanak saudara yang ada tinggal berdekatan dalam satu kawasan kampung.Jika ada sesuatu acara atau peristiwa mereka  mudah berkumpul dan meramaikan.Boleh dikatakan satu kampung tu sedra mara sepapat sepupu mereka sahaja. Meeka saling mengenali antara satu sama lain.


bersambung......

Tuesday, March 22, 2022

SELOKA KENANGAN DI SK KG BAHARU BAGAN DATUK

 



TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA

KPD SEMUA WARGA SKKB

MENERIMA SY SEADANYA

MENCARI PENGALAMAN SEBAGAI NEWBIE

 

DARI HILIR PERAK SAYA DATANG

KE BAGAN DATUK TERPAKSA BERULANG

JARAK YG JAUH MEMBUAT HATI SAYA WALANG

 SELALU MENGANTUK DLM PERJALANAN PULANG

 

SAYA DATANG DENGAN  TGN KOSONG

SKKB  TEMPAT MULA-MULA SY MENUNTUT ILMU

GURU BESAR DAN RAKAN GURU JADI PENDORONG

MENGGERAK DAN  MOTIVASI SY TANPA JEMU

 

MULA2 BERKHIDMAT SY RASA TAKUT

MELIHAT GURU2 SKKB SEMUA HEBAT

RISAU KERJA SY TERSANGKUT-SANGKUT

RUPANYA  GURU2DI SINI  SEDIA BERKHIDMAT

 

KERISAUAN MELANDA BILA PN NORAINI KELUAR DARI SINI

HILANG  ORG UNTUK SAYA BERTANYA HAL

TAMBAHAN PULA GB EN RAMLI  BERTUKAR KPD EN SAPARI

RUPANYA TUHAN BAGI SY PENGALAMAN YG  SGT  MAHAL

 

TN HJ SAPARI GURU BESAR KOMITED DAN SERBA BOLEH

BANYAK MEMBANT UTK SY BELAJAR MENTADBIR

TERIMA KASIH  TIDAK TERHINGGA  SENG AKEH2

MALANGNYA PERPISAHAN INI SUDAH DITAKDIR

 

SUNGGUH  BERTUAH RASA DI SINI

PIBG MEMBERI SOKONGAN PADU

MOHON SAJA BANTUAN DARI PIBG

EN SAIFUL PANTAS LULUSKAN  SELALU

 

PALING TK LUPA MURID2 SKKB

SEMUA SPORTING  RAJIN  DAN SEMANGAT TINGGI

SAYU D HATI NK TINGGALKAN MEREKA PERGI

KENANGAN BERSAMA AKAN TETAP DI HATI

 

 KPD SEMUA WARGA SKKB DAN PIBG

10 JARI KUHULUR AMPUN DIPINTA

HALALKAN SEMUA YG SY AMBIL DI SINI

MAAFKN SY YG TIDAK SEMPURNA

Saturday, February 19, 2022

PENGORBANAN TERAKHIR... HANYA KERANA-Mu..



Hanya kerana Mu yaAllah, aku luruskan hati menerima dan memaafkan dia semula.
 

Memang jika ikutkan hati dan jiwa ini sudah mati untuknya. Aku tak mampu untuk bohongi hati, aku ingin keluar jauh dari hidupnya setelah beribukali kepercayaan aku disia-siakan dan dibancurkan bagai kaca terhempas. 

Nekad aku untuk meninggalkan dia agar aku dpt membuat pilihan mencari bahagia dan pilih hidupku cara sendiri.. aku tk mahu mikirkan lagi tentang dia kerana yakin aku mampu hidup tanpanya.  Sekian lama pun  hakikatnya aku sendirian biarpun di mata kasar aku miliknya. Bukan mudah untuk aku pakukan hati menerima dia semula. Aku telah berkorban dan terkorban jiwa dan ragaku umpama satu perjudian dengan membuat keputusan ini..Sungguh keputusan ini sedikit sebanyak merobek2 hatiku sendiri. 

Namun  ya Allah, aku luruskan hati untuk terima dan memaafkan dia kerana Mu jua. Kerana aku yakin perancanganMu hanya yg terbaik untuk hambanya. Aku terlalu kasihan dia kerana selama ini dia jauh tersesat dan alpa. Sebenarnya dia dan jiwanya sedang sakit.. hakikatnya dia keseorangan. Aku terpanggil untuk membantu dan menariknya ke jalan yang lebih terang. Aku harap dengan pengorbanan terakhir aku ini aku dapat lebih dekat dengan Mu ya Allah, berharap aku dpt berserah kpd Mu memberikan kami hidayah dan petunjuk selalu. 

Namun aku tidak akan teragak-agak untuk  meleraikan semula ikatan ini andai sekali lagi aku didustai dan dilukai lagi. Kerana mungkin dia sendiri yg tidak ikhlas untuk berubah mahupun dia masih mencari bahagia cara dia dengan mengenepikan perasaan aku dan anak2.  Cukuplah. 



Ya Allah, hanya keranaMu aku serahkan kerana hanya engkau yg maha tahu maha adil dan maha perancang yg terbaik untuk hambaMu. Aku yakin, Aku serahkan suami anak2 dan harta milikku kepadaMu kerana aku tahu semua itu hanya pinjamanMu. Aku serahkan kpd Mu dan malaikatMu menjaganya agar ikatan keluargaku ini menjadi tenang dlm redoMu. Biarlah niatku untuk membimbing dia menjadi satu usaha jariah yg dapat membantu aku di sana nanti. Mungkin didunia bahagia hanya sementara namun aku yakin Ya alllah, bahagia di sana yg kekal abadi perlukan pengorbanan hati yg besar untuk kecapi nikmatMu itu. Bantulah aku Ya Allah dan berikan aku kekuatan ketabahan hati untuk meneruskn niatku ini.  Hanya keranaMu ya Allah aku kembalikan semua sesuatu milikmu kerana semua itu jua adalah dtgnya dariMu dan izinMu jua. Hanya keranaMu Allah aku memaafkan dia aku menerima dia semula kerana sedar kami hanya insan biasa yg tidak lepas dari dosa....



Wednesday, June 16, 2021

PENGALAMAN TERINDAH...TERIMA KASIH...



PENGALAMAN TERINDAH...TERIMA KASIH...

Syukur,dengan izin-Nya aku dapat merasai pengalaman yang terindah ini... sesuatu yang tidak diduga.Alhamdulillah, pasti yang terjadi adalah dengan izin-Nya dan perancangan Dia adalah yang terbaik
Merasai pengalaman ini banyak mengajar aku perbagai ilmu dan pendekatan dalam menyantuni insan lain terutama warga sekolahku. Merasainya di kala musim paandemik baru bermula, cabaran dan ujianya sungguh menduga. Syukur dengan bimbingan dan tunjuk ajar serta kerja sama semua pihak terutama guru besar Pn Sabariah, dapat kami lalui sama-sama pajit manis menguruskan pembukaan sekolah  penutupa, tatacara, SOP dan segalanya demi  anak bangsa  tugas dan tanggungjawab guru-guru.


Jujur, pada mulanya memang aku terkial-kial dan merasa tidak m,enang tangan dengan pelbagai isu dan perkara yang harus diselesaikan melibatkan pelajar dan keselamatan amnya. Perjalanan sekolah perlu nampak terurus dan terkawal. bukan mudah juga untukku yang baru pertama kali menguruskan bidang ini. Namun apa yang kusedari, rupanya semakin lama aku semakin sayang dan menyukai bidang tugas baharuku ini.biarpum sentiasa ada sahaja perkara/kerja dan isus yang harus diselesaikan atau diuruskan, namun aku gembira. Pengalaman menguruskan hal ehwal murid-murid ini menjadikan aku lebih peka dan perihatin kepada warga sekol,ahb demi keselesaan murid dan ibubapa.
Namun, ketentuan tuhan ada hikmahnya, hampir setahun aku belajar dan mendalamai bidang tugas baharu ku ini, aku terpaksa meninggalkan tugas ini dan mengabadikan semuanya sebagai kenangan dan guru yang terindah...
terima kassih kepada semua warga SKSL dan rakan-rakan yang banyak memberi tunjuk ajar n bantuan juga warga PPd Hilir perak amnya. Semoga kita akan berjodohan suatu hari nanti...

 

Monday, December 24, 2018

panjat Bukit Broga

Cerita panjat bukit Broga ni dh lama aku nak tulis tapi tak berkesempayan. Kali pertama mendaki memang mengujakan... treknya boleh tahan tinggi dan jauh. satu jam juga untuk sampai ke pucak. Kali ke dua dan seterusnya aku mendaki, masih tidak terasa jemu kerana pemandangan dari puncak bukit memang sangat cantik dan mengujakan. Bukit Broga ni tidak membinbangkan kerana sentiasa ramai pendaki yang datang. Kadang sampai kita terpaksa menunggu giliran untuk naik kerana beri laluan kepada pendaki yang hendak turun.


Nasib baiknya aku pertama kali mendaki Broga dapat terserempak dengan pelakon Arash Mohd! hehehehe... 


Memang satu kepuasan yang tidak boleh digambarkan sekiranya kita telah berjaya menawan puncak!... Letih memang lah letih... bekalan air selalu tak cukup jika mendaki lewat atau turun dalam cuaca meninggi.

Naik Broga ni aku selalu kena bayar Rm 4.00 satu kepala. Rm 2.00 masa nk masuk paking, lepastu masa nk mendaki ada lagi stesen minta bayaran RM 2.00... Laluan trek Broga ni dah semakin diperbaiki dan ada tali-tali yang diikat untuk menyokong pendaki.


Paling2 pun klu nak rasa sedikit extream dan mencabar,laluan 1/3 nk sampai ke puncak...laluan ini agak curam dan berbatu serta permukaan yg mudah tergelincir jika tidak berhati-hati.

Hiking Bukit Batu Putih Gopeng.

 Sebenarnya, aku tak tauhu pun ada tempat hiking di Gopeng ni. Sebelum tu aku dh pergi area situ ke Hoga teh Gaharu Valley... Rupa-rupanya banyak lagi tempat menarik ada dalam kampung tu yang agak tersorok ke dalam.Hampir sesat juga kalau kita tk biasa dengan jalan di kampung tu.
Aku mula bertolak dalam pukul7.30 bersama anak bujangku. Kami berdua sahaja.Anggaran perjalanan dalam 1 jam. Aku punyalah pecut bawa kereta sebab nk cepat sampai!..hehehe
       Tiba di pakir dh ada 5-6 buah kereta di sana, bermakna ada pengunjung lain dah sampai. lega sikit hati aku. Selesai bayar yuran masuk RM 6 untuk 2 orang, aku mulakan dakian. Trek dan denainya memang mudah dan sesuai untuk sekeuarga bersantai. Walaupun mudah, namun dah namanya hiking, mana ada tak penat kan!. Berpeluh jugaklah badan lebih-lebih lagi dah 2 minggu aku tak bersenam.  Perjalanan mendaki mengambil masa 30 minit daam situasi santai. Turunnya lagilah singkat sebab boleh berlari no stop youuu!... hahahha.
     Pemandangan di ataas bukit tu memang ohsem!. Walaupun bukit ni rendah jer, tapi pemandangannya cantik dan batu putih banyak sebagai lokasi untuk ambil gambar!hahaha..
     Dari atas bukit kita boleh nampak pemandangan kampung dan sungai yang mengalir di bawahnya.
Apapun, hati-hati memanjat batu kerana ada batu yang agak ekstrim untuk dipanjat sebab panjat boleh nk turun tu yang cuak!..ngeeeee( akulah tuuu)

       Turun dari bukit, apa lagiii???... kami makan la di gerai mi kari ami yang popular tu... kebanyakan pengunjung mesti akan mencuba makan di situ. Aku try laksanya manakala ank aku makan mi kari. Oklah..rasanya not bad dan boleh diterima. Cuma kalaulaah pelayan n owner gerai tu lebihkan ramah dan banyak senyum pada pelanggan tentu lebih sweet!..














Sebenarnya, selepas pendakian ini, aku datang lagi untuk kali ke dua mendaki bukit batu putih ini... macam best je suasana posing pemandangan dari atas tu .




Mendaki Bukit Ungku Busu Lumut Perak

Pertama kali aku mendaki bukit Busu ni, aku pergi seorang diri jer. Nekad juga nk pergi walaupun sebelum ini ada kawan di area manjung yang berjanji untuk menemaniku mendaki tetapi tiba saatnya kawanku ini tidak begitu sihat. Namun program yg aku rancang tetap aku teruskan walaupun sedikit gusar kerana pergi sorang-sorang.
       Sampai area Lumut, aku tercari-cari di mana kaki bukit tersebut. Aku sesat sampai masuk lorong ke sekolah rendah, sudahnya aku patah balik dan bertanya kepada  pekerja di kaunter sebuah hotel. Syukur, akhirnya akupun selamat tiba di lokasi pendakian. Tak banyak kenderaan yang berada di situ, maknanya sama ada aku terlewat atau memang tiada ramai pengunjung. Maklumlah bukit tu memang kurang pengunjungnya. Aku mulakan pendakian dengan rasa teruja dan pada masa sama agak berdebar kerana mendaki sorang-sorang. Adalah 2-3 grup dan individu yang berselisih denganku semasa pendakian.
     Nak cerita, mendaki bukit busu ni, ada yang kata agak mencabar sikit berbanding dengan Bukit 300. Bukit Busu ni tak tinggi mana,mukin lebih kurang bukit 300 je, aku tak perasan plk berapa ketinggiannya.Bezanya bukit ini lebih panjang kecuramannya berbanding bukit 300  adajuga yang agak landai . Pendakian ke puncak ambil masa 45 minit juga bagi orang veteren macam aku ni.
     
  Yang ok nya. kita boleh nampak pemandangan dari atas bukit. Cantik pemandangannya!. Naik ke atas lagi, barulah sampai ke puncak, namun sekadar kawasan lapang yang terdapat kerusi untuk berehat.
       Nak dijadikan verita, sampai di puncak, aku bertemu dengan sekumpulan 3 orang wanita yang berehat di situ. Sesi bertgur spa pun bermula dan aku terus join mereka sewaktu turun bukit tu. Adalah juga kawan aku kan!. Mereka memang terkejut bila dapat tahu aku dtang seorang diri shaja!..Huhuhuhuu...

   Untuk turun bukit tu, lebih baik gunakan sarung tangan kerana kita memang banyak bergantung kepada tali yang
disediakan untuk mengawal dan mengimbang diri memandangkan keadaannya yang sedikit curam. Apapun, dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati kerana selain licin, akar-akar pokok sangat banyak


Sejak pada itu, banyak kali dah aku mendaki bukit Ungku Busu ni. Tapi tidak lagi sorang-sorang. Selalunya aku selang seli dengan bukit 300. 
      .                                                                                                                                                   

Saturday, September 24, 2016

ALAH BISA TEGAL BIASA.......

Apa yang nak ku tunjukkan ini adalah sebagai satu luahan kekaguman yang tinggi yang ku rasa dan amat menghargai kebolehan yang sungguh luar biasa serta amat berbakat seterusnya berjasa dalam dunia pementasan amnya serta backdrop khasnya. sekalung tahniah khas untuk guru ini....apa yang ingin ku tunjukkan ialah kebolehan dan bakat seseorang itu boleh menjadi mahir dn pakar sehingga tidak memerlukan bantuan gajet untuk menghasilkan bahan yang kualitinya bisa menandingi bahan yang dibuat oleh gajet!..
Saksikanlah sendiri di link ini!.👇👇

Friday, May 9, 2014

Masalah lupa bagi si pelupa.

Topik aku nak cerita ni tentang lupa. Lupa ni bolehlah dikatakan satu perbuatan yang tidak disengajakan atau sesuatu perkara yang tidak terniat untuk dilakukan namun relah berlaku atas sebab dan faktor tertentu.
Dalam islam, jika sesuatu ibadah dilakukan dalam keadaan lupa, ianya boleh dimaafkan. Contohnya jika dalam keadaan berpuasa tetapi orang itu terlupa lantas termakan atau terminum maka puasanya dikira masih sah dan boleh diteruskan.
Banyak dah kejadian malang yang berlaku akibat lupa. Kita pernah dengar tentang orang yang kematian anak disebabkan ibu bapanya terlupa bahawa anaknya ada di dalam kereta. Begitu juga baru- baru ini seorang kenalanku telah menceritakan tentang insiden lupa yang dia alami iaitu beliau terlupa yang anaknya seorang oku tertinggal dalam keretanya setelah dia naik ke pejabat untuk punch card. Sebaik selesai punch card rupanya beliau didatangi egawai lain yang memintanya melunaskan satu tugas yang duenya tamat hari itu juga. Maka terlupalah dia akan anaknya yang di dalam kereta tadi. Walaupun kereta tidak berkunci namun si anak yang oku itu tidak boleh membuka pintu kereta. Syukurnya setelah dua jam anaknya terkurung,seorang rakan sejawatnya datang lalu bertanyakan hal ansknya yang di dalam kereta. Lanak- kanak itu selamat namun wajahnya telah pucat dan berpeluh.Syukurlah semuanya selamat dan kenalanku itu amat menyesali pada dirinya sendiri atas apa yang berlaku.
Bagi diriku pula, masalah lupa dan menjadi orang yang pelupa ni seolah satu  'trademark'buat diriku. Lagi- lagi setelah pertambahan usia menjejaki pertengahan umur ni..kurasakan sifat pelupa itu semakin menjadi- jadi!. 


Seringkali terjadi ketika aku ke dapur!.  Sama ada aku memanaskan makanan mahupun aku memasak aku sering terlupa lantas aku buat kerja-kerja yang lain konon sementara menunggu masakan menggelegak. Sehinggakan aku seakan dah biasa bila terpaksa mencuci periok dan kuali yang hangus!. 
Namun yang paling teruk dan sangat mendebarkan pabila api yang menyambar kuali yang dipenuhi minyak itu menjulang sehingga hampir 4 kaki ke atas menyebabkan hud penyedut wap dapurku terbakar dan lecuh.. Begitu juga dengan kabinet dapur hampir terbakar dan dapur dipenuhi asap hitam. Peristiwa itu disedari oleh jiran belakang rumahku yang bertindak menjerit memanggilku. Syukur api dapatku padamkan namun kesan asap hitam itu masih ada sehingga kini di dinding dan syiling dapurku.


Selain lupa semasa memasak di dapur, aku juga sering lupa hal-hal di tempat kerja! Pernah terjadi yang aku terlupa bahawa hari tersebut merupakan hari kokurikulum dan aku sepatutnya menghadirkan diri pada petang itu, namun apabila telah lupa, aku tidaklah hadir pada hari tersebut. Kebetulan pula tiada kawan-kawan yang mengingatkan aku tentang hal itu. Sehinggalah esok petangnya tiba-tiba sahaja aku teringat dan lantas bertanya pada kawan untuk pengesahan sama ada hari semmaam terdapat kokurikulum atau tidak?. Huhuhuu...nak buat macam mana jika dah lupa?... tak pasal-pasal aku kena buat surat tunjuk sebab!.
Begitu juga dengan reief yang diberi...kebanyakkan aku memang tak masuk kerana sebab ini. Aku lupa!!.
Aduhhh!..
Renung semula pada penyakit lupa ni dapatlah aku simpulkan ianya mungkin boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Selain dari memang ditakdirkan terlupa, ianya juga boleh jadi disebabkan apabila seseorang itu terlalu banyak memikirkan tentang sesuatu masalah atau perkara lain yang dianggap lebih utama. Tambahan pula pabila seseorang itu menerima sesuatu tugasan dengan separuh hati,maka kemungkinan terlupa itu memang berlaku. Selain itu, faktor usia juga memainkan peranan penting dalam kes lupa ini. Semakin bertambah usia manusia secara semula jadi ianya akan menjadi bertambah pelupa.

Friday, April 11, 2014

EOCM MCC ( Menara Condong Crew)

Tanggal 3 April 2014, kuterima berita pengesahan aku sebagai ahli grup EOCM  dengan nombor pendaftaran 2455. Dengan itu maka sahlah juga aku sebagai ahli berdaftar bagi grup MCC  dengan nombor ahli 017.


Mengapa aku membuat keputusan untuk menyertai grup ini?.  Mungkin pada sesetengah orang ianya merupakan suatu pembaziran masa dan wang ringgit. Kerana itulah juga persepsiku sebelum Ini. Namun apabila mennghalusi beberapa perkara  dan peristiwa yang berlaku terhadap kawan- kawan dan masyarskat mengenai sesuatu yang melibatkan kenderaan ini, ianya membuatkan aku berubah fikiran dan bertindak sehingga membuat keputusan untuk menganggotai grup ini. 
Setelah hitam putih ku miliki aku tidak mahu menoleh lagi dengan memikirkan sesuatu  yang negetif tentang grup ini sebaliknya aku hanya mahu memikirkan serta mengharapkan pada petkara-petkara yang baik- baik dan positif sahaja 

Penerimaan pemberian  borang ahli dari SU MCC untuk aku isi. 

Penyerahan borang ahli kepada Cip dan SU MCC sewaktu jamuan santai.

Memandangkan aku hanyalah seorang wanita dan usia sebegini tidak membuatkan aku untuk beria- ia sangat dalam " bergruping" namun pabila kehadiran kita telah diterima dengan baik oleh ahli yang lain, maka aku berusaha untuk memberikan kerjasama dan komitmen terhadap perkara- perkara yang official (halal) dan tertentu sahaja manakala untuk perkara atau aktiviti yang tidak official aku tidak berhasrat untuk sertainya. 
Aku percaya terdapat banyak perkara baik dan bermanfaat yang boleh aku peroleh melalui  grup ini selain dari menambah ukhwah. 
Salah satunya ialah aktiviti lawatan ke rumah ahli grup yang baru mendapat cahaya mata.Dengan adanya aktiviti seperti ini ianya membolehkan kita mengenali dengan lebih dekat lagi ahli keluarga anggota dalam grup.Padaku ianya memang satu perlara yang sangat bermanfaat. 

Sebenarnya, aku merupakan seorang pengembara dan pemandu yang sering menggunakan kenderaan untuk pelbagai urusan dan tujuan. Memandangkan suamiku tidak kerap berada di rumah maka banyaklah urusan yang terpaksa aku lakukan sendirian. Adakalanya aku terpaksa bergerak  ke tempat- tempat yang jauh berseorangan bersendirian. Bermacam perkara juga yang telah aku lalui berseorangan seperti kemalangan kecil, tayar pancit dan sesat,namun syukurlah semuanya itu telah dapat aku hadapi dengan baik sebelum ini. Kini dengan menyertai grup ini, aku beranggapan dapatlah nanti  sedikit sebanyak membantu sekiranya diperlukan atau mungkin membantu di saat-saat genting jika  kita berada dalam keadaan  kecemasan.
Selain itu aku cuba mengambil peluang ini untuk mengenali potensi atau masalah terhadap kenderaan ku ini kerana dalam grup ini selain meeka sedia membantu, terdapat juga info-info berguna tentang kenderaan yang dapat kita fahami dan ketahui selain tahu tentang ragam yang berkaitan kenderaan ini.

Friday, January 17, 2014

Keseronokan hidup di kampung


Seronoknya tinggal di kampung! Sesekali melepaskan  tekanan serta melapangkan fikiran sambil melayan anak- anak dengan memancing ikan darat amatlah menyeronokkan. Masa balik kampung dan berkumpulnya anak beranak dan adik beradik inilah pelbagai perkara yang direka oleh anak- anak untuk mereka bermain,oleh itu salah satu aktiviti yang boleh membuatkan anak- anak gembira dan teruja ialah dengan membawa mereka pergi memancing!.

Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan dan menarik pada anak-anak malah ianya juga merupakan satu cara untuk mengeratkan hubungan antara keluarga, ibu bapa, anak-anak dan sepupu sepapatnya. Bonus kepada aktiviti ini sebenarnya diterima oleh orang dewasa itu sendiri iaitu mereka dapat merehatkan dan melapangkan fikiran dari memikirkan soal urusan kerja.

Sekiranya aktiviti ini dirancang lebih awal sehari dua, persediaan untuk memancing lebih tersusun rapi dan lengkap dengan umpan yang kami beli dari kedai memancing. Kebiasaannya kami menggunakan umpan cengkerik hidup yang boleh dibeli dengan harga serendah seringgit sebungkus. Namun sekiranya aktiviti memancing ini dibuat dengan secara tiba-tiba, kami hanya mencari cacing tanah di sekitar belakang rumah sebagai umpan.

Bagaimanakah hasil pemancingan kami?Hmm... semuanya bergantung kepada rezeki selain dari musim yang sesuai.Adakalanya rezeki kami memang lumayan dan menyeronokkan terutama anak-anak apabila mata kail mereka dimakan ikan. Namun ada juga pemancingan yang tidak bernasib baik apabila tiada ikan yang sudi untuk menjamah umpan kami. Antara ikan darat yang biasa diperolehi sewaktu memancing ini ialah ikan puyu, ikan haruan  dan ikan keli selain dari ikan lundu dan talapia.

Kepada mereka yang duduk di bandar atau pekan, selain aktiviti memancing yang menyeronokkan ini, mereka juga akan rasa tenang dengan pemandangan serta tiupan bayu desa yang menyegarkan!. Hihiihii... Adakalanya sekiranya bernasib baik, kita juga dapat melihat aksi orang memancing belut selain menjala dan menjaring ikan. 

Apa yang istimewanya bagi keluarga kami ialah kami mempunya bubu yang digelar tempang iaitu hasil kerja tangan oleh bapa kami sendiri. Tempang ini diletakkan dalam parit (tali air) di tepi sawah siap dengan set belatnya untuk memerangkap ikan. bilamana tangkapan ikan memancing kami tidak seberapa selalunya kami akan mengangkat tempang ini yang selalunya hasilnya tidak mengecewakan.







Wednesday, November 6, 2013

Rencah hidup

Dah lama aku tak mencoret... Rasanya bila semakin lama tidak menulis semakin berat pula jari untuk menari di askara-askara tinta. Biarpun dalam kepala ini pelbagai idea dan garapan yang timbul untuk disalurkan namun semuanya tetap beku dan kaku di pinggir waktu yang terus berlari.
Sesuai dengan tajuk rencah hidup,biarlah kali  ini aku bercerita tentang situasi senario kehidupan manusia ni. Aku tertarik pada kisah kawan- kawan yang diduga dengan karenah ibu bapa. Ianya berlaku dalam kehidupan sekeliling kita. 

Alkisah, sahabatku ini merupakan ibu tunggal yang mempunyai 4 anak setelah kematian suaminya. Bermulalah dugaannya pabila terpaksa tinggal serumah dengan ibubapanya lantaran memikirkan keselamatan 4 anak-anaknya yang  masih kecil. Syukurnya sahabatku ini mempunyai kerjaya tetap.Dugaan duduk dengan orang tua memang menyesakkan bilamana secara tidak langsung tugas menyara ibu bapanya seolah terletak di bahunya. Walau adik beradiknya ramai dan ada yang menghulurkan bantuan namun ianya tidaklah begitu mencukupi. Bagaimanapun yang menjadi kekesalan dan rasa kasihan melihat nasib sahabatku ini adalah sikap ibunya yang seolah tidak menghargai susah payah sahabatku ini menguruskan keluarga dalam karenah ibubapanya. Apa yang lebih mengharukan lagi sahabatku ini berkhidmat boleh dikatakan bukan semata-mata untuk keluarganya malah kepada jiran tetangga dan juga masyarakat sekampungnya!. Dari bantuan tenaga dalam bentuk tolong menolong untuk kenduri kendara sehinggalah menjadi pemandu untuk mereka tidak kira waktu siang atau malam.

Sahabatku ini tidak mampu untuk menepis semua permasalahan yang dihadapinya malahan terpaksa menelan apa sahaja biarpun pahit dan seolah di luar kemampuannya. Semua yang kunyatakan adalah berdasarkan pemerhatian dan pergaulan aku dengannya. Sesungguhnya aku sangat mengagumi dan sangat simpati dengannya yang seakan menggalas dari a hingga z permasalahan keluarga mereka. Bagaimanapun beliau memang seorang yang tabah dan sabar mendepani karenah yang adakalanya masyarakat melihatnya seperti tidak masuk akal. Contohnya. Kawanku ini tidak bebas untuk berbelanja kepada diri dan anak-anaknya kerana kongkongan dari ibunya sehinggakan kawan membeli almari pakaian untuk mereka pon ibunya boleh menangis tidak setuju!. Apatah lagi apabila dia membeli rumah, motor dan kereta!. Namun kawan ini tetap sabar menahan telinga dan niatnya adalah untuk kemudahan keluarga dan ibu bapanya jua. Syukur rezeki kawan menjaga ibu bapa, dia dikurniakan anak2 yang baik dan bijak!.syukur juga kawanku ini berjaya mendapatkan ijazahnya walau dalam keadaan yang sangat sebok. Kadang2 kasihan melihat kawan ini leletihan dan mengantuk di siang hari kerana perlu berjaga seawal jam 4 pagi lantaran membantu ibunya memasak nasi lemak dan kuih- muih untuk jualan. Cuma yang mengharukan bilamana banyak modal berniaga itu adalah dari poketnya sendiri namun dia sendiri tidak merasa hasil untung jualan tersebut kerana diambil oleh ibunya semua. Esok pula dia akan keluarkan modal lagi untuk jualan hari berikutnya sehinggalah bertahun2 lamanya. 

Memang kawan ini tidak pernah mengeluh namun bagi kita yang melihat ini sudah terasa berat, inikan pula bahunya yg memikul. Dalam waktu yg sama anaknya kian besar dan dewasa. Adakalanya perlu juga dia berfikir untuk keperluan anak2nya pula. Sedangkan sikap ibu bapanya masih tidak berubah mengawal dan mengongkongnya pada perkara yang kurasakan tidak sesuai dan keterlaluan. 
Seterusnya juga kisah yg hampir serupa pada insan yang ku gelarkan S sahaja yg juga menghadapi konflik dengan ibu bapa juga. Bolehlah dikatakan S ini banyak jasanya pada keluarga ibubapanya namun dia tidak pernah mengungkit. Apa yang menyedihkannya ialah bila dirasakan keluarganya terutama ibu bapanya seolah telah lupa segala susah payahnya membantu keluarga selama ini dan seolah dia disisihkan dari adik beradiknya yg lain. Kekecewaan hatinya kadang sukar untuk disimpan tika melihat ibu bapanya menyambut meriah kepulangan ank cucunya yg lain sedangkan tidak untuk keluarganya. Ibunya sanggup bersusah payah memasakkan makanan kegemaran anak yang lain tetapi tidak untuk dirinya. Sedangkan jika ilutkan, ibunya tidaklah kuat lagi untuk memasak.
Begitu juga ibunya rancak berbual dengan anak menantu yg lain tetapi hanya bercakap sepatah dua sahaja dengan dirinya.
Mudah- mudahan kawan2 ku ini akan mendapat redho Allah atas susah payah mereka membantu keluarganya. Jika tidak balasan dunia mudah2an  akan mendapat balasan syurga di Sana!. Amiiin!. Hmmmm... Inilah sedikit sebanyak rencah- rencah hidup insan dengan pelbagai dugaan yang menguji iman.


Saturday, May 12, 2012

My Pets

Aku memang sayangkan binatang.Sedari kecil aku memang amat suka memelihara kucing terutamanya, namun sebenarnya aku sudah biasa dikelilingi oleh haiwan2 lain seperti ayam, itik, burung, kambing, lembu dan ikan. Maklumlah, aku hidup di kampung dan bapaku seorang petani, jadi aku sudah biasa berhadfapan dengan semua haiwan tersebut. Tinggal lagi aku lebih suka  kepada binatang yang boleh dibelai dan disentuh. Jadi, kucing adalah keutamaanya padaku. Ingat lagi sewaktu kecil, aku memelihara kucing sehingga mencecah sepuluh ekor dan nenekku membebel mengatakan bahawa aku membela kucing macam bela kambing!.

Itu zaman kanak2ku...namun setelah aku berkeluarga, habit memelihara binatang tidak lagi aku teruskan kerana suamiku tidak tahan dengan bulu haiwan, takut semput katanya. Sehinggalah anak2ku yang kesemuanya suka dan sayangkan binatang telah merengek dan meminta untuk memelihara kucing, atau arnab, atau hamster. Apa yang aku boleh izinkan waktu itu ialah memelihara ikan sahaja. Entah bagaimana, ditakdirkan datang seekor ibu kucing yang sarat mengandung dan beranak di luar rumahku. Mula-mula aku biarkan kucing2 itu duduk di luar dan hanya membenarkan anak-anak ku bermain dengannya.Lama-kelamaan,,,seperti pepatah malu-malu kucing..akhirnya anak-anak kucing itu terbiasa keluar masuk di rumahku sehinggalah kini telahpun tinggal dan menetap dalam rumahku pula. Jumlah kucingku turut bertambah serta bertukar-tukar ibu yang datang melahirkan anaknya. Pernah semua kucingku berjumlah 9 ekor dan setiap hari aku memperuntukkan sekilo ikan untuk mereka. Namun, hanya beberapa ekor sahaja yang kekal kerana terdapat kucing yang hilang. Ada juga kucingku yang telah bertahun aku bela namun apabila keluar rumah mereka tidak pulang2 semula lagi. Patah tumbuh hilang berganti..bila hilang yang lain, maka ada sahaja kucing lain yang akan datang melahirkan anak yang lain.Mari kita lihat vedio kelahiran kucing yang sempat aku rakam sebelum beberapa minit bateri camera aku out...

Sampai sekarang, aku dah tak ingat entah berapa ibu kucing yang berpindah randah melahirkan anaknya di rumahku.Buat masa sekarang, ada 2 ekor kucing jantan yang sudah dewasa tinggal bersamaku, diikuti oleh seekor ibu kucing yang melahirkan 4 anak namun hanya 2 sahaja yang panjang umurnya kerana 2 ekor lagi telah dimakan oleh kucing jantan liar.
                          He is the amazing n lucky guy!..see...how cute he is.

Apa yang menarik ialah, pengalaman sepanjang memelihara kucing ini, terdapat beberapa insiden yang aku kira agak menakjubkan. Begitu juga susah senang menjaga kucing-kucing ini terutamanya dalam memastikan kucing-kucing ini tidak teraniaya oleh kita dengan sengaja dan dalam jangka masa yang lama. Antaranya ialah masalah apabila kita hendak bercuti lama atau pulang ke kampung dimana kucing-kucing ini kelak akan menghadapi masalah  untuk mencari makan dan minumnya. Selalunya bekalan makanan yang aku tinggalkan cukup untuk mereka selama 2 hari sahaja kerana selalunya makanan mereka di kacau oleh kucing luar.
Semuanya itu menyebabkan aku terpaksa meninggalkan kucingku di rumah bapaku di kampung dan meminta mereka tolong-tolong lihatkan kucing ku itu.

Namun yang paling ingin aku kongsikan di sini ialah pengalaman mencemaskan dan bagiku ianya satu keajaiban apabila suatu hari, kucingku yang suka menyaambut kepulanganku sering menerpa ke arah keretaku. Entah bagaimana suatu hari sewaktu aku mahu memakirkan kereta, kucingku ini rupa-rupanya ia betul-betul meletakkan dirinya di hadapan tayar keretaku dan tanpa aku sedari aku terus lanyak tubuh kecil itu sehingga 360 darjah pusingan tayar. Apa yang aku perasan waktu itu ialah satu ngiauan keras serta kelibat kucing yang berlari ketakutan masuk ke dalam rumah. Ya tuhan...apa yang berlaku ni?..sedarlah aku sebenarnya aku telah melanggar kucingku tadi. Bayangkan perasaanku tika itu..sedih, kasihan dan rasa bersalah yang amat sangat menerjah sehingga aku tidak sanggup untuk melihat keadaan kucingku itu. Apakah yang berlaku pada dia?..pertanyaan dan soalan bertimpa-timpa menular dalam otakku...Aku sempat mencari dan mengintai kucing ku yang dalam kesakitan dan ketakutan tadi melarikan dan menyorokkan dirinya di bawah almari dapur. Syukur..dia masih hidup namun takkan dia tak tercedera?...Ya ampunn....hatiku tidak tenang mendengar ngiauan kucing itu seolah menangis dan mengaduh kesakitan. Apa yang bersarang di benakku tika itu ialah..tiada harapan untuk kucingku hidup...Aku panjatkan doa kepada Ilahi... Ya Allah..kalau kau sayangkan kucing itu, kau peliharalah dia dan permudahkanlah dia. Kau sembuhkanlah dia jika umurnya panjang, namun janganlah kau siksakan dia jika ditakdirkan umurnya pendek.Jika lebih baik dia mati kau permudahkanlah dia dan jangan siksa dia menanggung sakit. Jika lebih baik dia hidup. kau berilah dia harapan dan aku tidak dapat maafkan diriku jika dia cacat dan menderita hidupnya kerana perbuatanku. Aku tak sanggup menanggung rasa bersalah itu selamanya". Berkali-kali aku meminta maaf dari kucingku dan air mata ini tidak mampu ku bendung,. Aku membawanya ke klinik vetarinar dan pepemiksaan mendapati tiada tulang yang patah namun kucing ku itumasih tidak dapat berjalan dan menggunakan ke dua2 kaki belakangnya. Melihat dia bergerak hanya menggunakan dua kaki hadapan sahaja sudah cukup membuatkan aku pilu dan sedih.
Doktor vaterina mengatakan, mungkin otot2 sahaja yang masih lemah, namun ia berkemungkinan akan boleh sembuh. alangkah leganyaa hatiku. Selama dua minggu,kucingku bertatih jalan dengan dua kaki hadapan,setelah itu baru kulihat sebelah kaki belakangnya pula mula dapat digerakkan dan akhirnya, setelah sebulan, alhamdulillah..kucingku telah boleh berjalan seperti biasa walaupun tika itu dia masih tidak boleh melompat atau memanjat memandangkan otot kakinya masih lemah. Kini setelah setahun berlalu..kucingku itu telah sembuh sepenuhnya dan dia seekor kucing yang cergas dan manja. Kami jadi kawan baik dan dia memahami aku serta aku memahami dia. Syukur tuhan!.

Selain insiden itu, baru2 ini aku dikurniakan seekor anak kucing yang sangat istimewa. Aku rasa dia sungguh bertuah kerana terselamat dari di makan oleh kucing liar.Mulanya aku tak menyedari kelainan yang ada padanya namun setelah dua minggu dilahirkan, aku dapati kucingku ini masih belum boleh bergerak cergas, berlari, berdiri seperti adik beradiknya yang lagi seekor. Oh, rupa-rupanya ia cacat!. kedua-dua kaki belakangnya lemah dan aku sendiri tidak tahu puncanya. Aku tidak merujuk kes ini ke vaterina kerana mendapati tiada sebarang kecederaan yang terlihat dari luaran, namun aku percaya, dia mengalami kecacatan semulajadi pada sendi atau otot kakinya. Aku reda dan berjanji tidak akan mensia-siakan hidup anak kucing ini. Ia ku namakan Si Kembang. Aku tidak lihat kecacatan C Kembang sebagai satu kelemahan tetapi sebagai satu kelebihan dan keistimewaan.

 
Namun syukurr..setelah C Kembang semakin dewasa, otot kakinya semakin kuat dan ia dapat membiasakan dirinya dan akhirnya langsung tidak terlihat seolah ia pernah mengalami masalah otot suatu ketika dahulu.



Sunday, May 6, 2012

Doa org yg teraniaya itu makbul!...

Hari ini nk berkongsi cerita mengenai tajuk yg aku tulis di atas...doa orang yg  teraniaya itu makbul...
ya, sesungguhnya Allah itu berpegang kpd janjinya. Aku ceritakan secebis kisah yang kecik jer..kalau ikut kesnya tidaklah sebesar mana,  namun, dari yg kecil inilah seterusnya akan membentuk yg besar.
Kisahnya suatu hari aku mengunjungi sebuah keai aksesori kereta untuk memasang "tint' pada cermin keretaku. Sebenarnya kedai ini aku sudah kerap kali aku kunjungi dan menjadi pelanggannya. Entah macamana hari itu, pemasangan tint pada cermin keretaku tidak berjalan lancar bilamana aku dapati hasil kerja mereka  tidak memuaskan hati sehingga menyebabkan kerosakan kepada lapisan tint yang asal. Untung masih dalam garenti, kedai itu pun membuat sekali lagi proses pemasangan pada cermin yg bermasalah tadi. Bagaimanapun, pemasangan kali kedua turut tidak berjaya kerana kualiti pemasangannya masih bermasalah. Tint itu  mengelembung menampakkan kecacatan. Aku  pergi semula ke kedai tersebut untuk ulangan pemasangan sekali lagi. Walaupun berbagai alasan yang kedai itu berikan untuk menunda pemasangan tint yang baru namun aku tetap berkeras untuk segera menyelesaikan masalah itu secepat yg boleh. akhirnya pemasangan tint kali ke tiga dilakukan namun sekali lagi kesan calar pula terlihat setelah proses pemasangan selesai...Oh tuhan...aku segera berfikir kenapa aku menghadapi situasi ini..sedikit sebanyak aku berasa tertekan dan amat tidak selesa kerana risau menyusahkan banyak pihak, namun aku terpaksa lakukan kerana bukan salah aku atau cermin keretaku ,tetapi salah mereka yang membuat kerja kurang teliti. Segera tiba2 aku terimbas semua satu peristiwa di kedai yg sama dulu tatkala aku membeli dan memasang aksesori di situ,namun apabila pulang ke rumah ku dapati tint pada cermin kereta ku bercalar dan rosak.Baru aku teringat bahawa semasa pemasangan aksesori tersebut, seboklah tokey kedai itu menyuruh aku memasang tint yg baru kerana menurutnya tint keretaku sudah rosak. Sedangkan padaku, tint itu masih ok dan tidak calar.Namun,aku terkejut mendapati tint cermin kereta ku sudah dirosakkan oleh seseorang,segera aku yakin bahawa merekalah yg sebenarnya merosakkan tint keretaku sendiri sebagai cara strategi mereka untuk menyuruh aku menukar yg baru. Mereka mengambil kesempatan kerana kononnya aku ni perempuan dan mudah dipujuk serta ditipu. Bila kusedar bahawa aku jadi mangsa ketamakan dan ketidak jujuran peniaga yang macam ni..betapa sedih , marah dan kecewanya aku...namun aku tidak boleh berbuat apa-apa...
 hanya yg boleh pada waktu itu untuk menyabarkan hati, aku hanya mengadu dan berdoa kepada Ilahi...

Dan...tidak ku sangka..hari ini..Allah telah menunaikan doa itu bilamana di kedai yang sama ini, mereka telah kerugian berhelai2 kertas tint hanya untuk satu cermin keretaku seorang!. bayangkan...satu sahaja cerminku yang bermasalah namun mereka telah menukar gantikan tint itu lebih dari  6 helai tint dan ulangan sebanyak 5 kali pemasangan!..

Wednesday, March 14, 2012

My Birthday

Today is my birthday.mmm..Im early 40 now but...it just a number! I can feel that my hubby tried 2 do something different  for me during my birthday. Actually ,syukur sangat-sangat because I got someone who love me n take care of me. A day before my birthday, my hubby came home and i prepared some cooked as usual.


 When i came back after i sent my daughter from class tuition, i saw a box of cake on the table. Oh, he bought a cake for me! mmmm...is ok!. and when i went into my bedroom, i saw a sweet black present box laying on my mattress!..n i heard my hubby laughing loudly whenever i out from the room.
The most touching is the word written outside the box!..i already waiting  for that word entire of my life and finally i got it.However I don't want to tell what inside that box!..

And also special is when my elder daughter,presented me a watch which is she bought using her own money! anyway, thanks ya!
Hopefully, Allah bless me n my family n concern us during the entire of our life. Aminnn...