Aku mula bertolak dalam pukul7.30 bersama anak bujangku. Kami berdua sahaja.Anggaran perjalanan dalam 1 jam. Aku punyalah pecut bawa kereta sebab nk cepat sampai!..hehehe
Tiba di pakir dh ada 5-6 buah kereta di sana, bermakna ada pengunjung lain dah sampai. lega sikit hati aku. Selesai bayar yuran masuk RM 6 untuk 2 orang, aku mulakan dakian. Trek dan denainya memang mudah dan sesuai untuk sekeuarga bersantai. Walaupun mudah, namun dah namanya hiking, mana ada tak penat kan!. Berpeluh jugaklah badan lebih-lebih lagi dah 2 minggu aku tak bersenam. Perjalanan mendaki mengambil masa 30 minit daam situasi santai. Turunnya lagilah singkat sebab boleh berlari no stop youuu!... hahahha.
Pemandangan di ataas bukit tu memang ohsem!. Walaupun bukit ni rendah jer, tapi pemandangannya cantik dan batu putih banyak sebagai lokasi untuk ambil gambar!hahaha..
Dari atas bukit kita boleh nampak pemandangan kampung dan sungai yang mengalir di bawahnya.
Apapun, hati-hati memanjat batu kerana ada batu yang agak ekstrim untuk dipanjat sebab panjat boleh nk turun tu yang cuak!..ngeeeee( akulah tuuu)
Turun dari bukit, apa lagiii???... kami makan la di gerai mi kari ami yang popular tu... kebanyakan pengunjung mesti akan mencuba makan di situ. Aku try laksanya manakala ank aku makan mi kari. Oklah..rasanya not bad dan boleh diterima. Cuma kalaulaah pelayan n owner gerai tu lebihkan ramah dan banyak senyum pada pelanggan tentu lebih sweet!..
Sebenarnya, selepas pendakian ini, aku datang lagi untuk kali ke dua mendaki bukit batu putih ini... macam best je suasana posing pemandangan dari atas tu .
No comments:
Post a Comment