Monday, December 24, 2018

panjat Bukit Broga

Cerita panjat bukit Broga ni dh lama aku nak tulis tapi tak berkesempayan. Kali pertama mendaki memang mengujakan... treknya boleh tahan tinggi dan jauh. satu jam juga untuk sampai ke pucak. Kali ke dua dan seterusnya aku mendaki, masih tidak terasa jemu kerana pemandangan dari puncak bukit memang sangat cantik dan mengujakan. Bukit Broga ni tidak membinbangkan kerana sentiasa ramai pendaki yang datang. Kadang sampai kita terpaksa menunggu giliran untuk naik kerana beri laluan kepada pendaki yang hendak turun.


Nasib baiknya aku pertama kali mendaki Broga dapat terserempak dengan pelakon Arash Mohd! hehehehe... 


Memang satu kepuasan yang tidak boleh digambarkan sekiranya kita telah berjaya menawan puncak!... Letih memang lah letih... bekalan air selalu tak cukup jika mendaki lewat atau turun dalam cuaca meninggi.

Naik Broga ni aku selalu kena bayar Rm 4.00 satu kepala. Rm 2.00 masa nk masuk paking, lepastu masa nk mendaki ada lagi stesen minta bayaran RM 2.00... Laluan trek Broga ni dah semakin diperbaiki dan ada tali-tali yang diikat untuk menyokong pendaki.


Paling2 pun klu nak rasa sedikit extream dan mencabar,laluan 1/3 nk sampai ke puncak...laluan ini agak curam dan berbatu serta permukaan yg mudah tergelincir jika tidak berhati-hati.

No comments:

Post a Comment