Mengapa aku membuat keputusan untuk menyertai grup ini?. Mungkin pada sesetengah orang ianya merupakan suatu pembaziran masa dan wang ringgit. Kerana itulah juga persepsiku sebelum Ini. Namun apabila mennghalusi beberapa perkara dan peristiwa yang berlaku terhadap kawan- kawan dan masyarskat mengenai sesuatu yang melibatkan kenderaan ini, ianya membuatkan aku berubah fikiran dan bertindak sehingga membuat keputusan untuk menganggotai grup ini.
Setelah hitam putih ku miliki aku tidak mahu menoleh lagi dengan memikirkan sesuatu yang negetif tentang grup ini sebaliknya aku hanya mahu memikirkan serta mengharapkan pada petkara-petkara yang baik- baik dan positif sahaja
Memandangkan aku hanyalah seorang wanita dan usia sebegini tidak membuatkan aku untuk beria- ia sangat dalam " bergruping" namun pabila kehadiran kita telah diterima dengan baik oleh ahli yang lain, maka aku berusaha untuk memberikan kerjasama dan komitmen terhadap perkara- perkara yang official (halal) dan tertentu sahaja manakala untuk perkara atau aktiviti yang tidak official aku tidak berhasrat untuk sertainya.
Aku percaya terdapat banyak perkara baik dan bermanfaat yang boleh aku peroleh melalui grup ini selain dari menambah ukhwah.
Salah satunya ialah aktiviti lawatan ke rumah ahli grup yang baru mendapat cahaya mata.Dengan adanya aktiviti seperti ini ianya membolehkan kita mengenali dengan lebih dekat lagi ahli keluarga anggota dalam grup.Padaku ianya memang satu perlara yang sangat bermanfaat.
Sebenarnya, aku merupakan seorang pengembara dan pemandu yang sering menggunakan kenderaan untuk pelbagai urusan dan tujuan. Memandangkan suamiku tidak kerap berada di rumah maka banyaklah urusan yang terpaksa aku lakukan sendirian. Adakalanya aku terpaksa bergerak ke tempat- tempat yang jauh berseorangan bersendirian. Bermacam perkara juga yang telah aku lalui berseorangan seperti kemalangan kecil, tayar pancit dan sesat,namun syukurlah semuanya itu telah dapat aku hadapi dengan baik sebelum ini. Kini dengan menyertai grup ini, aku beranggapan dapatlah nanti sedikit sebanyak membantu sekiranya diperlukan atau mungkin membantu di saat-saat genting jika kita berada dalam keadaan kecemasan.
Selain itu aku cuba mengambil peluang ini untuk mengenali potensi atau masalah terhadap kenderaan ku ini kerana dalam grup ini selain meeka sedia membantu, terdapat juga info-info berguna tentang kenderaan yang dapat kita fahami dan ketahui selain tahu tentang ragam yang berkaitan kenderaan ini.
Selain itu aku cuba mengambil peluang ini untuk mengenali potensi atau masalah terhadap kenderaan ku ini kerana dalam grup ini selain meeka sedia membantu, terdapat juga info-info berguna tentang kenderaan yang dapat kita fahami dan ketahui selain tahu tentang ragam yang berkaitan kenderaan ini.
No comments:
Post a Comment