Sampai area Lumut, aku tercari-cari di mana kaki bukit tersebut. Aku sesat sampai masuk lorong ke sekolah rendah, sudahnya aku patah balik dan bertanya kepada pekerja di kaunter sebuah hotel. Syukur, akhirnya akupun selamat tiba di lokasi pendakian. Tak banyak kenderaan yang berada di situ, maknanya sama ada aku terlewat atau memang tiada ramai pengunjung. Maklumlah bukit tu memang kurang pengunjungnya. Aku mulakan pendakian dengan rasa teruja dan pada masa sama agak berdebar kerana mendaki sorang-sorang. Adalah 2-3 grup dan individu yang berselisih denganku semasa pendakian.
Nak cerita, mendaki bukit busu ni, ada yang kata agak mencabar sikit berbanding dengan Bukit 300. Bukit Busu ni tak tinggi mana,mukin lebih kurang bukit 300 je, aku tak perasan plk berapa ketinggiannya.Bezanya bukit ini lebih panjang kecuramannya berbanding bukit 300 adajuga yang agak landai . Pendakian ke puncak ambil masa 45 minit juga bagi orang veteren macam aku ni.
Yang ok nya. kita boleh nampak pemandangan dari atas bukit. Cantik pemandangannya!. Naik ke atas lagi, barulah sampai ke puncak, namun sekadar kawasan lapang yang terdapat kerusi untuk berehat.
Nak dijadikan verita, sampai di puncak, aku bertemu dengan sekumpulan 3 orang wanita yang berehat di situ. Sesi bertgur spa pun bermula dan aku terus join mereka sewaktu turun bukit tu. Adalah juga kawan aku kan!. Mereka memang terkejut bila dapat tahu aku dtang seorang diri shaja!..Huhuhuhuu...
Untuk turun bukit tu, lebih baik gunakan sarung tangan kerana kita memang banyak bergantung kepada tali yang
disediakan untuk mengawal dan mengimbang diri memandangkan keadaannya yang sedikit curam. Apapun, dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati kerana selain licin, akar-akar pokok sangat banyak
Sejak pada itu, banyak kali dah aku mendaki bukit Ungku Busu ni. Tapi tidak lagi sorang-sorang. Selalunya aku selang seli dengan bukit 300.
.
No comments:
Post a Comment