Wednesday, November 29, 2023

A DAY TRIP TO PULAU KAPAS

Cuti 3 hari empena Depaavali kali ini anak-anak reqest utk bercuti bersama-sama. Anak yang ke-2 mencadangkan agar bercuti ke Pulau Kapas. Akupun mencari info dan agen yang boleh merealisasikan cadangan tersebut. Alhamdulillah, aku dapat menempah semua tiket dan rumah untuk penginapan kami anak- beranak.

Hari pertama bergerak ke Marang. Kami mengambil kesempatan menikmati pemandangan sepanjang perjalanan itu.Kami sempat singgah di gerai menjual keropok leko untuk kudapan di dalam kereta.

Pemandangan di sekitar pantai area Rantau abang agak menarik. Pantainya dipenuhi pasir halus serta air laut yang membiru. 


Kami sempat melihat-lihat kawasan jeti ke Pulau Kapas sebelum esoknya kami akan menaiki bot dari situ. Rupanya jeti itu tidaklah jauh dari homestay yang kami nginap.

Bot berlepas sekitar jam 8.30 pagi dengan dipenihi oleh beberapa grup lain. Perjalanan ke Pulau yang tampak dekat dari daratan mengambil masa lebih kurang 15-20 minit sahaja.

Mula2 kami dibawa ke tempat snorkling dan dibiarkan di sana sehingga tengah hari ( 3 jam ). Puas hati kami berenang dan menyelam melihat hidupan dalam air di sekitar situ. Kami sekeluarga berenang ke pantai dan bermain pasir di situ.

Air yang jernih dan alunan ombak yang tidak begitu kuat menjadikan pengalaman menyelam di situ sangat laancar. Syukur tiada ahli keluarga kami yang mabuk laut. Puas hati kami melihat ikan-ikan yang jinak menyambar roti yang kami beri. Menyelam kali inilah bagi aku sangat memuaskan sebab aku dh dapat aplikasikan latihan dan teknik pernafasan renang yang aku belajar dari kawan-kawan sebelum ini.


Setelah tengah hari, kami dibawa ke daratan Pulau Kapas dan menunggu untuk makan tengah hari. Kos makan di pulau itu RM 15.00 satu kepala.Memang agak mahal namun kita faham, suasana di pulau tersebut memang begitu. Apa yang agak kurasakan kekurangan ialah ketika kami bercuti di situ hanya sebuah sahaja kedai makan yang dibuka. Gerai yang lain dengarnya telah tutup disebabkan minggu depan diramalkan gelombang akan kuat dan trip ke pulau akan dihentikan.

Pasir di pantai pulau kapas sangat halus dan putih. meskipun banyak gerai telah ditutup namun kehadiran pelancong masih ramai.

Percutian ke pulau ini lebih kurang seperti pengalaman d pulau Redang, cuma di sini tidak banyak tempat untuk menyelam.Ada aktiviti hiking namun aku tidak mengambil pakej itu disebabkan ada ahli keluargaku yang sakit lutut.

No comments:

Post a Comment