Suasana bersantai di rumah rakit sangat aku impikan. Satu situasi yang belum pernah aku alami. Pasti menyeronokkan,itulah perasaan yg ku gambarkan tika melihat gambar dan vedio mereka yang telah merasainya. Akhirnya tiba jua kenyataan untuk aku merasai penggalaman itu. Kesempatan kuamabil nntuk merealisasikan anganku tikamana sepupuku akan mengadakan majlis kenduri pernikahan anaknya. Tempat tinggal sepupu ini pula berdekatan dengan rumah rakit.Jadi saat aku tahu tarikh kenduri, terus aku ajak adik beraadikku untuk meluangkan masa selebihnya bagi bersantai di rummah rakit. Kebetulan pula ketika itu cuti sekolah, maka adalah masa untuk kami adik beradik bersama-sama bersantai dan berehat di rumah rakit. lagipun kebanyakan adik beradikku semuanya datang dari jauh dan sesuailah untuk berehat seketika.
Kerana teruja dan bimbang tiada kekosongan di rumah rakit sewaktu tarikh yang kami pilih, maka aku telah berusaha mencari dan menempah seawal hampir 2 bulan lebih awal. Alhamdulillah, aku berjaya mendapatkan 2 rumah rakit untuk 4-5 keluarga yang telah sepakat untuk join. Namun begitu, aku masih ragu kerana ada lagi 1-2 keluarga yang belum memberi kata putus. Namun aku ambil keputusan untuk menyewa satu lagi rumah rakit. Kesemua rumah rakit sebanyak 3 buah kami sewa untuk 6 keluarga bersantai.
Syukur seadanya kami nikmati percutian ini dengan meriah dan ceria. Makan minum yang simple dan dibeli dlm keadaan ad-hock telah lebih dari mencukupi. Kami isi sepenuhnya pengalaman di atas rumah rakit dengan memancing ikan dari atas rumah rakit. Walaupn keadaan air sungai deras dan naik akibat hujan, namun kami lontarkan juga mata pancing. Memang tidak banyak hasil yang diperoleh namun sekali dapat menaikkan anak ikan pun mampu menjadikan semua teruja dan gembira apa lagi tatkala suami adik dapat menaikkan ikan baung kenerak yang agak besar. Riuh satu rumah rakit kegirangan.
Kami hanya menyewa selama 1 malam sahaja, esok paginya semua pakat bersiap-siap untuk cekout dan meneruskan program masing- masinng. Rasanya cukuplah pengalaman seketika itu. Biarpun situasinya sederhana dari semua segi, namun, masa berkumpul dan bercuti bersama emak dan adik beradik amatlah mahal dan berharga.
Aku sekadar berkongsi pengalaman .Dari segi layanan tuan punya rumah rakit memang tidak dinafikan mereka sangat ramah dan baik hati. Namun untuk mendapat penginapn selesa sepeti di homestay atau hotel, memang jauhlah bezanya. Ini kerana, mukin sedia maklum, rumah rakit ini biasa disewa oleh kaki pancing yang gemar memancing turun ke sungai dengan menyewa bot. Mereka hanya jadikan rumah itu sebagai tempat bermalam sahaja. Kalau masak dan makan pun hanya menu yang simple dan mudah. Jadi janganlah kita bayangkan kemudahan dan prasarana di dalam rumah rakit itu sama seperti yg ada di homestay. Tandasnya memang mengejutkan kerana terus membuang ke dalam sungai!. dapur dan alatan memasak juga sekadar disediakan yang asas sahaja. begitu juga dengan bantal tilam selimut tidak akan mencukupi untuk ramai jika kita tidak bawa sendiri. Kondisi kesemua peralatan dan perabut yang disediakan di rumah rakit itu juga sekadar untuk memenuhi keperluan seadanya sahaja. Nasihat saya, Jika tidak selesa menggunakan peralatan yang ada dalam rumah itu, seeloknya kita bawa sendiri peralatan kita. Jangan lupa bawa sekali ubat nyamuk atau aeresol racun serangga jika ingin tidur selesa. Andai ada kipas sendiri pun boleh bawa kerana kipas yg ada tidak mencukupi untuk jumlah keuarga yg ramai.Aku tak nafikan, ada sesetengah rumah rakit yang mempunyai kondisi dan fasiliti yang disediakan sangat-sangat cantik dan memuaskan namun kebanyakannya rumah rakit tersebut dalam area Rompin. Di sana banyak pilihan rumah rakit yang lebih selesa dan moden.
Sesuatu yang paling penting ialah, kita jangan sesekai membuang sampah ke dalam sungai. Walaupun ada terlihat orang yang duduk di rumah rakit tu membuang sampah ke dalam sungai, namun aku nasihatkan, elakkanlah. buang sahaja dlm tong sampah yang disediakan.
No comments:
Post a Comment