Kebetulan apabila telah sampainya rezeki tuhan yang mengabulkan doa, pada bulan lapan dan kebetulan cuti agak panjang, maka perancangan percutian mula dirancang. Pada mulanya kami tidak terlintas untuk bercuti ke pulau, namun apabila ada cadangan dan permintaan maka segera aku risik-risik pada ejen dan mula mencari homestay yang bersesuaian. Percutian ke Pulau Redang ini bukan percutian aku anak beranak tetapi lebih kepada percutian keluarga. 2 orang adik beradikku beserta keluarga mereka ingin turut serta. Syukur aku berjaya mendapat bot dan homestay pada tarikh yang dirancang.
kami bertolak awal sehari dan mengambil peluang untuk melihat-lihat kawasan di sekitar jeti Merang. Kami tiba di Homestay dalam pukul 3 petang, sempat membeli barang keperluan untuk menu makan malam. Kami juga sempat riki-riki jeti yang akan kami pergi esok pagi. Keadaan homestay sesuai dengan bilangan ahli keluargaku yang mengikuti ekspedisi ini iaitu seramai 15 orang .adik sempat memborong durian tepi jalan dan kami tak habi pun makan beramai-ramai pada petang itu.
Trip diteruskan sehingga selesai. Antara aktiviti yg kami lakukan ialah snorkling di beberapa cekpoint dan bergambar di tebing pasir yang timbul di permukaan apabila air surut. Aku sempat meronda pulau itu dengan menyewa motosikal untuk melihat-lihat suasana perkampungan di pulau tersebut.Trip sehari ini berakhir sekitar jam 3 lebih dan pulang ke tanah besar hanpir pukul 5 ptg. Setelah siap mandi dan menukar pakaian du jeti, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu pula.
No comments:
Post a Comment