AKU BUKAN KEKASIH
TUGU DAN MONUMEN GAH
KONON DIBINA UNTUK MEMPERINGATI
KISAH INDAH SEBAGAI MEMORI
DICIPTA DENGAN ASAS KUKUH
AGAR KEKAL TEGUH SEUSIA DUNIA
HAKIKATNYA
MASA YANG SILIH BERGANTI
MEMUDAR WARNA-WARNI PERLAHAN-LAHAN
KUSAM DAN LUNTUR MERAYAP DI DINDING DAN TEMBOK
KULAT DAN FUNGUS MEMENUHI PERMUKAAN
HAPAK DAN KULAPOK MENGHIASI RUANG
LANTAS AKHIRNYA MEREPUTKAN MEMORI YANG TERCIPTA
SEMUANYA KERANA
MASA MERUBAH SEGALANYA
SETELAH AKU BUKAN KEKASIH
SETELAH MONUMEN HATI DAN RASA TERBIAR SENDIRI
TUGU SAYANG DAN CINTA
TIDAK LAGI DIKUNJUNGI
KASIH DAN RINDU TIDAK DIBAJAI
OKIDPUTEH SKSB
8 SEPTEMBER 2023
No comments:
Post a Comment