Sewaktu pegawai PPD bahagian kokurikulum En Asmawi menyuruh semua sekolah melaporkan pencapaian koakademik sekolah masing-masing, untuk tujuan pemilihan calon AKK, aku spt biasa, akur n mengisi maklumat tersebut sebelum tempoh masa yg diberi, tamat.
Sebenarnya klu ikutkan, aku malas hendak mengisi maklumat tersebut sebab pada penilaian aku, pencapaian murid sekolahku tahun ini kurang memberangsangkan dan sekadar biasa-biasa sahaja cuma aku fikir, aku nk memudahkan urusan org je, tu yg aku isi jgk. Ye lah, mana tahu, klu peg ppd tu tk dpt maklumat lengkap dr semua sekoalah, mukin dia akan susah n d soal oleh boss dia plk kan!. Atas sbb itulah aku pun isi seadanya je, Malah aku sempat memgucapkan selamat berjaya kepada sekolah yg akan terpilih sebagai calon ANUGERAH KOKURIKULUM KO-AKADEMIK terbaik peringkat daerah. Selepas itu aku teruskan tugas2 aku spt biasa dan sudah lupa pada isu AKK.
Sehinggalah tiba2 suatu hari sedang aku mengajar dlm kelas, aku terima panggilan dari En Asmawi. Dalam kehairanan, aku menjawab juga panggilan tersebut dan seolah tidak percaya dan hairan apabila dimaklumkan bahawa sekolah aku terpilih untuk calon AKK kategori luar bandar.. pd mulanya aku menolak dgn mengatakan bahawa peg ppd tersebut tersalah pilih sekolah!.. aku sempat beritahu pegawai tersebut yang pencapaian koakademik sekolahku biasa2 shj. Namun jawapan en Asmawi bagai sudah muktamad n tetap mengatakan sekolahku cemerlang dlm unit beruniform. Memglah, tapi setakat satu pertandingan shj pun yg mendapat naib johan negeri bagi unit uniform silat. Pencapaian lain padaku, tidak seberapa.
Aku berhasrat untuk merahsiakan dahulu pencalonan tersebut dari pengetahuan sesiapa. Namun rupa2nya, sebaik aku masuk ke pejabat, pk hem sekolahku bertanya, “ada tak en Asmawi telefon fasal AKK?.” Rupa2nya pk hem terlebih dahulu tahu kerana en Asmawi tersalah menelefon dia kerana menyangka dia masih PK KO di sekolahku. Sebenarnya dia telah naik sbg pk hem di sekolah yg sama . Lantaran itu, maka berita itu terus diketahui oleh gb dan seluruh warga sekolah. Antara percaya dan tidak je mereka semua apabila mendengar berita itu. Yelah, mcm aku ckp tadi, pencapaian tahun ini biasa2 je, tkde yg hebat, tkde pon ke peringkat antarabangsa bagai!. Gb yg susah hati n menganggap sekolah lain menolak tu sbb sekolah aku d pilih!??.. OMG!..
Sehinggalah aku mendapat surat rasmi pencalonan tersebut, maka bermulalah pengalaman aku bergelumang dgn fail2 yg perlu aku siapkan. Paling tak tahan ialah semua fail harrus dikemaskini 3 tahun terkebelakang. Bayangkan!.. aku teraba2 untuk menyiapkan dokumen lantaran aku baru setahun berada di sekolah ini. Mana aku nk korek semua surat/ fail n dokumen mak datuk nenek spt yg d perlukan? Pada masa yg sama, aku kurang faham skema pengisian kehendak fail2 tersebut.
Lebih dari 14 buah fail perlu aku kemaskini n cakna. Paling aku rasa mencabar dan hampir tidak mampu untuk menyediakan ialah fail 10 program utama koko yg perlu ada kertas kerja, minit mesyuarat dan laporan bagi 3 tahun terkini iaitu tahun 2017, 2018 dan 2019!!.. rasa nk menangiss wehh!.. tambahan kami perlu menyediakan projek inovasi yg 100% memerlukan murid untuk membentangnya.
Syukur alhamdulillah, disebabkan adanya peperiksaan UPSR, maka tarikh pemantauan untuk sekolah rendah dijalankan selepas peperiksaan tersebut. Anggaran masa untuk menyiapkan fail2 tersebut adalah dlm lebihkurang 3 -4 minggu. Selama itu aku tak menang tangan menyiapkan fail dan surat2 penting .setiap hari aku akan pulang selepas pukul 4.30 petang selama sebulan!..
Selain itu, cabaran dalam menyiapkan papan kenyataan dan bilik khas koko juga hampir membuatkan aku terkena darah tinggi!.. apa taknya, berminggu2 aku pesan agar guru2 menyiapkan papan kenyataan persatuan n unit masing2, namun tiada nampak progresnya. Aku hanya menahan sabar n bnyk berdoa agar Allah permudahkan urusan pemantauan ini.
Sykur alhamdulillah, tiba masa yg dijanjikan, barulah semua guru mula bertindak!. Apabila di saat2 akhir baru bertindak, apalagi yang hendak di kata, setakat yg termampu sahajalah kan! kami cuba menyediakan prasarana mengikut skema penilaian. Sorg demi sorang guru menghantar kertas kerja ,minit dan laporan utk 10 program utama koko.
Walaubagaimanapun, ada juga guru yg culas dan tidak dapat menyiapkan tugasan dengan sempurna. Adatlah, bila buat saat akhir, mana yg sempat sahajalah. Aku pun bertawakkal dan cuba buat semampu yg boleh. Yg boleh aku tolong, aku tolong, yg boleh aku buat, aku buat n siapkan. Selebihnya aku berserah. Lagipon, secara peribadi, aku tak mengharap kemenangan. Aku anggap ini sebagai peluang untuk aku belajar n mendalami tugasan seorang pk ko.
Syukur alhamdulillah, boleh dikatakan, perjalanan penilaian dan pemantauan AKK berjalan lancar. Pemantau dalam masa yg sama membantu sekolah utk lebih memahami cara yg betul dalam penyediaan isi2 fail koko. Memg sangat membantu. Pembentangan projek inovasi juga berjalan lancar walau hanya ada seminggu je masa melatih budak, begitu juga dengan persiapan pesilat dlm menyambut tetamu. Syukur juga bilik khas koko dan galeri mendapat pujian dari penilai. Paling aku tk sangka rupa2nya 10 penyertaan diperingkat negeri telah sekolah sertai dlm tahun ini. Aku pon tk perasan!hahahaa..
Secara peribadi sijil penyertaan AKK ini, menjadi satu kemenangan peribadi untuk aku sendiri. Akan kujadikan pengalaman ini sebagai satu lukisan indah yang mewarnai latar-latar hidupku selama aku berkhidmat di sekolah.
No comments:
Post a Comment