Pelancaran dan penutupan program hari kebangsaan atau kemerdekaan ini sepenuhnya di uruskan oleh setiausaha kokurikulum sekolah aku. Kesian dia sorang2 mikir idea dan kertas kerja untuk menjayakan majlis ini. Berbanding sebelum ini (tahun lepas) Pn Saginah yang bertanggungjawab,dan aku ada juga membantu sedikit untuk menjayakannya. Mungkin salah satu sebab, aku agak sibuk dengan kerja2 menyiapkan fail pemantauan, maka aku tak dapat sangat nk tolong cgu Razif ni. Apapun, tahniahlah kepada beliau sebab berjaya juga melaksanakan tugasan ini dengan baik. Jarang seorang lelaki memberi komitmen untuk majlis2 seperti ini di sekolah-sekolah. Tapi cikgu Razif ni, bagilah apa jua tugasan, dia jarang menolak dan tetap usahakan juga sedaya yang dia mampu.
Pembukaan Bulan Kebangsaan dengan gimik ala-ala pantomen mengisahkan pengorbanan pejuang dahulu menentang penjajah.
Penyerahan bendera kepada Puan Guru besar sebagai simbolik kemerdekaan negara.
Laungan Merdeka!
Penyerahan Jalur Gemilang kepada ketua akelas sebagai tanda permulaan menghias kelas dengan bendera.
Pentadbir menyelami program dengan memakai tudung bercorak warna bendera.
Penutupan Bulan Kebangsaan pula, semua guru mengenakan busana tradisional ala-ala zaman dahulu
bagi memeriahkan majlis.
Barisan pentadbir
Menyanyikan lagu Malaysia Bersih dengan kibaran Jalur Gemilang
Persemabahan dari kelas yang memenangi pertandingan lagu patriotik.
Sesi terakhir, gurur-guru bergambar ramai dengan membuat angka 62 tapi tak berapa jadi sebab jumlah gurunya sedikit! hihihihii
Antara murid yang mengenakan pakaian tema kemerdekaan dan peserta pertandingan pakaian merdeka.Sebenarnya sepanjang bulan kemerdekaan itu berlangsung, banyak acara dan pertandingan lain yang kami adakan seperti hias kelas, kuiz merdeka, pakaian merdeka, nyanyian lagu patriotik, nyanyian solo lagu merdeka,melukis dan mewarna serta hias basikal.Terdapat juga aktiviti yang melibatkan PIBG dan komuniti setempat seperti hias lepat merdeka, sukaneka komuniti dan perarakan merdeka dengan motor dan kereta. Syukur alhamdulillah, sambutannya sangat menggalakkan namun, gambar2 peristiwa tersebut aku tak masukkan di sini. Malas la pulak nk donlod!...hahahahah!..
Itulah sedikit sebanyak memori dan peristiwa di sekolahku yang dapat kuabadikan di sini. Akan kekal sebagai memori .
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete