Tuesday, August 20, 2019

JALAN-JALAN DI BETONG THAILAND



14 Ogos 2019, Rabu mula bergerak. 
Cuti sekolah yang bersamaan dengan cuti  raya haji telahpun aku tempah untuk mengikuti satu aktiviti yang memang sangat aku impikan. Pada mulanya aku hanya setkan program tersebut sekadar berhiking dan kemudian tamat begitu sahaj bersama seorang anakku yang aku yakin waktu itu dia yang free. Namun, kita merancang tapi tuhan yg menentukan. Rupanya program pendakian aku ke negara jiran turut diminati oleh adikku seterusnya ingin ikut bersama aku bercuti ke negara jiran itu. Tempat pendakian aku ialah Gunung Silipat yang terletak dalam daerah Betong Thailand. Oleh kerana program yg kurancang bertukar menjadi percutian keluarga,dan kebetulan 2 anakku juga sedang bercuti, maka aku mengubah rancangan pergi berdua dgn anak menjadi pergi berempat. Adikku pula pergi satu keluarga.
     Tiba hari yang dirancang, Rabu, kami bertolak dari Perak sekitar pukul 10.30 pagi setelah menguruskan beberapa hal di money changer, bank dan bersarapan. Kami bertolak dengan 2 kereta, satu kereta 5 orang. Perjalanan menuju ke Pangkalan Hulu berjalan lancar, kami tiba di sana dalam lingkungan jam 2.30 petang. Setelah isi tangki minyak penuh di Pangkalan Hulu kami ke imigresen untuk menyeberang ke sempadan. Rupanya kami terpaksa meminta cap di IPD Pangkalan Hulu. Maka berulang alik lah semula kami mengejar waktu pejabat. Syukur proses menyeberang ke Thailand tidak mengambil masa yg lama. Mula2 masuk, kami diminta menunjukkan surat/borang insuran kenderaan rasanyayang dicop oleh polis malaysia tadi dan membayar anggaran 2 ringgit. Setelah itu kami cuma diberitahu agar mendapatkan insuran di kedai insuran siam.Maka kami pun pergilah mencari kedai tersebut. Kalau  pd aku yg tk berapa cakna ni, aku ingat urusan di imigresen tu dh selesai dan aku boleh terus masuk bandar! hahaha... rupa2nya kami tak cop lagi paspot kami di imigresen tu! so sekali lagai kami terpaksa patah balik ke imigresen untuk cop paspot n tunjukkan insuran kereta tadi yg kami bayar dalam anggaran 30 ringgit malaysia.




Dah selesai cop paspot kami bergerak masuk bandar dan waktu itu sudah pukul 5 ke 6 petang.Kamipergi mencari kedai  telefon di bandar Betong utk membeli simkad. Mak aii... lama juga proses mendaftar simkad tu kt sana...dengan perut makin lapar  masing2 tak sabar nk makan.  Kami pusing2 mencari kedai makan . rupanya banyak juga kedai makan yang tutup kerana masih mood raya. Akhirnya jumpa juga kedai makan dan kami oder masakan siam spt tomyam, daging masak merah n telur dadar. Rupanya rasa masakan di situ lebih kurang je ngan masakan di kedai siam di Malaysia..hahahah ... pd aku, harga makanan di situ agak mahal sikit dari malaysia. Setelah itu, kami pusing2 cari hotel yang mampu milik dan akhirnya setelah berpusing2 dan hari pun sudah magrib, kami memilih Betong Hill Residence sbg tempat menginap. 


hahahaha...buruk beno nampaknya aku melompat tuu eeewwww..!!

Miang kham wehh!... aku suka!... 

Rasa masakan di Betong sama sahaja dengan rasa makanan di kedai makan siam di Malaysia.....

Thailand dengan dawai letrik yang berselirat memang sinonim!..hahaha



Sempat berposing 4 beranak di peti surat terbesar di tengah bandar Betong. Ini tempat yg mula2 kami sampai untuk cari kedai sim kad.
Rupa bangunaan di bandar Betong



Pemandangan dari bilik hotel mengaadap jalan di bandar Betong.
Tak lupa kami menjamu durian di sna. Makan di luar hotel dulu sebelum cek in..hikhikhikk


No comments:

Post a Comment