Monday, April 29, 2019

HIKING DI BUKIT DAMANSARA.

       Kebetulan rumah adik tu dekat sangat dengan Bukit Damansara ni, jadi haritu aku plan nk mendaki juga sbb nk tengok suasana bandar dari atas bukit. Alhamdulillah adik pulak sudi nk temankan aku mendaki pada hari itu. Yang kelakarnya, belum pon turun lagi dari pendakian, adik aku dh taubat lahom nk ikut mendaki dah!... aduiiii...
       Sebenarnya masa nk mendaki tu, aku masih sakit perut cirit birit angkara makanan di acheh. sempatla aku menabur baja sebelum naik bukit. Seb baik ada tandas kt bawah tu...huhuhuu..
        Hutan Simpan Kota Damansara yang terletak berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10, Kota Damansara. Hutan Simpan Kota Damansara adalah bekas Hutan Simpan Sungai Buloh yang diwartakan pada tahun 1898. Ketinggian hutan ini adalah di bawah 300 meter pada aras laut. Hutan ini merupakah salah satu hutan simpan yang masih ada di daerah Petaling.  
          Aku sempat install apps kahoot atas nasihat seorang pendaki lain agar tidak sesat  kerana rupanya terlalu banyak denai yang boleh dilalui dalam hutan tu. Adalah jugak tersesat dan berpatah balik ke tempat yang sama semasa mula nk mendaki sebab keliru dengan banyak lorong. Saspen gak aku, bab sessat2 ni. Dah la masatu tk ramai yg mendaki. orang yang kami jumpa tadi dh mencicit tak nampak bayang   ke dalam hutan. Pendakian biasa sahaja tak banyak yang mencabar. Jalan agak landai cuma denainya panjang untuk tiba di cekpoint, Terdapat sebatang pokok besar di tengah hutan yang menarik perhatian. Pokok tu batangnya besar  lebih dari 3-4 orang pemeluk. 
Tak banyak gambar yang aku ambil masa  pendakian ini lantaran situasinya yg biasa-biasa sahaja. menyesal la pulak huhuhuuu
Hanya sikit dan pendek sahaja pendakian yang agak mencanak ni... tapi inipun tak susah mana nk daki...


Aku n adik berdua je , tk ramai orang masa ni.

Saiz pokok besar ni memang menakjubkan.. takut pulak lamaa2 duk bawah pokok besaq nii...

Ada la batu tulisan hutan lipur kota damansara untuk kenangan.

No comments:

Post a Comment