Sebenarnya dh lama pasang impian nak tgok awan kapet dgn mata kepala sendiri, hinggalah Alah yg maha mendengar melorongkan jalan ke arah itu bilamana aku tergerak untuk mengikuti ekpedisi hiking ke Gunung Silipat Thailand yang dianjurkan oleh Isrec Advanture. Perkara pertama yg membuakkan rasa nk join sebab ada ahli kompeni isrec ni yg memang ku kenali... Jadi... di situlah bermulanya langkah ku atur.
Abadikan kenangan dengan semua ahli kumpulan yang terlibat di puncak, walaupun tiada masa untuk kami berkenalan memandangkan program yang singkat.
Memulakan langkah dengan menaiki trak/jip dari imigresen menuju ke kaki Gunung Silipat. Aku bernasib baik sebab diberi peluang duduk depan bersama driver en Ismail yang fasih bertutur bahasa melayu.
Nk bagi tahu, sedikit saspen bilamana tiba sahaja di puncak, kabus tebal meliputi seluruh pemandangan kawasan sekitar menyebabkan kami tidak dapat melihat pemandangan dari puncak dengan jelas...masa ni rasa cuak juga takut tk dapat jumpa awan kapet. Dalam hati doa moga dapat la tengok awan kapet... huhuhuuu...
Betapa terujanya dapat merealisasikan impian mendaki puncak Silipat... setelah berminggu emosi dihantui oleh angan2 ini sampai tidur pun tk lena.
Mana nk dapat merasa bersarapan di atas puncak gunung yg dikelillingi awan kapet wehhh!... tapi serius, masa ni tk rasa nk makan minum ponn... perasaan teruja tu masih belom dapat dikawal! hahahaha... bila fikir balik lepas tu, menyesal tak minum n makan banyak2 kat atas tu...kikikikiii
Suasana ketika matahari baru memunculkan diri, barulah cerah sikit dan kabus mula menipis.... jeng!jeng! jengggg!.... masa ni mata sebuk caari awan kapet dh ada ke belum!..
Abadikan juga bersama bendera negara... maklum masa ni memang tengah sebuk nk sambut merdeka.
Tk tahu apa yg di fikir...tapi mataku tk putus2 dan tk puas2 melihat n merakam fenomena indah ini, pertama kali dlm hidupku dan impian terlaksana sudah... Subhanalah! maha suci Allah!...
Sayup2 banjaran gunung kelihatan kelam dari kejauhan... lautan awan kapet menebal dan berombak2....
Daam cuaca makin terang dan matahari makin cerah , haba mua terasa di atas puncak yang botak tanpa ada pohon yang tinggi..sekadar pokok renek di tebing2 ..
YESSSS!... inpian menjadi kenyataann beb!... ekspedisi mendaki kepuncaak Gunung Silipat telah berjaya.
Bye2 Silipat...
Fenomena pembentukan pelangi hampir terjadi... namun cuaca yang berubah2 tidak merialisasikan pembentukan pelangi sebenar.
Awan yang berombak-ombak... memang rasa sukar digambar apabila kita beraada di atas awan dan awan berada di bawah kita...heheheheheh
Sebenarnya, pendakian ke puncak silipat ini treknya tidak sesukar mana kerana laluan pendakian sebenarnya melalui kawasan kebun getah dan dusun buah-buahan yang telah ada sedia lorong dan jalan untuk kenderaan kecil naik ke atas. Cuma cabarannya, sepanjang pendakian kita akan sentiasa menaik dan jarang bertemu dengan laluan yang mendatar..jadi kita akan menggunakan lebih tenaga di samping jauh n jarak masa pendakian ke puncak yang anggaran 1000 kaki dari pars laut tu memakan masa yang panjang lebih kurang 2-3 jam juga dari bawah menuju puncak.Itupun grup kami telah dihantar menaiki powil ke separuh perjalanan. Kalau tak...memang la...alamatlah kami sampai ke kem pukul 9-10 malam. huhuhuuu... dahla kami mula gerak naik atas pon agak lewat dlam lebih dari pukul 4 petang dan sampai kem dalam pukul 8. malam.
Yang agak ekstream dan menarik ialah pengalaman menaiki powil menuju ke puncak... sedikit menyramkan dan penuh drama...huaaaa... balik rumah aku dapati di lengan dan di paha aku lebam2..mukin semasa menaaiki powil tu terentak2 dan terantuk kuat pada besi penghadang powil.. Tk dapat bayangkan, bersesak di belakang powil dengan berebut nk berpegang di besi keliling powil serta timbunan beg2 ... amat menguji di saat terhuyung hayang mengikut ayunan powil. Kadang senget ke kiri, senget ke kanan, kadang mencanak ke atas dan paling siksa bila terpaksa menunduk dan mengelak kepala dari ranting dan daun2 pokok. sakit wehh klu tergesel dengan pokok2 di tebing.
Raranya, itulah pengalaman manis untuk di kenang sepanjang ekspedisi menawan puncak Silipat ini.
No comments:
Post a Comment