5 hari 4 malam kami menginap di sini. Layanan tuan rumah sungguh terbaik. lima bintang. sehinggakan kami sendiri berasa segan risau menyusahkan tuan rumah, Maklum kami datang ramai sekali.
6 Disember 2016 Selasa.
Pertama kali menyaksikan situasi kehidupan negara orang, tidak lari dari membandingkan dengan negara endiri. Awal-awal lagi Rini sudah menjelaskan bahwa pemanduan di Jakarta agak "kurang tertib". Memang terbukti jelas pada kami maksud tersebut apabila mendapati suasana hingar bingar di jalan raya dengan kepelbagaian fenomena. Bagi kita yang tidak biasa memang pngalaman ini akan membuatkan kita sentiasa berdebar2 dan terkejut.Pengguna jalan raya di sana mesti mempunyai hati kental. atau hati kering!....
Apa yang dapat aku simpulkan sepanjang 5 hari di sana, dan melihat cara hidup masyarakatnya, memang jauh berbeza dari Malaysia. Kepadatan penduduknya membuatkan aku kagum bagaimana cara mereka memastikan kemandirian mereka untuk mencari rezeki.Pelbagai cara dan karenah. Di pasar,meihat mereka tidur dan buang air di mana-mana sahaja adalah perkara biasa. Menjual produk dan jualan merupakan cara kebanyakan masyarakat di sana mencari rezeki selain menjaring wang di jalanan seperti menjadi penunggu pakir atau menyanyi di tengah jalan.
Selain daripada itu, aku perhatikan kebanyakan premis dan perumahan di sana mempunyai bukaan yang kecil. Jika kedai2 kecil bukaannya lebih kurang bukaan paking kereta di sini. Ini menjadikan bangunan dan rumah yg dibina kebanyakannya rapat-rapat antara satu sama lain selain keluasan jalan rayanya sungguh terhad. Sukar menjumpai jalan raya yang luas dan selesa kecuali di highway. Namun begitu kepadatan pengguna jalan raya di highway juga terlalu ramai sehingga tidak mampu menampung. Ini menjadikan jalan raya jem melekat dan memakan banyak masa.
Hari pertama tiba di Jakarta sudah petang dan kami hanya berehat sahaja dan tidur. Malam itu kami dihidangkan dengan hidangan ringkas iaitu nasi putih yg dikukus dengan sayur asem ( di sini seakan sayur air atau bening), ayam dan tempe goreng serta sambal tomat. Menu ringkas yang menyelerakan!. ( Agaknya sbb lapar! hahaha)
7 Disember 206 Rabu.
Awal pagi, kami mengikut Ikul pergi ke pasar induk tempat premis perniagaannya sambil mengambil buah mangga harum manis. Banyak sungguh buah mangga satu peti. Sempat kami meninjau suaasana di pasar yang masih lengang.
Kebanyakan pekerja pasar masih tidur di atas lantai malah di atas guni-guni barang jualan mereka. Di pasar itu, ikul berniaga ubi/rizom herba seperti halia,pelbagai jenis kunyit, cekur dan macam2 lagi.Di sini adengan sepertti dalam cerita2 filem indonesia memang tidak asing dan seolah satu kebiasaan apabila anak-anak kecil melubangkan guni untuk mendapatkan bahan mentah yang terdapat dalam pasar tersebut mahupun gelandangan yang mengambil setongkaol jagung atau ubikayu untuk makanan mereka hari itu.
Kiranya kekuatan dan kekentalan jiwa masyarakatnya memang mengagumkan. Mereka rajin
dan tetap berusaha untuk mencari rezeki dan membanting tulang. Memanfaatkan peluang dan ruang yang ada demi masa depan. Di sini dapat diligat kegigihan Ikul sendiri yang tidak jemu bangkit untuk berjaya sehingga seperti hari ini.
Kira-kira pukul 11 pagi, kami menuju ke stesen kereta api Batu Ceper untuk pergi ke Tanah Abang. Tak dapat disembunyikan rasa teruja walaupun sedikit gementar kerana difahamkan kemungkinan dicopet dalam kesesakan penumpang kereta api dan ketika membeli belah di Tanah Abang nanti. Masing2 berwaspada dengan barang peribadi masing2. Rupnya lebih mudah menaiki kereta api berbanding kenderaan sendiri kerana keadaan jalan raya yang macet/ jem. Perjalanan dengan kereta api lebih kurang satu jam lebih, mana kala jika dengan kereta hingga mencecah 2-3 jam perjalanan.
Kondisi di dalam kereta api ini agak memuaskan. Memang ramai pennguna kereta api ini dan berhenti-henti di banyak stesen. Sepanjang pinggir andasan kereta api, deretan rumah-rumah penduduk masih sama seperti di tanggerang/pinggir bandar. Padat dan rapat-rapat.
Kami tiba di Tanah Abang dengan selamat dan terus turun dari stesen.Dengan berjalan kaki sahaja kami tiba di celahan tempat jualan pakaian dan aneka seperti pasar waktu malam di oldtown. Menyusur lorong2 kecil sehinggala tiba2 kami berada di bawah bumbung bangunan yang kami difahamkan mempunyai 13 tingkat di mana setiap tingkat menjual pakaian dan kain yang beraneka jenis.Tak arat wehh nk round setiap lantai(tingkat). udahnya kami hanya pergi ke tingkat yang ingin kami cari bahannya sahaja. Contohnya, klu nak cari kasut, teruske tingkat 8. Harga barangan di dalam bangunan tu tidak begitu murah tergantung kepada jenis bahan, namun masih juga tidak terlalu mahal. Semuanya kena pandai tawar menawar atau pandai cari kedai yang betul.
Kami mencuci mata di sana sehinggalah pukul 4.30 petang . Sempat sebelum balik tu Ikul bawa kami makan nasi padang di Tanah Abang tu.Yang kelakarnya memasing macam fobia nak minum air teh di sana ssebab kebanyakannya air teh o di sana agak wangi dgn haruman jasmin dan kewangiannya agak asing dengan tekak kami. Nasib baik ada minuman limau yang enak di sana. Limaunya kecil2 berbau harum seperti limau manis namun mempunyai rasa masam seakan limau kasturi. Memang segar dan enak.Kami pulang ke rumah dengan keetihan dan pengalaman yang mengembirakan.
8 Disember 2017
Hari berinjak dari Selasa ke hari khamis. Waktu pagi di sana terasa panjang kerana bangun seawal jam 6 pagi sudah terang suasanaya. Pagi ini rasanya aku dan adik mengikut Rini ke pasar. Membeli ikan, ayam dan sayuran. Pasar basahnya tidak jauh beza dengan Malaysia. Terdapat jualan pakaian sekitar pasar yang harganya agak murah dari tempat lain.Kami terjumpa kelainan penjual tapai ubi yang menjual ubi kayu tidak dalam bungkusan. Malah tapai2 itu tidak berair serta di letakkan dalam peti khas yang beroda seakan kereta sorong yang boleh di tarik dengan motor. Harganya tidak pasti tapi membelinya dengan timbangan kilo.
Kami turut menemui beberapa makanan aneh yang kami belum temui di negara sendiri seperti tempe yang diperbuat dari hampas tempe dan dibiarkan berkulat/ cendawan. Rupanya boleh dikatakan seperti potongan keju yang bersalut kulat. Apa namanya ya?.. lupa pulak.
Kami juga diberi peluang merasa ketiwel dan gaplek sejenis makanan tradisional jawa. Yang peiknya, kesemua makanan itu tidak langsung punya bau seperti mana yang aku sendiri pernah makan di kampungku. Malah mereka tidak memasukkan garam atau gula pada kelapa parut mereka.Tak silap aku gambar yang ketul kehitaman itu gaplek manakala gambar yang berbentuk 4 segi seperti keju tu adalah getuk ubi daan yang agak hancur tu ketiwel.
bersambunggggggg.......
No comments:
Post a Comment