Friday, December 16, 2016

JAKARTA- Aku datang! (2)

Sebelum aku menyaambung pengalaman di jakarta pada har ke empat dan ke lima, aku ingin kongsikan di sini makanan yang teah kami nikmati di Jakarta. Alhamdulillah semua makanan ini tidak sukar untuk kami telan dan kami berpuas hati dapat menikmatinya tanpa ragu-ragu. Terima kasih kepada Ikul sekeuarga kerana bersusah payah menghidangkan kami dengan pelbagai jenis makanan di sana. Pantang sebut sahaja maka akan cuba di tunaikan oleh Ikul dan Rini.
Antara menu istimewa yang kami dah rasa ialah;
ini tahu goreng biasa tapi rasanya lembut dan dimakan dengan cili api!... 

Ini nasi Uduk. Set menunya sekai dengan meehun goreng yang seakan soon goreng teksturnya. sambal yang diletak santan, samba tomat dan samba telur rebus serta  tempe goreng .Seakan nasi lemak kerana nasinya dimasak dengan santan namun sealunya nasi ini mereka kukus.

Ini Gareng Asem. Makanan set nasi putih dan ayam seakan ayam masak asam rebus atau singgang. 

Ini mee ayam. Kita gearnya mi sup. dihidang dengan meatball dan kuah sup atau di sana bilang sup bakso.Istimewanya mi ayam ni ialah menggunakan  mi khas yang sangat sedap dan kenyal seakan mi maggie teksturnya. Di sana bilang mi basah.Makan dengan sambal cili memang terangkat.

Ini ABC Jakarta. Kita sebut ais kacang atau ais batu campur. Disana tiada kacang atau jagung tetapi lebih kepada cincau yg pelbagai warna, avocado, buah yang dijadikan halwa seperti nangka dan betik,selain cendol. Rasanya memang sedap dan lain dari Mlaysian style.

 Inilah teh botol atau teh o yang popular di sana. Rasa tehnya memang kaw tetapi agak aneh dengan harumaan jasmin. Jika tidak biasa meminumnya memang tidak dapat menghabiskan sekotak. ngeeeeee.
Tong gas kecil bewarna hijau tu memang banyak digunakan di sana Comel kan?.. Yg tiada di negara kita!.
Ini adalah sate kambing yang dihidang dengan kuah sambal kicap!... hihihii... lain sekali!

Haaa... ini tempe menduang. makannya dengan sambal kicap juga. tempe yang dicampur sayuran dan daun bawang.

 Jamu gendong yang mudah didapati di manaa-mana sahaja. Kami mencuba minum jamu tolak angin,jamu kencur dan macam2 lagi.
Ini adalah serbuk pati halia manis yang dibuat sendiri oleh Ikul. Sedap diminum atau campurkan dalam minuman seharian kita. Terima kasih Ikul atas buah tangan yang istimewa ini.

Kami mengambil peluang untuk merasa makanan eksotik siput atau keong yang digear tutut. Dimasak rebus sahaja..

terdapat sedikit cili untuk rasa sedikit pedas dan daun limau purut.


Ini Buah Lontar atau buah kelapa laut. Memunyai isi yang lembut seakan buah rumbia namun mempunyai air di dalamnya. Sejuk dan segar namun rasanya tidak manis dan seakan tiada rasa. hihihii

Apa yang pelik pada gambar ini.. Lihatlah penimbangnya yang unik itu!.. batu pemberat di letak disebelah mangkuk, sementara barang juaan akan dimasukkan dalam mangkuk untuk ditimbang!.. 

No comments:

Post a Comment