Hari Anugerah Cemerlang sekolahku sudah berakhir. Maka dengan tu berakhir jugalah bebanan di atas bahu yang ku galas. Aku selaku guru bahagian persembahan dipertanggungjawabkan untuk menyediakan persembahan bagi tahap 1 dan tahap 2. Memula tu rasa tension juga sebab kekangan masa membuatkan aku tidak yakin akan mampu menyediakan tugasan ini sebaiknya. Namun sedikit sebanyak, aku lega apabila untuk tahap 1 aku hanya recycle sahaja persembahan yang pernah aku ajar sebelum ini Selamat satu beban!. Apa yang aku lakukan hanya menambah dan ubah sedikit bunga serta mengubah aksesori berpakaian untuk persembahan tarian tersebut. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan dan berjalan seperti yang kuharapkan. Pn Rohayu selaku su hari kecemerlangan banyak membantuku.
Ini sebelum persembahan bermula. Kami sempat abadikan gambar bersama kumpulan penari 3G ini sebagai kenangan. Terima kasih kepada murid2 3G yang sentiasa berminat dan ingin belajar serta ditunjuk ajar olehku. Mereka mudah mendengar kata. Mungkinkah akan ada lagi projek kami untuk tahun2 berikutnya?...hmmmmmmm tungguuuuuu!..
Inilah antara wajah2 pelajar yang sentiasa berminat dengan apa yang aku ingin sampaikan sama ada dalam pelajaran mahupun aktiviti sampingan. Terima kasih semua!
Kisah persembahan ke dua pula adalah persembahan pantomen dari murid tahun 6. Ini merupakan permintaan khas dari su kecemerlangan yang beria dan berhajat untuk murid2 tahun 6 membuat persembahan ala-ala drama pada hari anugerah ini. Aku yang tanpa keyakinan teguh ni menurut sahaja dan mula mengasah otak untuk mencipta jalan cerita serta skrip yaang sesuai!.. Makkk penin juga mulanya!.
Bermacam karenah pelajar yang mulanya tidak dapat membawakan watak dengan berkesan mengikut seperti kehendak cerita. Aku mulanya kecewa juga kerana risau ke laut jua jadinya. Pantomen ntah ke mana, drama ntah ke mana?. Selain pertukaran pelajar yang menjadi watak utama, juga terdapat pelajar yang tidak mahu terlibat dalam persembahan, ada juga yg sering mengetawakan lakonan rakan yang lain. Aku yang pening dengan gelagat mereka.
Namun, waktu persembahan sebenar, semangat yang ditunjukkan oleh pelajar ini sungguh mengagumkan,.Mereka berusaha menyamppaikan jalan cerita sebaik mungkin. Dapat ku dengar jeritan beberapa penonton yang terkejut apabila watak ayah jatuh dari kerusi roda!. Wahhh!.. maknaya mereka menghayati lakonan pelajar2 inilah ya!. Biarpun kecil namun besar maknanya untuk aku!. Tahniah dan terima kasih murid tahun 6 yang terlibat kerana akhirnaya anda semua berjaya melaksanakan tugas dengan baik!. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment