27 Mac
Ku nantikan tarikh itu
Beriringan rasa keterujaan
Bersisip sebak yang membuak
Kuintai tarikh itu
Bersama merahnya hati ini
Seranum rindu di kalbu
Kutunggu tarikh itu
Untuk kuucapkan kalimah
Selamat hari jadi sayang
Moga bahagiamu berpanjangan Surutlah rinduku
Kebahlah rindumu
Di tarikh itu
Moga kau tahu
Adanya Dia
Untuk menjagamu
😔
Okidputen Azim
17 Mac 2014, 12.45am
Teluk Intan
Monolog sebuah Dunia.
Sesak dada bumi, di Setiap lohong dan lorong penuh debu
Asap kepul terbit memenuhi setiap ruang. Retak tulang bumi bertambah rapuh . Penyokong dan pendukung direbahkan.Mengesot langkah bumi
mengerah kudrat meneruskan hayat.
Seusia dunia.
Pasak bumi telahpun rata, botak, gondol, licin,
Urat nadi tidak lagi lancar, malah tercemar, tersumbat dan tersekat
Hirupan udaramu tersengkang di terowong dan lombong pelusuk benua
Saljimu cair, gurunmu membeku, dataran dilimpahi bah.Segalanya cacamarba.
Pening otak bumi memikirkan
Orang bijak pandai meneraju dunia
Menuju kemusnahan dengan kerakusan
Melahap setiap isi perut bumi
Malah hampir pupus segala akar dan umbi
Mengorek, meneroka, mencantas, menusuk, menggerudi, malah terus melapah.
Tanpa peduli tinggalan untuk zuriat yang di belakang,tanpa rasa bersalah. Tanpa berterima kasih.
Apalah daya sang bumi
Sekadar melihat sekadar mengharap
Anak dunia menyeka cemar
Mencipta damai.
Okidputeh Azim
22 Mac 2014, 9.00 pm
Simpang Durian
Negeri Sembilan.
Cagu
Pedihnya derita bagai disiat belati
Saat ia tersentuh sipi
Marah yang hadir tidak tahu berhenti
Sedih di jiwa berteman duka
Gelisah bila pejam mata
Resah menerpa setiap masa
Aduhh!...
Sakitnya hati
Menahan siksa
Simpati pun takkan diperduli
Hanya mahu memburu ketenangaan
Saat begini menghargai
Keselesaan yang pernah dikecapi
Oh cagu!...
Menangis tak berlagu
Ngilu dan pilu beradu
Sakit dan perit bertamu
Walau kecil atau sedikit
Tapi ia tetap sakit!.
😩
Okidputeh Azim
1.40 pm 21 Mac 2014
Teluk Intan.
No comments:
Post a Comment