Malam itu aku tidak berapa lena tidur kerana berkira-kira untuk menyiapkan sarapan pagi untuk kami sebelum memulakan perjalanan jauh. sebenarnya kami yang aku maksudkan ialah anakku yang paling kecil, Una, dan seorang teman face book yang belum pernah kutemui di alam nyata. Fadz Azzuri inilah yang akan menjemputku dan akan membawa aku dan anakku menuju ke Terengganu. Fadz memulakan perjalanannya dari Meru Klang dan dengan berpandukan gps, dia berjaya mencari kediamanku pagi itu seawal 8.30 pagi. Setibanya Fadz ke rumahku, kami terus sahaja menikmati sarapan pagi nasi lemak dan bihun goreng sahaja.
Selepas sarapan, kami memulakan perjalanan bertiga menaiki kereta Merah Saga Fadz dengan seribu satu perasaan gembira, pelik dan berdebar.Una tidak mengambil masa yang lama untuk terlena dalam kereta memandangkan hari itu dia bangun awal dan turut teruja dengan perjalanan kami ini.
Perjalanan kami dari Teluk Intan melalui Cameroon Highland menghidangkan pemandangan yang menghijau dan saujana mata memandang. Aku menikmati fauna di sepanjang kiri kanan jalan sambil berbuak dengan Fadz yang seolah telah lama ku kenali. Perjalanan yang adakalanya menyesatkan itu bagaimanapun tidak terasa oleh kami kerana perasaan yang teramat teruja dengan apa yang bakal kami tempuhi nanti. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ahmad Fazham (Jihey) kerana menjadi gps bergerak kami sepanjang perjalanan kami ke Terengganu. Fazham yang berada di Kuala Lumpur sentiassa mengikuti perkembangan perjalanan kami sehingga ke destinasi.
Pemandangan di kiri kanan sewaktu melalui Cameroon.
Masjid yang menarik di Terengganu ( Besut) sewaktu menghampiri ke perumahan Kak Mahani. Akhirnya kami bersyukur selamat tiba ke Besut Terengganu kira-kira pukul 3.30 petang dengan bantuan GPS bergerak kami (Jihey) sehingga ke halaman rumah Kak Mahani Radzali.
Wajah teruja dan ceria kami di rumah Kak Ma. Hidangan minum petang menanti kami yang keletihan namun perasaan keterujaan untuk misi seterusnya tetap meluap. Sungguh mengembirakan bila tidak lama kemudian, Sue pula datang ke rumah Kak Ma dan kami berkenalan di situ. Bersetuju untuk membawa kami menikmati Magi ketam petang itu, ianya sungguh mengharukan perasaan ini. Bagiku ianya memang pengalaman yang sungguh mengembirakanku.
Hmmm....kesedapan dan keseronokan yang tidak tergambar!
Lihatlah Magi Ketam yang menjadi igauanku dan Fadz setelah kami terliur bila jihey sering menguploadkan gambar tersebut dalam wasaup grup SC.Satu kepuasan yang tidak terhingga kerana Kak Ma membawa kami ke gerai magi ketam Almy iaitu pengasas menu tersebut.Seterusnya sudah menjelang magrib dan malam, kami pulang ke rumah Kak Ma untuk beristirehat selepas lelah sepanjang hari. Namun mata kami tidak mahu lena kerana berbual lagi dengan Kak Ma serta perancangan hari esoknya. Sue telah awal lagi mempelawa kami untuk bersarapan di rumahnya pagi esok.
Inilah menu yang disediakan oleh Sue untuk bersarapan pagi itu. Semuanya sangat enak dan istimewa. Terima kasih yang tidak terhingga buat sue sekeluarga kerana layanan mereka yang first class pada kami yang baru sehari dikenali. Kami meneruskan program hari itu dengan mengunjungi majlis perkahwinan adik ipar kawanku Rasmaiza yang berlangsung di Besut. Selain aku ingin menyampaikan kiriman dari jiranku, aku juga ingin mengirimkan barang dari Teluk Intan . Rasmaiza sebenarnya teman sekerjaku yang telah dapat pindah mengikut suaminya ke Besut. Pertemuan kami sungguh meriah kerana secara tidak langsung aku telah memperkenalkan Sue dan Kak Ma kepada Rasmaiza. Apa yang menariknya, dalam perjalanan ke rumah pengantin, kami terserempak dengan Che Gayah Che Hak yang comel dan kami sempat berhenti di masjid berhampiran untuk bersalaman .Memang satu pengalaman menarik dan tidak kami lupakan. Kalau sudah rezki kami untuk bersilaturrahim...Syukur Alhamdulillah.
Kami sempat berposing dari perkarangan masjid bersama-sama Che Gayah ( baju Merah)
Sue dan Rasmaiza mengabadikan pertemuan dan perkenalan mereka.
Suasana di majlis walimah rumah mertua Rasmaiza.
Seterusnya Kak Ma dan Sue membawa kami ke Kuala Terengganu yang mengambil masa lebih sejam dari Besut. Pemandangan sepanjang jalan sangat tidak membosankan terutama apabila melaui pinggir pantai yang indah dan damai.
Kami sempat singgah dan berhenti sebentar di tepi pantai sekadar untuk berposing dan menikmati keindahan pantai. Malangnya ada satu perkara yang tidak terduga menimpaku. Namun syukur Alhamdulillah rezeki masih di pihakku.Nak dijadikan cerita, selepas kami berposing di tepi pantai yang indah, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu, namun selepas 10 km perjalanan barulah aku sedari bahawa aku tertinggalkan beg tangan yang mengandungi segala macam harta karunku di dalamnya!... Oh Tuhan!... tidak dapat kubayangkan bagaimana Fadz memandu untuk berpatah balik ke lokasi beg yang tertinggal dan selama dalam perjalanan itu, kami tidak putus berdoa agar tiada yang mengambil beg tersebut. Aku terkedu dan hanya mampu berharap.
Nah!..lihatlah... begitulah keadaan beg tangan yang kutinggalkan atas batu di tepi pantai!...Huhuhuu...Syukur Alhamdulillah...rezeki masih dipihakku. Tiada kehilangan berlaku dan kami meneruskan perjalanan dengan rasa syukur.
Di Kuala Terengganu kami dibawa mengunjungi tempat jualan baju batik iaitu di pasar Payang.Aku sempat membeli sepasang baju batik dan blause.Ikutkan hati, aku nak borong macam-macam di situ, namun tidak dalam bajet!.Sewaktu pulang, kami singgah untuk makan malam namun kami hanya dapat menikmati sotong dan ikan goreng tepung, serta sata sahaja kerana kehabisan menu. Bagaimanapun, kami puas hati dan pulang dengan keletihan dan tetap seronok. Esoknya, hari terakhirku di Terengganu..aku akan berpisah dengan Fadz dan pulang menaiki bas bersama Una. Namun paginya Kak Ma dan Sue sempat lagi membawa kami bersarapan di Jeti besut dengan hidangan nasi dagang, laksam dan menu yang semuanya best-best belaka!. Oleh kerana perut ini kecik...itupun aku rasa ianya membantu menaikkan beratku sekilo!..hihiii Kami juga sempat mengunjungi Rantau Panjang untuk mencuci mata .
Kelazatan makanan ini masih ku ingat hingga kini.
Pemandangan di masjid China sewaktu perjalanan ke Rantau Panjang.
Una dalam bas waktu malam.Pulangnya aku dan una dengan menaiki bas juga merupakan pengalaman yang tidak dapat kulupakan. Perjalanan yang panjang dan meletihkan serta menyakitkan badan!... HUHUHUUUU..
Bagaimanapun, segala pengalamanku ke Terengganu bersama rangkaian sahabat yang sangat cakna dan sangat sporting dan baikhati amat aku sanjungi dan hargai. Terasa bagai keluarga dan aku sangat terhutang budi kepada mereka. Terima kasih Fadz, Kak Ma dan Sue.Tak lupa pada Jihey. Semuga ada rezeki untuk kami berkolaborasi di lain kali.
aku jelezzz kak okid ... sebab x dapat bersama2 memeriahkan perjalananmu itu...
ReplyDeleteRumahkuuuu. Tenkiu kak
Deletehahaha...jihey! tak dpt tengok orang, tengok bumbung umah pon jadilaaa!
Deletehi kak, maaf tumpang tanya. sy dgn 4 org kawan nak ke besut sbb ade trip ke perhentian. kalau naik kereta dari teluk intan ke besut ikut mana ye ? ikut cameron highland-gua musang tu ke ? tq :)
ReplyDelete