Baiklah, sebelum aku tuliskan resepinya di sini, aku nak terangkan dulu apa istimewa dan kelainannya wadai kipeng ni berbanding dengan menu dari orang jawa atau yang sewaktu dengannya!, pertamanya, wadai kipeng ni (versi banjar)bentuknya hendaklah sedikit leper iaitu selepas digentel bulat-bulat, kita akan tekan dengan hujung jari pada tepung yang digentel tadi dan ianya akan membentuk seperti duit syiling yang berlekuk tengah!..hihihioi... bukan tak boleh untuk membiarkan sahaja bentuk tepung gentel menjadi bulat, tetapi ianya sudah tidak memperlihatkan ke kepingan menu ini. jika tidak salah,bentuk bulat lebih sinonim dengan biji nangka . Manakala bagi orang jawa dengan bubur candil ni adakalanya mereka menggunting sahaja tepung tersebut seperti nak buat kuih tepung gunting!.
Resepi wadai kipeng yang asli berwarna putih semata-mata, namun kita dibenarkan untuk mengkreatifkan dan memodenkan resepi ini mengikut citarasa memasing. Gambar resepi yang aku buatni aku campurkan dengan pewarna hijau betujuan untuk menjadikan bubur ini lebih berseri.
Kita juga boleh menambah bahan lain seperti sagu mata ikan dalam bubur ini. Bagaimanapun, resepi asalnya memang tiada termasuk sagu mata ikan ni tau!. Begitu juga kepada yang menggemari perisa durian, bolehlah dicampurkan isi durian ke dalam bubur ini dan pastinya akan menjadikan menu ini lebih enak dan lazat!... sungguhhh!.
Inilah cara-cara membuat wadai kipeng
tepung pulut ikut suka banyak mana...hihihii
disyorkan 250g tepung pulut,
gula putih (ikut suka tahap kemanisan)
daun pandan, secubit garam,
250 g santan pekat
isi durian (jika suka)
pewarna (pilihan)
cara-caranya
bancuh tepung pulut dengan air sehingga tidak melekat pada jari, setelah itu gentel bulat dan tekan tengahnya membentuk syiling berlekuk.buat sehingga adunan tepung tadi habis.
Masukkan santan pekat dalam periuk, masukkan daun pandan, garam dan tambahkan dengan air mengikut kepekatan yang sesuai. setelah mendidih, masukkan tepung yang telah digentel tadi ke dalam periuk. masukkan sekali bahan lain jika suka seperti sagu atau isi durian, tambahkan gula dan rasakan kemanisan yang dikehendaki. Setelah tepung timbul dan berkilat, ianya menandakan sudah masak dan bolehlah dihidangkan!.
No comments:
Post a Comment