Guru menyampaikan pengajaran dan seperti biasa ingin menerapkan nilai- nilai murni kepada anak didik yang masih rebung ini.
Cikgu: baiklah murid- murid, kita haruslah amalkan sikap tolong menolong agar kita disayangi oleh orang lain. Kita juga hendaklah selalu menolong keluarga seperti ibu dan bapa kita semasa di rumah. Siapa yang pernah tolong ibu di rumah?
Murid A : Saya cikgu!
Cikgu: kamu tolong ibu buat apa Ali?
Murid A: saya tolong ibu menyiram pokok cokgu.
Cikgu : Bagus Ali..macam tu laa. Ok siapa lagi yang ada menolong ibu di rumah?
Maka masing- masing berebut mengangkat tangan untuk menceritakan kepada guru mereka tentang aktiviti yang mereka telah lakukan untuk menolong ibu. Ada yang menolong ibu membasuh pinggan, menyapu, mengemas dzn menjaga adik. Namun seorang murid lelaki yang sedari tadi hanya memerhatikan kawan- kawannya ghairah bercerita telah rasa tercabar dan ingin juga bercerita kepada gurunya. Murid itupun mengangkat tangan.
Cikgu: Ya Absyar, kamu pon ada tolong ibu ya?.
Absyar: ada cikgu!
Cikgu: kamu tolong ibu buat kerja apa?
Absyar: saya tolong cabut bulu ketiak ibu!.
Cikgu tadika itu tergamam dan setetusnya diikuti oleh riuh rendah gelak ketawa dari murid lain. Selepas wakyu pulang, cikgu tadika menceritakan semula peristiwa dalam kelas kepada ibu Absyar. Rupa- rupanya ibu Absyar sering menggunakan perkataan "tolong ibu" apabila meminta anaknya membuat sesuatu. Oleh kerana anaknya itu lelaki, jarang sangat si ibu meminta Absyar membuat kerja rumah namun sesekali ada meminta Absyar menolongnya mencabutkan bulu ketiak!.😜😜
No comments:
Post a Comment