Berhampiran kawasan penempatan orang asli yang mempunyai aliran air terjun semula jadi dan pemandangan persekitaran tumbuhan hutan hujan tropika. Keistimewaan pusat rekreasi ini adalah kerana ia menyediakan dua jenis taman atau kolam air yg berbeza iaitu kolam air panas dan kolam air sejuk.
Sudah tentu tumpuan pengunjung adalah di kawasan kolam air panas. Bermacam kepercayaan dan kebaikan yang dapat kita perolehi mengenai khasiat air panas semula jadi ini yang aku dapati dari seorang tua yang berpengalaman memberi penerangan kepada pelancong luar dan tempatan.
Antara keajaiban yang berlaku adalah bilamana air panas semula jadi ini didapati berkesan untuk menyembuhkan penyakit tertentu (dengan izin Allah) seperti penyakit kulit, lumpuh, kebas2 dan strok. Dan didepan mataku juga seorang pengunjung yang merendam kakinya dalam air panas tiba2 mengakui bahawa kebas/ di hujung kari kakinya hilang sebaik sahaja dia selesai merendam kakinya di situ. Begitu juga dengan anakku yang berumur 9 tahun memberitahu bahawa sakit kaki yang dialami hari itu telah tiada lagi. Untuk pengetahuan, pagi itu bangun dari tidur anaku tiba2 berjalan terdengkut2. Apabila ditanya puncanya dia sendiri tidak pasti. Kemungkinan terseliuh atau simpul biawak( krem).
Terdapat banyak kolam2 kecil yang dibina untuk pengunjung di samping terdapat kolam utama yang besar untuk berenang dan berendam. Kolam2 kecil itu kebanyakannya pelancong gunakan untuk merendam kaki dan anggota bawah pinggang.
Pengalman yang paling mencabar ialah sewaktu hendak menyapu lumut dari dalam kolam itu ke anggota badan seperti tangan, kaki dan muka. Mulanya terasa geli juga namun setelah mendengar kebaikan dan kesannya terhadap kulit maka aku pon berani kan diri mencubanya. Bukan apa.. Ku sangka lumut itu mempunyai bau hanyir rupa- rupanya ia langsung tidak punyai bau dan kesannya dapat dirasa dalam masa tidak sampai lima minit. Kulit terasa lembut semula jadi seolah berpelembab.
Sewaktu mula merendam kaki akan terasa tindak balasnya seperti gatal pada kulit dan badan berpeluh namun dijelaskan itulah proses pembuangan toksin dalam badan sedang berlaku. Apa yang kurasa selepas itu adalah perasaan letih dan mengantuk.Kita disarankan untuk banyak minum air kosong. Malam itu tidurku lena dan ku sedari air kecil ku pada pagi esoknya mempunyai warna yang sangat pekat!.
Bercerita tentang kolam air sejuk pula. Ianya lebih digemari oleh kanak-kanak kerana terdapat taman permainan mini yang menarik perhatian mereka.
Seterusnya ada juga disediakan kawasan khas untuk aktiviti merebus telur dalam kolam air panas tersebut. Semangkuk telur 6 butir befharga 5 ringgit!. Malangnya kita tidak dibenarkan untuk membawa makanan atau telur sendiri. Bolehlah sekadar untuk suka- suka!.
Di bawah ini aku sisipkan lagi bdberapa gambar mengenai kolam air panas itu.
Gambar bawah adalah laluan terapi pejalan kaki yang dipenuhi batu2 untuk refleksologi kaki dengan aliran air panas yang cetek.sambil kaki terendam bolehlah kita pijak2 batu di situ untuk kesan refleksologi. Kiranya kunjungan kita ke sana mendapat dua manfaat dalam satu iaitu berrekreasi dan terapi.
No comments:
Post a Comment