Aku musafir yg kehilangan..
Yg kugendong berciciran
Aku layu sendiri
Meratapi sendu di hati
Aku musafir yg dulu tersulam bahagia
Sanggup tempuh derita demi kasih cinta
Namun dahagaku kau pandang sepi
Kerna kamu asik pada dahagamu sendiri
Lalu ku bawa pergi hati yang terjeruk luka
Tak mahu mengharap kasih yang tak sekata
Membawa diri musafir lara
Tapi langkah terhenti pada simpang di hati
Kala Kau hulur tanganmu kembali
Sedangkan hatiku telah mati
Tanpa kausedari musafirku tidak bersendiri
Beriku inspirasi pada satu destinasi
Tapi langkahku tidak boleh melepasi
Walau puas cuba kurawati jemari
Agar kuat menggenggam tanganmu kembali
Ada waktu tetap kuratapi
Pada hati yg separuh pergi
telah tersulam zarah pengganti
Namun terkunci bicara hati
Juga kaki masih terpaku di sini
Aku musafir yang kehilangan
Yang kukejar tidak kesampaian
Okidputeh azim
9.50 am 17 januari 2014
Teluk intan
No comments:
Post a Comment