Suatu ketika seorang pemuda sedang leka menikmati juadah ringan di sebuah restoran makanan segera yang cukup selesa.Suasana tenang dengan muzik indah yang turut menjadi hidangan halwa telinga. Tiba-tiba pemuda itu terasa seakan mahu membuang angin dari dalam perutnya yang dirasakan kian bergelodak...
Ahh...tak tahannn niii....nk lepas ke tak niii??..
Namun memikirkan muzik yang didengarinya kian kuat dan memecah gegendang telinganya maka pemuda itu pun melepaskanlah angin yang disimpannya sepua-puas hatinya!.
Kemudian sewaktu pemuda itu bangun untuk meninggalkan restoran itu, didapatinya ramai mata yang memandang ke arahya dengan pandangan yang mencurigakan...seperti ada sesuatu perkara salah yang telah dia lakukan..Lantas pemuda itupun mula berfikir..
OH!..rupa-rupanya barulah pemuda itu menyedari bahawa dia sedang mendengar lagu dari i-pot miliknya sejak dari tadi!...huhuhuuhuuuuuu
No comments:
Post a Comment