Saturday, January 26, 2013

Pengembaraan yg tak dirancang....huhuhuu...

Pengalaman perjalanan ini sudah berlalu agak lama,kesempatan yg agak mencemburui untuk ku catatkan semua peristiwa sepanjang pengembaraan yg tidak dirancang itu mungkin sedikit sebanyak menghakis kehangatan mood untuk ku tuliskan semula peristiwa itu demi perkongsian cerita ini. Namun, kugagahi jua coretkan disini pengalaman tersebut demi kecintaanku pada bidang penulisan. Sekurang-kurangnya terasah jua otak yang berkarat ini.
Perjalananku bermula dari kajang setelah aku mendapat panggilan telefon secara tiba-tiba dari dua orang adikku yang juga secara tidak terancang ingin menyerbu ke negeri johor darul takzim. Lagipon memandangkan memang sudah lama kami adik beradik tidak dapat masa yang sesuai untuk bercuti bersama-sama, maka aku gagahi jua untuk menyetai mereka. Pengebaraanku diiringi peristiwa yang agak mencemaskan bilamana, sewaktu perjalanan ku keluar dari putrajaya menuju ke R N R Kajang mengambil masa yang lama setelah aku tersesat dan keliru dengan papan tanda untuk mencari jalan keluar ke lebuh raya...tambahan pula aku lupa untuk mengisi minyak, akibatnya, dalam deretan kenderaan yang tersekat akibat hujan dan laluan yang banyak dibaiki, isyarat merah yang menunjukkan aras minyak sudah kritikal membuatkan aku beristigfar dan berdoa tidak berhenti2 agar aku sempat tiba di stesen minyak yg terletak di R N R tersebut. Dan..syukurlah, rezeki berpihak kepadaku kerana, aku sempat tiba di stesen minyak tu sekaligus sempat terserempak dengan konvoi adikku yang lain...fuhhh!!.
Kami meneruskan perjalanan arah ke selatan dalam masa yang sudah lewat petang dan hujan pula. Magrib, kami singgah di R N R kulai untuk mengisi perut serta solat. Akhirnya,pukul 11 lebih, kami tiba di tolSedenak dan dapati, adikku yang di Kulai sudah sedia menunggu kami memandangkan kami semua memang tidak pernah berkunjung ke rumahnya.


Hari pertama kami di Johor pada waktu pagi, kami hanya berehat di rumah adik sambil berbual dan makan durian yang berbakul2 serta proses membuat tempoyak pun bermula..hahaha...
Akhirnya, sebelah petang baru kami mulakan terjahan kami ke johor bharu...destinasi pertama ialah danga bay,mana lagi nk pergi!?..
Pemandangan Danga Bay pada waktu petang sungguh menarik dan mendamaikan terutama kepada pencinta alam. Pengalaman yagng agak menarik juga dapat dilihat di sekitar Danga Bay pada waktu malam, pemandangan yang menarik dan penuh warna warni. 


Adik juga telah membawa kami menikmati makan malam di sebuah tanjung yang indah pemandangan pada malam hari di atas restoran yang terapung dan kita enjoy melihat pemandangan negara jiran singapura yg seakan bersebelahan dipisahkan oleh air selat tebrau.
Keesokannya, bermula pengembaraan kami untuk pulang ke rumah masing2. Kunjungan singkat ke rumah adik,walau sekejap tapi kami cuba manfaatkan dengan acara jalan2 cari makan sepanjang perjalanan pulang.
Huh! Destinasi pertama kami ialah nadi briani Johor!..walaupun perut masih kenyang, demi nk rasa juga nadi popular di johor ni, kami pulun jugak,...mmmm...boleh la tahannn..nasinya sedap, tp karinya biasa2 jer..acarnya pada lidahku..tk besh!.
 Dah kenyang,kami tetuskan perjalanan dengan mencari mee bandung muar yang dikatakan popular tu. Susah jugak nak cari yang betul2 kaw, akhirnya kami di hujung perjalan tu terjumpalah juga sebuah gerai yang kami sangat tak sabar nak rasa air tangan tukang masaknya yang dah beberapa kali masuk surat khabar tentang resepi mee bandungnya ni...air tangan manisah!.
Terus terang...kami bersetuju yang rasa mee bandung chef ni..sekadar ok-ok jer...mungkin lidah kami ni lain sikit! Huhuhuu...kelainan dalam mee tersebut ialah kandungan kerisik yang dapat kami kesan yang dimasukkan dalam menu tersebut!.


Akhirnya, destinasi terakhir jalan2cari makan kami ialah nk cari asam pedas johor!..tapi perut masing-mading dah penuh...akhirnya kami setuju untuk beli dan bungkus sahaja, kami buat keputusan untuk makan di R N R kajang nanti. Ikan asam pedas yang kami cuba ialah ikan sembilang, ikan merah dan ikan siakap. Kami beli dari 3buah gerai yang berbeza. Rasanya seakan sama, cuma berbeza dan dipengaruhi rasa dari segi tekstur jenis ikan. Apapun, kami semua berpuas hati.


Persinggahan terakhir kami ialah di Air Hitam. Tak sah rasanya kalau tk singgah sini sebab, tempat ini banyak kedai yang menjual pelbagai barang yang menarik, dari barangan perhiasan rumah, hinggalah makanan tempatan dan buah-buahan.

Tak lupa, sesekali menikmati makanan tradisi org Johor seperti tempe yang dijadikan snek ala-ala keropok dan juga pisang salai.Makanan orang jawa khasnya!.

 Mmmmm...Johor! Hopefully aku akan sampai sana lagi sebab teringin nak naik cruse dan dinner dalam tuu...huhuhuuu!









No comments:

Post a Comment