Sudah kukatakan.. cinta itu sudah tiada lagi.. separuh nyawaku telah hilang.. sudah ku katakan.. aku tak mahu lagi meneruskan...
Kerana hati ini benar2 telah mati.. hati ini benar2 telah berderai bak kaca yang tak mungkin bisa bercantum kembali
Kepercayaanku telah punah.. malah aku tahu, sama juga seperti dirimu..
Usahlah mengharap yanag terbaik dariku andai hatimupun seperti hatiku
Usahlah pertikai kenapa dan mengapa andai kau sendiri tahu jawapannya kerana apa yang berlaku adalah hasil dari tindak tanduk mu jua
Sudahku katakan, aku tidak mampu untuk teruskan langkah ini lagi namun aku bertahan kerana kau berjanji untuk berubah
Kau merayu dan menahan kakiku dari melangkah keluar
Aku berpegang kepada janjimu aku bertahan kerana ikrarmu
Selama mana kamu mampu pertahankan janji dan ikrarmu selama itu aku berdiri.. jangan harus kau ingkari.. maka tika itu aku akan angkat kaki
Aku takkan merayumu, aku tak akan membiarkan diriku tertipu, aku tak mahu lagi terguris hati
Kini aku akan pasrah atas apa yang bakal berlaku, aku akan redo dengan ketentuan dari Nya..aku tak akan lagi bergantung harap pada mu
Maafkan aku kerana aku telah ucapkan kelmarin dan .....sudah aku katakan dahulu lagi...
No comments:
Post a Comment