"SAKIT ITU PENGHAPUS DOSA"... kalimah itu sering mengganggu perasaanku tatkala membaca atau mendengar khabar kawan-kawan yang sakit atau tidak sihat. Adakalanya mereka demam biasa, adakalanya mereka diserang penyakit yang kronik dan bermacam-lagi perkara yang mengganggu kesihatan mereka. Aku tertanya-tanya, adakah aku yg jarang ditimpa dengan masalah kesihatan ini tidak disayangi Allah atau aku ini terlalu banyak dosa sehingga tiada jentikan/ujian dariNya untuk menghapuskan dosa-dosaku. Subhanallah!... begitu dhaif dan buruk sangkanya aku...
Sehinggalah pd suatu hari, sedang aku bersolat terawikh, tiba-tiba, pinggang aku terasa sangat sakit bagai dicucuk-cucuk. Menahan sakit sehingga selesai solat terawikh begitu menyiksakan. Malam itu aku tidak dapat tidur kerana sakit pinggang sehingga mengakibatkan kakiku kebas. Keesokan paginya, sebelah kaki kiriku bengkak dan sakit di pinggang masih tak hilang. Bukan setakat kebas kaki malah, sakit mencucuk-cucuk di betis dan pinggang tidak dapat aku gambarkan. Duduk salah, berdiri lama pun salah, berjalan sakit.Akhirnya aku hanya mampu berbaring demi mengurangkan tekanan kepada kaki.
Masuk hari ke-2, aku tk dapat tidur, aku tak tahan menanggung kebas, lenguh, sengal dan mencucuk dari pinggang hingga ke kaki, lalu aku memanggil tukang urut datang rumah untuk mengurut kakiku. boleh jadi ia akan dapat mengurangkan kesakitanku. Namun, tiada perubahan, esoknya kakiku masih sakit. Kali ini, aku menahan sakit semasa memandu ke tempat kerja. selama dalam kenderaan, aku tak senang duduk kerana kakiku kebas dan bersemut-semut. Terasa bagai kaki dihurung semut dan semut itu menggigit-gigit kaki sehingga aku rasa kakiku panas...atas nasihat kawan, aku pergi lagi berurut dengan tukang urut yang lain, namun makin diurut, makin sakit kakuku. Balik berurut, aku singgah di farmasi untuk membeli ubat
Berbekalkan ubat itu selama beberapa hari, mengharapkan agar ada sedikit kurang pada sakit pinggang dan kakiku, namun masih belum jodoh...sakit terus ada, aku tetap juga teruskan berurut dengan tukang urut yg ke-2 ini sebanyak 4 kali urut. seminggu sekali aku dtg namun, sakit kaki n pinggangku masih belum pulih. Aku masih lagi perlu kerap berbaring untuk mengurangkan tekanan pd pinggang dan kaki. Bila berbaring, aku akan rasa lega banyak pada kaki dan pinggang. Namun sebaik shj aku bangun dr baring, kaki aku akan terus kebas dan mencucuk...ya allah, hanya Dia shj yg tahu bagaimana sengsaranya aku menanggung sakit itu.
Aku teruskan usaha merawat sakitku ini. dalam pada itu, aku sebenarnya berlawan dengan emosi kerana aku benar-benar "down" akibat sakit ini. sakit yg sukar untuk kugambarkan dan sakit yg bukan aku buat-buat. Aku tertekan bila suami sering melahirkan rasa tidak puas hatinya kerana aku banyak berbaring sahaja tanpa berbuat apa-apa.aku juga tidak mampu bertahan lama apabila keluar berjalan-jalan. Aku akan rimas dan sering mengurut-ngurut kaki dan pinggang . Tidak dapat duduk tetap malah kadang aku sendiri akan termenangis apabila tidak dapat menahan sakit kaki.Aku juga berperang dengan perasaan bila kurasakan aku tidak mampu untuk bergerak pantas atau bekerja dengan sepenuh rasa seperti org sihat. Aku bekerja sedaya yang boleh shj.Situasi ini menyebabkan aku tertekan dan malu dengan boss baru. Kebetulan pula aku diberi tanggungjawab yang juga baharu.
Syukurnya, sakit kakiku itu masih membolehkan aku berjalan, berlari atau melompat. Syukur aku masih punya kaki,. Aku teruskan usaha mengubati sakit kaki ku ini sendirian. Aku berurut pula dengan tukang urut yanag lain, walaupun jauh, aku sanggup mencuba. Setiap minggu aku pasti akan berurut. selain berurut biasa, aku juga mencuba urutan kiropraktik, Aku mencuba seramai 2 orang pengamal perubatan kiropratik ini namun masih belum ada rezeki kesembuhan buatku. Aku masih menanggung sakit dari hari ke hari dari minggu ke minggu dan dari bulan ke bulan.
Aku teruskan rawatan berbekam pada pinggang, mengharapkan ada keajaiban. Namun ianya tidak begitu membantu. Aku cuba pula rawatan akupunture, juga hasilnya masih tiada perubahan. Waktu berlari dan wang mengalir laju kerana membiayai perubatan aku ini. Tapi aku tidak peduli. Tiada lagi istilah jimat atau sayang duit. Apa yg dlm fikiran hanya utk sembuh. Dalam diam, sudah 5 bulan aku menderita sakit ini. Sakit yg aku tk tahu punca dan namanya. Ubat sapu dan minyak panas yg kugosok setiap hari dr paha ke betis rupanya telah menyebabkan saiz kakiku kecik sebelah!.. hehehe... yg ini mcm lawak, tapi serius, aku seriau!.
No comments:
Post a Comment