Doaku...
Dia tidak tersesat lagi
dalam mencari laluan
jalan yang lama ditinggalkan
seteah tersasar jauh
ke taman hati ini
yang dipenuhi mawar berduri
Apakah dia sekadar terpesona
dengan wangian mawar
sehingga terleka dan lena
dalam taman buana
Kini
dia terjaga
tergesa dan teraba mencari haluan
arah jalan untuk pulang....
Doaku untuk dia
agar ada bahagia untuknya
walaupun tanpa mawar mengiringinya
agar berjumpa taman bunga
untuk merebahkan mimpinya
Demi masa
yang akan mengubat duka dan lukanya
mengikis parut dalam dinding hati
akibat duri mawar di sini
masa yang pantas berlari
kan membawa memorinya pergi
Demi tuhan, jagakan dia
buangkanlah rasa rindunya
kerana dia berhak punya rasa cinta
walau tanpa haruman mawar rimba
dalam mencari erti bahagia
OKIDRIMBA
7.20PM
TELUK INTAN
No comments:
Post a Comment