Monday, October 9, 2017

TRAVELLING TO KRABI BY CAR ( part 1 day 1 )

Rancangan nk pergi bercuti ke Krabi ni dibuat secara spontan je sekitar bulan 4 ke bulan 5 2017. Plan nk pergi pada bulan 8 sempena cutisekoah. Semuanya bermula apabila bercuti sekali dengan kak Zah di Pantai Teluk Senangin. Kak Zah datang bercuti membawa caravan sahaja, Dari situlah suami kak Zah cadangkan agar bercuti pula ke luar negara dengan kenderaan. Mulanya suami Kak Zah ingin membawa sekali caravan mereka ke Krabi tetapi di saat akhir mereka ubah fikiran dan hanya membawa kenderaan pacuan 4 roda ford mereka sahaja.

Kami pergi sebanyak 3 buah kenderaan sahaja bersama famii. Adikku menaiki Toyota Hiluknya, memang sesuai untuk jalan jauh dan bawa banyak barang. Aku pulak tiada pilihan terpaksa bawa Saga sahaja untuk muatkan keuargaku seramai 5 orang semuanya. Huhuhuuuu... apa nk buat kerana sebelum tiba bulan 8, kereta exzoraku mengalami kerosakan ekon yg serius. Aku pula tidak mampu untuk baikinya dalam masa terdekat kerana bajet akan digunakan untuk pengembaraan yang telah dirancang ( nampaak sangat aku sengkek)

Tiba masa yang dirancang, dengan debar dan rasa teruja nk masuk negara jiran Thailand buat pertama kalinya ini,aku berdoa agar trip kami ini dipermudahkan dan selamat pergi dan kembali. Sempat aku tukar mata wang bath sebanyak seribu sahaja kerana kedai money changer di teluk intan kehabisan bath.

Tepat pukul 2.00 pagi aku kejutkan familiku untuk siap-siap bertolak dalam pukul 3 pagi. Aku berjanji akan menunggu adikku di R n R Sg Perak. Tiba d R n R dalam keadaan hujan dan gerimis,kami solat subuh di situ. Usai solat subuh kami bertolak pula ke Penang untuk ke rumah Kak Zah. Kami tiba di rumah kak Zah dalam pukul 8 pagi, (lupa pulak penang kat mana, heeeeee)
Sempat kak zah bawa kami bersarapan disebuah kedai kari asli n bawal goreng panas. Memang tidak mengecewakan menu di kedai tersebut.

Selesai bersarapan, kami bergerak ke utara dan rancang untuk berhenti di Changun menukar matawang seterusnya mengambil insyuran dan dokumen yang patut. Semuanya diuruskan oleh kedai insyuran tersebut. Kami hanya bayar sahaja upah yang dikenakan. Selesai urusan, dengan lega dan teruja, perjalanan diteruskan menuju ke sempadan.Kami menuju ke Padang Besar dan keluar ke sempadan melalui Wang Kelian. Wahhh!,, tiba di sempadan Wang Kelian pon kami daah teruja nk masuk luar nehara tau !..ngeeeeeeeee..

 Tiba dalam pukul 12 tengah hari dan mula berbaris untuk giliran cop kastam imegresen. Barisan menunggu giliran dah panjang, kami dengan sabar teruskan berbaris juga, tetapi adoiii laaaa.... punya la lama kami menunggu untuk giliran kami sampai ke kaunter, dari cuaca elok panas, sehingga bertukar mendung dan gujan pulak turun!,,,huhuhuu..tunggu tetap tunggu dengan perut mula lapar dan mengantuk. Nampak pula pegawai imegresen Thaland tu selamba je berhenti makan dan merokok dengan tiada pegawai lain yang ambi alih!...huhuhuuu...Akhirnya, kira-kira pukul 3 petang, kami semua dapat melepasi pintu sempadan tersebut!...

Rupa-rupanya, kalau nk cepat proses masuk sempadan ni kita kena bayar sikit pada pegawai imegresen tu!... aku tahu ni pon sebab dengar orang yang  cerita...Hmmmm... Makan rasuah la kiranya ya?.
 Masuk ke Thailand disambut cuaca hujan dan gelap sepanjang jalan. Destinasi kami yang pertama ialah menuju ke Satun. Sepanjang kalan, kami nikmati pemandangan yang tidak jauh beza dengan di Malaysia. Kiri kanan jalan masih pokok getah dan hutan seain bentuk rumah juga tidak banyak beza dengan Malaysia. Kami berhenti makan di sebuah gerai tepi jalan. Kami main agak-agak sahaja kedai mana dan syukurlah tidak jauh dari gerai pertama yg kami berhenti terdapat sebuah kedai makan muslim. Rupanya sepanjang perjalanan ke Pantai Satun memang terdapat ramai penduduk Islam di situ Ia mudah dikenali kerana kaum wanitanya bertudung. Masalah komunikasi mula berlaku saat kami nak oder makanan.  Kami cakap melayu mereka tak faham, mereka cakap yhai pon kami tak faham, kami cakap inggeris lagi mereka tak faham!... aku pon tak faham mengapa...Macam ayam dengan itik!... hahahahha... Nasib kami baik kerana kebetulan di dalam kedai tersebut ada seorang guru Thai yang mengajar bahasa Melayu sedang makan juga. Maka melalui beliaulah kami pesan makanan kami... Legaaa,,, dh la perut lapar masa tu!. selesai mengisi perut, kami teruskan perjalanan ke Pantai Satun. Cuaca masih hujan dan gelap. Terasa jauh juga perjalanan tersebut. Aku dan adik hanya mengikut sahaja kereta Kak zah dari belakang kerana mereka lebih arif dan banyak pengalaman ke negara itu sebelum ini. Cuma aku n adik sahaja yg pertama kali mask thailand ni.Akhirnya pukul 6 petang, kami tiba di resort penginapan kami malam itu. Rupa-rupanya ia resort milik seorang muslim bernama Pn Faezah dan suaminya En Adnan yang ramah tamah dan baik hati. Syukur, kami di layan dengan baik. Aku mendapat tawaran bilik yg selesa untuk familiku seramai 5 orang bersama sarapan pagi. Satun rupanya sebuah kampung nelayan tepi pantai yang indah dan damai.



 Pemandangan resort Pn Faezah Grand Andaman Resort yang betul-betul di hadapan pantai.

 Pemandangan pantai kampung nelayan di hadapan resort. sungguh menarik. 
Dalam masa yang singkat sempat aku meninjau sekai lalu pemandangan sekitar chaet. Terdapat sebuah tempat rekreasi iaitu International Park yang agak menarik untuk dilawat. 




Kami melepaskan lelah seketika dan sebaik lepas magrib, kami keluar untuk meninjau persekitaran. Cuaca yang renyai menyebabkan tidak ramai orang keuar. Kami sempat singgah di sebuah dataran tepi pantai yang terdapat gerai-gerai kecil menjua makanan ringan ala thai. Di sebabkan perut masih terasa kenyang, kami hanya piih untuk mencari makanan ringan ini sahaja. Tidak banyak gerai beroperasi hanya 4-5 gerai sahaja yg menjual somtam, kerabu magi, rojak buah dan kepak ayam bakar. Pertama kali merasa kerabu megi, ianya not bad dan pedasssss. Kami sempat membeli buah durian moh thong sekilo 7-8 ringgit yg kami rasa amat murah.  


Cawan kertas bertangkai, ok apa!...tk jumpa lg di mesia..hahaha

 Melihat penjual buat kerabu megi secara langsung!. Penjualnya memakai tudung. Kami berkomunikasi antara faham dan tak guna bahasa inggeris. ajerrrr jenuh gak nk bg depa paham.

Hampir pukul 11 malam, kami pulang ke resort dan berakhirlah hari pertama kami di Thailand.
  

No comments:

Post a Comment