Puas aku mengutip aneka barang dan mainan yang bersepah,semuanya aku masukkan ke dalam pastik sampah. buku-buku yang tak berguna dan kertas-kertas aku kutip dan buang. Punyalah banyak di celah-celah katil sampah-sampah tu menyorok. Platikgula-gua, pembungkus biskut dan roti, straw, cawan dan macam-macam lagi sampah yang menyemakkan.
Tiba-tibaa aku terasa nak tengok kandungaan buku nota yang lusuh. Ikutkan hati buku itu aku memang nak buang sahaja. Tergerak pulak aku nak menyelak kandungan buku nota tersebut. Sebaik aku buka dan tatap kandungan buku itu, aku sungguh terkejut di dalamnya terdapat beberapa nota yang ditampal dan sedikit catatan mengenai "Keuatga Embah Kamilah dan Embah Sentat". Aku terkesima ......
Gambar-gambar ini menceritakan segala-galanya,mengenai penghargaan dan rasa rindu kami kepada kenangan masa silam bersama-sama mereka yang telah pergi meninggalkan kami. Suka dan duka yang terpahat tetap menjadi warnna-warni lukisan yang menghiasi kanvas kehidupaan dan memori hidup kami.
No comments:
Post a Comment