Buku2 latihan ini kebanyakannya khas untuk sjkc namun tidak rugi jika murid di sk untuk meluaskan kefahaman mereka dengan melihat contoh-contoh latihan yang digunapakai oleh pelajar sjkc. Sekurrang- kurangbya ia akan membantu mereka meluaskan pengalaman dan mendedahkan mereka kepada pelbagai jenis bahan dan contoh latihan.
Sebenarnya, setiap contoh buku yang ditunjukkan di sini merupakan contoh bagi buku latihan untuk tahun tertentu sedangkan buku2 itu ada untuk setiap tahun dari tahun 1,2,3,4,5 dan 6. Saya sekadar sertakan contoh buku yang saya tulis sahaja.
Untuk pelajar tahun 2 yg bersekolah kebangsaan amat dialu- alukan memiliki buku latihan topikal bahasa melayu ini sebagai ulangkaji dan bahan tambahan. Soalan dan latihan yang bersesuaian tentang topik dari buku teks Buku topikal ini ada untuk setiap tahun dari tahun 1-tahun 6.
Buku ini keluaran syarikat EPH Publishing.
Seterusnya buku pemahaman untuk tahun 5, Buku ini dibuat untuk sjkc namun tidak menjadi kesalahan untuk murid2 sekolah kebangsaan untuk memiliki ilmu di dalam buku tersebut. Latihan menjawab pemahaman ini turut diselitkan unsur kbat( kemahiran berfikir aras tinggi) dan konsep i think. Amatlah digalakkan untuk murid2 sekolah kebangsaan mencuba latihan dalam buku ini bagi menambah pengalaman kpd mereka. Jangan lupa, buku ini juga ada ditulis untuk tahun 4,5 dan 6
buku ini.
Kepada ibu bapa dan pelajar yang ingin mendapatkan naskah buku- buku latihan ini bolehlah dapatkan di kedai buku berhampiran seperti di kedai buku popular, syarikat chew, mubarak store dan lain- lain lg. Semoga perkongsian yang sedikit ini dapat memberi manfaat kepada semua. Selamat menjawab latihan!.
No comments:
Post a Comment