Bahan2.
Sekilo daging
Bahan dikisar
Bawang besar 3-4 labu
Bawang putih 5-6 ulas
Seinci halia
2-3inci lengkuas
4-5 batang serai
2ringgit kismis hitam
Gula garam
Rempah kurma
Kicap pekat jalen
Sesenduk Cili kering kisar
Bunga lawang 3-4 kuntum
2- btg kayu manis
Sepeket kecil kerisik kelapa.
Cara-cara membuatnya.
Daging dipotong dan dibasuh. Toskan.
Kisar kismis, bwg merah, bwg putih, halia, serai, lengkuas.
Kemudian Daging diperap dgn kicap pekat, rempah kurma, kismis, gula, bhn2 kisar iaitu bwg merah, bwg putih, halia, serai, lengkuas. ( gunakan sebahagian sahaja bahan kisar untuk perap)
Perap 2-3 jam ikut suka.
Tumis sebagaian lagi bahan kisar sehingga wangi bersama cili kering kisar. Masukkan bunga lawang n kayu manis
Masukkan Daging yang diperap bersama sedikit air sehingga lembut.
Setelah daging lembut perisakan garam gulanya. Masukkan kerisik, boleh juga masukkan hirisan bawang besar jk suka.
Siaappp!.( klu masak dlm periuk tekanan ambil Masa 10 m-15 m ikut jenis daging).
Ini hasil menu yg sama tetapi guna kicap tamin. Warna kicap tidak segelap warna kicap jalen. Namun rasanya serupa.
No comments:
Post a Comment