Friday, April 17, 2015

Kiosk LINUS SK Selabak.

KIOSK LINUS
SK SELABAK 36000 TELUK INTAN, PERAK


1.0     PENDAHULUAN
 
Kecemerlangan dalam kerjaya dan dunia materialistik sering menjadi idaman dan perhatian semua orang dewasa ini.  Namun demikian dalam mengejar kecemerlangan, ramai yang sering kali terlupa bahawa aspek asas dalam kemahiran membaca dan menulis tidak diberi perhatian baik para pendidik mahu pun ibu bapa.  Justeru, wujud sedikit kepincangan dalam menjayakan setiap program yang berpaksikan pelajar, guru dan ibu bapa.  Oleh yang demikian, KIOSK LINUS ini dirancang dan dilaksanakan untuk membantu meningkatkan pengetahuan dan kefahaman para guru, ibu bapa khasnya dan murid-murid amnya mengenai konsep perjalanan program Linus di sekolah dan mendedahkan kepentingan program LINUS yang menjadi agenda NKRA negara kepada masyarakat khasnya selain mengetahui perjalanan pentadbiran program tersebut di sekolah.


2.0 APA ITU PROGRAM LINUS?

LINUS ialah akronim bagi “Literacy and Numeracy Screening”.
LINUS merupakan program intervensi yang dirangka untuk membolehkan murid memperoleh asas literasi (bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris) dan asas numerasi (Matematik) semasa di sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada murid yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Pelaksanaan program LINUS 2.0 ini merupakan sebahagian daripada NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia yang disasarkan menjelang tahun 2012. Sehubungan itu, di era tranformasi kini kecemerlangan dalam bidang pendidikan menjadi titik tolak kepada masa depan yang lebih terjamin.



 3.0 MATLAMAT PROGRAM LINUS

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membantu murid menguasai kemahiran membaca dan mengira dan dapat meningkatkan kecemerlangan dalam ujian saringan seterusnya serta memupuk tabiat membaca. Program ini juga diharapkan dapat mensifarkan murid linus tegar dan meningkatkan penguasaan murid bagi setiap konstruk.
Program ini juga dijalankan bagi membantu meningkatkan pencapaian murid dalam kemahiran membaca  dan mengira.  Selain itu, program ini dapat memberi tumpuan yang maksima kepada murid yang lemah kerana ianya dijalankan dalam kumpulan kecil.


4.0 OBJEKTIF PROGRAM LINUS

     1. Membantu murid menguasai kemahiran bacaan.

     2. Membantu murid-murid menguasai asas matematik.

     3. Mensifarkan murid-murid tegar bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa
            Inggeris dan Matematik.

     4. Mensasarkan pencapaian yang lebih baik dalam ujian saringan LINUS 2.

     5. Mengenal pasti zon kelemahan murid-murid dalam Literasi dan Numerasi.


4.0.1 OBJEKTIF SUB-NKRA LITERASI DAN NUMERASI
       
        NKRA – Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan     
        berkemampuan .         Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan             numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada         akhir tahun 2012
      *Kanak-kanak berkeperluan khas – didefinisikan sebagai murid  
        bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah
        pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai
        pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum
        khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak
        berkeperluan khas
 Kanak-kanak  yang tidak boleh mengikuti pelajaran  di kelas/kurikulum/di sekolah biasa, tidak dapat mencapai sesuatu objektif pengajaran  yang mudah/ objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya pengamatan yang lemah atau rendah.
Ciri-ciri murid Linus




5.0  SIAPAKAH MURID LINUS? 

·                      pencapaian pelajaran/akademik berbeza
·                      pendiam
·                     tidak aktif
·                     banyak cakap
·                     sukar menerima arahan
·                     tidak dapat berkomunikasi seperti murid biasa
·                     menyebut huruf yang tidak tepat/bertukartukar
·                     meninggalkan huruf/suku kata/perkataan semasa  
·                     membaca/menulis
·                     tulisan terlalu buruk
·                     kekerapan kesalahan dalam ejaan/tanda bacaan
·                     huruf terbalik


6.0 PELAKSANAAN PROGRAM LINUS

Pelajar yang gagal dalam ujian saringan ini akan ditempatkan dalam kelas khas dan diberi bimbingan oleh guru - guru linusselama 3 bulan.. Mereka diuji sekali lagi pada bulan Mac yang lalau dalam ujian saringan pertama. Jika mereka masih gagal mereka kekal dalam kelas khas yang disediakan untuk meneruskan program yang telah dirancang. Untuk mempastikan program ini berjalan lancar , beberapa perkara perlu dilaksanakan iaitu :
1.    Menyediakan kelas yang kondusif dan ceria
2.    Memastikan guru linus memiliki buku modul linus yang dibekalkan oleh kementerian
3.    Memastikan guru linus mencukupi dan terlatih
4.    Memastikan bahan bantuan mengajar mencukupi
5.    Memastikan pelajar memiliki buku modul linus yang ditetapkan oleh kementerian
6.    Sentiasa berhubung dengan JU Linus Daerah untuk berkongsi pegetahuan dan pengalaman
7.    Mengenalpasti profil pelajar secara mendalam dan menyediakan fail frofil mereka

7.0 ORGANISASI / JAWATANKUASA LINUS SEKOLAH

PENGERUSI:
GURU BESAR
(EN: AZNI B. DAUD)

TIMBALAN PENGERUSI 1 :
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
( PN NOR LAILY BT ALIAS)

TIMBALAN PENGERUSI 2 :
PENOLONG KANAN HEM
(PN HJH. ROFIJAH BT LI)

PENYELARAS (LITERASI BM) :
PN RAHIMAH BT SENTAT
(NUMERASI)   :
PN PATMAWATI BT H.A. KADIR
( LITERASI BI)  :
PN SAADIAH BT AHMAD

AJK  LINUS :
GURU BM TAHUN 1-3
PN NOOR AINON BINTI MOHD AZHAR
EN ABDUL RASHID B JAILANI

GURU BI TAHUN 1-3
PN ZAINAB BINTI KAMARUDDIN
PN NORAINI BINTI ZAINI
CIK NUR SYAHIRAH BT NUR KHUZAIZI

GURU MATE  TAHUN 1-3
PN ROHAYU BINTI SHABIDIN
PN ROHAIZA BINTI AHMAD

GURU PEMULIHAN KHAS:
EN YUSRI BIN ABDULLAH

GURU PRA SEKOLAH:
PN NORAZIAYAH BINTI YAAKUB
PN JAMA’YAH BINTI SALLEH

PANITIA BAHASA MELAYU
PN ZUNARITA



88.0 PENUTUP DAN RUMUSAN

Diharapkan dengan kerjasama dan sokongan yang padu dalam kalangan semua jawatankuasa yang terlibat ini dapat mencapai objektif yang dicitakan.  

Dengan adanya KIOSK LINUS ini diharapkan agar semua pihak dapat memahami perjalanan program LINUS ini di peringkat sekolah dan memberikan sokongan bagi mencapai sasaran yang diharapkan.
Terima kasih kerana Fasilinus PPD Hilir Perak sudi menjengah keKiosk inus Sk Selabak ini.
Kami posing kt situ?..Hihihii..




No comments:

Post a Comment