Sunday, March 22, 2015

Program i-Think Sk Selabak


Selepas aku bertukar ke sekolah baharu pada Jun 2014, iaitu SK Selabak, dari SK Seri Setia, pada mulanya aku sangka aku akan bebas dari jawatan SU i-Think, rupa-rupanya masuk tahun ke 2 (2015) aku telah dilantik juga sebagai SU i-Think di sekolah ini..

Tugasan itu aku anggap sebagai cabaran memandangkan ada sedikit pengalaman yang telah kukutip sebelum ini. Moga-moga segalanya berjalan lancar.
Peta Buih Berganda yang menghiasi dinding tangga menuju ke pejabat sekolah.

Perkara pertama yang aku lakukan ialah merancang aktiviti untuk program ini dijalankan di sekoah selain mewujudkan dan mengemaskan fail-fail i-Think dan juga turut melukis mural di dinding laluan dengan peta i-Think.
Seterusnya setiap hari khamis dalam program Mutiara Pagi, aku dan semua guru Panitia Mata pelajaran akan mendedahkan kepada murid tentang program i-Think mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Pelajar mendengar dengan teliti penjelasan dan penerangan cara membuat peta i.Think sewaktu program Mutiara Pagi setiap hari Khamis 2 minggu sekali.

Melengkapkan peta buih berganda dalam buku khas i/Think sewaktu dalam pwehimpunan.

Untuk lebih memberi kefahaman yang jelas dan ingatan tentang proses pemikiran bagi setiap jenis peta i-Think ini, aku telah melatih pelajar kelasku nyanyian lagu i-Think yang akan terus dinyanyikan setiap kali perhimpunan i-Think supaya murid dapat mengingati proses pemikiran bagi setiap peta dengan baik.

Mereka mempersembahkan lagu ini di hadapan pelajar sewaktu program i-Think dengan gaya sekali.

Selain itu, para guru juga digalakkan untuk menerapkan i-Think dalam
Pdp mereka dan mencatatkan rekod penggunaan peta tersebut dalam jadual yang telah dikhaskan serta dinyatakan dalam lesson plan penggunaan tersebut. 

No comments:

Post a Comment